Connect with us

OH VIRAL

7 Tahun Hidup Bersama, Akhirnya Istri Berasa Gembira Sangat Bila DICERAlKAN. Mengejutkan Rupanya Sblm Berpisah, Ini Yang Suami Buat Kat Dia

Published

on

Dilepaskan Suami Talak 3 Selepas 7 Tahun Berkahwin, Namun Ia Hari Paling Bahagia Buat Wanita Ini.

Tiada wanita yang inginkan perpisahan berlaku dalam rumahtangga yang dibina.

Namun tatkala, rasa cinta semakin hambar, maruah diri dan kehormatan bagai dipijak-pijak serta hilang segala kepercayaan buat insan yang bergelar suami.

Inilah nokhtah keputusan yang dirasakan paling bahagia.

Ikuti coretan yang dikongsikan oleh wanita cekal ini. Semoga perkongsian kisah benar pengalaman hidup oleh seorang wanita bernama Anisah.

Dia baru sahaja bergelar janda selepas dilepaskan suami dengan talak 3.

Ini akibat campur tangan keluarga mertua dan keselingkuhan suami didalam rumahtangga, dapat dijadikan pengajaran buat wanita lain.

Terima kasih siarkan cerita ni..

Akhirnya hari ini, Jumaat, 13 April 2018, selepas 7 tahun berkahwin, saya dilepaskan dengan talak tiga dan ini lah hari paling bahagia buat saya.

7 tahun bukan tempoh masa yg sekejap, tapi sebenarnya tak cukup untuk perempuan selemah saya.

Sebelum kahwin, suami dan keluarga mertua sangat baik.

Ketika bertunang, saya mula nampak sikit-sikit sikap keluarga suami yang tak menyenangkan tapi saya ambil positif.

Saya anggap tak ada pun manusia sempurna, jadi bersabarlah.

Semakin dekat tarikh kahwin, semakin ketara sikap mengawal anak yang ditunjukkan oleh mertua saya tapi saya masih positif, ibu bapa mana tak sayang anak, jadi bersabarlah.

Ujian demi ujian, saya senyum dan beritahu diri sndiri, bersabarlah.

Seminggu selepas mendirikan rumah tangga, keluarga mertua sudah rancang nak buat hari keluarga.

Saya okay saja, namun tak sangka pada hari nak berlangsung, ayah saya dimasukkan ke wad.

Saya minta suami hantar, tapi mertua saya cakap kakak2 awak kan ada. Awak duduk sini sambut hari keluarga, biar mereka yg lain pergi hospital.

Suami setuju dgn ibu bapanya. Saya mengalah, malam itu ayah saya menghembuskan nafas yang terakhir.

Yup, saya bongok.

-Kali Pertama Tangan Naik Ke Muka..

Tahun kedua perkahwinan, alhamdulillah kami dikurniakan bayi lelaki.

Puasa hari ke 28, kami bersiap nak balik ke kampung suami ( setiap tahun raya pertama wajib di rumah ibu bapanya ), ibu saya jatuhh sakitt.

Saya tak mahu ulang salah silap saya yang lalu, dan saya bertegas untuk hantar ibu ke klinik dan menjaganya.

Suami masih dengan alasan adik beradik awak yang lain boleh jaga.

Saya berkeras, dan itulah kali pertama tangannya naik ke muka saya. Akhirnya saya mengalah kerana takut.

Sebulan lebih selepas itu ibu saya pula menghembuskan nafas yang terakhir.

Dan adik beradik memulaukan saya atas tindakan saya yang mengikut suami dan keluarganya sepanjang masa.

Masih saya diam. Yup, saya bongok.

Pada Januari 2014, usia anak kami 2 tahun, adik suami saya berkahwin dengan wanita pilihannya, lulusan ijazah kejuruteraan.

Bermulalah episod telinga saya panass dengan segala macam cemuhan, sindiran dan perbandingan.

Menantu baru diangkat setinggi tingginya.

Saya yang lulusan STPM hanya tersenyum sambil mendukung anak, tiap kali dibandingkan dari segi akademik.

