Connect with us

OH VIRAL

SUAMl Kantoi Lakukan Hbgn Dgn Ank Murid ls3, Mengejutkan Soalan yg ls3 Tya Sampai Buat Bdk Prmpuan tu Meraung

Published

on

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum. Tajuk yang aku sendiri keliru.

Masih keliru. Bila difikir, apa yang terjadi mungkin ada hikmah, ataupun mungkin teguran dan ujian dalam mematangkan rumahtangga.

Allahu. Kekadang rasa seperti membaca novel sedih, tapi kisah sendiri yang entah sekuat mana untuk kita sebagai hamba untuk redha.

Aku wanita bekerjaya, pensyarah di sebuah kolej swasta.

Sudah berkahwin dan memiliki sepasang cahaya mata. Alhamdulilah.

Suami pun seorang yang berkerjaya sebagai engineer di syarikat konsultan. It was a perfect marriage. 7 years of ups and down.

Dari gaji sekadar cukup sehinggalah mampu untuk memiliki rumah sendiri, percutian dengan anak anak dan semua yang dihajati.

Alhamdulillah.

Suami yang penyayang, yang melengkapi segala keperluan zahir dan batin.

Ayah yang bertanggungjawab dan sentiasa melaksanakan kerja kerja rumah bersama.

Namun, naluri isteri memang adalah kurniaan Allah yang ajaib. Wahai suami, bila mana kamu rasa kamu mampu, kewangan stabil.

Jangan pernah rasa hebat sendiri kerana itu semua adalah dari berkat doa isteri dan rezeki anak.

Naluri isteri, isteri akan tahu sekecil kecil perubahan bila kamu sudah mula khianat, tidak setia dibelakang.

Hatta cara berpakaian, gerak muka, fesyen rambut, kesibukan yang dibuat buat.

Isteri tahu. Mana tidak, sehebat mana kamu berlakon, meyakinkan isteri, kamu tidak akan mampu memadamkan naluri yang dianugerahi Allah ini.

Aku mulai ragu, tapi aku tidak mahu bertanya. Pasti bila ditanya, dia tidak akan mengaku.

Walaupun ada rakan yang sudah memberi hint. Tapi aku hanya mampu berdoa. Ya Allah, hanya engkau yang maha mengetahui.

Sekiranya apa yang aku ragui ini betul, Allah engkau tunjukkanlah kebenaran. Itulah doaku setiap sujud.

Allah maha mengetahui.

Malam kejadian ketika aku dan suami sedang beristirehat dibilik tidur, entah macam mana, mata ku terlihat mesej whatsapp masuk yang dengan emotikon love love.

Aku lantas merebut hp suami dan membaca mesej tersebut. Allahu.. terasa dunia gelap, seluruh badan mengigil.

Nama yang terpampang adalah nama yang aku jumpa setiap hari dalam kelas.

Yang aku percaya sangat naif dan tidak pernah terlintas dalam fikiran selama ini, anak murid ku sendiri sanggup buat macam ni pada gurunya sendiri.

Ujian apakah ini Ya Allah. Aku tidak sekuat ini.

Namun aku berterima kasih Allah, engkau tunjukkan tanpa perlu aku mencari.

Jangan ditanya macam mana mereka berkenal.

Aku syak mungkin ketika pelajar ku menghadiri open house dirumah ku, atau pun di media sosial. Aku tidak mahu tahu.

Aku cuba untuk bertenang. Namun air mata aku tidak berhenti mengalir.

Mengapa kamu, suami yang begitu baik, dan anak murid yang aku selalu bimbing.

Yang setiap hari datang ke meja ku, sanggup mengkhianatiku seolah aku ini bdoh dan tunggul??

Aku rasa seperti mahu berlari tinggalkan semua. Tapi aku perlu tenang. Aku perlu kawal emosi.

Setelah puas merintih menangis dengan soalan yang bertalu talu kepada suami, aku akhirnya diam.

Permintaan ku pada suami, agar merahsiakan perkara ini dari anak murid ini. Aku malu. Aku perlu tenang.

Aku tidak mahu pelajar ini tahu yang aku sudah kedapatan hubungan sulit diantara dia dan suamiku.

Suami ku? Dia malah menyalahkan aku. Dia kata aku selalu cemburu bta, aku tidak faham kerja dia, dan selalu marah marah.

Dengan semua alasan itu, maka dia tidak setia. Aku tanya sejauh mana hubungan ini, suami hanya membalas, “sekadar chat suka suka saja”.

Well played. I am not stupid. I know what should I do.

Next day, semalaman berfikir apa yang perlu aku buat. Aku buat keputusan untuk berjumpa dengan pelajar ini.

Aku namakan dia S (read:sun**l).

Sebelum bertemu, aku berdoa lama dalam sujud subuh, permudahkan dan persiapkan hatiku Ya Allah.

Aku memanggil S berjumpaku selepas masa kuliah. Dengan alasan untuk mengambil kerja dan nota dimeja.

Dia datang seperti biasa dengan ucapan ceria good morning. Aku? How well you played.

Aku tutup pintu dan duduk disebelah dia. Aku tenang dan genggam tangan S. Dia mula mengigil.

My first question, “How long you have been with my husband?”. Dia tunduk dan nangis. Dan memejam mata. Dia jawab, dia pun tidak sangka jadi seperti ini.

Well, you know, we are teachers and we are trained to ask questions.

My second questions, “Tell me, how many times did you two checked in together? My husband told me everything. Everything”.

I did not expect this will come out from my mouth. It just came out. Allah is great. Guess what?

S tunduk dan menangis, dan mengiyakan semua. Aku rasa seperti nak pergi. Muka dua anak aku terbayang bayang di kepala.

Aku mula membayangkan aku terpaksa membesarkan mereka sendiri. Maafkan mama sayang. Benda ini terlalu berat untuk mama.

Okay, that’s it. Dengan semua rakaman pengakuan, I decided to end everything.

I confronted my husband, he did not admit about the check in thingy. It was only lame chats and suka suka. Go to hll.

When I showed him the recording, he became silent. Started to say sorry and asking for second chance.

He cannot live without me and the kids. Oh how easy? That easy?

It happened week before the PKP order. Aku mengambil beberapa hari untuk berfikir sama ada untuk meneruskan atau tidak perkahwinan yang penuh penipuan ini.

Aku tidak mampu. Kepada Allah aku berserah. Suami? Serupa orang tak betul, merayu siang malam, menyesal dan taubat.

Bila aku sudah buat keputusan untuk membawa ke pejabat agama dan mahkamah syariah, proses tertangguh dek kerana PKP.

Tinggallah aku berdepan dengan suami dirumah setiap hari. Airmata peneman hati dan sejadah.

Serius, sehingga ke saat ini, aku masih lagi melayan suami seperti biasa. Tapi, dalam hati Allah saja yang tahu.

Aku tahu suami sungguh menyesali apa yang terjadi. mungkin apa yang terjadi adalah ujian untuk rumahtangga ini.

Namun, hati isteri hanya hamba yang lemah, parut dan kesan akan kekal sampai bila bila. the saddest thing about betrayal, it’s never comes from your enemies.

Doakan aku kuat. Aku masih keliru. Aku memikirkan tentang anak anak. Aku tidak mahu mereka membesar tanpa ayah.

Ayah yang sungguh rapat dengan anak dan penyayang. Tapi aku? Dengan semua perasaan yang ada, marah, keliru, tidak percaya…

Di setiap doa ku, aku tidak berhenti untuk meminta petunjuk, aku serahkan segalanya kepada Allah.

Jika aku teruskan, apakah suami ku akan betul berubah? Sekiranya dia tidak setia lagi? Apa yang aku harus lakukan?

Meneruskan atau tetapkan pendirian, sekali ditipu, damage done. Things will never be same again.

Kepada suami diluar sana, berusahalah elakkan perkara macam ni.

Apa sahaja masalah dalam rumahtangga, isteri akan sentiasa boleh menerima dan berusaha untuk bertahan. Tapi tidak setia?

