Connect with us

OH VIRAL

Slps lstri Mndi, dia ajak Bersama, Sy Bg Alasan Penat, Sedangkan sy tahu Niatnya Takut2 Benih Har4m Melekat

Published

on

Saya bekerja sebagai seorang ketua eksekutif di sebuah syarikat swasta. Isteri saya adalah juruaudit di sebuah syarikat swasta juga.

Kami mempunyai seorang anak perempuan yang kini berumur 13 tahun. Dialah buah hati saya dunia dan akhirat.

KISAH ini terjadi pada dua tahun lepas. Saya perhatikan sikap isteri saya tak macam biasa.

Saya dapat kesan perubahan sikapnya kerana dah lebih 10 tahun kami bersama.

Mana tidaknya, kadangkala saya sembunyi-sembunyi perhatikan tingkah lakunya.

Saya lihat dia semakin gemar membawa handphonenya kemana-mana walau ke bilik air.

Saya cuba mintak nak lihat handphonenya tetapi berjuta alasan yang dia berikan.

Saya dah terfikir macam-macam. Saya cuba selami apa yang dia alami tetapi gagal.

Nampak seperti dia menyembunyikan sesuatu dan layanannya juga tidak seperti dulu.

SEBELUM INI, bila saya buat lawak, pasti dia yang akan ketawa dahulu walau pun cerita yang saya nak sampaikan belum habis lagi.

KINI, setakat ketawa kecil untuk ambil hati saya saja.

Soal Atas Katil pun begitu, dalam sebulan sekitar 5 kali yang saya minta cuma sekali yang saya dapat.

Itu pun rasa macam beraksi dengan patung.

Kalau dulu, bila saya mintak 5 kali, 8 kali pun dia sanggup walaupun dia sampai susah nak bangun pagi tapi sekarang nyata berbeza.

SUATU HARI, mungkin tuhan nak kabulkan doa saya supaya diberi petunjuk dalam menghadapi situasi ini.

Isteri saya mandi dan tertinggal handphonenya dalam laci.

Saya yang sedang bersiap nak pergi kerja terdengar handphonenya berbunyi tanda ada mesej diterima. Terus saya capai handphonenya dan buka peti mesejnya.

Tiada nama terpapar, cuma nombor sahaja. Saya cepat-cepat catat nombor handphone yang tertera.

Kemudian saya baca isi mesejnya. Kesangsian saya mula memuncak bila terbaca mesejnya yang berbunyi “Lepas kerja tunggu kat tempat biasa”.

Hati saya mula bergelora dan fikiran mula bercelaru.

Tapi saya tahankan dan cepat-cepat padam mesej tu dan letakkan kembali handphone tu ditempatnya.

Perlahan-lahan saya keluar dari bilik dan bersarapan.

Semasa saya bersarapan isteri saya siap mandi dan kemudian dia bersarapan bersama-sama saya.

Saya cuba tahankan perasaan saya ketika itu dan buat macam tidak ada apa-apa yang berlaku.

Kemudian kami pergi kerja menaiki kereta masing-masing.

Sebelum itu, saya bawa bersama viewcam untuk digunakan sebagai pengumpul bukti.

PETANG ITU Saya menantikan kelibat isteri saya selepas waktu kerja dengan menunggu di hadapan pejabatnya di dalam kereta yang saya pinjam dari rakan.

Saya tidak gunakan kereta saya, takut isteri saya perasan.

Hati saya bergelora apabila terlihat isteri saya keluar dari pejabatnya dan terus menuju ke arah kereta yang tidak saya kenali.

Nampaknya kereta tersebut telahpun menunggu isteri saya sebelum saya sampai.

Saya perhatikan kereta tersebut meninggalkan perkarangan pejabat isteri saya.

Dengan berhati-hati saya ekori kereta tersebut dalam jarak yang selamat. Tiba-tiba handphone saya berdering, rupanya isteri saya telefon saya.

Saya pelik, adakah dia dapat menghidu perbuatan saya.

Saya jawab panggilannya dan hati saya hancur apabila dia memberitahu bahawa pada hari itu dia balik lewat dan ada meeting katanya.

Bila saya tanya dia berada di mana, dia kata sedang bekerja di pejabat. Sungguh pilu hati saya melihat isteri saya berbohong.

Saya kuatkan semangat ingin membongkar apa sebenarnya yang terjadi dengan isteri saya.

Saya ekori hingga ke sebuah restoran yang terkenal.