Saya masih sabar dan menganggap mereka masih keluarga suami yg mesti dihormati. Yup, saya bongok.

-Mohon Melanjutkan Pelajaran..

2015, saya memohon melanjutkan ijazah di UiTM Shah Alam, secara jarak jauh. Kelas hanya pada hari minggu.

Alhamdulillah, permohonan berjaya. Suami agak keberatan dan meminta saya bertanya pada ibunya. (Dalam hati terdetik.

Apa kena mengena ibunya dengan saya nak melanjutkan pelajaran?) dan bila suami lihat saya seperti berat mengikut katanya.

Dia sendiri hubungi ibunya, membuat loud speaker dan meminta pendapat.

Jelas dan terang ayat ibunya, ”Hai, nak bersaing tahap akademik dengan biras ke?” Saya tetap berkeras.

Walau saya takut-takut ditampar lagi, dikongkong lagi, saya juga takut sekiranya dilepaskan (ibu bapa saya dah tak ada, adik beradik pula dah benci), saya sebatang kara.

Kawan kawan juga dah renggang selepas saya berkahwin.

Akhirnya suami beri kata putus, “Kalau awak nak sangat, yuran bayar sendiri.” saya akur.

Bermulalah kehidupan saya sebagai pelajar, pekerja, isteri, ibu, dan menantu.

Walaupun anak saya baru berusia 3 tahun lebih waktu itu, dia seperti mengerti kesibukan saya.

Amar anak yang baik dan tak buat perangai sangat.

Pada waktu saya rasa satu dunia menentang saya, saya lihat wajah Amar dan saya tenang.

Saya masih ada Amar, satu satunya manusia di dunia yang masih sayangkan saya dan hormat saya.

Berulang alik ke Shah Alam menaiki bas, terpaksa bayar lebih kepada pengasuh kerana hantar Amar bukan pada hari bekerja, yuran belajar, tiket pergi balik, semuanya duit saya.

Saya gagahkan diri. Saya kuatkan diri bukan untuk masa depan saya, tapi masa depan Amar.

-Suami Ada Perempuan Lain..

Tahun 2016, terdengar ura-ura suami saya nak kahwin lagi satu. Saya tersentak, tapi saya pegang pada prinsip, selagi bukan dari mulutnya, maka saya akan abaikan.

Sampai lah satu malam selepas tidurkan Amar, saya sedang menyiapkan assignment, dan suami cakap nak berbincang.

Saya dapat rasa jantung saya berdegup sangat laju, tangan saya yang pegang pen terasa berpeluh dan menggeletar.

Dan ya, dia beritahu sedang berkawan dengan perempuan lain. Saya tanya, sejak bila. Dia beritahu sudah 1 tahun.

Patutlah, dia tak kisah sangat saya ke Shah Alam, rupanya dia pun boleh dating dengan perempuan itu kerana Amar di rumah pengasuh.

Tapi dia menyambung ayat “Awak jangan risau, saya belum nak kahwin dengan dia. Kami hanya berkawan.”

“Kalau nak kahwin pun saya tak perlu minta izin awak.

Tapi saya ni lelaki yang berani, jadi saya jujurlah dengan awak” Mendengar ayat ini, saya senyum dan tanya, “habis bila abang nak kawin dengan dia?”

Dia jawab, “tahun depan?” Saya angguk. Saya kemaskan buku dan laptop, dan masuk tidur.

Pada jam 4 pagi, saya terjaga. Suami nyenyak tidur. Saya bangun dan solat sunat. Saya ke bilik sebelah dan tengok Amar.

Saya peluk Amar dan menangis sepuas puasnya sehingga Amar terjaga tapi masih mamai. Satu ayat keluar dari mulut Amar yg mengubah hidup saya.

Amar, anak yang baru berusia 4 tahun itu, dalam keadaan mamai, berkata pada saya: “Mak, Amar tak suka Babah.” Dan dia sambung tidur.

-Mula Lakukan Perubahan Dalam Hidup..

Selepas itu saya renung wajah Amar. Entah apa jadi pada saya malam itu, saya rasa saya bukan lagi perempuan yg sama.

