Connect with us

OH TRENDING

Hairan Mak Suka Intai Lepas Tu Ambil Foto Dalam BilEk Menan2, Dekat Semua Kawan Kawan Mak Sebarkan Foto Tu Mengejutkan Bila Menan2 Dpt Tahu Rupa Rupanya Ini Punca Mak Buat Macam Tu

Published

on

Assalamualaikum. Foto sekadar hiasan.

Jarang kita dengar masalah mak mertua dengan lelaki menantu kan. Yang selalu kita dengar adalah. Menantu perempuan hantu, hahaha. Aku berumur 24. Anak perempuan bongsu. Atas aku semua abang lelaki.

Alhamdulillah. Allah uji aku dengan mak mertua hantu. Haha kenapa cakap Alhamdulillah, sebab orang kata kalau diberi ujian pun kena ucap Alhamdulillah.

Betul ke? Kalau nak bercerita pasal keburukan mak mertua ni. Sampai dah tak tercerita.

Aku sekarang dah tahap redha dan pasrah je. Aku berkahwin di usia 20 tahun. Betul, sangat awal.

Awal perkahwinan aku tinggal serumah dengan Mak mertua atas permintaan beliau sendiri. Ketika itu memang aku dan suami aku sudah ada saving untuk sewa di luar.

Tetapi atas dasar simpati. Aku setuju untuk tinggal bersama Mertua. Ya itulah kesilapan paling tak pandai yang aku buat dalam hidup aku.

Sebelum kahwin aku dah inform pada bakal suami dan mak mertua aku yang aku tak pandai masak. Susah aku nak explain, orang takkan faham.

Tapi kalau dah tak biasa nak masuk dapur, kita akan jadi malu dan segan. Lagi lagi dapur orang.

Kalau mak mertua aku masak. Memang aku akan tolong potong potong bawang dan sebagainya. Tapi untuk aku conquer dapur dan lead masak seorang diri, memang aku tak pandai ketika itu.

Sebelum kahwin mak mertua selalu kata tak mengapa tak pandai. Mak tak kisah langsung pun.

Tapi baru berapa bulan berkahwin. Perangai mak mertua aku ni makin jelas kelihatan. Mak mertua aku ni ada habit suka mengumpat.

Hari hari dia akan bergayut telefon untuk kutuk orang kampung di sini. Aku sebenarnya tak kisah.

Ikut suka hati lah kan, dia pun dah besar. Tapi semuanya berubah bila suatu hari suami aku terbaca mesej mak aku. Rupa rupanya hari hari di canangnya keburukan aku.

Menantunya juga tak terkecuali jadi bahan umpatan beliau haha.

Beliau setiap hari menghantar report dan ulasan kepada jiran jirannya yang menantu dia tak masak setiap hari. Kesian anak lelakinya kebuluran.

Seperti menjadi kawajipan untuk menyebarkan keburukan aku setiap hari.

Yang itu aku masih boleh bersabar kerana memang aku belum pandai masak ketika itu.

Tetapi yang paling aku terkilan, beliau selalu menfitnahku. Pelbagai cerita di reka beliau. Aku suri rumah. Mak mertua ku suri rumah.

Jadi kami berdua sahaja yang akan tinggal di rumah.

Bapa mertua dan suami aku keluar bekerja. Aku dirumah mengambil upah kecil kecilan.

Mertua selalu mesej bapa mertuaku yang aku setiap hari bangun tengahari walhal aku sudah bangun pagi untuk siapkan upah kecil kecilan aku. Serius aku sudah bangun.

Aku tak faham apa tujuan beliau. Bapa mertua aku selalu tiada di rumah beberapa hari kerana jadi kelindan lori.

Mak mertua aku selalu masuk bilik tidur kami dan tangkap gambar untuk dicari kesalahan. Contohnya baju belum basuh . Aku akan tunggu laundry bag aku penuh baru aku basuh.

Kemudian di hantar pada bapa mertua aku. Dicanangkan aku pemalas basuh baju, tunggu beliau yang basuhkan.

Padahal mak mertua aku tak pernah basuhkan baju kami. Sehinggakan bapa mertua aku juga memanggil aku menantu tak berguna.

Beliau juga mengadu pada bapa mertua , yang aku tengking dia. Walhal aku baru berkahwin berapa bulan ketika itu.

Takkan la aku nak tengking kan. Mak mertua aku bukan lah sempurna. Jarang juga dia basuh baju. Sampah dalam tandas jarang sekali dibersihkan.

Sinki jarang berbasuh. Rumah akan disapu hanya jika bapa mertua aku pulang. Aku tidak kisah langsung.

Tak pernah nak ceritakan pada orang. Cuma aku tak mengerti mengapa mencari kesempurnaan pada orang lain jika diri sendiri tidak sempurna.

Pelbagai perkara lagi dia suka buat cerita sebenarnya. Walaupun suami aku tahu hal sebenar.

Dia tak pernah backup aku atau pun ceritakan hal sebenar pada bapanya. Dia kata memang risau bergaduh. Suami aku selalu menyuruh aku untuk lebih sabar.

Aku tidak pernah bercerita pada sesiapa kerana aku faham tentang aib, hanya suami tempat aku mengadu. maka aku menangis setiap malam.

Bantal tidur kerap basah di awal perkahwinan aku. Sampai tahap aku dah redha dan pasrah. Aku tak salahkan suami aku.

Dia anak lelaki tunggal. Aku tahu dia dilema . Ditegur, mak sendiri. Nanti derhaka. Sekarang dah 4 tahun berkahwin.

Alhamdulillah aku dah selamat berpindah dari rumah mertua tahun kedua . Aman sangat. Syukur. Sekurang kurangnya aku dah ada ruang sendiri. Bebas dari talam.

Selepas setahun berkahwin tempoh hari. Ilmu wanita sudah aku pelajari sedikit demi sendikit.

Tidak sempurna tetapi Setakat perihal masak tu aku dah kuasai. Suami aku tak pernah complain tentang kekurangan aku. Dia faham jika diberi masa. Semua orang akan pandai.

Jangan salahkan mak kandung aku ya. Mak kandung aku memang terlampau memanjakan aku.

Tak beri langsung buat kerja rumah. Aku anggap tu rezeki zaman muda aku. Mak mertua aku masih dengan perangai yang sama. Kerap mencari kesalahan aku.