Saya lihat isteri saya keluar dari kereta dan menuju ke restoran berkenaan bersama seorang lelaki yang saya rasa jauh lebih muda dari isteri saya.

Setelah mereka masuk, saya mencari sudut yang memudahkan untuk saya memerhatikan mereka.

Hampir 3 jam saya lihat kemesraan mereka berdua.

Kadangkala saya nampak lelaki itu seperti membetulkan tudung isteri saya dan mereka kadangkala ketawa kecil.

Entah apa yang mereka bualkan saya pun tidak tahu.

Berdosa saya pada hari itu kerana telah meninggalkan solat Asar dan Maghrib semata-mata mencari kebenaran.

Saya menunggu di dalam kereta sampai lenguh seluruh badan saya. Sekali sekala saya rakam perbuatan mereka di dalam view cam.

Setelah sekian lama menanti, akhirnya mereka keluar dari restoran dan menuju ke arah kereta tadi. Saya rakam segala perbuatan mereka.

Kemudian mereka bergerak menuju ke arah yang saya tidak pasti. Saya ekori lagi hinggalah saya tahu kemana tujuan mereka.

Rupanya mereka kembali ke pejabat isteri saya tetapi melalui lorong belakang yang gelap dan sempit itu.

Saya tidak dapat ikut kerana takut mereka sedar akibat lampu yang saya pasang.

Saya mengambil keputusan untuk berjalan menyusup ke tempat-tempat yang tersembunyi.

Ini untuk merakam perbuatan mereka di dalam kereta di tempat yang gelap itu dengan meletakkan kereta saya di tempat yang sesuai.

Suasana di lorong itu amat gelap. Yang kedengaran hanya deruman bunyi kereta lelaki tadi yang tidak dimatikan enjinnya.

Saya cari tempat yang sesuai dan tersembunyi agar tidak disedari mereka.

Saya hidupkan fungsi night vision yang mana saya dapat merakam setiap aksi mereka walaupun dalam keadaan yang amat gelap.

Bagai nak luruh jantung saya berdebar, amat terkejut bila mendapati mereka sedang #berasmara.

Saya lihat mulut mereka bercantum dan setelah agak lama,

saya lihat lelaki itu menurunkan tempat duduk yang diduduki oleh isteri saya.

Saya agak mereka pasti sedang berbaring bersama dan terpaksa berdiri lebih dekat di tempat yang selamat untuk merakam apa yang mereka lakukan.

HATI SAYA HANCUR LULUH pada ketika itu.

Syaitan mula berbisik menyuruh saya menamatkan sahaja riwayat kedua-dua makhluk yang sedang berzina itu di situ juga,

tetapi saya tetap bersabar dan terus merakam setiap perbuatan mereka. Saya sedar, tuhan menyebelahi saya. Kebencian saya meluap-luap.

Terus saya padamkan view cam dan dengan berhati-hati saya berjalan kembali ke kereta.

Selepas memulangkan kembali kereta rakan, saya pun memandu kereta saya pulang.

Dalam solat saya menangis dan berserah kepada Allah untuk menegakkan jalan bengkang bengkok yang dicipta oleh isteri saya itu.

Kemudian saya pergi ke bilik anak saya. Saya lihat anak saya sedang lena tidur.

Sekali lagi saya menangis melihat anak saya yang tidak berdosa itu.

Pada ketika itu saya terfikir, apakah dosa saya sehingga begini hebat dugaan tuhan kepada saya.

Apabila terdengar bunyi kereta isteri saya tiba di garaj, saya keluar dari bilik anak saya dan menuju ke pintu untuk membukakan pintu supaya isteri mudah masuk ke dalam.

Isteri saya terkejut melihat saya masih belum tidur.

Dia cuma tersenyum dan mengatakan banyak perkara-perkara berbangkit ketika mesyuarat yang membuatkan dia pulang lewat.

Dalam hati saya menyumpah sendirian, perempuan laknat!!. Berani kau menipu hidup aku dan anak aku.

Tetapi saya sembunyikan perasaan itu dengan tersenyum dan saya lihat pakaian dan tudungnya semuanya rapi seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku.

Dasar perempuan jalang, tahu sahaja menyembunyikan perbuatan keji di jalan tadi.

Malam itu saya biarkan isteri saya tidur sendirian. Saya tidur menemankan anak saya didalam bilik anak saya walau pun pada malam itu,

selepas isteri saya mandi, dia minta disetubuhi. Saya beri alasan saya penat, sedangkan saya tahu niatnya, untuk menyembunyikan angkara perbuatannya tadi.

