Connect with us

OH VIRAL

Dgr Mak Menjerit Dari Dlm Rumah, Apa Yang Gadis ni Nampak Dekat Ruang Tamu Sangat Mengejutkan

Published

on

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Nama aku Zalikha, kawan kepada Nurhaliza.

Aku nak confess dekat sini bahawa seingat aku, sepanjang hidup aku, aku tak pernah cakap aku sayang mak aku dekat mak aku.

Bukan aku tak sayang, cuma aku tak pernah cakap.

Dalam adik beradik aku, aku sorang je yang paling kenal mak aku sebab aku je yang duduk lama dengan mak ayah aku.

Abang, kakak aku duduk asrama masa sekolah kemudian merantau dan terus kawin.

Sebelum masuk belajar dan selepas habis belajar aku memang duduk dengan mak ayah. Kerja pon dekat.

Nak dijadikan cerita, mak aku normal dengan orang lain tapi bila dengan aku, mak aku ni macam nakal.

Aku dari kecik memang tak nakal langsung. Tapi mak aku memang nakal sampai sekarang aku jadi sasaran.

Orang lain selalu ada anak nakal kan, tapi kes aku terbalik. Aku nak share pengalaman aku je.

Peristiwa 1

Pada suatu petang, aku duduk dekat luar rumah, angin sepoi-sepoi bahasa, burung berkicauan.

Aku hirup udara segar kampung. Tiba-tiba phone berdering, tertera nama ‘Mak’.

Aku angkat, aku dengar suara mak aku cakap ‘tolong’. Sepantas kelajuan cahaya aku berlari masuk rumah, aku lompat pagar rumah aku.

Sampai dalam rumah, aku nampak mak aku terbaring dekat ruang tamu, lepas tu aku dengar mak aku cakap

“Tolong ambilkan remote tu Zalikha, mak tak sampai” sambil tunjuk remote yang jarak semeter dari beliau.

Aku kenangkan syurga bawah tapak kaki beliau je masa tu.

Peristiwa 2

Aku balik dari kerja dalam pukul 5 petang, aku baring dekat kerusi depan. Aku terlelap.

Tiba-tiba aku terasa panas, pandangan aku kabur. Kedengaran suara orang mengaji.

Aku cuba bangun walaupon rasa berat sangat.

Aku nampak mak aku dekat tepi tengah pakai telekung sambil baca Surah Yassin.

“Eh Zalikha hidup lagi kau” kata mak aku sambil berlalu pergi.

Aku speechless masa tu, termenung seketika aku dahla berpeluh kena selimut dari hujung kaki ke hujung rambut.

Takpa la, at least aku ada pengalaman pergi buat selamanya.

Peristiwa 3

Ada satu hari tu mak aku ajak tengok cerita hantu dekat Astro Citra.

Mak aku pujuk aku cakap nanti nak belanja lollipop la apa la kalau teman beliau.

Aku tetap tak nak sebab pagi tu ada rancangan nak jogging. Aku ingat lepas subuh pukul 6 macam tu terus jogging untuk menguruskan badan.

Jadi aku kena tidur awal untuk bangun awal.

Tengah sedap tidur, alarm berbunyi. Bukan alarm phone aku, tapi alarm phone mak aku tapi phone beliau tu dibawah bantal aku.

Tengok jam baru pukul 4 pagi. Mak aku balas dendam tu sebab tak teman beliau. Sudahnya aku pegi sahur. Aku tak jogging.

Pagi tu muka aku masam je. Aku perhati je mak aku sengih-sengih macam Spongebob.

“Zalikha jom pegi KFC, mak belanja kau pinggan ular(snack plate)”.

Sebagai seorang anak, aku pon maafkan mak aku selepas aku kenyang. Lepas tu baru aku ingat aku puasa hari tu.

Peristiwa 4

Aku dah bertekad untuk diet, aku dah berjaya diet selama 3 hari masa tu.

Malam tu, aku tengah duduk dekat bilik, pintu aku biar buka. Tiba-tiba mak aku datang bawa char kuew tiaw, air Milo sejuk.

Mak aku pon duduk bersila depan pintu aku, baca doa dan makan.

Dekat rumah aku ada 3 meja makan dan 14 kerusi makan tetapi mak aku memilih untuk makan depan pintu bilik aku.

Mengapa ye tuan puan? “Zalikha, mak sakit perut la, tengok kan makanan ni kejap mak nak ke bilik ayor.”