Kesalahan kawan kawannya. Masih lagi up status facebook berbaur aku menghasut anak lelaki tunggalnya.

Status berbalah dengan kawan kawannya. Tapi yang kelakar bila jumpa, bukan main mak mertua mesra dengan aku. Tapi dibelakang aku membuat cerita tentang aku.

Pernah satu ketika aku harap mak mertua aku dijemput ilahi lebih awal. Astaghfirullahalazim. Jangan salah faham ya.

Kami masih melawat keluarga suami aku. Tiap minggu. Tapi aku memang sudah tawar hati dengan mak mertua aku tu. Sudah tiada rasa sayang.

Yang tinggal hanya lah secebis rasa hormat. Aku jumpa masih berborak seperti biasa. Senyum dan salam seperti biasa.

Aku anggap ni ujian aku didunia. Walau bagaimanapun. Syurga suami aku masih di tapak kaki maknya. Semoga mak mertua aku berubah, lembut hati untuk menyayangi aku seperti anak sendiri dan sempat bertaubat .

Yang penting bukan awalan. Tapi diakhir kehidupan kita nanti. Menantu Perempuan jika tidak pandai masak, usah lah dibenci kerana itu.

Berilah masa untuk mereka belajar. Jika diberi ruang dan peluang, sekejap sahaja untuk mereka kuasai.

Buat saudara wanita aku. Cukup cukup lah mencari salah menantu perempuan. Kami juga manusia biasa.

Tapi kami juga ada limitnya kerana kami hanya manusia biasa. Ke kau orang nak tunggu aku naik hantu. Perkongsian wanita ini mendapat reaksi pelbagai dari warganet. Lihat apa kata mereka.

Che Sue –Konsep saya, bila saya balik rumah mak saya, biar saya yang lebih keje sebab tu rumah saya sejak kecil.

Menantu menantu nak rehat rehat je pun takpe. Tolong sikit sikit pun lagi dialukan. Tapi ada family, dia nak menantu buat semua keje macam menantu tu lahir kat rumah tu, padahal anak kandung sendiri lagi pemalas tahap dewa.

Sheema Shah –Boleh tahan ye kau dgn mak mertua suara lahar macam tu. Kalau aku dah tak bagi muka.

Memang aku bagi atas muka atau sambil salam, aku bisik sesuatu buat dia sedar kat telinga dia. Biar mertua jenis gitu kena buku dan ruas. Silap orang nak dikata, dipijak ikut suka ati.

Nor Salida Abd Rahman –Saya paling takut sekali dgn org yang perangai macam mak mentua sis ni.

Sebab bagi saya, dia macam ular. Nampak jinak tapi berbisa. Depan depan baik tapi belakang belakang semua org dia umpat.

Pengumpat ni perangai dia memang tak boleh bawak ke mana. Nraka jahannam la tempat dia.

Aini Hanif –Mak mertua saya pun perangai erk. Anak dia yang tak nak pindah balik kampung , beli rumah dekat tempat dia kerja.

Saya pulak dapat nama suami dengar cakap bini. Padahal saya sebagai isteri tak tahu pape. Nasib kena jaga aib suami kalau tak ada kang kena sedas dengan saya anak kau yang tak nak balik kampung. Tapi kena sabarrrrr.

Faridah Mohd –Masak pun salah tak masak pun salah. Dulu saya masak di rumah bekas mentua, pastu saya ternampak bekas emak mentua mengendap di pintu mencebik dan menjuih mulut.

Masa tu baru juga kahwin. Mereka semua tak makan, keluar makan senyap senyap bila saya datang. Pastu mereka kata mereka diet.

Bekas suami akan keluar menghilang (cari kawan kawan dia kul 3 pagi baru balik) bila ke sana .

Mumtaz Aqeeda –Satu je kita orang orang prmpn kita kena sedar diri satu hari kita ni jadi mak kepada anak sendiri, dan jika dipanjang usia jadi mak mertua kepada isteri atau suami anak kita.

Kita esok esok jadi mak mertua, muhasabah lah diri dulu dulu masa awal awal kawen perfect sangat ke?

Hari pertama kat umah mertua terus masakkan nasi briyani ke?( Contoh) tak rugi cuba berbaik dengan menantu dan doakn kebahagiaan anak menantu dan cucu.

Dan usaha banyakkan amalan baik sendiri untuk saham pencen tempat persemadian sndr..

Mudahan husnul khatimah.. Beringat tua dan pemergian dari dunia itu sangat hampir.. Kita doakan yang baik baik sahajalah untuk wanita ini. Apa pula kata anda.

– Menantu risau akan naik hantu (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OH TRENDING

Video: Kereta Kena Block, Tindakan Akak ni Memang Berani, Lepas Dgr Bunyi Pecah, Baru Owner Turun

Published

on

By

Sebelum mengamuk, baca dulu apa korang boleh buat kalau kereta kena double park.

Orang cakap call abam pulis. Betul ke?

Kalau ikutkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kat Facebook diorang, kita boleh call polis bila berdepan dengan masalah double park.

Ini macam yang dinyatakan dalam peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 48 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Akta ni memberi kuasa kat polis untuk clamp dan tunda kereta yang buat double park ni.

Tapinya…

Bukan setakat brader Wong kita ni, ramai netizen cakap abam polis kita tak boleh diharap.

Bila call, diorang suruh buat aduan kat majlis perbandaran lah, owner bangunan lah (kalau park dekat kawasan mall/ofis).

Habis ditendangnya kita ke sana, ke sini. Siapa tak tension?

Dah tu, nak call siapa sebenarnya?

Lah… salah call rupanya!

Sebenarnya, kalau ada masalah double park atau apa-apa isu berkaitan jalan raya, kita kena call balai polis trafik.

Bukannya balai polis biasa – alah, yang pakai uniform polis warna putih tu.

Bukannya tak boleh buat aduan kat balai polis biasa, cumanya diorang akan guna standard procedure lah untuk handle kes korang.

Kena pergi balai dan buat report. Last-last, diorang akan refer korang kat polis trafik jugak.

Jadinya, kalau nak kurangkan stress, terus je call balai polis trafik di talian 03-2071 9999.

Kalau ada nombor telefon balai polis trafik yang berhampiran lagi bagus.