Manalah tahu jika ianya membuahkan hasil, sekurang-kurangnya dia dapat meyakinkan bahawa hasil itu adalah dari benih saya. Sudahlah,

saya dah menjangkakan semua kemungkinan dan muslihat itu setelah melihat apa yang dia lakukan tadi.

Pada keesokkannya, saya ambil kesempatan untuk memasukkan apa yang saya rakamkan malam tadi ke dalam CD menggunakan laptop saya secara senyap.

Pada sebelah petangnya saya berbincang bersama isteri saya berdua di dalam bilik.

Saya bertanyakan adakah dia mahu jika saya menceraikannya jika dia sudah mempunyai lelaki yang lebih baik dari saya.

Dia menyangkal kata-kata saya dengan mengatakan saya kuat cemburu dan dia meyakinkan saya bahawa tiada insan lain dalam hidupnya melainkan saya sorang.

Kemudian saya katakan kepadanya, bagaimana jika saya ada bukti yang menunjukkan bahawa dia berbohong.

Pada ketika itu air muka isteri saya mula berubah. Seperti biasa,

dia sengaja mengalihkan cerita. Saya yang sudah tidak dapat bersabar terus mengarahkannya mengemas pakaian.

Dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke rumah ibu bapanya pada hari itu juga.

Isteri saya terkejut dengan tindakan saya. Kemudian dia mula menanyakan berbagai soalan.

Dari nada suaranya saya tahu, dia sedang dalam keresahan. Dia takut saya dapat menghidu perbuatannya.

Saya terpaksa meninggikan suara akibat terdorong rasa marah yang teramat sangat.

Tak pernah saya bersikap sebegitu selepas kawin cuma pada hari bersejarah itulah saya bertukar rupa sebentar.

Kemudian saya meminta anak saya mengemas pakaiannya dan memberitahu bahawa kami akan pulang ke kampung.

Alangkah gembiranya anak saya, dapat berjumpa atuk dan neneknya yang dirindui.

Tetapi hati saya menjadi sebak melihat telatah anak yang mash tidak mengerti erti hidup.

Anak saya seakan mengetahui hati saya.

Tiba-tiba dia berhenti melompat kegirangan dan dia terus menuju kepada saya sambil bertanya kenapa saya nampak sedih.

Saya berkata saya letih tetapi anak saya kata saya tipu. Dia seboleh-boleh minta saya beritahunya kenapa perwatakan saya tidak seperti biasa.

Saya menjadi teramat sebak dan mengalirkan air mata. Seorang anak kecil menjadi terlalu prihatin dengan papanya.

Saya peluk anak saya, saya cium dia. Saya beritahu dia bahawa nanti bila sampai rumah atuk dia akan tahu.

Anak saya hanya mengangguk dan terus masuk ke biliknya mengemas pakaian selepas diminta oleh saya.

Dalam perjalanan kami tidak banyak berbual. Saya hanya menumpukan perhatian pada jalan raya dan hilang selera saya untuk berbual bersama isteri.

Isteri saya tidak habis-habis bertanyakan kenapa saya membisu dan tidak banyak bercakap.

Tetapi saya hanya diam. Cuma celoteh anak saya yang membuatkan saya kadang-kadang tertawa kecil.

Sampai di rumah mertua saya, mereka sungguh gembira melihat anak, menantu dan cucunya pulang.

Terasa seperti tidak sampai hati untuk saya meluahkan apa yang terbuku di hati saya kepada mereka.

Sehinggalah pada keesokkannya, selepas solat zohor saya meminta kedua-dua mertua saya dan isteri saya duduk di ruang tamu untuk membincangkan satu perkara.

Isteri saya kelihatan tenang dan saya tahu, itu hanyalah luaran sahaja, sedangkan hatinya lebih berkecamuk akibat kecurangannya.

Akhirnya bapa mertua saya bertanya, apakah hajat sebenarnya saya memanggil mereka.

Apakah perkara yang hendak dibincangkan.

Saya seperti hendak menangis ketika saya bertanyakan kepada mereka, apakah pendapat mereka jika saya pulangkan kembali isteri saya kepada mereka.

Mereka terkejut, begitu juga isteri saya. Kemudian mereka bertanya,

apakah salah anak mereka sehingga saya ingin mengambil keputusan sebegitu rupa. Saya terdiam tidak terkata.

Setelah berkali-kali dihujani soalan kenapa dan mengapa, akhirnya saya mengatakan bahawa isteri saya telah pun berzina dengan disaksikan oleh mata saya sendiri.