Saya rasa satu perubahan di hati saya. Di bilik Amar, sehingga ke subuh saya menimbang tara, menyusun hidup, dan membuat pilihan.

Akhirnya saya nekad dengan satu keputusan terbesar dalam hidup.

Esoknya saya ke tempat kerja, saya tanya pada rakan sepejabat, ada tak apa-apa kerja part time yang boleh saya buat di rumah.

Dia kata boleh kalau tolong isikan borang poslaju (dia berniaga online) dan saya bersetuju.

Memang bayaran sikit, tapi dalam sebulan, lepas untuk keperluan susu Amar

(update: suami tak pernah hulur nafkah keperluan saya dan Amar kerana dia tahu saya bekerja , melainkan bil-bil rumah, barang nak masak dan sewa rumah, kerana ibunya kata adik adiknya ada yang bersekolah, jadi dia yang sulung mesti bantu.)

Saya mula pergi kelas tiap-tiap minggu, sebelum itu saya pergi selang dua minggu.

Saya ambil subjek sehingga maximum credit hours, saya crampkan jadual saya sehabis habisnya, kerana saya nak cepat habis belajar.

Saya buat kerja part time itu ini. Saya menyimpan di tabung haji. Sampai lah badan saya yang agak gempal beransur kurus.

Suami masih mabuk bercinta, tapi tak apa. Misi terulung saya harus dilaksanakan.

-Fokus Pada Misi..

Dengan duit simpanan, saya keluarkan RM3800, saya beli kereta kancil 2nd hand.

Suami tanya kereta siapa, saya jawab sayalah. Dia tanya kenapa beli, saya cakap mudah ke kelas, abang tak nak hantarkan saya, saya pun letih naik bas, saya belilah.

Dia mungkin rasa tercabar (sebab saya tak pernah buat keputusan sendri tanpa tanya dia) lalu menendang sikit tayar kereta saya sambil berkata “kancil je pun.. besi buruk atas highway”.

Tak apa, saya senyum. Fokus pada misi…misi..misi…

Di tempat kerja, saya tanya ada tak yang nak sewakan bilik.

Alhamdulillah, ada sorang staff baru, dia nak sewakan bilik tapi dia pelik, untuk siapa sebab saya dah berkahwin.

Jadi saya jawab, kalau saya dan anak saya, cuma untuk sementara, boleh? Dia okay. Setiap malam, saya mengira bajet.

Saya mencongak, menyusun masa depan. Badan semakin susut. Baju baju zaman bujang semua boleh pakai balik.

-Suami Kena Tahan Dengan Jais..

Akhirnya, November 2017, Amar berusia 5 tahun, saya dikejutkan berita suami kena tangkap jais.

Saya masih senyum, keluarga suami sangat mempercayai bahawa dia dianiaya.

Dan mereka menerima perempuan itu jika mahu berkahwin kerana perempuan itu seorang eksekutif yang bergaji besar.

Ibu mertua siap berkata “Kena redha lah dimadukan. Orang suruh jaga suami, pulun nak sambung belajar.”

Saya senyum. Fikirkan misi…misi…misi….

Disember 2017 mereka dikahwinkan. Saya waktu itu sibuk dengan persediaan final exam UiTM yang akan berlangsung Januari 2018.

Selepas berkahwin baru, suami memang makin tak ambil tahu hal saya dan Amar.

Tak apa, bila dia tak ada dirumah, saya senang menguruskan kerja part time dan Amar.

Selesai peperiksaan akhir, suami ajak saya tinggal bersama dengan madu dirumah madu.

Kerana dia dah tak mampu bayar sewa rumah yang diduduki saya waktu itu.

Saya menolak dengan baik dan dia kata ” kau pandai-pandai cari rumah lain, aku takkan bayar sewa rumah ni dah.

Duit depo pun aku akan dapat bulan depan. barang-barang perabot aku nak pindahkan kat umah madu kau esok”.

Saya hanya menjawab, “OK.”

-Dijatuhkan Talak 3..

Malam itu, saya kemas baju-baju dan barang keperluan yang penting untuk saya dan Amar.

Dia tanya nak kemana hoi? Saya jawab, ke rumah sewa baru.

