OH VIRAL

Hanya Kerana Niaga Burger Dpn Rumah , Peniaga Terkejut Tiba² PoIis Beri Kompaun 50k

Hari ini tular apabila seorang pengguna fb memuat naik gambar perniagaan kecil-kecilan menjual berger telah disaman.

Lelaki diserbu oleh pihak berkuasa tempatan, viral di media sosial telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

Difahamkan, peniaga terbabit disaman oleh pihak berkuasa tempatan kerana terdapat aduan.

Menerusi surat saman yang ditulis pada 2321 (11.30 malam), menunjukkan lelaki berkenaan telah dikompaun sebanyak RM50k.

Namun, tulisan yang tertera pada resit berkenaan tidak jelas mengapa dia telah dikenakan tindakan sedemikian rupa.

Status yang ditulisnya di laman Facebook, mendakwa dia dikenakan kompaun.

Ia berikutan berniaga di depan rumah sewaktu polis datang ke rumahnya pada jam 11 (tidak dinyatakan pagi ataupun malam) .

Sementara itu di media sosial pula, netizen tanpa sebarang usul periksa terus menuduh pihak berkuasa tempatan bersikap berat sebelah terhadap peniaga Melayu.

Alasan Didenda Sehingga RM50,000 Sangat Mengejutkan

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen sempat memberikan pendapat masing-masing ada yang menyatakan lelaki berkenaan telah melanggar prosedur operasi standard (SOP).

Ianya telah ditetapkan iaitu berniaga melebihi waktu yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Meniaga depan rumah sendiri, cepat saja kena saman. Belum sejuk lauk dah kena serbu.

Kalau yang lain-lain tu, lambat saja serbu. Siap buat tak nampak lagi. Kenapa? Depa tak bagi duit kopi ke?” kata Aron Salem

Namun, orang ramai perlu faham bahawa anggota penguatkuasa hanya menjalankan tugas.

“Jika ada aduan/laporan, anggota PBT akan turun padang dan ambil tindakan. Itu pun kena hentam.

Kalau tak turun padang, pun kena hentam,” kata Encik Na.

Menurut Siti Rohani pula, dia pernah disaman oleh PBT beberapa kali.

Namun, apabila dia cuba memohon lesen perniagaan, pihak PBT pula mengatakan sebarang permohonan lesen perniagaan dibekukan.

“Dah kena saman berkali-kali. Bila kita mohon lesen, dia (PBT) kata dibekukan.

Jadi, siapa yang menyusahkan siapa sebenarnya?” katanya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *