Connect with us

OH VIRAL

lstri xnk Mengndung Ank SUAMl, Sanggop Lari Masa Mlm Pertama utk Lepak Dgn BF dan Ngandongkan Ank BF, Rupanya Ini Yg Berlaku

Published

on

GAMBAR SEKADAR HIASAN.

Di sini ingin berkongsi masalah saya dan dapatkan pandangan dari pihak tuan/puan.

Saya seorang isteri, berusia 24 tahun dan baru berkahwin bulan Julai 2014 yang lalu.

Sebelum berkahwin saya telah jatuh cinta dengan suami orang yang berusia 39 tahun. Dia juga telah mempunyai 4 orang anak.

Isterinya mengandung, kami berkenalan. Semasa isteri nya mengandungkan anak ke 4, kami mula berkenalan melalui aplikasi WeChat.

Semasa berkenalan, secara jujur, dia mengakui bahawa dia adalah suami orang dan bapa kepada anak-anak kesayangan.

Memang saya tiada masalah, kerana sekadar kawan-kawan biasa sahaja…

Dia terus menerus menghubungi saya sehingga saya jatuh cinta padanya dalam masa tidak sampai 2 bulan.

Bermula dari situ kami saling mencintai dan menyayangi. Dia kerja offshore dan cuma balik darat setiap 2 bulan.

Masa dia nak balik, kami telah atur pertemuan sulung kami di sebuah hotel.

Hati sungguh berdebar-debar kerana itu adalah kali pertama kami bersemuka.

Sebelum ini kami hanya video call sahaja sepanjang dia berada di laut…

Terlanjur jua akhirnya… Kali pertama dating saya telah kalah dengan dia. Saya terlanjur dengan dia.

Dia adalah lelaki kedua yang penah saya terlanjur.

Sebelum ini, saya pernah terlanjur dengan bekas teman lelaki semasa menjadi pelajar di universiti.

Kami terlanjur di hotel itu, atas kehendak masing-masing, tiada paksaan…

Seterusnya, begitulah setiap kali balik ke darat, kami telah atur pertemuan untuk pergi honeymoon.

Dia sanggup menipu isterinya untuk pergi honeymoon dengan saya. Kasih sayang dan cinta kami makin erat dan sukar untuk saya lupakan dia.

Saya cuba lupakan dia, tetapi saya tidak dapat bohong perasaan saya sendiri.

Saya cintakan dia sangat-sangat. Kenapa sanggup selingkuh?

Saya ada bertanya, kenapa dia selingkuh dengan isteri.

Katanya, “Abang takkan selingkuh kalau isteri tiada masalah. Kehendak batin abang selalu tidak dipenuhi”.

Itu sahaja alasannya… Saya pun terdetik, “Adakah aku ini hanya pemuas nafsu untuk dia?”.

Saya cuba bencikan dia dan tidak berhubungan dengan dia, tetapi gagal. Sayang saya pada dia sangat kuat…

Dalam masa kami bercinta, pernah isteri dia baca mesej kami.

Bila isterinya tanya, dia jawab cuma kawan sahaja. Saya keliru dengan cinta kami…

Terima lamaran… Dalam masa bercinta dengan suami orang itu, tiba-tiba kawan lama saya masa kanak-kanak dahulu datang melamar…

Saya menerima lamaran itu dengan harapan inilah cara terbaik untuk saya berpisah dan melupakan suami orang itu.

Setelah tarikh kahwin ditetapkan, saya beritahu dia, “Abang, ayang dah nak berkahwin”.

Dia benar-benar terperanjat dan menangis. Dia ada nyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya.

Namun, saya sendiri takut untuk beritahu keluarga kerana status dia sebagai suami orang.

Jarak umur kami juga jauh, dan saya adalah anak bongsu.

Keluarga mengharapkan yang terbaik untuk saya…. Saya suruh dia jumpa kelurga saya kalau betul mahu kahwin dengan saya.