Selain polis trafik, ada banyak lagi pihak berkuasa lain yang korang boleh buat aduan macam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Dan majlis perbandaran tempat tinggal korang macam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Kat sini, admin sertakan sekali nombor tefelon pihak berkuasa yang berkaitan.

JPJ Wilayah Persekutuan: 03-41450800
DBKL: 1800-88-3255
MBPJ: 03-7954 2020

Bagi yang tertanya-tanya, waktu bila boleh call JPJ, DBKL atau MBPJ ni?

Berdasarkan info yang admin dapat dari MBPJ, korang call pihak berkuasa mengikut kawasan tindakan kuasa masing-masing.

Contohnya, korang kena double park kat kawasan PJ, korang call lah MBPJ.

Untuk polis trafik dengan JPJ, selalunya diorang akan revert korang balik ke majlis perbandaran jugak.

Melainkan diorang ada berhampiran waktu korang call tu.

Kalau camni lah gamaknya, kami sarankan korang untuk call majlis perbandaran tempat korang dulu sebelum call polis trafik.

Okay, tapi kalau saya yang double-parked pastu cermin kereta dipecahkan atau kereta dilanggar, apa nak buat?

Boleh claim insurans ke?

Boleh je, bergantung pada siasatan polis.

Sekiranya korang yang BERSALAH, korang kena buat claim di bawah tuntutan Own Damage Claim yang meliputi kerosakan disebabkan kemalangan.

Lagi satu, disebabkan korang bersalah dalam hal ni, No Claim Bonus korang akan terjejas.

Terus buat laporan polis dan call syarikat insurans kereta korang bila kejadian macam ni berlaku.

Lepas tu hantar kereta korang ke bengkel panel syarikat insurans korang.

Untuk buat tuntutan ni, ada beberapa dokumen yang korang kena sertakan macam: Tuntuan (claim) rasmi daripada syarikat insurans

Salinan asal laporan polis
Salinan asal hasil penyiasatan polis
Salinan kad pengenalan
Salinan lesen
Kad pendaftaran kenderaan yang terkini
Resit bagi kos repair

Gambar kerosakan pada kenderaan waktu kemalangan tersebut berlaku (kalau ada)

Tapi, kalau siasatan polis menunjukkan korang TAK BERSALAH, pihak ketiga akan bertanggungjawab menanggung kerosakan tersebut menggunakan insurans dia sendiri.

Jadinya, No Claim Bonus korang takkan efek punya.

Dan yang paling penting, jangan berlengah!

Lihat Apa Akak ni Buat kat Kereta yg Block Lalauan Keluar

Kalau korang nak tahu, 54% dari isi rumah rakyat Malaysia memiliki lebih dari 1 kereta.

Tak hairanlah kalau situasi double park ni berlaku setiap masa, terutamanya kat kawasan padat macam Bangsar Telawi, Damansara Uptown dan USJ Taipan.

Perkara ni menyumbang kepada masalah double parking.

Haa, korang ingat lagi tak drama double park tahun 2018 yang melibatkan sebuah Toyota Hilux dengan Honda City?

Owner Hilux tu punya bengang sampai dia hentam Honda tu 5 kali.

Kalau korang pernahjadi mangsa double park, mesti korang akan cakap, “Padan muka dia!”.

Tapi, tindakan Hilux tu salah sebenarnya dan boleh didenda sampai RM300 sebab buat kerosakan kat kenderaan lain.

Tular satu video di mana kereta akak bertudung ini di halang oleh sebuah kereta

Mungkin kerana bengang kereta di tarik hand break dan tidak di tinggalkan sebarang no telefon.

Akak ini tekad untuk peecahkan cermin dan menurunkan handbrek

Menyedari cermin tingkap di peecahkan, pemilik kereta terus turun.

Berlaku sedikit pertengkaran antara mereka

Berikut reaksi dari netizan

“Al kisah sy.. kene blok dgn lori makanan…dh la lori.. nk kene tolak.. handbrek tarik.. hon punya hon, xde org trn.

Sekali de org info, uma owner lori tingkat 8. pulak nk pi naik lif rosak.

Naik tangga la. pastu ketuk uma, buka je kene maki dulu dgn sy la.. ko dh la lori, ada hati blok kete org.

Ko ingat org de kudrat ke nk tolak. pastu pi tarik handbrek. setepek la kene

“Pernah duduk flat dulu, banyak je kes mcm ni.

Lg sakit hati bila yg double park tu park kat tempat lain, tapi tinggal kat blok lain.

Org hon dah sah2 lah kau tak dgr. Phone no semua tak tinggal. Bodo

“Cara aq kalau blok keta orang..( sebab parking padat area hospital ) aq akan standby kertas, pen..tulis phone no besar besar letak atas dashboard…

Mereka akan contact kita dengan baik.. kita salah blok keta orang wei..tapi kena panjang akal untuk tak mudaratkan situasi..

Kalau org dah pecahkan cermin keta..sakit wei..hati sakit..poket sakit.. walhal silap dari kt sendiri..

Jadi fikir sebelum blok keta orang..org dah penat hon agaknya..tpi tuan blok keta..

Takde respon..memang mendapat lah.. tak semua orang boleh tolak ansur dlm hal ni..

Mereka pun tak ada masa untuk sakit kepala

Jadilah orang double park yang beretika

Kalau dah takde cara lain, korang terpaksa jugak double park, make sure korang tinggalkan nombor phone BESAR-BESAR, supaya senang orang nak baca.

Pastikan korang tukar gear kepada Neutral dan turunkan handbrake, takde lah menyusahkan orang nak alih kereta korang.

Admin perasan, kereta baru ada safety feature yang kasi susah untuk double park sebab korang tak boleh cabut kunci/tak boleh mati enjin/tak boleh lock kereta selagi tak letak gear dalam mod Parking dan tarik handbrake.

Okay, jangan susah hati, ada caranya.

Mula-mula, tegakkan stereng supaya senang orang nak alihkan kereta korang.

Matikan enjin (kalau keyless)/cabut kunci

Tekan dan hold button “Shift Lock” sambil turunkan gear dari P ke N.

Lepas button “Shift Lock” tu dan turunkan handbrake.

Satu lagi, sebab pengguna jalan raya ni ada pelbagai ragam dan karenah.

