Semasa

Anak patung dicucuk jarum dihantar guna kurier, Asyraf Rozami tak tidur malam – “Siap ikat patung Ultraman tu dengan tali merah”

MEREMANG bulu roma dengar cerita YouTuber terkenal, Asyraf Rozami mengenai hadiah misteri yang diterima daripada seseorang tidak dikenali, baru-baru ini.

Cerita Asyraf, dia menerima bungkusan hadiah berisi sebuah anak patung yang dicucuk dengan beberapa jarum.

TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH SEKALI.

“Sebenarnya saya buat content untuk YouTube berkongsi hadiah-hadiah daripada peminat tapi saya tak jangka hadiah anak patung tu! Bila saya tenung lama-lama baru sedar ada jarum yang dicucuk pada anak patung tu.

“Tergamam saya tengok! Saya pun dah buang anak patung tu depan rumah. Sejujurnya, memang saya tak pernah terfikir untuk terima hadiah macam itu.

“Walaupun hanya anak patung ultraman tapi memang menyeramkan… saya tak boleh tidur malam tu!

“Alhamdulillah, tak ada apa-apa yang berlaku kepada saya. Saya anggap ini prank! Mungkin mereka nak mengusik dan menakut-nakutkan saya,” katanya kepada mStar.

TONTON VIDEO PENUH YANG DISEDIAKAN DI BAWAH:

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.