Dia kata, “Abang akan cari masa yang sesuai”..

Setelah memberitahu dia yang saya akan berkahwin, saya fikir ini akan buatkan hubungan kami terputus.

Sebaliknya, ia jadi semakin galak dan masing-masing tidak dapat kawal diri. Kami sangat sayang antara satu sama lain.

Sehinggakan, dia sanggup berikan duit untuk saya, sponsor semua barang hantaran perkahwinan dan baju kahwin saya.

Barang hantaran dan baju kahwin, kami pergi shopping bersama-sama.

Sampai macam itu sekali dia sanggup layan saya. Kadang-kadang terfikir, patutlah dia boleh belanja saya kerana bergaji besar.

Hubungan terlarang dengan saya dia dapat, jadi apalah sangat dengan duit itu. Kadang-kadang terfikir, betapa bongoknya saya….

Hari ijabkabul… Tanggal hari perkahwinan saya, dia menangis lagi. Setelah sebulan kahwin, kami masih tidak berjumpa.

Kami masih tidak dapat kawal diri kami. Kami terlanjur lagi, walaupun selepas saya kahwin.

Ia berlanjutan sehingga ke hari ini. Saya buntu bagaimana mahu berpisah dengan dia.

Saya ada beritahu, saya tidak mahu berkawan lagi dengan dia.

Dia hanya cakap, “Abang tetap sayang dan cintakan ayang macam dulu-dulu.

Abang akan tunggu ayang selamanya”. Dia masih tidak mahu lepaskan saya… Saya tidak dapat elak dari dia. Saya sayang dia sangat-sangat.

Kadangkala, terfikir mahu beritahu isterinya, bahawa suaminya selingkuh dengan saya.

Namun, saya terfikir pula kerana faham perasaan lembut perempuan.

Mesti isteri dia sedih bila tahu suaminya selingkuh dengan saya. Sebelum ini, dia juga pernah terlanjur dengan perempuan lain.

Pernah bawa berjumpa dengan isterinya untuk minta izin berkahwin lagi. Isterinya tidak izinkan. Kini, saya pula menghadapi situasi ini…

Hubungan jarak jauh Saya tinggal jauh dari suami. Sebab itulah saya ada masa untuk layan suami orang itu bila dia balik ke darat.

Sudahlah jauh, suami saya pula sibuk dengan kerja. Isteri kekasih saya juga sibuk dengan kerja. Jadi, selama ini, sayalah yang melayan suami orang itu….

Kalau boleh saya tak mahu mengandungkan anak suami, saya mahu mengandungkan anak kekasih saya iaitu suami orang..

13 ​Perkara Yang Akan Terjadi Jika Anda Bercinta Dengan Suami Orang!

1. Masa Bersama Si Dia Terbatas :Tengah syok makan kat restoran siap candle light dinner lagi tiba-tiba isteri si dia telefon suruh balik.

Nak tak nak anda terpaksa akur sebab andalah yang mengambil masanya.

Sepatutnya time-time macam ni si dia meluangkan masa dengan isterinya bukan dengan anda.

Bukan setakat itu sahaja, bila anda keluar shopping beli kasut, tengok wayang dan sebagainya anda sering di tinggalkan saat akhir kerana sebagai suami orang tanggungjawabnya lebih berbanding single.

2. Perlu Berhati-Hati Ketika Keluar :Part ni paling susah dan leceh! Bila berhubung secara rahsia inilah masalah utama.

Anda dan pasangan nak berjalan kat taman petang-petang pun rasa diperhatikan.

Anda mungkin rasa biasa tapi kekasih yang rasa lebih-lebih sebab takut kantoi yang dia selingkuh.

Si dia juga akan mengelak tempat-tempat yang isterinya selalu pergi supaya tak bertembung.

Cukup bulan si dia boleh jadi paranoid dan takut dengan dengan isteri sendiri walau satu rumah! Huhu.