Aku pon tengokkan makanan tersebut, lepas tu rasa la sikit-sikit. Takda la rasa banyak, 5 sudu je.

Air Milo dia nikmat. Aku nak jenguk mak aku kt bawah, takut kantoi. Tapi aku nampak mak aku tengah duduk tengok tv makan karipap.

Mak aku nampak aku, “Zalikha, kalau dah habis makan pinggan dengan cawan tu bawa turun.”

Aku sedekahkan Al Fatihah kepada diet aku yang 3 hari menemani aku. Kini tiada lagi.

Peristiwa 5

Peristiwa ni takda kena mengena dengan aku cuma aku tak boleh lupakan.

Mak aku baca majalah. Lepas tu mak aku tanya aku maksud apa benda tah kat aku sebab ada tulis dekat situ.

Aku jawab la lelaki bergaya dan kemas kot. Lepas tu suatu hari Persatuan Village Onions datang rumah aku adalah dalam 5-6 orang makcik.

Mereka kupas isu apa entah masa tu. Salah seorang makcik tu ada sebut perkataan tak senonoh. Dengan yakin nya mak aku mencelah,

“Saya tahu benda tu, anak lelaki saya ada sorang yang macam tu” Persatuan Village Onions speechless.

Lepas 15 minit aku gelak guling-guling, aku buat pembetulan dekat makcik-makcik tu.

Baru la ceria sikit muka mereka lepas aku terangkan.

Peristiwa 6

Mak aku suka main game tapi ayah aku tak pernah tahu. Mak aku pandai sembunyi kan kegiatan beliau.

Mak aku kadang main game masa lipat kain, bila ayah aku datang, mak aku letak phone dekat bawah kain baju beliau lipat tu lepas tu pura-pura lipat kain.

Hari tu pernah, mak aku tengah masak sambil main game, tiba-tiba ayah aku datang, mak aku letak phone beliau dalam peti ais sebab takut kena marah dengan ayah aku.

Aku yang terkejut bila buka peti ais tu. Aku tengok si Layla mobile legends mengigil sejuk dalam tu ha.

Peristiwa 7

Ni bukan peristiwa tapi terjadi hari-hari. Mak aku takut naik kereta kalau aku yang drive.

Mak aku takut tapi hari-hari suruh aku bawak beliau. Kadang rumah jiran selang 2-3 rumah pon mak aku suruh aku hantar.

Jiran aku tu kalau dia kentut pon aku boleh dengar dari rumah aku, kalau drive tu tak payah masuk gear pon dah sampai.

Pernah aku nak pergi kedai dengan mak aku, akak aku call, lepas tu aku dengar mak aku cakap, “Okay lah kalau panjang umur aku call balik, nak menggadai nyawa dengan Zalikha jap.”

Masa dalam kereta, mak aku akan genggam pemegang dekat atas tu, tangan lagi sebelah beliau pegang bahu aku.

Bila nak kona ke nak sodok bonggol ke mesti beliau genggam bahu aku kuat-kuat macam orang nak bersalin tu, nafas turun naik.

Gayat kot, tapi tulaa pergi kedai depan rumah je kot. Bawak 40 je. Tapi kalau dengan ayah aku lain.

“Laju lagi Zalikha, laju lagi”, “Potong kereta tu Zalikha, potong”, “Drift Zalikha, drift”.

Peristiwa 8

Mak aku pernah pinjam phone aku nak call pakcik aku. Aku pon biar jela, aku pergi makan.

Dalam 15 minit macam tu, mak aku senyap je. Aku intai dari belakang mak aku, aku tengok mak aku tengah whatsapp dengan boifren aku.

Dengan muka tak bersalah mak aku pulangkan phone aku, “Nah Zalikha, abiy kau kirim salam”.

Peristiwa 9

Aku ada diari zaman sekolah menengah, masa budak-budak sangat. Aku simpan dalam kotak dekat bilik.

Masa tengah kemas, aku baca balik, mengimbau kenangan silam. Aku tersenyum, ketawa sorang-sorang bila baca diari tu. Mak aku masuk bilik..

Mak, Gelak apa tu Zalikha?.. Aku, Tak ada apa lah. Baca dulu punya kenangan.. Mak, Oow mak pon nak tahu jugak, ceritalah..

Aku, Tak boleh mak, ni rahsia Zalikha. Mak, Ha yela, tapi muka surat kedua terakhir tu paling kelakar kan.

(Sambil buat muka spongebob). Mak dah khatam 10x masa kau takda kat rumah hahahahahaaaaaa.

Best la baca diari kau… Aku., Makkkkk!!!!!!

Peristiwa 10

Aku dekat tempat kerja masa tu, nak balik.

Aku tengok phone, aku baca whatsapp mak aku, “Zalikha, mak dah takda nyawa dah ni, balik cepat sikit.”

Rancangan aku nak mengopi dengan kawan dibatalkan.

Aku bawa motor laju, selamba je aku potong mat rempit, asalnya aku pakai tudung tapi sampai rumah dah jadi kelambu.

Aku cari mak aku, aku dah risau. Aku nampak mak aku tengah duduk.

Nampak runsing, “Zalikha, bagi mak nyawa sikit dekat Gardenscapes (nama game), mak perlukan satu je lagi star ni ha.”

Aku sayang mak aku dunia akhirat, tapi aku tak reti nak luahkan. Walaupon mak aku selalu prank aku, aku sayang mak aku.

Sumber – Zalikha via IIUMC

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OH VIRAL

Mengejutkan! Sharifah Husna Kacukan Melayu, Pakistan, Afghanistan, Arab, British, Portugis, Belanda & Negara Ini

Published

on

By

Namanya kini semakin melonjak naik selepas membintangi drama Ryan Aralyn

Pelakon Sharifah Husna mahu membuktikan dia berada dalam dunia lakonan bukan hanya bersandarkan pada paras rupa.

Nama sebenarnya, Sharifah Husna Syed Faizal. Menggunakan nama komersial, Sharifah Husna. Berusia 27 tahun.

Berasal dari Subang Jaya, Selangor. Bergiat dalam dunia seni sebagai pelakon.

Mula menempa nama selepas diangkat sebagai juara program penca­rian bakat Gadis Panca MyBeauty 2018 musim kedua, menewaskan sembilan peserta di peringkat akhir.

Kemenangan itu melayakkannya menerima wang tunai RM10,000 bersama kontrak lakonan tajaan A. Aida Production, selain trofi serta pakej percutian ke Balkan.

6Antara drama dibintanginya seperti Suri Katriana, Aku Yang Kau Tinggalkan, Kasih Tak Terungkap, Raisha 2 dan Seribu Rindu.

Termasuk telefilem Tragedi Balik Kampung, Soulmate Kedua, Imaan dan banyak lagi.

Terkini beliau merupakan antara pelakon yang membintangi drama Seadanya Aku arahan Feroz Kader, diterajui Azlee Khairi dan Zara Zya, selain Elvina Mohamad, Redza Rosli, Dayana Roza dan ramai lagi.

Berdarah Kacukan

Gadis kacukan Melayu, Pakistan, Afghanistan, Arab, British, Portugis, Belanda dan Indonesia ini juga berkata dia enggan dilabel pelakon stereotaip yang sekadar ‘menjual’ wajah semata-mata

Dia mahu membuktikan pelakon mempunyai rupa juga berbakat.

“Saya tidak mahu orang ramai melabelkan saya sebagai pelakon cantik tetapi tidak pandai berlakon…

Saya mahu hapuskan stereotaip itu.

“Saya mahu membuktikan pelakon yang mempunyai rupa juga boleh menjadi artis versatil,” katanya kepada BH Online.

Membawakan watak Dowena menerusi drama Ryan Aralyn, pelakon berusia 27 tahun itu tidak menyangka mendapat reaksi positif daripada penonton

Dan meluahkan rasa syukur ramai mula menyedari kehadirannya dalam industri.

“Saya tidak sangka menerima banyak maklum balas positif daripada watak wanita psiko itu.

Alhamdulillah, saya gembira apabila ramai yang mula nampak kehadiran dan kemampuan saya.

“Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk mencuba sesuatu yang berbeza dan mencabar pada masa hadapan,” katanya.

Fakta Menarik

  • Berfizikal tinggi lampai.
  • Pelajar dalam bidang perubatan di Universiti Royal College Surgeons Ireland, Serdang, Selangor.
  • Bakal bergelar doktor. Bidang kedoktoran cukup sebati di kalangan keluarganya kerana rata-rata saudara perempuannya juga menceburi bidang terbabit.
  • Agak kurang fasih berbahasa Malaysia.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @_sharifahhusna_ sehingga kini sudah mengumpul lebih 46,000 pengikut.
Continue Reading

OH VIRAL

Syamsul Sanggup Bayar 10K Jika Ada Yg Sudi Heret Mamat Ni Berjumpa Dgn Dia

Published

on

By

Kehidupan sebagai selebriti tidaklah mudah seperti disangka.

Ada masanya, nama akan diagung-agungkan sekali gus membuatkan ada yang menyimpan rasa iri hati.

Pelakon, pengarah dan penyanyi, Syamsul Yusof, dia juga tidak terlepas daripada berdepan situasi diuji dengan sifat hasad dengki manusia terhadapnya.

Mencipta nama menerusi karya-karya pecah panggung serta lagu-lagu yang memanjat carta radio tempatan

Syamsul tidak menafikan setiap rezeki yang diberi Allah kepadanya itu diturunkan dengan ujian untuk menguatkan dirinya sebagai hamba.

Dalam perkembangan terkini, Syamsul telah memuat naik satu posting menawarkan 10k kepada sesiap yang dapat membawa lelaki ini berjumpa dengan beliau

“Abg perlu perkhidmatan GRAB CAR.

Sape2 boleh fetch mamat ni bawa jumpa saya minum kopi tak? Nak berkenalan.

Mamat ni dia kat KL je so dekat. Walau dekat, grab car saya bayar 10k cash.

Apa2 sila email sy di pengarahkerdil@gmail.com atau DM saja kat iG ni. #semboyanCalling”

Antara Komen Dan Kata Kata Semangat Dari Rakan Seperjuangan Dan Follower Syamsul Di Laman IG Nya.

Sampai JAI pun masuk komen


.

Tidak dapat di pastikan mengapa Syamsul mencari lelaki tersbeut

Tetapi rata-rata peminat mengaitkan dengan permasalahan dan vgutan yang Syamsul hadapi sebelum ini

“Setiap benda ada ‘harga’ yang perlu dibayar.

Allah berikan kejayaan kepada saya untuk hasil kerja yang membanggakan.

Dalam pada kejayaan yang saya terima, ada juga beberapa perkara yang saya sendiri perlu perbaiki dalam kehidupan saya,” katanya.

Menurutnya, apa yang menjadi keutamaannya kini adalah keluarga terutama anak-anaknya.

“Keselamatan keluarga menjadi keutamaan. Alhamdulillah, anak-anak membesar dengan sihat.

Tapi, besar nikmat, besar juga ujiannya untuk saya,” katanya.

Situasi rumah tangganya bergolak dan mula menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi apabila isterinya, Puteri Sarah Liyana dilihat hadir ke pejabat agama pada pertengahan bulan lalu.

Tidak cukup dengan itu, dalam bulan sama dia juga diduga dengan fitnah yang disebarkan seorang YouTuber di laman penstriman video itu.

“Saman terhadap YouTuber itu masih lagi saya akan teruskan.

Tapi, disebabkan banyak perkara berlaku antaranya krisis pandemik dan sebagainya, jadi semuanya akan diteruskan selepas ini.

Mengenai YouTuber itu, dia sudah padam akaun saluran YouTube itu.

Tapi, dia nak lari ke mana sebab saya akan terus cari,” katanya.

Penghujung September lalu menyaksikan Syamsul berdepan situasi menegangkan apabila YouTuber tidak bertanggungjawab itu menggunakan tajuk yang tidak sesuai serta menimbulkan fitnah terhadap dia dan keluarga.

Terbaru, Syamsul baru saja membuat laporan polis pada 13 Oktober lalu selepas menerima ugutan daripada individu tidak dikenali di Instagram

Seperti yang dilaporkan Harian Metro sebelum ini.

Tidak mahu merungsingkan keluarga, Syamsul meminta individu yang tidak menyimpan rasa tidak puas hati kepadanya untuk bersemuka dengannya.

“Saya tak mahu peningkan kepala keluarga saya. Saya sudah berusia 36 tahun dan bukan budak-budak lagi.

Kepada individu yang ada masalah dengan saya, jumpa saya secara bersemuka,” katanya.

Yang pasti, Syamsul memohon agar peminat-peminatnya akan terus mendoakan kesejahteraannya sekeluarga.

Puteri Sarah Bawa Diri

Tindakan pelakon, Puteri Sarah memuat naik gambar beserta keterangan pergi bercuti dan bekerja pada 13 Oktober lalu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Ada beranggapan isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof itu seolah-olah mahu membawa diri

Dan melupakan seketika pemasalahan rumah tangga yang wujud antara mereka.

Apatah lagi, pada hari sama pengarah filem Munafik itu membuat laporan polis ekoran mendapat mesej berbaur ugutan di Instagram.

Puteri Sarah, 35, berkata, perancangan untuk pergi bercuti bersama anak-anak sudah dibuat lama.

“Perancangan asal memang nak pergi bercuti di pulau selepas habis penggambaran.

Tapi, macam tak sempat. Kebetulan, saya terbabit dalam penggambaran yang dibuat di luar Kuala Lumpur.

“Saya pun cuba bertanya kepada pihak produksi jika saya boleh bawa bersama anak-anak.

Alhamdulillah, mereka okay. Kiranya, sambil bekerja dapat juga saya bercuti dengan anak-anak,” katanya.

Ditanya mengenai ugutan yang diterima suaminya dan laporan polis dibuat, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut.

“Saya dimaklumkan dia nak buat laporan polis, tapi tidak mengetahui lebih lanjut kandungan mesej berbaur ugutan itu. Jadi, tidak ada apa yang saya boleh perkatakan.

“Lagi pula, perkara ini sudah menjadi kes polis. Biarlah pihak berwajib jalankan tugas mereka.

Kalau betul seperti didakwa, saya berharap perkara ini akan dapat diselesaikan,” katanya.

Mengenai kenyataan dibuat Syamsul yang menyifatkan obses pada kerja antara salah satu punca berlakunya kemelut rumah tangga mereka, Puteri Sarah enggan menafikan perkara itu.

“Mungkin betul. Sebab semua tahu dia seorang yang kuat bekerja,” katanya ringkas.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Continue Reading

OH VIRAL

‘Sy Pesakit C0VlD, Bukan Penjenayah’ Lelaki Sedih Bila Anak dan Istri Diperlakukan Sebegini oleh Penduduk Setempat

Published

on

By

Kuala Lumpur: “Sepanjang saya berada di wad, perkara paling menyedihkan

Ini apabila anak dan isteri di rumah diperlakukan oleh masyarakat seolah-olah penjenayah.

“Sedangkan hanya saya seorang saja positif Covid-19 dan mereka negatif serta tidak dimasukkan di hospital,” luah bekas pesakit Covid-19, Shakirin Al-Ikram Abd Hamid.

Shakirin, 26, antara pesakit daripada kes Kluster Utama yang dijangkiti Covid-19 hasil ujian calitan dilakukan pada 11 Oktober lalu.

Bapa kepada dua anak berumur 10 bulan dan dua tahun itu menerima keputusan itu pada 13 Oktober sebelum dibawa ambulans pada malam hari sama

Ini untuk dimasukkan ke wad Hospital Kusta, Sungai Buloh.

Dia yang menetap di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya kemudiannya dikuarantin di wad selama lima hari sebelum dibenarkan pulang, Sabtu lalu.

Berkongsi pengalamannya, Shakirin yang bekerja sebagai pembantu jualan premis pakaian di pusat beli-belah di Bandar Utama berkata

Dia tidak mengalami gejala teruk atau demam, cuma simptom ringan seperti sakit sendi dan rasa hendak pitam beberapa hari sebelum disahkan positif Covid-19.

Katanya, dia sangkakan apa yang dialaminya sekadar simptom demam biasa, tetapi rupanya tanda dijangkiti Covid-19.

“Saya dapat tahu keputusan apabila dihubungi doktor dua hari selepas menjalani ujian calitan dan rasa macam tidak percaya

Dan perkara pertama dibuat adalah menghantar anak ke rumah pengasuh kerana isteri bekerja ketika itu.

“Kira-kira 9 malam, ambulans datang ke rumah dan membawa saya ke hospital manakala isteri, Shasha Ridzuan, 26,

Dan dua anak kami yang turut menjalani ujian calitan didapati negatif Covid-19.

Dipulaukan Penduduk Setempat

“Namun, masalah berlaku apabila anak dan isteri saya menerima layanan dingin daripada segelintir penduduk setempat

Hanya kerana saya dijangkiti Covid-19 manakala alamat rumah kami turut disebarkan individu tidak bertanggungjawab,” katanya.

Selain itu, Shakirin berkata, dia dituduh membuang gelang tangan kuarantin sedangkan perkara itu tidak benar.

Menurutnya, selain mereka empat beranak, keluarganya termasuk emak serta ayahnya yang tinggal di blok sebelah dan keluarga pengasuh turut terkena tempiasnya.

“Paling menyedihkan apabila isteri mahu membeli bekalan susu dan lampin pakai buang yang habis

Tetapi tidak dibenarkan kerana orang sekeliling takut dia menjadi punca.

“Saya cuba menggunakan khidmat penghantar, tetapi mereka menolak kerana tidak berani ambil risiko.

“Apa yang berlaku menambah tekanan ketika saya di wad kerana setiap masa memikirkan anak dan isteri di rumah

Memandangkan saya ketua keluarga tetapi tidak dapat membantu ketika mereka ditinggalkan.

“Lebih membimbangkan apabila paras darah tinggi emak naik kerana tertekan selepas mendengar orang sekeliling bercakap mengenai kami sekeluarga,” katanya.

Shakirin berkata, selepas memuat naik hantaran mengenai luahannya di Facebook (FB), baru ada yang tampil menghulurkan bantuan.

Katanya, hantaran dimuat naik itu bukan untuk meraih simpati sesiapa, tetapi cara untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Alhamdulillah, ramai memberi kata semangat dan tidak kurang tampil menghulurkan sumbangan.

“Salah seorangnya adalah pengurus restoran ,Shahrul Nizam Kamal yang menghantar makanan untuk keluarga saya sepanjang saya berada di wad,” katanya.

Di sebalik ujian dilalui, Shakirin bersyukur kerana sudah pulih daripada Covid-19 dan tidak ditahan di wad lebih lama.

Katanya, dia gembira apabila kembali ke pangkuan keluarga selepas beberapa hari terpisah dan buat masa ini masih menjalani kuarantin di rumah.

“Saya reda dengan ujian ini, tetapi mohon masyarakat tidak memandang negatif pesakit atau mereka yang pernah dijangkiti Covid-19.

“Ini kerana kami tidak minta diuji sebegini dan penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa saja,” katanya.

Terdahulu, hantaran kisahnya telah menjadi tular di media sosial

Assalamualaikum warga net . Saya Kirrin Di sah Kan positif Covid-19 .

Apa saya nak maklum ni cemuhan kecaman daripada warga net ni. Tanpa selidik , Tanpa siasat pasal kes saya tup tup viral Di seluruh laman social.

Terkilan dengan penyebar berita Yang tak sahih , Ada Yang mengata Kan saya buang gelang ketika keluar Dari rumah. Ada Yang Kata polis datang rumah angkut saya.

Semua Tu nonsense. Merepek . Benda takda pape pun. Yes mmg saya keluar ahad Tu pergi kenduri kawan saya Dan keluar makan Di kedai achip .

Tapi bila check suhu badan negative , saya takda simpton simpton sakit apa pun masa Tu.

Kalau saya tahu saya positif , saya tak bodoh nak keluar Dari rumah untuk sebar Kan benda virus ni. Saya Masih waras .

Apabila saya Di sah Kan saya positif covid , saya suruh kenalan rapat saya Yang contact rapat terus buat swab test alhamdulillah dorang takda pape pun NEGATIVE.

Tapi saya kecewa sikap sikap segelintir warga laman sosial menviral Kan saya mengata Kan saya Dan satu family saya positive ?

Padahal saya sorang je Yang positif. Setiap kecaman cemuhan warga net membuat family saya terjejas.

Anak sulung saya berumur 2 Tahun 4 Bulan kehabisan Susu Dan pampers , anak kedua saya 10 Bulan kehabisan nestum Dan pampers .

Di sebab Kan korang viral benda tak sahih ni family saya terjejas tidak boleh Beli barang keperluan harian. Kamu nak family saya mati kelaparan ke ?

Hari Hari nak order grab food dgn ada tax lgi . Awak ingat saya mampu nak bayar semua benda Tu dengan keadaan saya Masih Di hospital .

Mana korang punya sikap prihatin sesama manusia wahai warga Malaysia , saya Tanpa dapat bantuan keperluan

Hari Hari untuk family saya , mak ayah saya Di sebab Kan anda mengeluar Kan statement “Satu Family* kena covid padahal saya sorang je kena.

Masha Allah , saya kat sini menangis teringat Kan anak anak Bini saya makan apa , minum apa Mandi ke tak.

Saya fikir mak ayah saya Yang Ada sakit kronik sampai terjejas tak boleh keluar rumah sebab takut Di jangkiti.

Masha Allah berat lagi Mata memandang berat lagi bahu memikul. Di sebab Kan mulut mulut macam ni lah membuat orang lain menderita.

Saya luah Kan ni bukan Cari popularity , tapi saya sakit Hati berapa zalim nya korang mencerita benda Yang tak sahih.

Malu saya sebagai orang Islam Yang buat berita tidak sahih ni. Sampai family saya menderita macam ni sekali .

Korang tak kena lagi dkt family korang. Kalau kena Baru korang tahu sakit dia perit dia lagi lagi Ada anak kecik Yang belum tutur percakapan.

Masha Allah. Semoga Di berikan hukuman setimpal Di padang masyar Yang mencerita Kan tidak sahih terhadap family saya .

My family I’m still loving you and I miss you guys Shasha Redzuan Stay Safe

Continue Reading
OH VIRAL3 hours ago

Mengejutkan! Sharifah Husna Kacukan Melayu, Pakistan, Afghanistan, Arab, British, Portugis, Belanda & Negara Ini

OH VIRAL10 hours ago

Syamsul Sanggup Bayar 10K Jika Ada Yg Sudi Heret Mamat Ni Berjumpa Dgn Dia

OH VIRAL1 day ago

‘Sy Pesakit C0VlD, Bukan Penjenayah’ Lelaki Sedih Bila Anak dan Istri Diperlakukan Sebegini oleh Penduduk Setempat

OH VIRAL2 days ago

Video: “Sangat Mengerikan” Syatilla Melvin Terpaksa Jalani Pembedhan Gara Swab Test

OH VIRAL2 days ago

Video: Rakaman CCTV Tunjuk Detik2 Seorang Wanita Campak Dua Anak Buat Ramai Sebak

OH VIRAL2 days ago

Netizen Dedahkan 20 Bukti Hubungan Sebenar Neelofa dan PU Riz yg Sgt Mengejutkan

OH VIRAL2 days ago

Slps Buat Laporan PoIis, Ini Status Shca Elinnea yg Mengejutkan Kpd Individu ini Susulan Dakwaan Terbabit Skandal Pelacvran

OH VIRAL2 days ago

Dakwaan Terlibat Skandal Pelacvran, Sekali Sykt Pengurusan Cek Aliran Tunai Akaun Peribadi Scha

OH VIRAL3 days ago

Mengejutkan bila Liza Abdullah Dedahkan Tentang SkndaI Artis Jual Diri kpd VVIP Sudah Lama BerIaku

OH VIRAL4 days ago

Suami peIok, merayu memohon maaf, tapi sy tetap mintak utk dicerraikan, tIak 3 lg bagus

OH VIRAL4 days ago

Dr Noorhisham Ramalkan Hujung Oktober Jangkitan C0VlD 19 BakaI Meningkat ke Angka 1,300 Sehari

OH VIRAL5 days ago

“Sudah Setahun Sy Tak Bekerja” Keadaan Salih Yaakob Skrg Buat Ramai Tertanya-Tanya

OH VIRAL6 days ago

“Sampaah Punya Servis, Punya Banyak X70 Takkan Tak Ada Parts” Pengguna Proton X70 Mengamuk

OH VIRAL6 days ago

“Tolonglah Faham, Kami Sangat Penat, Ada Yang Muntah Tidak Bermaya“- Frontliners Menangis, Sabah Bagai Di Landa Garuda

OH VIRAL1 week ago

Akhirnya Wajah Datuk Seri itu Didedahkan, dan Ini Cara dia Melarikan Diri

OH VIRAL2 weeks ago

“Dia Hilang Ingatan..” Pemandu Myvi Dakwa Dia Tak Dapat Bagi Kerjasama Sebab Tak Ingat Apa2

OH VIRAL2 weeks ago

Pertama Kali Buat Sidang Media Macam Ni, Netizen Perasan Ada Sesuatu Yg Tak Kena Dgn Noor Hisham

OH VIRAL1 week ago

Video: Takde Adab, Ibu Ini Rakam BF Anak Perempuan Dia Selamba Buka Peti Ais mcm Rumah Sendiri

OH VIRAL2 days ago

Dakwaan Terlibat Skandal Pelacvran, Sekali Sykt Pengurusan Cek Aliran Tunai Akaun Peribadi Scha

OH VIRAL2 weeks ago

Video: Siti Sarah Dedah Rahsia Yang Selalu Shuib Sepahtu Buat

OH VIRAL3 weeks ago

Sakinah Kngsi Video Mantap Dgn Mat Saleh, Sekali Kakak dia Shahira komen

OH VIRAL1 week ago

“Aku Tahu Mana Kau Tinggal dan Mana Anak Sekolah” Syamsul Yusof Naik Angin Dan Taknak Berlembut Lagi dah Selepas Terima Masej Macam tu Dari Netizen

OH VIRAL4 weeks ago

Ini Kenyataan Terbaru Agong Yang Boleh Buat Semua Terkedu

OH VIRAL1 day ago

‘Sy Pesakit C0VlD, Bukan Penjenayah’ Lelaki Sedih Bila Anak dan Istri Diperlakukan Sebegini oleh Penduduk Setempat

OH VIRAL2 weeks ago

Tak Tahan Kena Kecam, Akhirnya Shuib Keluarkan Kenyataan yang Mengejutkan

OH VIRAL1 week ago

“Asal Macau Scam Je Kami Ditduh,Banduan laripun Kami Ditduh” Berang Asyik Kena Kecam, Datin Alya Luah Perkara Sebenar

OH VIRAL4 weeks ago

Menteri Keewangan Umum Tarikh Permohonan BPN 2.0, Ni kaedah cara nk mohon

OH VIRAL2 weeks ago

Kena Kutuk Sebab English Berterabur Semasa Ditemuramah, Sehingga ‘Dia’ ni Tampil Pertahankan Pawi

OH VIRAL3 weeks ago

BlNl Org Lain Semua Pandai Bergaya, BlNl Aku Pakai Kain Batik je kat Rumah, Sampai Naik Bosan Aku

OH VIRAL2 weeks ago

BPN 2.0: Pastikan Anda Semak Tarikh ini, Jika Tidak Masuk Terus Buat Rayuan

OH VIRAL2 weeks ago

“Dia Hilang Ingatan..” Pemandu Myvi Dakwa Dia Tak Dapat Bagi Kerjasama Sebab Tak Ingat Apa2

OH VIRAL2 weeks ago

Pertama Kali Buat Sidang Media Macam Ni, Netizen Perasan Ada Sesuatu Yg Tak Kena Dgn Noor Hisham

OH VIRAL1 week ago

Video: Takde Adab, Ibu Ini Rakam BF Anak Perempuan Dia Selamba Buka Peti Ais mcm Rumah Sendiri

OH VIRAL2 days ago

Dakwaan Terlibat Skandal Pelacvran, Sekali Sykt Pengurusan Cek Aliran Tunai Akaun Peribadi Scha

OH VIRAL2 weeks ago

Video: Siti Sarah Dedah Rahsia Yang Selalu Shuib Sepahtu Buat

OH VIRAL3 weeks ago

Sakinah Kngsi Video Mantap Dgn Mat Saleh, Sekali Kakak dia Shahira komen

OH VIRAL1 week ago

“Aku Tahu Mana Kau Tinggal dan Mana Anak Sekolah” Syamsul Yusof Naik Angin Dan Taknak Berlembut Lagi dah Selepas Terima Masej Macam tu Dari Netizen

OH VIRAL4 weeks ago

Ini Kenyataan Terbaru Agong Yang Boleh Buat Semua Terkedu

OH VIRAL1 day ago

‘Sy Pesakit C0VlD, Bukan Penjenayah’ Lelaki Sedih Bila Anak dan Istri Diperlakukan Sebegini oleh Penduduk Setempat

OH VIRAL2 weeks ago

Tak Tahan Kena Kecam, Akhirnya Shuib Keluarkan Kenyataan yang Mengejutkan

OH VIRAL1 week ago

“Asal Macau Scam Je Kami Ditduh,Banduan laripun Kami Ditduh” Berang Asyik Kena Kecam, Datin Alya Luah Perkara Sebenar

OH VIRAL4 weeks ago

Menteri Keewangan Umum Tarikh Permohonan BPN 2.0, Ni kaedah cara nk mohon

OH VIRAL2 weeks ago

Kena Kutuk Sebab English Berterabur Semasa Ditemuramah, Sehingga ‘Dia’ ni Tampil Pertahankan Pawi

OH VIRAL3 weeks ago

BlNl Org Lain Semua Pandai Bergaya, BlNl Aku Pakai Kain Batik je kat Rumah, Sampai Naik Bosan Aku

OH VIRAL2 weeks ago

BPN 2.0: Pastikan Anda Semak Tarikh ini, Jika Tidak Masuk Terus Buat Rayuan

Artikel HOT

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.