Bukan semua isteri boleh menerima, tidak akan sama. Kepada isteri yang pernah menghadapi ini, aku doakan semoga kita semua diberikan kekuatan. Doakan aku.

Semoga Allah tunjukkan jalan penyelesaian yang terbaik untuk aku dan anak anak, sehingga akhir PKP ogos ini.

Wassalam…

Reaksi warganet

Marina Ibrahim – Ada kalanya perampas hak orang ni kurang ajar. 3 sem aku duduk dengan roommate yang berbeza yang masing masing kaki himpit laki orang.

Pernah duduk dengan roommate yang ada affair dengan suami seorang lecturer. Laki tu pun sama je lecturer juga.

Muka tak malu siap nak pergi faculti isteri lecturer tu. Nak tengok antara dia dengan bini lecturer tu siapa lagi lawa.

Balik bilik siap gelak gelak cerita dia lagi lawa dari bini orang tu. Akhlak tak sepadan dengan pakaian.

Siap tolong jadi babysitter anak orang tu lagi. Kesian isteri tak tahu.

Yang sorang lagi pun macamtu, sampai lecturer perempuan ni panggil semua pelajar perempuan nasihat. Jangan menggatal sangat.

Ingat lagi sorang lecturer ni cakap “awak tak kawin lagi memang sedap sibuk nak kacau laki orang, dah kawin ada anak kerjaya lagi tak terlayan laki tu kadangkala”

Yang sorang lagi praktikal, jatuh hati dengan engineer. Punya biadap si laki ni call tengah makan bini masak,

boleh dia jerit, “i ni makan maggi je tau tak. U makan apa isteri u masak, jangan jumpa i lagi”

Para wanita. Stop jadi haiwan menyondol laki orang. Jangan cakap tak boleh elak, antara korang nak atau tidak.

My mom adalah ibu tunggal akibat haiwan menyondol dan aku tak pernah jumpa ayah sendiri, sebab mak aku sendiri pun lahirkan aku naik bus.

Wan Izzaty – Kalau suami jahat ni lain. Kalau suami yang tak abai tanggungjawab, semua okay di rumah,

tiba tiba caught cheating, Allahu remuk redam rasa hati. Ditipu hidup hidup.

Yang perempuan pulak anak murid. Lari bawak diri, bawak anak. The price he has to pay for the rest for his life.

Nurul Shida Zulkifli – Semoga puan tabah. Kalau saya, memang tak nak dan tak mampu la nak terima balik sebab tidak setia sampai tahap atas katil memang kenyataan yang sangat pedih.

Dosa tu dah tentu tentu. Kalau dapat terima balik, takkan rasa cinta yang sama macam sebelum itu.

Sebab confirm akan teringat ingat macam mana lelaki yang kita trust boleh buat hubungan terkutuk dengan perempuan lain.

Suri Norifa Bt Saidin – Terluka hati si isteri yang diduakan, kesian lahai. Semoga Allah memberi petunjuk, ketenangan untuk si isteri.

Pelaku, usah ditagih kepercayaan lagi. Sampai bila bila kau tidak akan dapat. Curiga dan was was akan sentiasa menemani sang isteri.

Peringatan juga pada suami yang buat hal yang isteri tak tahu lagi. Bina mahligai di dunia, binalah juga mahligai di syurga Abadi.

Sayangkan rumahtangga, jangan la ikut sangat kebdhan yang bersarang dalam kepala otak, macam hilang kewarasan akal fikiran.

Semoga Allah memberi kebahagiaan kepada pasangan suami isteri di dunia ini… Aamiinn..

Nur Ain Yasak – Husband menyesal sebab da kantoi check in. Sebelum tu takda rasa bersalah pun dalam diri dia.

Husband menangis sebab dia tahu.. Semua harta dan kekayaan ni takkan ada tanpa si isteri. Once isteri tinggalkan dia.

Dia takkan ada apa apa.. Dia buat perkara tak senonoh dengan student tu? Dia ada niat nak peristerikan student tu ke?