Pastikan kenderaan korang dilindungi sepanjang masa, terutamanya waktu korang takde macam pasang motion sensor dashcam.

Selain tu, dapatkan jugak insurans kenderaan yang sesuai dengan gaya hidup korang.

Continue Reading

OH TRENDING

Wanita ni Bukan Main Seronok Dapat Kawen Dgn Laki Gaji 8 Ribu, Namun Kantoi Suaminya Buat Sesuatu di Belakangnya

Published

on

By

Gambar sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Ramadan 2019 kali ini, adalah Ramadan pertama buat saya dan suami tercinta.

Namun, di ambang Ramadan, saya dan suami diuji dengan prbalahan demi prbalahan yang membuatkan saya tak senang duduk.

I need to spill!

Oh by the way, usia perkahwinan kami baru je 5 bulan. Aah, memang baru sangat lagi.

Time bercinta bagai nak rak.. bila dah kahwin baru tahu langit tinggi rendah..

Drama tv3 petang petang yang membongak je lpas kahwin duduk rumah cantik cantik boleh deco rumah.

Hampeh je saya rasa.. Ok tapi itu bukan main point saya..

Tujuan saya tulis dapat dikongsikan bersama korang apa yang saya rasa sama tak apa yang korang rasa..

Suami saya bekerja dengan sebuah syarikat swasta dan saya pula baru je bekerja di sebuah kafe.

Walaupun umur kami berbeza 6 tahun, saya sangat senang dengan personaliti suami saya yang sangat tenang,penyabar dan matang orangnya.

Keluarga dia pula memang menerima saya dengan penuh kasih sayang yang membuatkan saya rasa kadang-kala mak mertua saya ni sayang saya lebih dari mak saya sendiri.

Saya sendiri bersyukur sangat sangat dapat mak mertua macam tu.

Saya selalu takut nak kawin sebab takut dapat keluarga mertua yang jahat jahat selalu dalam tv tu (lulz).

Ni semua sebab banyak sangat layan drama Melayu yang tunjukkan karekter mak mertua jahat jahat

dan suka membawang tak pasal-pasal saya jadi cuak sendiri.

Pendek cerita, semuanya memang nampak indah. Jap, perkahwinan saya masih lagi indah ok?

Cuma beberapa perkara yang berlaku ni saya rasa saya nak luahkan, kot-kot ada yang mengalami perasaan yang sama macam

apa yang saya rasa ataupun nak ambil pengajaran dari kisah saya .

Sebelum kahwin, saya dah sedia maklum yang suami saya ni memang ada masalah kewangan walaupun dia bergaji RM8k sebulan.

Dulu, dia pernah tersilap langkah apply loan untuk buat bisnes emas tapi ada masalah and orang atasan bawak lari duit.

Dengan hati nak capat kaya, disamping pelaburan emas yang mereka buat tu.

Tapi terkandas di separuh jalan. Saya tak salahkan dia.. sekurang kurang suami saya berusaha.. tapi bukan dengan cara ini.

Selain tu, dia pernah ambil kad kredit and dah banyak belanja macam-macam dulu.

Dan kesannya sekarang nak kena bayar semula semua yang pernah dibelanjakan dulu.

Nak kata sampai kena kejar ceti mintak hutang tu idokler, Cuma boleh kata kitorang ni cukup-cukup makan je.

Bila gaji, terpaksa bayar hutang-hutang, bil air, bil api, bil astro dan macam-macam lagi.

Belum lagi tolak duit kereta. Saya faham dan saya sedia nak hidup bersama dengan suami saya .

Kebiasaannya, suami saya akan ketepikan rm300 untuk beli barangan dapur.

Yang lain-lain, dia ketepikan untuk duit minyak pergi kerja etc.

Nasib baik rumah dah habis bayar since saya duduk rumah mak ayah mertua saya lepas dorang pindah balik ke kampung.

Bila nak dekat hujung bulan tu sesak sangat-sangat. Terpaksa korek-korek mana yang ada.

Saya selalu senyap-senyap ambil tengok fon suami saya.

Sebak sangat sangat bila tengok kadang-kadang dia whatsapp ibu dia, adik-beradik ke, kawan-kawan ke untuk pinjam duit.

Just to make the end meets.

Terkadang, bila saya duduk sorang-sorang mengenang nasib, mesti saya terbayangkan semua angan-angan yang selalu saya impikan sebelum saya kahwin.

Nak duduk rumah baru, deco rumah sendiri, deco bilik sendiri, deco ruang tamu sendiri, langsir pilih sendiri… haih macam-macam lagi lah.

Tapi bila tengok keperitan sang suami cari rezeki nak bayar itu ini, nak sediakan tempat tinggal, makan minum yang secukupnya saya terus jadi kesian.

Sampaikan nafkah untuk saya sendiri sebagai isteri pun saya tak sampai hati nak mintak walaupun saya berhak.

Bila hati saya terdetik yang saya sepatutnya tuntut hak saya , saya cepat-cepat padamkan sebab saya tak nak suami saya berdosa sebab tak bagi nafkah zahir pada saya.

Sememangnya ni semua bukan mudah.

Saya mengaku, keinginan dan kehendak saya teruji.

Mana taknya, masa saya masih lagi dibawah tanggungjawab ayah saya ,apa je yang saya nak inshaAllah saya pasti akan dapat… even ayah saya bukannya orang kaya.

Masa diploma pun, ayah saya mampu tanggung pengajian saya tanpa amik PTPTN.

Secara mudahnya, hidup saya sangat senang dan tak pernah rasa susah.

Bila terasa susah tu, saya asyik teringatkan ayah.

Saya takut sangat saya tercompare antara suami dan ayah saya. Yang paling sebak sekali, hari tu saya balik kampung sorang tanpa suami saya sebab nak pergi mengundi.

Masa otw ayah nak hantar ke terminal bas tu tiba-tiba ayah tanya

“How’s marriage life?”

Automatik, mata saya dah bergenang air mata.

Mungkin sebelum ni kalau orang lain tanya, saya akan jawab “Best!” dan senyum tanpa paksaan.

Tapi dengan ayah, saya rasa saya tak dapat sembunyikan lagi.

Saya cakap “Married life is fun…and tough” and being an ayah…biasalah, dia bagi nasihat pasal perkahwinan apa semua.