Mertua saya mengucap panjang. Mereka terus bertanyakan kepada isteri saya. Isteri saya menafikan sesungguh-sungguhnya sambil memeluk ibunya.

Tidak cukup dengan itu, isteri saya terus mengatakan bahawa saya kuat cemburu.

Dan mengatakan dia memang selalu pulang lewat malam tetapi atas urusan tugas, bukan berselengkoh orang lain.

Mertua saya bertanyakan soalan bertalu-talu kepada saya dan isteri saya.

Akhirnya saya pergi ke kereta, mengambil CD dan saya pasangkannya di VCD player yang terletak di ruang tamu.

Mertua saya mengucap tidak henti-henti setelah melihat apa yang ditayangkan dihadapan mata mereka.

Itulah rakaman kecurangan anak mereka ‘sedang #bermain’ di hadapan mata mereka.

Isteri saya hanya menundukkan kepala sambil menangis teresak-esak.

Kemudian isteri saya bangun mendapatkan saya dan dipeluknya kaki saya sambil meraung-raung meminta ampun dan berjanji untuk tidak mengulangi perbuatannya itu.

Anak saya dan Mak Usunya tiba-tiba keluar daripada bilik akibat terdengar raungan isteri saya.

Mereka terus ke ruang tamu tanpa kami sedari dan turut melihat tayangan kecurangan isteri saya.

Kemudian saya terdengar suara anak saya bertanyakan kenapa mamanya memeluk lelaki lain.

Dan bukan papanya di dalam television itu dan kenapa mamanya biarkan lelaki itu memegang buah dadanya.

Saya yang menyedari anak saya berada di ruang tamu dengan pantas menutup television.

Saya lihat wajah anak saya yang kehairanan akibat terlihat tayangan tersebut dan juga setelah melihat mamanya meraung-raung dikaki saya.

Wajah adik ipar saya juga dalam keadaan terkejut.

Tangannya menutup mulutnya dengan matanya yang terbeliak akibat terkejut setelah mengetahui perbuatan kakaknya itu.

Terus sahaja dia menarik tangan anak saya masuk ke bilik. Kedua-dua mertua saya tidak dapat berkata walau sepatah kata pun.

Seminggu selepas itu, saya dan isteri saya pergi ke mahkamah syariah dan memohon perceraian.

Selepas perbicaraan dan bukti-bukti yang kukuh, saya mendapat hak penjagaan anak saya.

Kemudian saya meminta bekas isteri saya supaya menikah dengan lelaki yang saya nampak pada hari itu dengan disaksikan oleh hakim dan orang-orang pejabat agama.

Selepas kejadian itu, saya tinggal bersama anak saya dan sebulan sekali bekas isteri saya datang melawat anaknya.

Sehinggalah selepas beberapa bulan, saya tidak nampak lagi batang hidungnya menjengok anaknya.

Dari cerita yang saya dengar dari orang-orang tempat dia bertugas,

selepas bekas isteri saya berkahwin dengan lelaki tersebut, dia memakan hati kerana lelaki tersebut ada hubungan sulit dengan perempuan lain.

Mungkin itulah balasan Allah kepadanya.

Pada hari raya puasa yang lalu, saya berziarah ke rumah bekas mertua saya atas desakan anak saya.

Di sana saya berpeluang berjumpa dengan bekas isteri saya.

Saya lihat, dirinya tidak lagi seperti dahulu. Tubuh yang dahulunya montok dan menawan kini kurus kering.

Dari wajahnya saya tahu bahawa dia memang benar-benar makan hati dengan suami barunya yang diberahikan itu.

Biarlah, Allah sudah pun temukan mereka berdua. Bahagia atau tidak itu bukan kerja saya, itu kerja tuhan.

Yang penting, saya kini memulakan hidup baru dengan anak kesayangan saya. Dialah harta yang tidak ternilai untuk saya di dunia dan akhirat.

Saya akan pastikan anak saya melalui jalan hidup yang betul agar hidupnya tidak menyimpang daripada ajaran Allah yang sebenar.

Sumber : Krt

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OH VIRAL

“Tak Perlukan Ayah, Saya Harap Mama Tak Bertemu Jod0h Lain” Cik B

Published

on

By

IPOH – Selesai membintangi drama ‘Lelaki Lingkungan Cinta’, anak jutawan kosmetik popular

Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau Cik B muncul dengan single pertama berjudul Tolonglah.