3. Sering Memberi Arahan :Boyfriend anda selalu bagi arahan untuk mengelakkan diri dari dikesan oleh isterinya.

Sebagai contoh anda hanya boleh call si dia selepas jam 12 malam sewaktu isteri dan anak-anaknya dah tidur. Anda tak boleh sesuka hati pergi ke rumah dan pejabat dia.

Anda juga dilarang untuk berteman rapat dengan rakan-rakannya bimbang rahsianya diketahui.

4. Rasa Tak Selamat :Bercinta dan jatuh hati dengan suami orang risikonya tinggi.

Kalau isteri kekasih anda dapat tahu, silap-silap anda boleh masuk hospital kena belasah.

Lagi power kalau dia bawak geng! Jangan main-main dengan isteri yang di rampas suaminya, hilang emas pun tak mengamuk macam tu.

5. Makan Hati :Apa boleh buat, nak juga suami orang kena lah berkongsi kasih.

Sebelum ni sedap makan jantung pisang masak lemak, sekarang makan hati sendiri. Hah tu maknanya anda terpaksa memendam rasa kerana di duakan oleh si dia.

Anda tahu cemburu, bagaimana pula dengan isterinya yang mempunyai ikatan sah kalau dia dapat tahu? Cemburunya tentu lebih hebat.

6. Sering Menerima Alasan :Anda sering menerima pelbagai alasan darinya saban hari.

Si dia perlu menjaga hati anda dan juga isterinya. Natijahnya, dia bagi alasan tak dapat keluar dengan anda hujung minggu ini kerana outstation tapi sebaliknya dia pulang ke kampung isterinya.

Dia juga bagi alasan penat bekerja jika anda mesej tetapi sebenarnya dia tak balas sebab isterinya ada di sebelah.

7. Di Pandang Negatif :Jika hubungan anda di uji dengan si dia, persepsi masyarakat adalah ujian sebenar.

Bayangkan jika anda mempunyai masalah dengan boyfriend anda dan luahkannya pada kawan, anda akan di persalahkan kembali kerana andalah punca kepada masalah itu.

Belum lagi dengan keluarga, tak semua boleh terima kalau dapat tahu salah seorang dari ahli keluarga mereka jalinkan hubungan dengan suami orang tanpa pengetahuan isterinya.

Masyarakat tak payah cakap, lagi hebat mengutuk.

8. Rasa Bersalah :Hati anda rasa tak tenteram. Lagi anda teruskan hubungan itu lagi anda rasa bersalah.

Anda cintakan dia tetapi bagaimana dengan perasaan isterinya? Anda tersepit dalam situasi yang sukar.

Apabila cinta di pertaruhkan sesetengah orang sanggup bina kebahagiaan diri sendiri atas derita orang lain.

9. Cenderung Untuk Ditinggalkan :Anda perlu ingat bahawa boyfriend anda mungkin hanya gunakan anda untuk melupakan masalahnya dengan keluarga.

Bila bosan si dia akan jumpa anda. Bila sedih si dia akan meluahkan masalahnya.

Tapi bila si dia tak perlukan anda, dia bahagia dengan keluarganya, anda tak dilayannya.

Sebenarnya dia tak berniat pun nak jadikan anda sebagai isterinya. Kalau dia pernah berjanji berkahwin dengan anda sekalipun, tindakannya tak menggambarkan percakapannya.

10. Suami Akan Menipu Isterinya :Biasalah dah nama pun selingkuh, penipuan dah jadi makanan. Dia perlu menipu isterinya untuk luangkan masa lebih untuk anda.

Dia perlu ciptakan alasan untuk keluar dengan anda malam-malam. Menipu adalah perkara yang sukar dan perlu bekerja keras untuk bagi isterinya percaya.

Jika dia boleh tipu isterinya, maka dengan anda lagilah!