Saya chill lagi. Entah macam mana, tiba-tiba meleleh lak air mata saya ni…

So, terlepas jugaklaa cerita yang saya pendam selama ni dari siapa-siapa.

Ayah sangat memahami, dia suruh saya teruskan jadi isteri yang understanding, yang faham beban sang suami.

Saya ada luahkan kat ayah, yang kadang kadang suami saya rasa down bila dia tak dapat provide apa yang saya nak.

Tak dapat bagi kemewahan pada saya macam yang ayah saya bagi dulu.

Ayah saya pun pesan, kalau ayah ada belikan apa-apa barang untuk saya, better jangan cerita pada dia kalau benda tu boleh buat dia down.

Bila nak sampai hujung bulan tu, ada jugak beberapa kali saya tebalkan muka pinjam duit dekat ayah.

Then masa tu, ayah cakap “Duit tu ayah bagi, bukan pinjam. Tak payah bayar balik.”

Allahuuu, lagi macam air terjun air mata saya masa tu. Saya tanya ayah, mak ada cakap pape ke.

Ayah kata mak tak tau apa-apa. Mak tak dapat tangkap bila saya jawab soalan mak

“Kucing yang lain semua mana?” “Ermm..terpaksa buang kat pasar.

Kitorang sendiri tak cukup makan, lagi nak bela kucing” Ayah noticed it Ayah pesan pada saya supaya banyak-banyak bersabar

Jangan tinggal solat and jangan kecikkan hati suami saya. InshaAllah ayah

So bila orang tanya, “How’s married life treating you?” This is marriage to me. My version of story.

Saya masih lagi bertatih nak uruskan rumahtangga dan nak bantu suami saya ringankan beban dia.

Bila kami duk brbalah tadi, saya cuba nak reflect diri saya, nak turunkan ego saya yang sememangnya tinggi ni.

Jujur cakap, rasa nak memberontak, rasa nak marah, nak maki, semua ada.

Tapi saya dalam proses nak lawan semua tu untuk jadi yang lebih baik.

Hal anak pulak, dah ramai yang bertanya. Siapa yang taknak anak kan?

Saya pun tak sabar nak dapat anak, tapi dalam keadaan ekonomi sekarang, kehidupan yang financially challenged ni, saya serahkan semua pada Allah.

Saya percaya, kalau dh smpai masanya Dia berikan saya zuriat,

masa tu adalah masa yang terbaik. Dan saya waktu tu saya dah bersedia untuk fasa seterusnya.

Saya harap para pembaca yang sedang membaca ni doakan lah yang baik-baik untuk kami.

Semoga urusan korang semua pun dipermudahkan. InshaAllah aminnn!

Continue Reading

OH TRENDING

Baru 16 Tahun Tapi dah Termengandong, Dipaksa Kawen, Semasa HamiI Ank ke-3, Telah Berlaku Sesuatu yg Mengejutkan pd Dirinya

Published

on

By

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Nama aku Safiya berusia 29 tahun merupakan ibu kepada tiga cahaya mata.

Aku menulis disini kerana ingin bertanyakan pendapat pembaca semua.

Aku kini hanya tinggal 29 hari (semasa menulis kisah ini) sebelum hari perbicaraan.

Sebelum aku mulakan kisah dengan lebih lanjut. Mari aku ceritakan latar belakang aku.

Aku semasa bersekolah dulu merupakan pelajar cemerlang, top debater peringkat daerah, public speaker yang mewakili daerah ke peringkat negeri, wakil daerah bola jaring.

Namakan apa apa aktiviti ko kurikulum dan akademik. Mesti aku yang jadi wakil sekolah.

Namun begitu, ketika aku berumur 16 tahun sesuatu terjadi hingga merubah segalanya.

Aku berkenalan dengan seorang lelaki yang menjadi suami aku ketika berumur 16 tahun. Kami hanya bercakap, message dalam phone sahaja.

Tidak pernah berjumpa sehinggalah cuti sekolah pada bulan Disember. Kami berjumpa.

Pada mulanya aku hanya ingat dia mahu berjumpa macam orang lain. Keluar makan, tengok wayang tapi sebaliknya yang terjadi.

Dia telah membawa aku melakukan perkara terkutuk itu walaupun aku tak nak.

Dia memaksa aku. Dan ketika itu aku sedar yang aku nie hanya untuk dimain mainkan dan aku berjanji takkan jumpa dia lagi.

Setelah sebulan, akhirnya aku perasan yang aku tak peri0d, kerap sakit kepala, makan muntah.

Aku tahu aku mengandung tapi aku sembunyikan dari pengetahuan semua orang.

Aku pergi sekolah macam biasa, buat macam biasa. Ketika itu aku tidak lagi berhubungan dengan suami.

Sehinggalah ketika aku mengandung 20 minggu, mak aku perasan perut aku dan ketika itu aku terpaksa berterus terang dengan mak aku apa yang jadi.

Keluarga aku mengambil keputusan untuk nikahkan aku. Aku hanya mengikut walaupun aku tak nak bernikah dengan dia.

Sebab setelah check, suami aku ketika itu memang ade berhubungan dengan perempuan lain.

Aku akur dengan keputusan keluarga sebab aku tahu memang aku yang salah.

Kalau aku tak ambil keputusan untuk jumpa lelaki tu mungkin aku takkan mengandung.

Setelah bernikah, aku tetap meneruskan pelajaran aku. Aku mengambil SPM ketika mempunyai seorang anak.

Aku memperoleh 6A tapi hanya melanjutkan pengajian di kolej swasta kerana tidak dapat tawaran ke IPTA.

Mungkin sebab status aku yang dah berkahwin.

Banyak perkara yang bercanggah selepas aku kahwin. Sebagai contoh asal usul suami, dia cakap dia dari negeri P.

Setelah tengok surat beranak dia. Mak bapak dia orang negara jiran dan dia tidak pernah bersekolah sepanjang hidup dia.

Dia dibesarkan oleh jiran jiran dan bekerja sejak umur 8 tahun.

Aku ada bertanya tentang keluarga suami namun suami aku nampak tidak berminat dengan pertanyaan aku.

Suami aku merupakan salesman used car yang bergaji RM400, walaupun sikit tapi Alhamdulillah cukup untuk kami sekeluarga.

