Semasa

7 kenderaan kemalangan di Karak, makcik jalan terhincut-hincut buat ramai sebak

Sejak pagi tadi, tular di media sosial satu video kemalangan yang melibatkan 7 buah kenderaan termasuk sebuah lori di Kilometer (KM) 4, Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KRK) arah timur menyebabkan kesesakan hampir dua jam dari Gombak.

Video kejadian pagi tadi

Video yang dikongsikan seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Mdm Noor Muktar itu telah mendapat perhatian ramai dan diulang siar oleh pengguna yang lain berikutan keadaan yang agak sesak di lebuh raya tersebut ketika ini.

TONTON RAKAMAN VIDEO PENUH DI BAWAH

Trafik sesak lebih 20km

Dalam makluman yang dikongsikan Kosmo!, difahamkan kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 9.30 pagi tadi sehingga trafik sesak sejauh 20.5 km dari MRR2 hingga ke Bukit Tinggi

Makcik jalan terhincut-hincut ke tepi highway

Namu begitu, menerusi video yang dikongsikan tersebut, dapat dilihat seorang wanita berjalan terhincut-hincut menghala ke tepi lebuh raya susulan kemalangan yang berlaku tadi.

Dapat diperhatikan juga sebuah kereta Perodua Myvi dihadapannya remuk bahagian depan dan belakang serta beberapa kenderaan lagi yang rosak disebabkan pelanggaran tersebut.

TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH:

 

Sumber: Facebook Mdm Noor Muktar, Instagram Kosmo

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.