11. Menyumbang Kepada Keruntuhan Rumah Tangga :Bagi para isteri, suami yang selingkuh adalah mimpi terburuk dalam institusi rumah tangga.

Tidak ada isteri yang boleh terima tingkah laku si suami yang dulu bersungguh sungguh untuk dapatkannya tetapi akhirnya dibiarkan hancur begitu sahaja.

Andalah puncanya! Anda perlu ingat, lelaki sememangnya akan ambil kesempatan jika anda memberi peluang. Itulah kelemahannya yang terbesar!

12. Menggalakkan Suami Lari Dari Tanggungjawab :Kalau dahulu, si suami luangkan banyak masanya dengan isteri dan anak-anak.

Kini masanya diberikan pada anda. Anak-anak terabai dari mendapat didikan sempurna.

Masalah kewangan mula memberi kesan dan membuatkan suami tak memberi nafkah kepada keluarga kerana banyak berbelanja untuk anda.

Si dia pun tidak lagi berminat untuk bermesra dengan isteri kerana asyik teringatkan anda.

13. Bahagia Sukar Dikecapi :Menjadi orang ketiga dalam hubungan orang lain sememangnya perlukan usaha keras dan berterusan untuk dapatkan kebahagian.

Anda perlu buat itu buat ini, pergi sana sini sebelum anda dapat apa yang anda nak.

Tetapi itu bukan persoalannya. Anda perlu tanya diri anda adakah anda bahagia merampas hak orang lain?

Adakah anda boleh berpura-pura seperti tidak ada apa-apa berlaku jika anda jumpa isteri pertama, kalau anda berkahwin dengan suaminya?

Bagaimana Kalau Dah Jodoh?Itu soalan yang selalu kita dengar kalau dah malas nak bertekak.

Benar jodoh itu ditetapkan oleh Allah, tetapi kita perlu usaha terlebih dulu untuk elakkan diri kita dengan laki orang.

Jika hubungan anda baru di peringkat permulaan, sebaiknya anda selidik dulu latar belakang dan perhatikan sikapnya supaya anda tidak mudah terjebak dalam cinta suami orang.

Ingat! Jangan jadikan diri anda terlalu mudah untuk di dekati!

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OH VIRAL

“Ambikkan Vdeo, nk Wili ni” Tersagat Bntot di Jln Tar, Kwn² Hanya Gelakkan je, Ini yg Berlaku Selepas itu

Published

on

By

Mutakhir ini, ramai ibu bapa yang sentiasa sibuk bekerja sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mendidik anak-anak dengan sebaiknya.

Mereka lebih gemar menyerahkan tugasan yang sepatutnya menjadi kewajipan mereka kepada guru-guru.

Ada pula ibu bapa yang memberi keizinan dan galakan kepada anak-anak untuk mereka keluar.

Biasanua bersama rakan pada hujung minggu berbanding menggunakan masa tersebut untuk sama-sama melakukan aktiviti yang dapat mengeratkan silatulrahim.

Ini dengan alasan mereka tidak mahu mengongkong anak-anak yang suka diberi ruang untuk menyendiri tatkala mereka meningkat dewasa.

Seringkali kita dengar remaja selalu dikaitkan dengan masalah.

Dan suka membuang masa untuk perkara yang tidak berfaedah.

Tidak terkecuali dengan sebuah video ini dimana terdapat sekumpulan remaja yang dilihat sedang menaiki motor di sebuah jalan raya.

Menaiki motorsikal sambil beronda-ronda sememangnya satu perkara yang menyeronokkan.

Tetapi mana-mana penunggang motosikal pun tidak sah kalau tidak pernah melalui pengalaman jatuh dari motor.

Situasi itu sempat dirakam oleh seorang lagi rakan cuma apa yang terjadi selepas itu.