Walaupun pada mulanya susah, namun suami aku seorang yang bijak mengambil peluang.

Dia banyak buat kerja tambahan untuk menampung keluarga. Pada awal perkahwinan, memang kami kerap bergaduh.

Mungkin sebab aku cemburu. Dia juga tetap berhubungan dengan kekasih dia. Pernah jugak aku terbaca mesej dia.

Dia cakap walau macam mana pun dia tetap sayangkan perempuan tu.

Perkara tu buat aku rasa sedih, rendah diri. Aku rasa dia hanya terpaksa mengahwini aku. Dia pernah cakap kat aku, anak tu bukan anak dia.

Mungkin anak orang lain sampai dia terpaksa kahwin dengan aku. Tapi aku yakin dan pasti sebab tiada lelaki lain yang pernah sentuh aku kecuali dia.

Akhirnya, bila anak keluar dan muka sama macam dia baru dia mengaku.

Kami kerap bergaduh ada sekali dia kasari guna kasut sampai biru ditangan namun setakat itu je yang dia buat.

Selebihnya banyak perkataan yang menyakitkan apabila bergaduh.

Sehingga tahun keenam perkahwinan, suami mula berubah. Banyak duduk didalam bilik.

Sebabkan aku boleh access account dia, banyak transaksi pindahan wang yang mencurigakan. Akhirnya aku dapat tahu dia aktif main benda tak senonoh online.

Setiap kali aku tanya setiap kali itulah aku dikasari sehingga biru, tak boleh bangun. Selepas main benda tu, aku jumpa barang terlarang pula.

Dalam beg dia tapi dia cakap kawan dia punya.

Aku percaya. Sejak jumpa benda tu, dia tak menjalankan tanggungjawab dia. Duit tak pernah bagi. Kerap minta duit kat aku.

Aku tetap bertahan. Ketika aku mengandung anak yang ketiga, perut aku pernah dipijak ketika sarat.

Alhamdulillah takde apa yang teruk terjadi. Cuma ketika itu aku hanya mampu berdoa kalau aku teraniaya, aku harap Allah tunjukkan jalan untuk aku.

Setelah bersalin, aku buat keputusan untuk berpantang dirumah mak aku. Setelah 2 minggu berpantang, aku ambil keputusan pulang kerumah.

Sampai je dirumah, keadaan rumah berselerak. Apabila aku tengok atas katil, aku tahu suami aku ada bawa perempuan lain dan perkara itu betul.

Jiran jiran nampak suami aku bawak perempuan lain. Itupun jiran bagitahu selepas suami aku diserbu polis.

Ada satu hari ketika anak aku main telefon suami, aku tergerak hati untuk buka whatsapp suami.

Aku nampak banyak screenshot transfer duit kat acc nama perempuan dan suami aku panggil perempuan tu baby. Aku tanya suami aku perihal itu, akhirnya aku dikasari teruk.

Bibir pecah, kedua dua mata aku biru. Tangan, kaki biru. Aku dikasari selama 6 jam. Suami aku bawa aku ke satu tempat dan dia cakap dia akan pastikan aku pergi buat selamanya hari tu juga.

Anak anak ada dirumah pada masa tu termasuk baby berusia 40 hari.

Setelah aku dikasari, akhirnua suami hantar aku pulang kerumah dan dia trus keluar rumah.

Aku buat keputusan untuk laporkan kepada polis. Polis suruh aku pergi hospital untuk checkup.

Setelah beberapa hari suami aku ditahan, aku buat keputusan untuk berpindah dan mulakan hidup baru.

Alhamdulillah kehidupan ditempat baru okay, cuma aku sembunyikan status aku daripada pengetahuan kawan kawan sekerja.

Suami aku ditahan disebuah hotel besi kerana tidak mampu membayar wang ikat jamin. Aku ada melawat suami disana. Nampak keadaan dia makin okay.

Sebelum suami masuk hotel besi, aku ada failkan perpisahan. Suami ada bagitahu yang dia tak nak bagi kerjasama.

Dia akan buat hidup aku tersiksa. Disebabkan aku berpindah ketempat lain, aku pun jadi malas nak teruskan kes perpisahan.

Atas faktor kos perjalanan dan cuti. Aku baru berkerja dan aku tak nak orang terbeban aku cuti.

Semasa melawat suami aku, dia cakap dia akan lepaskan aku kalau aku tarik balik kes.

Semasa sebutan kes perpisahan yang pertama, bila hakim cakap setuju atau tak dia nak lepaskan aku.

Dia cakap dia sayangkan aku lagi. Aku bersetuju untuk tarik kes. Aku dah tarik balik laporan polis yang aku dah buat.

Jujur aku cakap time tu pun aku masih sayangkan dia, nak dia ada bersama besarkan anak anak. Lagi lagi bila tengok baby aku nie.

Kesian. Langsung tak pernah rasa kasih sayang seorang bapa. Cuma masa PKP nie aku tak kerja.

Banyak masa terluang, aku banyak membaca sebab aku pun ada major dpr3ssion dan anxiety selepas apa yang jadi nie.

Akhirnya aku dah sedar, aku tak perlukan dia lagi dalam hidup. Anak anak dah boleh terima apa yang jadi nie. Sehingga ke hari nie, walaupun hotel besi dah boleh melawat.

Aku memang dah tak nak jumpa dia. Khamis lepas sebutan kes di mahkamah sesyen. Peguam minta kes diteruskan dan dibicarakan.

Bulan depan aku kena datang sebab diminta angkat sumpah jika tak nak teruskan kes.

Kalau orang tanya apa yang aku nak ketika ini, aku hanya nak diri aku bebas dari seorang lelaki yang bernama suami.

Bagi aku kalau dia dibebaskan lagi senang aku nak berpisah ataupun keputusan yang aku buat ni salah.

Aku mohon pandangan semua tentang apa yang jadi dan aku minta komen pembaca semua tentang apa kaedah pencerraian yang boleh aku mohon.

Terima kasih semua.

Reaksi warganet

Puan Zuera – Masa mengandung dikasari, suami bawa perempuan lain ke katil, dikasari selama 6 jam masih lawat suami kat hotel besi…

Aduh… Jangan nanti puan dikasari sehingga hilang nyawa udah la.

Nauzubillah, mintak di jauhkan.. Andai terjadi perkara tu, anak sapa nak jaga? Suami ke??