Macam mana dengan maruah dengan masa depan budak tu?

Entahla. Kita ni bila dah jadi isteri, lebih lebih lagi da ada anak tu. Buruk busuk suami kita redha ja. Tapi suami tu, fikir keinginan ja.

Macam budak baru dapat mainan. Seronok? Bila da rosak, buang.. Ha macam tu la perumpamaanya..

Papepun, saya harap confessor mampu menghadapi ujian ini dengan baik.

Zaitun Ujang – Tak nak mcurah cuka pada luka. Cuma satu je nak kita renung bersama sama. Tanya diri, kenapa Allah bongkar perkara ini.

Petunjuk Allah bagi, keputusan pada kita. Nak teruskan boleh, tetapi bkorban rasa.

Sampai bila bila, pemikiran mu membayangkan ketidaksetiaan dia. Kepercayaan is zero..

Nak berhenti? terpulang. Kalau anak dijadikan alasan tak kan putus sebuah ikatan. Yang putus ikatan suami isteri sahaja.

Puan kena stabilkan prasaan dan fikiran. Istikharah, minta Allah beri lagi petunjuk. Apa yang perlu di putuskan. Ingat, orang yang baik, akan pulang pada yang baik.

Yang pendosa bukan diharmkan masuk syurga kalau dia sempat bertaubat nasuha. Wallahuakhlam..Turut simpati..

Sumber – Masih keliru (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OH VIRAL

Mengejutkan! Sharifah Husna Kacukan Melayu, Pakistan, Afghanistan, Arab, British, Portugis, Belanda & Negara Ini

Published

on

By

Namanya kini semakin melonjak naik selepas membintangi drama Ryan Aralyn

Pelakon Sharifah Husna mahu membuktikan dia berada dalam dunia lakonan bukan hanya bersandarkan pada paras rupa.

Nama sebenarnya, Sharifah Husna Syed Faizal. Menggunakan nama komersial, Sharifah Husna. Berusia 27 tahun.

Berasal dari Subang Jaya, Selangor. Bergiat dalam dunia seni sebagai pelakon.

Mula menempa nama selepas diangkat sebagai juara program penca­rian bakat Gadis Panca MyBeauty 2018 musim kedua, menewaskan sembilan peserta di peringkat akhir.

Kemenangan itu melayakkannya menerima wang tunai RM10,000 bersama kontrak lakonan tajaan A. Aida Production, selain trofi serta pakej percutian ke Balkan.

6Antara drama dibintanginya seperti Suri Katriana, Aku Yang Kau Tinggalkan, Kasih Tak Terungkap, Raisha 2 dan Seribu Rindu.

Termasuk telefilem Tragedi Balik Kampung, Soulmate Kedua, Imaan dan banyak lagi.

Terkini beliau merupakan antara pelakon yang membintangi drama Seadanya Aku arahan Feroz Kader, diterajui Azlee Khairi dan Zara Zya, selain Elvina Mohamad, Redza Rosli, Dayana Roza dan ramai lagi.

Berdarah Kacukan

Gadis kacukan Melayu, Pakistan, Afghanistan, Arab, British, Portugis, Belanda dan Indonesia ini juga berkata dia enggan dilabel pelakon stereotaip yang sekadar ‘menjual’ wajah semata-mata

Dia mahu membuktikan pelakon mempunyai rupa juga berbakat.

“Saya tidak mahu orang ramai melabelkan saya sebagai pelakon cantik tetapi tidak pandai berlakon…

Saya mahu hapuskan stereotaip itu.

“Saya mahu membuktikan pelakon yang mempunyai rupa juga boleh menjadi artis versatil,” katanya kepada BH Online.

Membawakan watak Dowena menerusi drama Ryan Aralyn, pelakon berusia 27 tahun itu tidak menyangka mendapat reaksi positif daripada penonton

Dan meluahkan rasa syukur ramai mula menyedari kehadirannya dalam industri.

“Saya tidak sangka menerima banyak maklum balas positif daripada watak wanita psiko itu.