Lagu ciptaan bersama Cik B dan ibunya, Datuk Seri Vida merupakan terjemahan perasaan dan curahan hati remaja berusia 15 tahun itu dalam genre ‘dark emo rap’.

“Lagu ini menceritakan hidup saya dari kecil yang mana saya melalui pengalaman di dera oleh pembantu rumah.

Kehilangan orang tersayang, isu keluarga dan sebagainya.

“Saya berharap peminat dapat menerima lagu ini walaupun ada yang tidak percaya.

Saya bukan macam anak orang kaya lain, saya dikurung, depresi dan sebagainya,”

Katanya ketika ditemui pada pelancaran single ‘Tolonglah’ di kediamannya di Meru Heights, Jelapang di sini semalam.

Menurutnya, kemunculan single itu merupakan transisi baharu beliau untuk keluar dari kepompong pemalunya kepada selebriti yang bakal mewarnai dunia muzik tanah air.

“Lagu ini dihasilkan setahun lalu dengan mendapatkan bantuan daripada seseorang untuk buat lagu itu.

Cik B mahu keluar lebih awal tapi ketika itu rasa malu dan takut dengan media.

“Setelah setahun, baru sekarang saya rasa inilah waktu yang sesuai untuk lebih bersinar kerana mula percaya akan diri sendiri sekarang,” katanya.

Cik B berkata, pembikinan video dilakukan di rumah dan gudang sambil dibantu oleh kakitangan Wisma Vida Beauty.

Ditanya mengenai kritikan yang bakal dihadapinya, Cik B turut optimis untuk berhadapan dengan perbezaan pandangan terhadap dirinya dan lagu.

“Saya sudah biasa menerima kritikan dan kecaman sejak berusia 12 tahun.

Sekarang saya sudah imun dengan kecaman semua.

“Saya boleh dan bersedia untuk menyanyi secara langsung dan akan ambil kelas vokal untuk mantapkan lagi suara,”

Katanya yang turut merancang untuk melancarkan single kedua tahun depan.

Cik B kini berazam untuk fokus kepada bidang nyanyian sehingga ke peringkat antarabangsa selain menerokai pelbagai bidang lain dalam perniagaan.

“Tak Perlukan Ayah, Saya Harap Mama Tak Bertemu Jod0h Lain”

Tidak melihat figura bapa sebagai individu yang diperlukan dalam kehidupannya kini.

Anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Vida iaitu Cik B berkata dia tidak rasa cemburu meskipun tidak mempunyai ayah.

Ujarnya, selama ini ibunya bersendirian yang berperanan sebagai bapa dan juga ketua keluarga sepanjang tempoh dia membesar.

Katanya lagi, dia lebih selesa tiada bapa kerana boleh bermanja dengan ibunya.

“Saya tak rasa pun tak ada ayah ni membuatkan saya cemburu dengan orang lain.

Saya rasa lebih bagus tak ada ayah, saya boleh tidur dengan mama, boleh manja-manja dengan mama.

“Saya lebih selesa kalau tak ada ayah, sebabnya mama adalah mak, ayah, kakak dan kawan saya. Semua mama!” katanya kepada Gempak.

Meskipun pernah mempunyai dua bapa tiri sebelum ini.

Namun Cik B tidak menganggap mampu memberikan kebahgiaan dalam keluarganya.

Malah, Cik B berharap ibunya tidak akan bertemu jodoh lain.

“Bila ada bapa tiri, saya dah rasa saya tak perlukan ayah. Saya tak boleh tidur dengan mama.

Mama kurang bagi perhatian kepada saya dan lebihkan ayah tiri saya. Bercuti pun mereka berdua.

“Dengan usia mama sekarang, saaya harap mama tidak bertemu jodoh lain.

Teman hidup mama adalah saya. Tambah pula berdasarkan pengalaman sebelum ini.

Mama dah lalu macam-macam. Full stoplah!” katanya.

“Saya juga tak perlu lelaki dalam hidup, jadi relaks!”

Dalam masa sama, gadis berusia 15 tahun ini turut berasa hairan apabila nama ibunya turut dikaitkan dalam ‘kisah percintaan’ fake itu.

“Ya, Cik B 15 tahun, bawah umur… lepas tu korang kecam Cik B macam korang tak sedar Cik B umur 15 tahun boleh pula? Fikir balik.

“Orang kata Cik B bukan siapa-siapa kalau Cik B bukan anak Datuk Seri Vida… betullah tu!

Kalau Cik B bukan anak Datuk Seri Vida, mana ada Cik B dalam dunia,” katanya.

Cik B tulis luahan di Twitter.

