Semasa

Atlet pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pemanah senior negara, Haziq Kamaruddin, 27 tahun, menghembuskan nafas terakhir pagi ini di Hospital Kajang.

Berita kematiannya itu disahkan oleh rakan sepasukan, Zulfadhli Ruslan menerusi akaun Facebooknya, pagi tadi.

Atlet kelahiran Johor Bharu itu pernah mengharumkan nama negara apabila mencipta banyak kejayaan di peringkat antarabangsa dan pernah beraksi pada dua temasya Sukan Olimpik iatu Olimpik London pada 2012 dan Olimpik Rio 2016.

Atlet pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia

Selain itu, Haziq juga pernah mengharumkan nama negara apabila meraih pingat emas pada Sukan Kejohanan Memanah Asia 2011 di Tehran.

Haziq juga pernah dinobatkan selaku, 2012, beliau telah dinobatkan Olahragawan dan Olahragawati Terbaik Sekolah Sukan Bukit Jalil 2012 bersama ratu terjun negara, Pandelela Rinong.

Pada 2013, Haziq turut terpilih untuk menerima anugerah Atlet Remaja Terbaik pada majlis Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)-100 PLUS 2012.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim turut mengucapkan takziah.

Atlet pemanah negara Haziq Kamaruddin meninggal dunia

Leave a Reply

Your email address will not be published.