Alhamdulillah, saya gembira apabila ramai yang mula nampak kehadiran dan kemampuan saya.

“Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk mencuba sesuatu yang berbeza dan mencabar pada masa hadapan,” katanya.

Fakta Menarik

  • Berfizikal tinggi lampai.
  • Pelajar dalam bidang perubatan di Universiti Royal College Surgeons Ireland, Serdang, Selangor.
  • Bakal bergelar doktor. Bidang kedoktoran cukup sebati di kalangan keluarganya kerana rata-rata saudara perempuannya juga menceburi bidang terbabit.
  • Agak kurang fasih berbahasa Malaysia.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @_sharifahhusna_ sehingga kini sudah mengumpul lebih 46,000 pengikut.
Continue Reading

OH VIRAL

Syamsul Sanggup Bayar 10K Jika Ada Yg Sudi Heret Mamat Ni Berjumpa Dgn Dia

Published

on

By

Kehidupan sebagai selebriti tidaklah mudah seperti disangka.

Ada masanya, nama akan diagung-agungkan sekali gus membuatkan ada yang menyimpan rasa iri hati.

Pelakon, pengarah dan penyanyi, Syamsul Yusof, dia juga tidak terlepas daripada berdepan situasi diuji dengan sifat hasad dengki manusia terhadapnya.

Mencipta nama menerusi karya-karya pecah panggung serta lagu-lagu yang memanjat carta radio tempatan

Syamsul tidak menafikan setiap rezeki yang diberi Allah kepadanya itu diturunkan dengan ujian untuk menguatkan dirinya sebagai hamba.

Dalam perkembangan terkini, Syamsul telah memuat naik satu posting menawarkan 10k kepada sesiap yang dapat membawa lelaki ini berjumpa dengan beliau

“Abg perlu perkhidmatan GRAB CAR.

Sape2 boleh fetch mamat ni bawa jumpa saya minum kopi tak? Nak berkenalan.

Mamat ni dia kat KL je so dekat. Walau dekat, grab car saya bayar 10k cash.

Apa2 sila email sy di pengarahkerdil@gmail.com atau DM saja kat iG ni. #semboyanCalling”

Antara Komen Dan Kata Kata Semangat Dari Rakan Seperjuangan Dan Follower Syamsul Di Laman IG Nya.

Sampai JAI pun masuk komen


.

Tidak dapat di pastikan mengapa Syamsul mencari lelaki tersbeut

Tetapi rata-rata peminat mengaitkan dengan permasalahan dan vgutan yang Syamsul hadapi sebelum ini

“Setiap benda ada ‘harga’ yang perlu dibayar.

Allah berikan kejayaan kepada saya untuk hasil kerja yang membanggakan.

Dalam pada kejayaan yang saya terima, ada juga beberapa perkara yang saya sendiri perlu perbaiki dalam kehidupan saya,” katanya.

Menurutnya, apa yang menjadi keutamaannya kini adalah keluarga terutama anak-anaknya.

“Keselamatan keluarga menjadi keutamaan. Alhamdulillah, anak-anak membesar dengan sihat.

Tapi, besar nikmat, besar juga ujiannya untuk saya,” katanya.

Situasi rumah tangganya bergolak dan mula menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi apabila isterinya, Puteri Sarah Liyana dilihat hadir ke pejabat agama pada pertengahan bulan lalu.

Tidak cukup dengan itu, dalam bulan sama dia juga diduga dengan fitnah yang disebarkan seorang YouTuber di laman penstriman video itu.

“Saman terhadap YouTuber itu masih lagi saya akan teruskan.

Tapi, disebabkan banyak perkara berlaku antaranya krisis pandemik dan sebagainya, jadi semuanya akan diteruskan selepas ini.

Mengenai YouTuber itu, dia sudah padam akaun saluran YouTube itu.

Tapi, dia nak lari ke mana sebab saya akan terus cari,” katanya.

