OH VIRAL

Serina Beritahu Lelaki Dia Bukan Suami Org, Sekali Kantoi Wanita ini Dedah Semuanya

Episod k.ontroversi pernikahan Serina Redzuawan dengan lelaki bernama Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin nampaknya semakin rumit.

Ini apabila ia didakwa berlangsung tanpa pengetahuan dan kebenaran isteri pertama.

Tampil menjelaskan s.ituasi sebenar, wanita bernama Nur Hamizah Shaffee, 34, mendakwa dia adalah isteri kepada Aidid ketika Serina dan suaminya mendirikan rumah tangga.

Malah Hamizah juga menyangkal d.akwaan Serina bahawa Aidid berstatus duda ketika mereka bernikah secara senyap di Perlis.

“Saya cuma nak bersihkan nama keluarga, sebab tu saya beritahu perkara sebenar.

Saya tak tahu kenapa mereka (Serina dan Aidid) perlu me.nipu.

Memang benar Aidid berkahwin dengan Serina ketika dia masih suami saya yang sah.

“Sebenarnya hubungan saya dengan bekas suami pun tiada sebarang m.asalah.

Dan kami jalani kehidupan bahagia biarpun kadangkala terpaksa berjauhan kerana kerja masing-masing,” kata Hamizah.

Hamizah yang juga seorang pensyarah di sebuah kolej antarabangsa di Kampar, Perak mendirikan rumah tangga dengan Aidid pada 8 Ogos 2015 dan mereka tidak dikurniakan cahaya mata.

Bagaimanapun menurut Hamizah dia dic.eraikan Aidid, dipercayai seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor yang bertugas di sebuah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada 9 Mac lalu.

“Ikutkan saya nak berdiam diri sahaja tapi apabila dia (Serina) beritahu perkara tidak betul, saya perlu bersuara.

Saya syak mereka berkahwin pada minggu ketiga bulan Februari.

“Pada 9 Mac lalu, saya dic.eraikan dengan talak satu.

Cukup sebulan kami berc.erai, Serina kongsi berita perkahwinan mereka kepada umum,” katanya.

Bagi mengukuhkan lagi d.akwaan, Hamizah turut berkongsi salinan adu.annya kepada Jabatan In.tegriti dan Pematuhan Standard (JIPS) PDRM di IPK Perak kira-kira pukul 2.15 petang pada 2 Mac lalu.

Menerusi ad.uannya, Hamizah berkata pada 18 Februari lalu dia dimaklumkan oleh Aidid mengenai pernikahannya dengan Serina.

Hamizah turut menyatakan di dalam ad.uannya bahawa perkahwinan itu berlaku tanpa kebenarannya selaku isteri pertama.

Untuk rekod JIPS PDRM berfungsi bagi memantapkan inte.griti pegawai di samping memastikan tugas dilaksanakan dengan mematuhi sta.ndard yang telah ditetapkan.

Dalam pada itu, Hamizah memberitahu dia juga cuba menghubungi bapa Serina iaitu cef selebriti terkenal Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan bagi menjelaskan perkara sebenar namun usahanya tidak berjaya.

“Saya ada hubungi Chef Wan untuk jelaskan hal ini tapi tak berjawab. Dia tidak tahu apa-apa fasal pernikahan mereka.

“Chef Wan langsung tidak bers.alah dalam hal ini…

Saya harap netizen pun jangan menilai dengan membaca cerita satu pihak (Serina) sahaja,” ujarnya.

Sebelum ini Chef Wan mel.uahkan rasa ke.sal apabila mendakwa Serina sudah menikah di negara jiran tanpa pengetahuannya.

Perkara itu diluahkan oleh Chef Wan selepas beberapa jam Serina mengumumkan mengenai perkahwinan keduanya itu di Instagram pada Jumaat lalu.

Serina bagaimanapun tampil memberitahu bahawa kenyataan bapanya itu adalah tidak benar dan menegaskan pernikahannya dengan Aidid diadakan di Malaysia.

Aktres berusia 38 tahun itu juga berkata t.indakan bapanya memuat naik status kec.ewa itu dilakukan selepas dih.asut oleh pihak tertentu yang kurang senang melihat kebahagiaan mereka sekeluarga.

Serina sebelum ini pernah berkahwin dengan Gavin Edward O’Luanaigh pada 1 Januari 2010.

Namun disahkan berce.rai talak satu di Mahkamah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saya, 10 tahun.

Kredit : Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *