Semasa

Bakal Isteri Tiada Simpanan, Si Lelaki Sanggup Bekerja Keras – “Tapi Diam² Dia Ada Orang Lain”

Dugaan ketika proses bertunang itu benar, hati manusia boleh berubah sekelip mata walaupun sudah tujuh tahun bersama menjalin hubungan cinta.

Situasi perit itu dihadapi oleh seorang lelaki apabila bakal isterinya memilih orang lain sebagai teman hidup selepas beberapa bulan mereka mengikat tali pertunangan.

Menerusi perkongsian video di platform TikTok, @lamwauqaf sanggup meninggalkan perniagaannya di Melaka buat sementara waktu bagi menguruskan majlis pertunangan di sebelah pihak perempuan di Pulau Pinang pada April lalu.

@lamwauqaf7 tahun penuh cerita yg mendewasakan aku. Putus tunang bukan mengakhiran tapi permulaan mencari yg lebih baik 🥲 #moveon #brokenheart♬ original sound – Lukkk. – Lukkk.

Menurut @lamwauqaf, dia sendiri menghias hantaran dan reka bentuk pelamin sehingga berjaya melangsungkan majlis tersebut sebelum masing-masing bersetuju menetapkan tarikh perkahwinan pada 12 Jun 2021.

Bakal Isteri

Bagaimanapun, @lamwauqaf berkata, berlaku sedikit pertengkaran dan hubungan mereka terputus selepas dia bertanya kepada tunangnya mengenai wang simpanan untuk mengadakan majlis perkahwinan.

Bakal Isteri

“Awak cakap tak simpan langsung. Mana semua duit awak? Saya cuma suruh topup sikit, sebab saya terkurang duit. Bisnes drop sejak Covid-19 ni.
“Saya terus balik sebab nak cari duit untuk topup apa yang kurang. Saya nak cari bagi cukup, bukan lari dari masalah,” kongsinya.

Namun pada awal bulan ini, dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa gadis berkenaan sudah selamat bertunang dengan orang lain sedangkan dirinya sedang bekerja keras untuk mengumpul duit.

Bakal Isteri

“Rupanya lelaki tu, abang kawan baik awak. Patut la selama kita berhubung jarak jauh, awak selalu sangat pergi rumah kawan awak.
“Rupanya awak lagi penting kawan daripada saya, sampai kita gaduh pasal benda kecil. Saya punya usaha siapkan persiapan nikah kita,” luahnya.

Video berdurasi seminit itu meraih dua juta tontonan serta 15,800 komen netizen yang rata-rata turut bersimpati dengan nasib lelaki terbabit selain mendoakan agar dia berjumpa dengan jodoh yang lebih baik.

Sumber: TikTok @lamwauqaf