Semasa

Anak 12 Tahun Tabah Jalani Kuarantin Seorang Diri Di Rumah

TIDAK dapat kita bayangkan, seorang anak yang baru kehilangan bapa, gagal hubungi ibu di ɪᴄᴜ, kanak-kanak berusia 12 tahun ini tabah jalani kuarantin seorang diri di rumah.

Sepatutnya kanak-kanak sebayanya diberi perhatian kerana baru saja kehilangan ayah tercinta. Dalam masa yang sama runsing dengan keadaan ibu di ɪᴄᴜ yang hilang khabar berita.

Malah diri sendiri juga berdepan dengan masalah ᴋᴇꜱɪʜᴀᴛᴀɴ, namun apa yang dia mampu lakukan. Terpaksa kuarantin seorang tanpa sesiapa di sisi.

Kanak-Kanak Ini Tabah Jalani Kuarantin Seorang Diri

Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ini bernama Arshad, kuarantin sendirian di rumahnya, selepas swab test kedua positif ᴄᴏᴠɪᴅ-19.

Bapanya berusia 38 tahun baharu sahaja ᴍᴇɴɪɴɢɢᴀʟ dunia kerana ᴄᴏᴠɪᴅ-19. Tiga adiknya dibawa ke rumah saudara mereka kerana negatif ᴄᴏᴠɪᴅ-19, manakala ibu Arshad dan adik bongsunya ᴅɪᴛᴀʜᴀɴ di ʜᴏꜱᴘɪᴛᴀʟ berikutan keadaan level oksigen yang sangat rendah.

Zalifah Ithnin, pengerusi Kluang Community Welfare Association (PETAK) datang memberi ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ makanan kepada Arshad selepas mengetahui perkara ini.

Setiap hari saudara-mara Arshad datang menghantar makanan buat kanak-kanak itu. Arshad tiada pilihan kecuali kuarantin sendirian di rumah.

 

Baru ᴋᴇʜɪʟᴀɴɢᴀɴ Bapa, Gagal Hubungi Ibu Di ɪᴄᴜ

Yang menyedihkan kita, Arshad memaklumkan kepada Zalifah, Arshad gagal menghubungi ibunya yang berada di ɪᴄᴜ sejak semalam kerana ibunya tidak lagi menjawab panggilan telefon dan Arshad nampak sedih serta keliru berikutan baharu sahaja ᴋᴇʜɪʟᴀɴɢᴀɴ bapanya.

Keep strong Arshad. Hugs dari jauh.

Sesungguhnya Allah SWT memberikan ujian hebat ini kerana Allah SWT sayang kepada Arshad sekeluarga.

Terima kasih Zalifah Ithnin dan NGO PETAK kerana menyampaikan ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ buat adik Arshad.

Sediakan Tempat Khas

Dicadangkan kepada kerajaan agar menyediakan tempat kuarantin khas yang selesa dan selamat untuk kanak-kanak ᴘᴏꜱɪᴛɪꜰ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 yang ibu bapanya di ɪᴄᴜ.

Supaya kanak-kanak dapat dijaga dengan baik dari segi mendapatkan ʀᴀᴡᴀᴛᴀɴ, mendapat sokongan emosi dan sebagainya, memandangkan bilangan pesakit ᴄᴏᴠɪᴅ-19 ᴋʀɪᴛɪᴋᴀʟ daripada dalam kalangan ibu, bapa muda semakin meningkat.

Kementerian Pendidikan juga kena dapatkan data terkini kanak-kanak yang ᴋᴇʜɪʟᴀɴɢᴀɴ ibubapa di Malaysia. Pasca ᴄᴏᴠɪᴅ-19 bakal melukakan hati ramai pihak kerana sudah pasti bilangan anak-anak yatim di sekolah-sekolah meningkat mendadak.

Berilah ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ Kepada Anak Yatim

Andainya kita mahu memberi ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ, berilah ꜱᴜᴍʙᴀɴɢᴀɴ kepada anak-anak yatim kerana setiap sen yang kita belanjakan jika disampaikan kepada insan yang berhak akan menjadi bekalan pahala sedekah yang berpanjangan buat kita di Akhirat nanti.

Bersama-sama kita doakan kesembuhan segera buat Arshad, ibu Arshad dan adiknya, serta semua ᴘᴇꜱᴀᴋɪᴛ ᴄᴏᴠɪᴅ-19 yang berada di ɪᴄᴜ.

This news really ʙʀᴏᴋᴇ my heart.

Dari: Dr. Kayra, Putrajaya

Leave a Reply

Your email address will not be published.