Cik B berkongsi luahan hatinya itu di laman Twitter pada Khamis.

Sebelum ini, timbul gosip kononnya Cik B sedang menjalinkan hubungan cinta dengan bekas finalis program Hero Remaja 2020 itu.

Ini selepas Cik B memuat naik status memberitahu dia sudah berpunya dan berkongsi beberapa keping gambar dan video bersama Aniq.

Gosip itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen kerana perbezaan umur antara mereka.

Sementara itu, Cik B berkata dia tidak marah atau terasa hati dengan komen yang ditulis netizen berkenaan.

“Cik B tak marah atau terasa cuma Cik B faham. Cik B okay guys! Saya dah biasa. Saya fikir ini hanyalah gurauan.

“Maaf sebab Cik B banyak tweet fasal haters sebab Cik B tengah marah, anak buah kencing atas katil! Kalau tak mana Cik B layan.

“Saya tidak perlukan lelaki dalam hidup, jadi relaks,” ujarnya.

Dua pelakon baharu ini mula rapat selepas bergandingan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta.

Menerusi laporan mStar pada Rabu, Aniq, 20, mengakui mereka berkawan rapat sejak bergandingan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta yang bersiaran di TV3.

Bagaimanapun, dia meminta peminat tidak mengambil serius mengenai perkongsian mereka di laman sosial dan menganggap ia hanyalah gurauan sesama teman.

“Saya harap orang luar tidak melihat perkongsian itu secara serius.

Semua tahu Cik B masih lagi belajar dan saya pun baru melangkah masuk dalam industri ini.

“Posting di laman sosial itu hanya gurauan sahaja, tapi tak sangka pula ramai yang ambil serius tentang perkara ini sehingga ada yang tuduh saya bukan-bukan,” katanya.

DSV sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Fairuz Ahmad Zainuddin selama tiga tahun namun bercerai pada April 2017.

Vida juga pernah dua kali berkahwin sebelum itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading

OH VIRAL

Video: Slps DiIempang Pelanggan LeIaki Kerana Tercampak Barang, Ini yg Terjadi Pada Akak Cashier tu

Published

on

By

Tahap kecek4lan seseorang dalam dunia perkerjaan pasti berbeza untuk setiap insan.

Kes4baran yang tinggi sangat diperlukan dalam mencari rezeki terutama bagi mereka yang bekerja dengan pelanggan.

Itu dvgaan menimpa seorang juruwang wanita yang sedang h4mil lima bulan apabila dit4mpar oleh seorang lelaki pada Ahad lalu.

Namun dia tetap s4bar sebelum membuat laporan polis Balai Polis Bukit Raja.

Video kejadian itu tular di Facebook memaparkan juruwang berusia 24 tahun dit4mpar oleh lelaki terbabit.

Dia merupakan suami kepada salah seorang pelanggan di salah sebuah pasar raya di Klang, Selangor.

Menurut laporan Kosmo! Online, difahamkan m4ngsa tidak sengaja terc4mpak barangan terkelvar daripada plastik.

Sebelum pelanggan wanita itu mem4rahinya dan ‘mengadu’ kepada suami yang berada di luar.

Mengulas lanjut mengenai kejadian, dia tidak menyangka lelaki tersebut terg4mak membuat demikian terhadapnya yang sedang h4mil lima bulan.

“Saya memang tidak sengaja membuat barang tersebut keluar daripada plastik.

Ak1bat daripada kejadian itu, saya kini mengalami tr4uma dan hidup dalam ket4kutan kerana b1mbang insiden sama akan berulang lagi.

“Oleh demikian, saya telah buat laporan polis di Balai Polis Bukit Raja pada malam kejadian kerana khvatir dengan kesel4matan,” ujarnya.

“Selang beberapa minit, suami wanita itu melvru arah saya sambil berl3ter dan meminta berhenti sekiranya tidak ikhlas atau berminat untuk terus bekerja.

“Tidak cukup itu, lelaki itu kemudian secara tiba-tiba men4mpar pipi kiri saya dan ins1den itu dis4ksikan pelanggan lain,” katanya.

Menurut Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh, svspek yang bekerja sebagai pemandu lori ais batu telah berjaya dit4ngkap malam tadi.

Dan mempunyai empat rek0d l4mpau berkaitan jen4yah dan d4d4h.

Video ada di Bawah Sekali

NOR Ain Syafinaz menunjukkan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Bukit Raja, kelmarin berhubung kejadian itu.- FOTO NOR AZIHAN MD. GHAZALI

Bagaimanapun, lelaki yang berusia 38 tahun itu telah dibeb4skan dengan jaminan polis dan kes disi4sat mengikut S3ksyen 323/506 K4nun Keseksaan.