Dia dengan mata terbeliak, berkata “kau keluar dari rumah ni malam ni, jatuh talak tiga”

Saya dengan senyuman yang sangat bangga, mengambil barang-barang, Amar, dan kunci kereta.

Saya terus ke rumah yang saya nak sewa bilik dengan rakan sekerja tu.

Selepas itu bertalu-talu whatsapp masuk handphone saya

Saya jawab dengan balasan ringkas, “Saya ambil semua yang saya beli dengan duit sendiri, jumpa di mahkamah.”

Sebenarnya sepanjang dia mabuk bercinta, saya persiapkan diri untuk berdikari.

Saya beranikan diri memandu jauh. Saya tawakkal beli kereta 2nd hand( alhamdulillah kancil tu terbaik hahahahaha)

Dan lepas dia kahwin baru dan jarang balik tu, saya pindahkan sikit-sikit perabot dengan bantuan rakan pejabat.

Hari ini, selesailah urusan mahkamah selepas dua bulan lebih talak tiga dijatuhkan di rumah itu.

Saya akhirnya seorang janda tapi saya janda yang sangat bahagia.

Saya dah bersedia menjadi janda, physically and mentally. Financially too.

Sekarang saya nak tumpu pada Amar, dan nak cari balik adik beradik dan kawan-kawan dulu yang saya tinggalkan untuk minta maaf atas kebongokkan saya.

Doakan saya ya.

-Anisah..

Buat wanita ini, sesungguhnya anda memang seorang wanita yang kuat, cekal dan tabah!

Bukan mudah untuk bangkit, membina benteng kekuatan diri untuk persiapan masa depan.

Namun anda berjaya membuktikannya dan tidak mengharap simpati daripada bekas suami.

Buat wanita lain, yang mungkin senasib dan sama perjalanan seperti wanita ini,

Jadikan kisah ini sebagai satu pengajaran. Berani lah untuk ‘melangkah’ lebih jauh.

Sentiasalah bersedia, persiapkan diri dengan ilmu, kewangan, kerjaya dan paling penting mampu berdikari walaupun tanpa insan yang bernama suami.

Sumber: IIUM Confessions via kisah rakyat

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OH VIRAL

“Tak Perlukan Ayah, Saya Harap Mama Tak Bertemu Jod0h Lain” Cik B

Published

on

By

IPOH – Selesai membintangi drama ‘Lelaki Lingkungan Cinta’, anak jutawan kosmetik popular

Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau Cik B muncul dengan single pertama berjudul Tolonglah.

Lagu ciptaan bersama Cik B dan ibunya, Datuk Seri Vida merupakan terjemahan perasaan dan curahan hati remaja berusia 15 tahun itu dalam genre ‘dark emo rap’.

“Lagu ini menceritakan hidup saya dari kecil yang mana saya melalui pengalaman di dera oleh pembantu rumah.

Kehilangan orang tersayang, isu keluarga dan sebagainya.

“Saya berharap peminat dapat menerima lagu ini walaupun ada yang tidak percaya.

Saya bukan macam anak orang kaya lain, saya dikurung, depresi dan sebagainya,”

Katanya ketika ditemui pada pelancaran single ‘Tolonglah’ di kediamannya di Meru Heights, Jelapang di sini semalam.

Menurutnya, kemunculan single itu merupakan transisi baharu beliau untuk keluar dari kepompong pemalunya kepada selebriti yang bakal mewarnai dunia muzik tanah air.

“Lagu ini dihasilkan setahun lalu dengan mendapatkan bantuan daripada seseorang untuk buat lagu itu.

Cik B mahu keluar lebih awal tapi ketika itu rasa malu dan takut dengan media.

“Setelah setahun, baru sekarang saya rasa inilah waktu yang sesuai untuk lebih bersinar kerana mula percaya akan diri sendiri sekarang,” katanya.

Cik B berkata, pembikinan video dilakukan di rumah dan gudang sambil dibantu oleh kakitangan Wisma Vida Beauty.

Ditanya mengenai kritikan yang bakal dihadapinya, Cik B turut optimis untuk berhadapan dengan perbezaan pandangan terhadap dirinya dan lagu.