Mustahil. Silap silap dijual anak tu…. Fikir masa depan anak, kalau dia tak boleh jadi ayah yang terbaik untuk anak puan, masih ada lelaki lain yang boleh ganti tempat dia.

Semoga dipermudahkan urusan.

Nuranis Hidayah – Bila berdepan dengan suami mcm ni, cara terbaik ialah tuntut fasakh.

Kumpul semua report polis termasuk report perubatan puan, then cari peguam untuk bawa kes ke mahkamah.

Puan pun kenalah kuatkan hati, jangan terpedaya dengan kata kata suami. Biarkan je dia kat dalam tu, tak perlu susah payah keluarkan dia.

Nanti hidup puan pula yang susah. Apa apa pun semoga dipermudahkan. P/s: Duit peguam agak mahal.

Minta family bantu kalau kos tak mencukupi. In Shaa Allah mereka akan faham.

Eyza Abu – Relakan diri disiksa depan anak anak tu bukan cerdik.

Anak nampak bapak kasari mak, esok anak dah besar kawin pun buat kat isteri yang sama, silap anak pun kasari mak sendiri nnti.

Jangan bongokkan diri dipijak pijak. Islam tak jahat, dalam bab munakahat isteri boleh bubarkan perkahwinan dengan sebab sebab yang jelas.

Kalau suami tak datang mahkamah, lagi mudah nak urus. Jumpa la peguam Suzana, bayaran murah.

Kalau sendiri sayang dan cari derita terserah. Tak payah ngadu dengan orang. Ramai je ibu tunggal lagi success besar kan anak.

Islam tak ajar kita jahiti diri. Allah tak jahat tapi diri anda sendiri yang SANGAT jahat.

Kursus kahwin 2 hari tu tak cukup lengkap untuk belajar bab munakahat.

Terlalu banyak tajuk2 yg wajib dipelajari yang tidak diajar waktu kursus.

Norziah Othman – Adik, teruskan berjuang untuk berpisah. Tak ada gunanya lelaki ynag bergelar suami seperti itu.

Adik masih muda, perjalanan masih jauh, besarkan anak anak.. Jauhkan diri daripada syaiitan bertopeng manusia tu.

Saya doakan moga adik sentiasa dilindungi dan dimurahkan rezeki. Amiin

Nadia Syauqi – Tak faham sungguh dengan cara sis ni. Kata cerdik, tapi boleh masuk perangkap biawak.

Dah buat report polis, terkene pujuk dah tarik balik. Dah selalu dikasari, masih sanggup lawat laki tu dalam hotel besi.

Tu bukan kasari biasa sis. Apa apa pun keputusan terpulang sis. Jika rasa sis masih ingin bahagia dalam hidup bertegaslah dengan jantan tersebut.

Bila masih sanggup tadah untuk dibantai. Ya, itupun pilihan sis. Orang lain hanya mampu bagi nasihat.

Selebihnya fikirlah jalan hidup macam mana sis inginkan..

Bani Kamarulzaman – Momen hidup Puan sebenar nye telah pun musnah saat Puan disuruh paksa berkahwin dengan Lelaki itu oleh family Puan.

Simpati Saya dengan nasib Puan. Tapi Saya pasti, 6+ tahun hidup tersiksa bersama si syaiiton itu, tak mustahil Puan boleh survive hidup tanpa nya…

Andaikata lepas nih jadi ibu tunggal,

Saya benar berharap Puan dapat didik anak anak Puan sebaik baiknya kerana memori memori dan momen momen yang berlaku depan mata mereka telah pun terpahat macam kesan kotoran, susah nak ilang.

Dah banyak dah ibu tunggal yang berkata dalam hidup tanpa langsung kehadiran seoran insan bernama suami.

Jadikan itu sebagi contoh Dan semangat buat Puan Dan anak2.

Smoga Puan berjaya dalam hidup selepas ini.. Insyaallah.

Sumber – Penyembuh kesayanganku (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Continue Reading
OH VIRAL4 hours ago

Belanja Gambar Tak Berbaju, Peminat Naim Daniel Jadi Tak Keru4n

OH VIRAL9 hours ago

Dgr Mak Menjerit Dari Dlm Rumah, Apa Yang Gadis ni Nampak Dekat Ruang Tamu Sangat Mengejutkan

OH VIRAL1 day ago

SUAMl Kantoi Lakukan Hbgn Dgn Ank Murid ls3, Mengejutkan Soalan yg ls3 Tya Sampai Buat Bdk Prmpuan tu Meraung

OH VIRAL2 days ago

Kebahagian Aku Diragut Permpuan Muda, Terkejut aku Tgk Prmpuan tu mcm Buncit, Rupanya ini yg Berlaku – Part ll

OH VIRAL2 days ago

Kebahagian Aku Diragut Permpuan Muda, Terkejut aku Tgk Prmpuan tu mcm Buncit, Rupanya ini yg Berlaku

OH VIRAL2 days ago

Video: Allahuakbar! Kec0h Kubvr ‘Berdrah’ Dan Tanah Mendap. Individu Ini Lihat Sendiri Dan Britahu Apa Yang Terjadi

OH VIRAL2 days ago

Hairan pakwe ajak duduk serumah. Padahal lagi beberapa hari je lagi nk nikah. Mengejutkan lepas je nikah bini dikerjakan hari hari

OH VIRAL3 days ago

Video: Dengan Sekali Lafaz, Raja Afiq SAH Jadi SUAMl P0LlS ViraI Soffwany Yusoff

OH VIRAL3 days ago

Ini Alasan A.Aida Menolak Lamaran R M 20Juta, Kalah Anak Dara Sunti Punya Hantaran

OH VIRAL3 days ago

Tak Sempat Nikah, Ibu ini Bongkarkan Perkara Pelik yg Berlaku pd Anak Gadisnya 3 Hari Sebelum MENlNGGAL

OH VIRAL4 days ago

SUAMl O T Siang Mlm Kumpul 15,000 Sbb ls3 Demand Nak BERSALlN di HOSPlTAL 5 Star

OH VIRAL4 days ago

Pesakit di wad Bongkarkan apa yg ibu Sandra buat Semasa jaga Sandra Buat Kali Terakhir