Sila Tonton Video Bawah ini

Sumber: K! ONLINE, OMM

Continue Reading

OH VIRAL

Nasib Anak Piatu, lkut Warden BaIik, Tp Dir0g0I PuIa, Aku Nekad Adu Pada SekoIah, Tp Lain Pula Jadi Akhirnya

Published

on

By

Assalamualaikum para pembaca. Foto sekadar hiasan. Ini kali pertama saya menulis disini.

Continue Reading
OH VIRAL8 hours ago

“Tak Perlukan Ayah, Saya Harap Mama Tak Bertemu Jod0h Lain” Cik B

OH VIRAL22 hours ago

Video: Slps DiIempang Pelanggan LeIaki Kerana Tercampak Barang, Ini yg Terjadi Pada Akak Cashier tu

OH VIRAL24 hours ago

Nasib Anak Piatu, lkut Warden BaIik, Tp Dir0g0I PuIa, Aku Nekad Adu Pada SekoIah, Tp Lain Pula Jadi Akhirnya

OH VIRAL1 day ago

“Saya Terkjut Prubahan Sikap Baba SeIepas Suami MninggaI” – Menantu BaduI

OH VIRAL3 days ago

Hampir Setahun Bersama, Akhirnya Elly Mazlein Bongkarkan Sesuatu yg Mengejutkan Tentang Perangai Suaminya

OH VIRAL3 days ago

Jawapan BaIu Setelah Dikatakan Menafikan Hak AR BaduI Sebagai Pewaris Sgt Menyentuh Perasaan

OH VIRAL3 days ago

Dinafikan Harta Peninggalan Arwh Anaknya, Akhirnya AR Badul Bersuara Tetap Mahu Tuntut Hak

OH VIRAL4 days ago

Video Kulit Muka Terlalu ‘Perfect’ & Licin, Gadis Ini Jadi Pertikaian Netizen, Rupanya ini Puncanya

OH VIRAL4 days ago

Suami Bantu Wanita HamiI ToIak TroIi Tapi Kena Marah Dgn lstri, Sampai Satu Tahal Suami Terpaksa Ambil Tindakkan Sebegini

OH VIRAL4 days ago

“Kena Serbu Macam Tak Pernah Tgk Emas..” Netizen Kecam, Pemilik Kedai Terpaksa Tampil dan Mengeluarkan Kenyataan Mengejutkan

OH VIRAL4 days ago

SbIm Campak Budak 4 Tahun Dari Tingkat 4, Dia Sempat BaIing TeIefon KeIuar Tingkap

OH VIRAL5 days ago

“lstri ngndong pun ko cerraikan..” Masuk Campur Isu Da’i Syed, Netizen Ungkit Hal Rumah Tangga PU Abu

OH VIRAL5 days ago

Video: “Sebab kau jadi puncalah, aku jadi macam ni..” Alif Sukri Menangis Mengenangkan Nasib

OH VIRAL5 days ago

Suami tentera, Msuk tahun ke4 aku dah xtahan, Aku pkul, acu psau pada suami, Aku minta cerrai

OH VIRAL5 days ago

Gadis Ini Dikecam Kerana ‘Kahwin’ Dengan Lelaki Jarak Usia 46 Tahun. Dia Tampil Jelaskan Segalanya

OH VIRAL1 week ago

“Sepandai Pandai2 Tupai Melompat, Akhir Jatuh Ke Tanah Jua” Aishah Azman

OH VIRAL4 days ago

SbIm Campak Budak 4 Tahun Dari Tingkat 4, Dia Sempat BaIing TeIefon KeIuar Tingkap

OH VIRAL3 weeks ago

Gempar Ada Bukti Lain Dijumpai, Saspek Dibawa ke Lokasi, Unit Selam Sambung Cari Bahan Bukti

OH VIRAL4 weeks ago

Ini identiti M4ngsa Yang Terlibat,Bukan Calang Calang Orang

OH VIRAL1 week ago

Masa Daftar Buku Pink sy Anjakkan Tarikh Period, Agar Doc dan Nurse xtahu sy Mngandung Anak Iuar Nikah

OH VIRAL5 days ago

Video: Netizen Selar Strategi Marketing Produk Ini Tidak Sen0n0h Tayang Benda yg Tak Patut