“Saya sudah biasa menerima kritikan dan kecaman sejak berusia 12 tahun.

Sekarang saya sudah imun dengan kecaman semua.

“Saya boleh dan bersedia untuk menyanyi secara langsung dan akan ambil kelas vokal untuk mantapkan lagi suara,”

Katanya yang turut merancang untuk melancarkan single kedua tahun depan.

Cik B kini berazam untuk fokus kepada bidang nyanyian sehingga ke peringkat antarabangsa selain menerokai pelbagai bidang lain dalam perniagaan.

“Tak Perlukan Ayah, Saya Harap Mama Tak Bertemu Jod0h Lain”

Tidak melihat figura bapa sebagai individu yang diperlukan dalam kehidupannya kini.

Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B berkata dia tidak rasa cemburu meskipun tidak mempunyai ayah.

Ujarnya, selama ini ibunya bersendirian yang berperanan sebagai bapa dan juga ketua keluarga sepanjang tempoh dia membesar.

Katanya lagi, dia lebih selesa tiada bapa kerana boleh bermanja dengan ibunya.

“Saya tak rasa pun tak ada ayah ni membuatkan saya cemburu dengan orang lain.

Saya rasa lebih bagus tak ada ayah, saya boleh tidur dengan mama, boleh manja-manja dengan mama.

“Saya lebih selesa kalau tak ada ayah, sebabnya mama adalah mak, ayah, kakak dan kawan saya. Semua mama!” katanya kepada Gempak.

Meskipun pernah mempunyai dua bapa tiri sebelum ini.

Namun Cik B tidak menganggap mampu memberikan kebahgiaan dalam keluarganya.

Malah, Cik B berharap ibunya tidak akan bertemu jodoh lain.

“Bila ada bapa tiri, saya dah rasa saya tak perlukan ayah. Saya tak boleh tidur dengan mama.

Mama kurang bagi perhatian kepada saya dan lebihkan ayah tiri saya. Bercuti pun mereka berdua.

“Dengan usia mama sekarang, saaya harap mama tidak bertemu jodoh lain.

Teman hidup mama adalah saya. Tambah pula berdasarkan pengalaman sebelum ini.

Mama dah lalu macam-macam. Full stoplah!” katanya.

“Saya juga tak perlu lelaki dalam hidup, jadi relaks!”

Dalam masa sama, gadis berusia 15 tahun ini turut berasa hairan apabila nama ibunya turut dikaitkan dalam ‘kisah percintaan’ fake itu.

“Ya, Cik B 15 tahun, bawah umur… lepas tu korang kecam Cik B macam korang tak sedar Cik B umur 15 tahun boleh pula? Fikir balik.

“Orang kata Cik B bukan siapa-siapa kalau Cik B bukan anak Datuk Seri Vida… betullah tu!

Kalau Cik B bukan anak Datuk Seri Vida, mana ada Cik B dalam dunia,” katanya.

Cik B tulis luahan di Twitter.

Cik B berkongsi luahan hatinya itu di laman Twitter pada Khamis.

Sebelum ini, timbul gosip kononnya Cik B sedang menjalinkan hubungan cinta dengan bekas finalis program Hero Remaja 2020 itu.

Ini selepas Cik B memuat naik status memberitahu dia sudah berpunya dan berkongsi beberapa keping gambar dan video bersama Aniq.

Gosip itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen kerana perbezaan umur antara mereka.

Sementara itu, Cik B berkata dia tidak marah atau terasa hati dengan komen yang ditulis netizen berkenaan.

“Cik B tak marah atau terasa cuma Cik B faham. Cik B okay guys! Saya dah biasa. Saya fikir ini hanyalah gurauan.

“Maaf sebab Cik B banyak tweet fasal haters sebab Cik B tengah marah, anak buah kencing atas katil! Kalau tak mana Cik B layan.

“Saya tidak perlukan lelaki dalam hidup, jadi relaks,” ujarnya.

Dua pelakon baharu ini mula rapat selepas bergandingan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, Aniq, 20, mengakui mereka berkawan rapat sejak bergandingan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta yang bersiaran di TV3.