OH VIRAL5 days ago

Terbaru! Eira Aziera kini kembali dengan LlVE baru yang lebih Mengejutkan

OH VIRAL5 days ago

Pagi Buta Ketuk Rumah Aku, Selamba Hntar Ank Dia, Bila Ckp Dah Tak Nak Jga, Boleh Dia Tinggalkan Anknya Depan Pgar Rmah Pastu Terus Lari

OH VIRAL5 days ago

Video: Wan Sharmila Terima Kejvtan Cincin Daari Syazwan Zvlkifly

OH VIRAL1 week ago

Video: “Dia ni Mulut Apa ye” Eira Buat Hal Lagi “live” Tapi Guna kata kata Kesat dan Memalukan Org Lain

OH VIRAL6 days ago

Dah Terjah ls3 Mlm 1st, Pastu SUAMl Dh Taknak Dah. Jijik Katanya. Waktu Hanimun Pun Buat xtau. Rupanya ini Puncanya

OH VIRAL2 days ago

Video: Allahuakbar! Kec0h Kubvr ‘Berdrah’ Dan Tanah Mendap. Individu Ini Lihat Sendiri Dan Britahu Apa Yang Terjadi

OH VIRAL7 days ago

Ini Sebenarnya Pekerjaan Puan Suharnizan, Patutlah Eira Gelabah Semacam, Bukan Calang-Calang Jawatan

OH TRENDING4 weeks ago

Pemain Gitar Profesional, Eddy Wan MENlNGG4L Dvnia, Punca KEM4TlAN Sgt Mengejutkan

OH TRENDING4 weeks ago

Video: Ramai yg Sangsi Suara Jerit Tersebut, Tetapi Ini Sebenarnya yg Terjadi si Kawasan Perkuburan itu

OH VIRAL1 week ago

Tak sedar Diri jam 2 Lagi, Ank Kongsi Sikap arwh 3 hari Sblm Pergi Buat Ramai Sebak

OH TRENDING1 week ago

Video: Kereta Kena Block, Tindakan Akak ni Memang Berani, Lepas Dgr Bunyi Pecah, Baru Owner Turun

OH TRENDING4 weeks ago

‘Direct Nego Macam ni yg Rakyat Mahukan’ Netizen Sambut Baik BPN 2.0 Diberikan

OH TRENDING1 week ago

Mira Filzah Payung Gambar & Video Dia Hanimun, Tapi Lain lak Netizen Nampak

OH VIRAL1 week ago

Video: Dengar Suara Perempuan, Pencegah Maksiat Serbu Bilik, Tapi Terkedu Bila Tau Siapa Dalam Bilik tu

OH TRENDING1 week ago

Wanita ni Bukan Main Seronok Dapat Kawen Dgn Laki Gaji 8 Ribu, Namun Kantoi Suaminya Buat Sesuatu di Belakangnya

OH TRENDING4 weeks ago

2 Kumpulan Bergadvh Besar Di Dataran Merdeka Sehingga Berdarah, Punca Sebenar di Dedahkan

OH TRENDING4 weeks ago

Pertama Kali Aku Tengok Suami Menangis Macam Baby, Aku Cadang Cari Rumah Lain, Tapi Suami Senyap, Rupanya Rumah tu..

OH TRENDING4 weeks ago

“Saya Kawen Masa Umo 20, Tahun 2011 Dan Bercer4i” – Oktovia Manrose Dedah Dia Sebenarnya Janda dan Ada Seorang Anak

OH VIRAL1 week ago

Video: “Dia ni Mulut Apa ye” Eira Buat Hal Lagi “live” Tapi Guna kata kata Kesat dan Memalukan Org Lain

OH VIRAL6 days ago

Dah Terjah ls3 Mlm 1st, Pastu SUAMl Dh Taknak Dah. Jijik Katanya. Waktu Hanimun Pun Buat xtau. Rupanya ini Puncanya

OH VIRAL2 days ago

Video: Allahuakbar! Kec0h Kubvr ‘Berdrah’ Dan Tanah Mendap. Individu Ini Lihat Sendiri Dan Britahu Apa Yang Terjadi

OH VIRAL7 days ago

Ini Sebenarnya Pekerjaan Puan Suharnizan, Patutlah Eira Gelabah Semacam, Bukan Calang-Calang Jawatan

OH TRENDING4 weeks ago

Pemain Gitar Profesional, Eddy Wan MENlNGG4L Dvnia, Punca KEM4TlAN Sgt Mengejutkan

OH TRENDING4 weeks ago

Video: Ramai yg Sangsi Suara Jerit Tersebut, Tetapi Ini Sebenarnya yg Terjadi si Kawasan Perkuburan itu

OH VIRAL1 week ago

Tak sedar Diri jam 2 Lagi, Ank Kongsi Sikap arwh 3 hari Sblm Pergi Buat Ramai Sebak

OH TRENDING1 week ago

Video: Kereta Kena Block, Tindakan Akak ni Memang Berani, Lepas Dgr Bunyi Pecah, Baru Owner Turun

OH TRENDING4 weeks ago

‘Direct Nego Macam ni yg Rakyat Mahukan’ Netizen Sambut Baik BPN 2.0 Diberikan

OH TRENDING1 week ago

Mira Filzah Payung Gambar & Video Dia Hanimun, Tapi Lain lak Netizen Nampak

OH VIRAL1 week ago

Video: Dengar Suara Perempuan, Pencegah Maksiat Serbu Bilik, Tapi Terkedu Bila Tau Siapa Dalam Bilik tu

OH TRENDING1 week ago

Wanita ni Bukan Main Seronok Dapat Kawen Dgn Laki Gaji 8 Ribu, Namun Kantoi Suaminya Buat Sesuatu di Belakangnya

OH TRENDING4 weeks ago

2 Kumpulan Bergadvh Besar Di Dataran Merdeka Sehingga Berdarah, Punca Sebenar di Dedahkan

OH TRENDING4 weeks ago

Pertama Kali Aku Tengok Suami Menangis Macam Baby, Aku Cadang Cari Rumah Lain, Tapi Suami Senyap, Rupanya Rumah tu..

OH TRENDING4 weeks ago

“Saya Kawen Masa Umo 20, Tahun 2011 Dan Bercer4i” – Oktovia Manrose Dedah Dia Sebenarnya Janda dan Ada Seorang Anak

Artikel HOT

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.