Namun tidak pasti bagaimana reaksi anda bila melihat video yang disediakan di bawah ini.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

Tonton Video

Sumber : OM

Continue Reading

OH VIRAL

Video: “Dahlah Letak Ats Jmban” JiIat ‘B4Bl Air’, Aisar Khaled Buat Netizen Muntah

Published

on

By

JiIat ‘B4Bl Air’, Aisar Khaled Buat Netizen Muntah

Aksi eksperimen selebriti media sosial, Aisar Khaled terhadap gel penyejuk badan.

Ia sedang menjadi bualan hangat ketika ini di saluran YouTubenya mengundang rasa jijik segelintir netizen.

Mana tidaknya, dalam video yang dimuatnaik di YouTube itu, Aisar melakukan eksperimen merendam gel penyejuk badan itu.

Ia direndam ke dalam beberapa bekas berisi cecair berwarna dan dibiarkan semalaman di tepi tandas.

Kemudiannya, Aisar bersama seorang gadis dikenali sebagai Syasya Rushdiena mencabar satu sama lain.

Ini untuk menjilat gel penyejuk badan yang sudah kembang dan dipanggil dengan nama ‘babi air’ itu.

Aisar yang kalah dalam cabaran itu dikehendaki menjilat salah satu daripada ‘babi air’ yang dipegang Syasya.

“Tak rasa apa-apa, you nak try?” demikian reaksi Aisar selepas menjilat ‘babi air’.

Video yang ditonton lebih 148,000 kali itu turut dikongsikan di Twitter.

Namun, komen-komen di video berkenaan kebanyakannya kurang selesa dengan aksi Aisar.

“Dah 2021 pun ada orang suka content macam ni? Educate yourself,” komen Asnawi MN.

Tambah Frish Zee; “Dalam toilet cakap Bismillah, lepas tu berdua dalam satu bilik. Itu sweet?”

“Eee dah lah Cool Fever tu letak atas mangkuk tandas, habis tu pergi jilat,” tulis Nur Amni.

“Zaman sekarang ni kena pandai menyimpan. Salah satu benda penting yg kita kena simpan adalah bodoh.

Simpan sikit bodoh tu jangan tunjuk sangat,” tambah Afieq Shazwan.

Oleh kerana video terbabit mendapat sambutan, Aisar memaklumkan kepada pengikutnya di YouTube.

Ini untuk membuat cabaran mandi dengan 1,000 keping ‘babi air’ pula selepas ini.

Rakaman Termuntah ada di Bawah Sekali

Tonton Video

Continue Reading

OH VIRAL

Baru je Berkhwin Tak Sampai Setahun, Mimie Haris Dedah Sudah Berpisah Dgn ‘Pilot’

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Begitu nasib penyanyi dan pengacara, Mimie Haris, 30.

Ini apabila bahtera perkahwinan keduanya gug.ur menyembah bumi.

Mendirikan rumah tangga dengan seorang juruterbang yang dikenali sebagai Amir pada Februari tahun lalu.

Namun ikatan perkahwinan terle.rai, tahun yang sama.

Jika dihitung, mereka hanya mengecapi kebahagiaan sebagai suami isteri selama beberapa bulan.

Segala persoalan mula timbul apabila tiada lagi gambar bersama bekas suaminya dalam laman sosial, Instagram (IG), sejak akhir-akhir ini.

Enggan terus berselindung, wanita kelahiran Alor Setar, Kedah itu mengakui, dia sudah kembali memegang status ibu tunggal, sejak tahun lalu.

“Saya dan bekas suami sudah berpisah. Perkahwinan kami terle.rai tahun lalu, tempoh edah pun sudah hampir tamat.

Bagi pengikut IG, mereka tahu saya berce.rai.

“Apa yang boleh saya katakan, tiada jodoh antara kami. Keputusan ini atas persetujuan bersama.

Saya dan bekas suami sudah tidak boleh bersama, jadi jalan terbaik adalah berpisah.

“Saya tahu orang akan cakap, tak sampai setahun sudah berce.rai.

Bagaimanapun, usahkan setahun, malah ada yang berkahwin selama 30 tahun pun bercerai.