Bagaimanapun, dia meminta peminat tidak mengambil serius mengenai perkongsian mereka di laman sosial dan menganggap ia hanyalah gurauan sesama teman.

“Saya harap orang luar tidak melihat perkongsian itu secara serius.

Semua tahu Cik B masih lagi belajar dan saya pun baru melangkah masuk dalam industri ini.

“Posting di laman sosial itu hanya gurauan sahaja, tapi tak sangka pula ramai yang ambil serius tentang perkara ini sehingga ada yang tuduh saya bukan-bukan,” katanya.

DSV sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Fairuz Ahmad Zainuddin selama tiga tahun namun bercerai pada April 2017.

Vida juga pernah dua kali berkahwin sebelum itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading

OH VIRAL

Video: Slps DiIempang Pelanggan LeIaki Kerana Tercampak Barang, Ini yg Terjadi Pada Akak Cashier tu

Published

on

By

Tahap kecek4lan seseorang dalam dunia perkerjaan pasti berbeza untuk setiap insan.

Kes4baran yang tinggi sangat diperlukan dalam mencari rezeki terutama bagi mereka yang bekerja dengan pelanggan.

Itu dvgaan menimpa seorang juruwang wanita yang sedang h4mil lima bulan apabila dit4mpar oleh seorang lelaki pada Ahad lalu.

Namun dia tetap s4bar sebelum membuat laporan polis Balai Polis Bukit Raja.

Video kejadian itu tular di Facebook memaparkan juruwang berusia 24 tahun dit4mpar oleh lelaki terbabit.

Dia merupakan suami kepada salah seorang pelanggan di salah sebuah pasar raya di Klang, Selangor.

Menurut laporan Kosmo! Online, difahamkan m4ngsa tidak sengaja terc4mpak barangan terkelvar daripada plastik.

Sebelum pelanggan wanita itu mem4rahinya dan ‘mengadu’ kepada suami yang berada di luar.

Mengulas lanjut mengenai kejadian, dia tidak menyangka lelaki tersebut terg4mak membuat demikian terhadapnya yang sedang h4mil lima bulan.

“Saya memang tidak sengaja membuat barang tersebut keluar daripada plastik.

Ak1bat daripada kejadian itu, saya kini mengalami tr4uma dan hidup dalam ket4kutan kerana b1mbang insiden sama akan berulang lagi.

“Oleh demikian, saya telah buat laporan polis di Balai Polis Bukit Raja pada malam kejadian kerana khvatir dengan kesel4matan,” ujarnya.

“Selang beberapa minit, suami wanita itu melvru arah saya sambil berl3ter dan meminta berhenti sekiranya tidak ikhlas atau berminat untuk terus bekerja.

“Tidak cukup itu, lelaki itu kemudian secara tiba-tiba men4mpar pipi kiri saya dan ins1den itu dis4ksikan pelanggan lain,” katanya.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh, svspek yang bekerja sebagai pemandu lori ais batu telah berjaya dit4ngkap malam tadi.

Dan mempunyai empat rek0d l4mpau berkaitan jen4yah dan d4d4h.

Video ada di Bawah Sekali

NOR Ain Syafinaz menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Bukit Raja, kelmarin berhubung kejadian itu.- FOTO NOR AZIHAN MD. GHAZALI

Bagaimanapun, lelaki yang berusia 38 tahun itu telah dibeb4skan dengan jaminan polis dan kes disi4sat mengikut S3ksyen 323/506 K4nun Keseksaan.

Sila Tonton Video Bawah ini

Sumber: K! ONLINE, OMM

Continue Reading

OH VIRAL

Nasib Anak Piatu, lkut Warden BaIik, Tp Dir0g0I PuIa, Aku Nekad Adu Pada SekoIah, Tp Lain Pula Jadi Akhirnya

Published

on

By

Assalamualaikum para pembaca. Foto sekadar hiasan. Ini kali pertama saya menulis disini.

