Semasa

Anak Tak Mampu Sewa Ambulan! Ibu Tua Menangis Dibawa Naik Van Jenazah Pulang Ke Rumah, Namun Itulah PerjalananTerakhirnya.

Entah apa ada dalam pemikiran seorang ibu tua yang s4kit, atau mungkin menyedari aj4lnya semakin mendekat hinggakan air matanya mengalir saat dibawa menaiki sebuah van jen4zah kerana ketidakmampuan anaknya menyewa ambulan.

Di sebalik redha dengan perjalanan akhirnya, dengan kuasa Allah, beberapa jam selepas selamat tiba dari Hospital Sungai Buloh ke rumahnya di Rawang, ibu tua ini mengh3mbuskan n4fas terakh1rnya di hadapan anak cucu.

Perk0ngsian sedih ini dik0ngsikan dari fb Mr Wan Chai Official yang mana pertubuhan NGO ini menubuhkan Skuad Pengurusan Unit Khas Van Jen4zah (UKVJ) bagi membantu insan yang kurang berkemampuan.

Baca kisah dikongsinya.

IBU YANG MASIH BERNYAWA DIBAWA MENGGUNAKAN VAN JEN4ZAH

Saya nak minta pendapat dari semua. Hari ke hari saya berfikir tentang perkara ini. Rasa serba salah dibuatnya.

Baru baru ini kami ada menghulurkan bantuan untuk satu perempuan warga emas. Bantuan yang kami hulurkan itu bukan melibatkan pengurusan jen4zah. Tetapi khidmat membawa warga emas itu pulang dari h0spital ke rumah.

Pada mulanya kami agak keberatan. Membawa orang yang masih hidup menggunakan van jen4zah tiada dalam perkhidmatan kami. Tetapi kami terp4ksa akur. Anak kepada warga emas tersebut mengharap bantuan dari kami. Mereka terlalu mengh4rap. Mungkin caj perkhidmatan ambulan sangat tinggi. Mereka tidak mampu.

Ibu mereka perlu dibawa pulang kerumah atas nasihat dari pihak doktor. Sepertinya jangka hay4t si ibu untuk hidup lebih lama tiada harapan lagi. Kami tetap membantu walau rasa berat dihati. Lalu satu team digerakkan ke Hospital Sungai Buloh.

Bayangkan bagaimana tubuh seorang ibu yang masih bern4fas h3ndak kami angkat bawa masuk ke dalam van jen4zah? Kami kuatkan semangat semata mata untuk membantu ibu tersebut. Perkara yang belum pernah kami lakukan akhirnya kami lakukan juga. Demi memudahkan urusan si ibu dan anak anaknya.

Anak Tak Mampu Sewa Ambulan! Ibu Tua Menangis Dibawa Naik Van Jenazah Pulang Ke Rumah, Namun Itulah PerjalananTerakhirnya.

Anak Tak Mampu Sewa Ambulan! Ibu Tua Menangis Dibawa Naik Van Jenazah Pulang Ke Rumah, Namun Itulah PerjalananTerakhirnya.

Allah…
Tidak tergamak untuk kami melihat situasi tersebut. Bila tubuh si ibu dibawa masuk ke dalam van jen4zah. Kami lihat air mata si ibu tiba tiba mengalir. Mungkin si ibu beranggapan kami dan anaknya mahu melihat beliau mati. Jika tidak masakan airmatanya mengalir.

Kami yang melihat terasa seb4k pula. Walaupun situasi itu berlaku. Kami tetap meneruskan bantuan menghantar si ibu ke rumahnya di Rawang. Seorang anak perempuan juga ikut bersama menemani si ibu.Alhamdulillah si ibu selamat kami hantar pulang ke rumah.

Anda tahu selepas itu apa yang berlaku? Kami menerima pesanan whats app dari si anak. Ketika itu team yang bertugas dalam perjalanan pulang ke base. Katanya ibunya telah pulang kerahmatullah pada pukul 10.05 malam itu juga. Tidak lama selepas si ibu dibawa pulang.

Si ibu mengh3mbuskan naf4s terakh1rnya dengan ditemani oleh anak anak. Sebenarnya Allah aturkan untuk si ibu meningg4l dunia dirumah bukan di h0spital. Cumanya cara membawa balik si ibu ketika masih hidup tidak sesuai.

Saya tidak mahu menyalahkan anak anak. Kos untuk menggunakan perkhidmatan ambulan swasta sememangnya tinggi. Waris terbeban dengan caj perkhidmatan yang dikenakan. Pihak hospital pula tidak menyediakan khidmat bagi membawa pulang pes4kit ke rumah. Begitu juga sekiranya pes4kit hendak mendapatkan rawatan susulan seperti dialisis.

Ramai waris yang mengeluh untuk mendapatkan khidmat ambulan. Sebab itu rakan rakan saya di Perlis dan Taipeng tubuhkan team ambulan. Jika anda perasan dalam gabungan kami sudah wujudkan ambulan atas inseatif sendiri.

Team VAPT di Perak dan team VAWP di Perlis. Tujuannya untuk membantu waris dan pes4kit yang tidak mampu menyewa ambulan swasta. Berkaitan pengalaman yang saya k0ngsikan kepada anda seperti atas.

Perlukah UKVJ wujudkan perkhidmatan ambulan? Kami ada kekuatan untuk menyumbang tenaga. Untuk beli ambulan kami tidak berkemampuan. Bantu saya

Sumber : Mr Wan Chai Official / kashoorga / coretannasihat.net /

Leave a Reply

Your email address will not be published.