Siapa nak berkahwin untuk berce.rai, tetapi inilah takdir saya,” katanya kepada BH Online.

Enggan mengulas lanjut punca perce.raian kali kedua itu, Mimie berkata, dia tak kisah untuk membiarkan orang ramai dengan persepsi mereka.

Baginya, cukup sekadar dia dan keluarga terdekat mengetahui punca perpisahan.

“Mulut tempayan boleh ditutup, tetapi tidak mulut manusia.

Tak kisahlah nak cakap apapun, biarlah saya dan keluarga tahu apa yang dihadapi, itu sudah memadai.

“Saya rasa tak perlu nak fikir apa orang nak kutuk. Kalau dengar orang ce.rca, saya pula tidak boleh meneruskan hidup.

Lagipun, saya dan bekas suami tidak boleh hidup bersama.

Daripada terus menyak.itkan hati, lebih baik kami berpisah,” katanya.

Mengulas tindakannya yang kelihatan terbuka berkongsi dalam laman sosial, biarpun ini perkahwinan kali kedua yang gagal dipertahankan.

Mimie berkata, dia tidaklah terlalu terbuka berkongsi soal peribadi dan percera.ian dalam IG.

“Ramai pengikut yang tertanya-tanya apabila tiada lagi gambar bersama bekas suami.

Saya rasa tak perlulah nak berselindung, jadi saya berkongsi perkara sebenar.

Lagipun, saya bukan lagi menjadi isteri orang, bimbang timbul fit.nah apabila orang tak tahu saya sudah berce.rai.

“Jika ikutkan, usia saya masih muda dan tiada cahaya mata anak lagi.

Sudah tentu, saya mahukan hubungan yang berkekalan sama seperti pasangan suami isteri lain.

“Jadi, nak kata serik, tidak juga. Kalau ada jodoh, adalah…

Tetapi, buat masa sekarang, saya baru sahaja berce.rai, perasaan nak berkahwin lagi memang tiada,” katanya.

Mimie atau nama sebenarnya, Norshamimi Ahmad Haris berkata, kegagalan dalam dua perkahwinan lalu mengajarnya erti kesabaran dalam menghadapi dugaan.

“Dugaan bukan hanya dalam perkahwinan tapi di luar perkahwinan juga ada. Antara dugaannya dari orang sekeliling.

“Kami berce.rai bukan disebabkan tiada cahaya mata. Tidak rezeki lagi nak memiliki anak, nak buat macam mana?

Apabila direnung semula, kalau ada anak pun susah jika hubungan saya dan bekas suami tiada keserasian.

Tetapi, jika dipertemukan jodoh lagi, saya memang mahukan anak,” katanya.

Mimie berkata, dia tidaklah bersedih sangat, mungkin disebabkan sibuk bekerja.

“Saya mahu menjadi wanita berdikari dan tidak mengharapkan lelaki bertanggungjawab atas kehidupan sejak dahulu lagi. Apapun, saya usaha sendiri.

“Saya lebih cenderung kepada dunia pengacaraan.

Bagaimanapun, saya merancang mengeluarkan single baharu selepas kali terakhir pada 2013.

“Sebenarnya, saya ada menyanyikan lagu runut bunyi untuk beberapa drama.

Saya setuju mahu menghasilkan single selepas dipelawa rakan yang juga pengacara dan komposer, Zack Merican,” katanya.

Sumber : BH

Continue Reading
OH VIRAL18 hours ago

“Ambikkan Vdeo, nk Wili ni” Tersagat Bntot di Jln Tar, Kwn² Hanya Gelakkan je, Ini yg Berlaku Selepas itu

OH VIRAL1 day ago

Video: “Dahlah Letak Ats Jmban” JiIat ‘B4Bl Air’, Aisar Khaled Buat Netizen Muntah

OH VIRAL1 day ago

Baru je Berkhwin Tak Sampai Setahun, Mimie Haris Dedah Sudah Berpisah Dgn ‘Pilot’

OH VIRAL1 day ago

lstri Dah Pndai Mengelat Bila Ajak Bersama, Alasannya Aku dah Gemox dan Dia Pulak dah Pndai Melawa, Belakang aku ini Dia Buat

OH VIRAL2 days ago

Disebabkan Perkara ini, Shuib Terpaksa Tinggalkan Sepahtu, dan Tidak Mahu Lagi Aktif Dalam Seni Hiburan

OH VIRAL2 days ago

Video: “Pak dia dah claim awal-awal” Beli Buku Anak Ratusan Ringgit, Rita Rudaini Tak Dapat Nak Claim LHDN

OH VIRAL3 days ago

Suami nak buat kejutan utk lstri, Sanggup Naik Bas Ke Melaka,Tapi Berakhir Dengan Nasib Malang

OH VIRAL3 days ago

“Walaupun sy Brpakain Wanita..” Sajjat Luah Prasaan, dan Ungkit Semua Kebaikkan yg Dilakukan

OH VIRAL6 days ago

Video: Suami lstri Disahkan Positif C0VlD, Netizen Perasan Sesuatu Berkenaan Anak Emma Maembong

OH VIRAL6 days ago

Sajatt Dilihat Pkai Baju Tidur Dan Brjalan di Lorong GeIap, Mengejutkan Lihat Apa Yg Sebenarnya Sajatt Buat

OH VIRAL6 days ago

“Tak Habis-Habis Suruh Mengaji & SoIat” Safiey Bidas Netizen yg Kecam Sajat

OH VIRAL6 days ago

Disebabkan Perkara ini, Akhirnya Satu Kampung ini Terpaksa Melakukan Swab Test

OH VIRAL6 days ago

Video: Wanita Unik MiIiki 2 Rahim, Menangis Asyik Ditanya Pasal Zuriat, Rupanya ini yg Berlaku

OH VIRAL6 days ago

Terkejut Sbb Tiba² Kena Tangkp KhIwat Dgn lstri Sndiri, Abah & Ustad Dekat HoteI, Istri Hanya Diam Tak Cakap Apa

OH VIRAL1 week ago

Video: Alamak Kesiannya Sis, Ramai Netzen Terkejvt Pembaca Berita Dari TV Terkenal Ini Cakap nk Terberax

OH VIRAL4 weeks ago

Video: Hanya Sekejap Kakak KeIuar BeIi Makanan, BerIaku Kejadian Ngeri kat Adiknya

OH VIRAL3 weeks ago

Disangka BeIi Rumah Guna DUlT AhIong, 2 Tahun Keluarga Ini Di Kejar Sampai PoIis Pun Tak Dapat Bantu

OH VIRAL3 weeks ago

Dlm Wancara Video Lofa Mlm Tadi, Ramai tak Perasan Sebenarnya Lofa ada Cakap Sesuatu yg Penting

OH VIRAL2 days ago

Video: “Pak dia dah claim awal-awal” Beli Buku Anak Ratusan Ringgit, Rita Rudaini Tak Dapat Nak Claim LHDN

OH VIRAL1 week ago

Video: Alamak Kesiannya Sis, Ramai Netzen Terkejvt Pembaca Berita Dari TV Terkenal Ini Cakap nk Terberax

OH VIRAL2 weeks ago

“Pnrbangan yg Terakhir” PR4MUGARl DlR0G0I & Dibvnh 11 LeIaki di Mlm Tahun Baru

OH VIRAL1 week ago

Video: Fatin Afeefa Trkejut Ank Bagitau Mereka Tdo Sebilik dgn Ayah & GF Dia

OH VIRAL3 weeks ago

Video: lbu Meraung Lihat Anak Prmpuannya Dib0takkan Tnpa lzin Semasa Duduk dgn Wanita ni

OH VIRAL4 weeks ago

Video: Dah Siap Makeup, Wanita Kecewa Bakal Suami Tak Hadir Majlis Kahwin

OH VIRAL1 week ago

Video: Penyelam Terkejuvt Setiba Nya Di Dasar Laut, Ini yg Mereka Nampak Slps Srivijaya Air Terhmpas

OH VIRAL2 weeks ago

Slps Statusnya Masih Bermasalah, SekaIi Penampilan Terbaru Lofa Pula Jadi BuaIan Hangat Netizen

OH VIRAL2 weeks ago

Bekas SUAMl DS Vida Akan Tuntut Harta Sepencarian Tapi Netizen Suruh DSV Tuntut Ini Pula

OH VIRAL3 weeks ago

Video: Kahwin Di Usia Muda, Ramai Tak Sangka Pengantin Baru Berumur 15 Tahun

OH VIRAL3 weeks ago

Video: 8 Sekeluarga M4Tl LEM4S, Kereta Terjvnam Dalam Sungai

OH VIRAL2 weeks ago

Senyap² aku ke rumah pngasuh, Trdengar Aina meraung, Aku lalu tepi tingkap. Bila ternmpak, aku trgamam

OH VIRAL4 weeks ago

Video: Hanya Sekejap Kakak KeIuar BeIi Makanan, BerIaku Kejadian Ngeri kat Adiknya

OH VIRAL3 weeks ago

Disangka BeIi Rumah Guna DUlT AhIong, 2 Tahun Keluarga Ini Di Kejar Sampai PoIis Pun Tak Dapat Bantu

OH VIRAL3 weeks ago

Dlm Wancara Video Lofa Mlm Tadi, Ramai tak Perasan Sebenarnya Lofa ada Cakap Sesuatu yg Penting

OH VIRAL2 days ago

Video: “Pak dia dah claim awal-awal” Beli Buku Anak Ratusan Ringgit, Rita Rudaini Tak Dapat Nak Claim LHDN

OH VIRAL1 week ago

Video: Alamak Kesiannya Sis, Ramai Netzen Terkejvt Pembaca Berita Dari TV Terkenal Ini Cakap nk Terberax

OH VIRAL2 weeks ago

“Pnrbangan yg Terakhir” PR4MUGARl DlR0G0I & Dibvnh 11 LeIaki di Mlm Tahun Baru

OH VIRAL1 week ago

Video: Fatin Afeefa Trkejut Ank Bagitau Mereka Tdo Sebilik dgn Ayah & GF Dia

OH VIRAL3 weeks ago

Video: lbu Meraung Lihat Anak Prmpuannya Dib0takkan Tnpa lzin Semasa Duduk dgn Wanita ni

OH VIRAL4 weeks ago

Video: Dah Siap Makeup, Wanita Kecewa Bakal Suami Tak Hadir Majlis Kahwin

OH VIRAL1 week ago

Video: Penyelam Terkejuvt Setiba Nya Di Dasar Laut, Ini yg Mereka Nampak Slps Srivijaya Air Terhmpas

OH VIRAL2 weeks ago

Slps Statusnya Masih Bermasalah, SekaIi Penampilan Terbaru Lofa Pula Jadi BuaIan Hangat Netizen

OH VIRAL2 weeks ago

Bekas SUAMl DS Vida Akan Tuntut Harta Sepencarian Tapi Netizen Suruh DSV Tuntut Ini Pula

OH VIRAL3 weeks ago

Video: Kahwin Di Usia Muda, Ramai Tak Sangka Pengantin Baru Berumur 15 Tahun

OH VIRAL3 weeks ago

Video: 8 Sekeluarga M4Tl LEM4S, Kereta Terjvnam Dalam Sungai

OH VIRAL2 weeks ago

Senyap² aku ke rumah pngasuh, Trdengar Aina meraung, Aku lalu tepi tingkap. Bila ternmpak, aku trgamam

Artikel HOT

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.