Semasa

25 Tahun Kahwin Banyak Tanggung Suami, Isteri Ditalak Lepas Kehilangan Kerja

Tidak seperti zaman dahulu, wanita sekarang mempunyai kerjaya lebih stabil malahan ada yang nilai gajinya lebih besar daripada suami.

Atas niat meringankan beban tanggungan, ada yang sanggup menggunakan duit sendiri untuk memenuhi keperluan keluarga mengenangkan pendapat pasangan hanya cukup-cukup makan.

Pun begitu, bukan sekali dua kita dengar si isteri dipergunakan ibarat habis madu sepah dibuang.

Kenapa hal ini terjadi? Tidak pasti apakah punca utama yang membuatkan lelaki tergamak bertindak sedemikian rupa, namun wanita berusia 47 tahun ini sempat berkongsikan dilema sama melalui @Harian Metro.

Setelah kehilangan kerja dan sedang bergelut mencari peluang baru, suaminya malah melafazkan kata talak di WhatsApp dan mengelak daripada menjawab panggilan.

25 Tahun Kahwin Banyak Tanggung Suami, Isteri Ditalak Lepas Kehilangan Kerja 2

25 Tahun Kahwin Banyak Tanggung Suami, Isteri Ditalak Lepas Kehilangan Kerja 3

Terkilan hati seorang isteri, walhal dia berkata sudah banyak menanggung suami ekoran gajinya jauh lebih kecil. Siapa menduga pengorbanan tersebut bertukar kepada balasan budi yang cukup menyakitkan sekali.

25 Tahun Kahwin Banyak Tanggung Suami, Isteri Ditalak Lepas Kehilangan Kerja 4

25 Tahun Kahwin Banyak Tanggung Suami, Isteri Ditalak Lepas Kehilangan Kerja 5

Selama 25 tahun mendirikan rumah tangga, wanita ini mendedahkan masih belum dikurniakan anak. Namun dia bersyukur kerana jika ada, mungkin zuriatnya akan terkena tempias ini sekali.

Enggan berbincang secara bersemuka, dia juga kecewa kerana suaminya mengakhiri perkahwinan mereka dengan cara sebegitu.

KOMEN NETIZEN:

25 Tahun Kahwin Banyak Tanggung Suami, Isteri Ditalak Lepas Kehilangan Kerja 6

25 Tahun Kahwin Banyak Tanggung Suami, Isteri Ditalak Lepas Kehilangan Kerja 7

Kredit : Portal Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *