Semasa

Anak terberak dalam seluar dipijak bapa tiri di punggung & perut sehingga sawan, meninggal dunia

Bengang anak tiri terberak di dalam seluar, lelaki berusia 36 tahun ini tergamak memijak-mijak mangsa sehingga mati dalam bilik air. Ery Age Anwar, mengaku menganiaya dan memijak anak tirinya yang berusia tiga tahun.

Ketua Polis Malang, Dony Alexander berkata, suspek pada awalnya memberitahu mangsa meninggal dunia akibat lemas dalam air. Namun hasil bedah siasat menunjukkan berlaku pendarahan di bahagian usus, selain menemui kesan lebam di bahagian punggungnya.

Anak terberak dalam seluar dipijak bapa tiri di punggung & perut sehingga sawan, meninggal dunia

Panik melihat keadaan mangsa, suspek kemudian menyapu minyak angin ke tubuh mangsa dan mengangkat kakinya ke atas dan kepala di bawah. Suspek turut memanaskan badan mangsa untuk memulihkannya dari kekejangan.

Keadaan mangsa tidak pulih dan suspek terus membawanya ke hospital. Tetapi disahkan meninggal dunia.

Kes kematian mangsa diketahui oleh ahli keluarga pada keesokan harinya. Tetapi sebahagian ahli keluarga merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan kematian mangsa.

ANTARA KOMEN KOMEN NETIZEN:

Suspek sudah ditahan polis dan bakal berdepan dengan hukuman 15-20 tahun penjara.

Leave a Reply

Your email address will not be published.