Continue Reading
OH VIRAL19 hours ago

“Tak Perlukan Ayah, Saya Harap Mama Tak Bertemu Jod0h Lain” Cik B

OH VIRAL1 day ago

Video: Slps DiIempang Pelanggan LeIaki Kerana Tercampak Barang, Ini yg Terjadi Pada Akak Cashier tu

OH VIRAL1 day ago

Nasib Anak Piatu, lkut Warden BaIik, Tp Dir0g0I PuIa, Aku Nekad Adu Pada SekoIah, Tp Lain Pula Jadi Akhirnya

OH VIRAL2 days ago

“Saya Terkjut Prubahan Sikap Baba SeIepas Suami MninggaI” – Menantu BaduI

OH VIRAL4 days ago

Hampir Setahun Bersama, Akhirnya Elly Mazlein Bongkarkan Sesuatu yg Mengejutkan Tentang Perangai Suaminya

OH VIRAL4 days ago

Jawapan BaIu Setelah Dikatakan Menafikan Hak AR BaduI Sebagai Pewaris Sgt Menyentuh Perasaan

OH VIRAL4 days ago

Dinafikan Harta Peninggalan Arwh Anaknya, Akhirnya AR Badul Bersuara Tetap Mahu Tuntut Hak

OH VIRAL4 days ago

Video Kulit Muka Terlalu ‘Perfect’ & Licin, Gadis Ini Jadi Pertikaian Netizen, Rupanya ini Puncanya

OH VIRAL5 days ago

Suami Bantu Wanita HamiI ToIak TroIi Tapi Kena Marah Dgn lstri, Sampai Satu Tahal Suami Terpaksa Ambil Tindakkan Sebegini

OH VIRAL5 days ago

“Kena Serbu Macam Tak Pernah Tgk Emas..” Netizen Kecam, Pemilik Kedai Terpaksa Tampil dan Mengeluarkan Kenyataan Mengejutkan

OH VIRAL5 days ago

SbIm Campak Budak 4 Tahun Dari Tingkat 4, Dia Sempat BaIing TeIefon KeIuar Tingkap

OH VIRAL5 days ago

“lstri ngndong pun ko cerraikan..” Masuk Campur Isu Da’i Syed, Netizen Ungkit Hal Rumah Tangga PU Abu

OH VIRAL6 days ago

Video: “Sebab kau jadi puncalah, aku jadi macam ni..” Alif Sukri Menangis Mengenangkan Nasib

OH VIRAL6 days ago

Suami tentera, Msuk tahun ke4 aku dah xtahan, Aku pkul, acu psau pada suami, Aku minta cerrai

OH VIRAL6 days ago

Gadis Ini Dikecam Kerana ‘Kahwin’ Dengan Lelaki Jarak Usia 46 Tahun. Dia Tampil Jelaskan Segalanya

OH VIRAL1 week ago

“Sepandai Pandai2 Tupai Melompat, Akhir Jatuh Ke Tanah Jua” Aishah Azman

OH VIRAL5 days ago

SbIm Campak Budak 4 Tahun Dari Tingkat 4, Dia Sempat BaIing TeIefon KeIuar Tingkap

OH VIRAL3 weeks ago

Gempar Ada Bukti Lain Dijumpai, Saspek Dibawa ke Lokasi, Unit Selam Sambung Cari Bahan Bukti

OH VIRAL4 weeks ago

Ini identiti M4ngsa Yang Terlibat,Bukan Calang Calang Orang

OH VIRAL1 week ago

Masa Daftar Buku Pink sy Anjakkan Tarikh Period, Agar Doc dan Nurse xtahu sy Mngandung Anak Iuar Nikah

OH VIRAL6 days ago

Video: Netizen Selar Strategi Marketing Produk Ini Tidak Sen0n0h Tayang Benda yg Tak Patut

OH VIRAL4 days ago

Video Kulit Muka Terlalu ‘Perfect’ & Licin, Gadis Ini Jadi Pertikaian Netizen, Rupanya ini Puncanya

OH VIRAL4 weeks ago

lbu Saspex Dtg nak Minta Maaf, Tak Sangka Ini Tindakkan yang Dilakukan oleh Ayah Nur Suria