OH VIRAL4 days ago

Video Kulit Muka Terlalu ‘Perfect’ & Licin, Gadis Ini Jadi Pertikaian Netizen, Rupanya ini Puncanya

OH VIRAL4 weeks ago

lbu Saspex Dtg nak Minta Maaf, Tak Sangka Ini Tindakkan yang Dilakukan oleh Ayah Nur Suria

OH VIRAL3 weeks ago

Video: HeIikopter Sama Sblm Kejadian, Buat Beberapa Aksi Merbaahaya Berhampiran Penunggang BasikaI

OH VIRAL1 week ago

Disebabkan Perkara ini, Bisnes SHUlB Gulung Tikar dan Dibuang Ke Tempat Pelupusan Samp4h

OH VIRAL5 days ago

Ingatkan Seorang je, Sekali PDRM Dedah Tentang Status Terkini Pendakwah Muda Buat Netizen Terkejut

OH VIRAL3 weeks ago

“Encik dari mana. Kawan Alif ke?.” – Pemuda Tak Dikenali Hadir Pada Pengebumlan Anknya. Terkjut Ayhnya Bila Mengetahui Siapa Sebenarnya Pemuda Itu

OH VIRAL1 week ago

Video: “Sampai Macam tu SekaIi Ko PukuI Rider Fudpanda tu Bro” PeIanggan BlAD4P Ini DIKEC4M Netizen

OH VIRAL2 weeks ago

“Kak Mel panggil saya si b0d0h, ustazah jadian, BETlNA..” Punca Pembantu Gelar Datin Macamtu Akhirnya Diketahui

OH VIRAL3 days ago

Dinafikan Harta Peninggalan Arwh Anaknya, Akhirnya AR Badul Bersuara Tetap Mahu Tuntut Hak

OH VIRAL1 week ago

“Sepandai Pandai2 Tupai Melompat, Akhir Jatuh Ke Tanah Jua” Aishah Azman

OH VIRAL4 days ago

SbIm Campak Budak 4 Tahun Dari Tingkat 4, Dia Sempat BaIing TeIefon KeIuar Tingkap

OH VIRAL3 weeks ago

Gempar Ada Bukti Lain Dijumpai, Saspek Dibawa ke Lokasi, Unit Selam Sambung Cari Bahan Bukti

OH VIRAL4 weeks ago

Ini identiti M4ngsa Yang Terlibat,Bukan Calang Calang Orang

OH VIRAL1 week ago

Masa Daftar Buku Pink sy Anjakkan Tarikh Period, Agar Doc dan Nurse xtahu sy Mngandung Anak Iuar Nikah

OH VIRAL5 days ago

Video: Netizen Selar Strategi Marketing Produk Ini Tidak Sen0n0h Tayang Benda yg Tak Patut

OH VIRAL4 days ago

Video Kulit Muka Terlalu ‘Perfect’ & Licin, Gadis Ini Jadi Pertikaian Netizen, Rupanya ini Puncanya

OH VIRAL4 weeks ago

lbu Saspex Dtg nak Minta Maaf, Tak Sangka Ini Tindakkan yang Dilakukan oleh Ayah Nur Suria

OH VIRAL3 weeks ago

Video: HeIikopter Sama Sblm Kejadian, Buat Beberapa Aksi Merbaahaya Berhampiran Penunggang BasikaI

OH VIRAL1 week ago

Disebabkan Perkara ini, Bisnes SHUlB Gulung Tikar dan Dibuang Ke Tempat Pelupusan Samp4h

OH VIRAL5 days ago

Ingatkan Seorang je, Sekali PDRM Dedah Tentang Status Terkini Pendakwah Muda Buat Netizen Terkejut

OH VIRAL3 weeks ago

“Encik dari mana. Kawan Alif ke?.” – Pemuda Tak Dikenali Hadir Pada Pengebumlan Anknya. Terkjut Ayhnya Bila Mengetahui Siapa Sebenarnya Pemuda Itu

OH VIRAL1 week ago

Video: “Sampai Macam tu SekaIi Ko PukuI Rider Fudpanda tu Bro” PeIanggan BlAD4P Ini DIKEC4M Netizen

OH VIRAL2 weeks ago

“Kak Mel panggil saya si b0d0h, ustazah jadian, BETlNA..” Punca Pembantu Gelar Datin Macamtu Akhirnya Diketahui

OH VIRAL3 days ago

Dinafikan Harta Peninggalan Arwh Anaknya, Akhirnya AR Badul Bersuara Tetap Mahu Tuntut Hak

Artikel HOT

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.