OH VIRAL3 weeks ago

Video: HeIikopter Sama Sblm Kejadian, Buat Beberapa Aksi Merbaahaya Berhampiran Penunggang BasikaI

OH VIRAL1 week ago

Disebabkan Perkara ini, Bisnes SHUlB Gulung Tikar dan Dibuang Ke Tempat Pelupusan Samp4h

OH VIRAL6 days ago

Ingatkan Seorang je, Sekali PDRM Dedah Tentang Status Terkini Pendakwah Muda Buat Netizen Terkejut

OH VIRAL3 weeks ago

“Encik dari mana. Kawan Alif ke?.” – Pemuda Tak Dikenali Hadir Pada Pengebumlan Anknya. Terkjut Ayhnya Bila Mengetahui Siapa Sebenarnya Pemuda Itu

OH VIRAL1 week ago

Video: “Sampai Macam tu SekaIi Ko PukuI Rider Fudpanda tu Bro” PeIanggan BlAD4P Ini DIKEC4M Netizen

OH VIRAL2 weeks ago

“Kak Mel panggil saya si b0d0h, ustazah jadian, BETlNA..” Punca Pembantu Gelar Datin Macamtu Akhirnya Diketahui

OH VIRAL4 days ago

Dinafikan Harta Peninggalan Arwh Anaknya, Akhirnya AR Badul Bersuara Tetap Mahu Tuntut Hak

OH VIRAL1 week ago

“Sepandai Pandai2 Tupai Melompat, Akhir Jatuh Ke Tanah Jua” Aishah Azman

OH VIRAL5 days ago

SbIm Campak Budak 4 Tahun Dari Tingkat 4, Dia Sempat BaIing TeIefon KeIuar Tingkap

OH VIRAL3 weeks ago

Gempar Ada Bukti Lain Dijumpai, Saspek Dibawa ke Lokasi, Unit Selam Sambung Cari Bahan Bukti

OH VIRAL4 weeks ago

Ini identiti M4ngsa Yang Terlibat,Bukan Calang Calang Orang

OH VIRAL1 week ago

Masa Daftar Buku Pink sy Anjakkan Tarikh Period, Agar Doc dan Nurse xtahu sy Mngandung Anak Iuar Nikah

OH VIRAL6 days ago

Video: Netizen Selar Strategi Marketing Produk Ini Tidak Sen0n0h Tayang Benda yg Tak Patut

OH VIRAL4 days ago

Video Kulit Muka Terlalu ‘Perfect’ & Licin, Gadis Ini Jadi Pertikaian Netizen, Rupanya ini Puncanya

OH VIRAL4 weeks ago

lbu Saspex Dtg nak Minta Maaf, Tak Sangka Ini Tindakkan yang Dilakukan oleh Ayah Nur Suria

OH VIRAL3 weeks ago

Video: HeIikopter Sama Sblm Kejadian, Buat Beberapa Aksi Merbaahaya Berhampiran Penunggang BasikaI

OH VIRAL1 week ago

Disebabkan Perkara ini, Bisnes SHUlB Gulung Tikar dan Dibuang Ke Tempat Pelupusan Samp4h

OH VIRAL6 days ago

Ingatkan Seorang je, Sekali PDRM Dedah Tentang Status Terkini Pendakwah Muda Buat Netizen Terkejut

OH VIRAL3 weeks ago

“Encik dari mana. Kawan Alif ke?.” – Pemuda Tak Dikenali Hadir Pada Pengebumlan Anknya. Terkjut Ayhnya Bila Mengetahui Siapa Sebenarnya Pemuda Itu

OH VIRAL1 week ago

Video: “Sampai Macam tu SekaIi Ko PukuI Rider Fudpanda tu Bro” PeIanggan BlAD4P Ini DIKEC4M Netizen

OH VIRAL2 weeks ago

“Kak Mel panggil saya si b0d0h, ustazah jadian, BETlNA..” Punca Pembantu Gelar Datin Macamtu Akhirnya Diketahui

OH VIRAL4 days ago

Dinafikan Harta Peninggalan Arwh Anaknya, Akhirnya AR Badul Bersuara Tetap Mahu Tuntut Hak

Artikel HOT

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.