Penghujung September lalu menyaksikan Syamsul berdepan situasi menegangkan apabila YouTuber tidak bertanggungjawab itu menggunakan tajuk yang tidak sesuai serta menimbulkan fitnah terhadap dia dan keluarga.

Terbaru, Syamsul baru saja membuat laporan polis pada 13 Oktober lalu selepas menerima ugutan daripada individu tidak dikenali di Instagram

Seperti yang dilaporkan Harian Metro sebelum ini.

Tidak mahu merungsingkan keluarga, Syamsul meminta individu yang tidak menyimpan rasa tidak puas hati kepadanya untuk bersemuka dengannya.

“Saya tak mahu peningkan kepala keluarga saya. Saya sudah berusia 36 tahun dan bukan budak-budak lagi.

Kepada individu yang ada masalah dengan saya, jumpa saya secara bersemuka,” katanya.

Yang pasti, Syamsul memohon agar peminat-peminatnya akan terus mendoakan kesejahteraannya sekeluarga.

Puteri Sarah Bawa Diri

Tindakan pelakon, Puteri Sarah memuat naik gambar beserta keterangan pergi bercuti dan bekerja pada 13 Oktober lalu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Ada beranggapan isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof itu seolah-olah mahu membawa diri

Dan melupakan seketika pemasalahan rumah tangga yang wujud antara mereka.

Apatah lagi, pada hari sama pengarah filem Munafik itu membuat laporan polis ekoran mendapat mesej berbaur ugutan di Instagram.

Puteri Sarah, 35, berkata, perancangan untuk pergi bercuti bersama anak-anak sudah dibuat lama.

“Perancangan asal memang nak pergi bercuti di pulau selepas habis penggambaran.

Tapi, macam tak sempat. Kebetulan, saya terbabit dalam penggambaran yang dibuat di luar Kuala Lumpur.

“Saya pun cuba bertanya kepada pihak produksi jika saya boleh bawa bersama anak-anak.

Alhamdulillah, mereka okay. Kiranya, sambil bekerja dapat juga saya bercuti dengan anak-anak,” katanya.

Ditanya mengenai ugutan yang diterima suaminya dan laporan polis dibuat, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut.

“Saya dimaklumkan dia nak buat laporan polis, tapi tidak mengetahui lebih lanjut kandungan mesej berbaur ugutan itu. Jadi, tidak ada apa yang saya boleh perkatakan.

“Lagi pula, perkara ini sudah menjadi kes polis. Biarlah pihak berwajib jalankan tugas mereka.

Kalau betul seperti didakwa, saya berharap perkara ini akan dapat diselesaikan,” katanya.

Mengenai kenyataan dibuat Syamsul yang menyifatkan obses pada kerja antara salah satu punca berlakunya kemelut rumah tangga mereka, Puteri Sarah enggan menafikan perkara itu.

“Mungkin betul. Sebab semua tahu dia seorang yang kuat bekerja,” katanya ringkas.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Continue Reading

OH VIRAL

‘Sy Pesakit C0VlD, Bukan Penjenayah’ Lelaki Sedih Bila Anak dan Istri Diperlakukan Sebegini oleh Penduduk Setempat

Published

on

By

Kuala Lumpur: “Sepanjang saya berada di wad, perkara paling menyedihkan

Ini apabila anak dan isteri di rumah diperlakukan oleh masyarakat seolah-olah penjenayah.

“Sedangkan hanya saya seorang saja positif Covid-19 dan mereka negatif serta tidak dimasukkan di hospital,” luah bekas pesakit Covid-19, Shakirin Al-Ikram Abd Hamid.

Shakirin, 26, antara pesakit daripada kes Kluster Utama yang dijangkiti Covid-19 hasil ujian calitan dilakukan pada 11 Oktober lalu.

Bapa kepada dua anak berumur 10 bulan dan dua tahun itu menerima keputusan itu pada 13 Oktober sebelum dibawa ambulans pada malam hari sama

Ini untuk dimasukkan ke wad Hospital Kusta, Sungai Buloh.

Dia yang menetap di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya kemudiannya dikuarantin di wad selama lima hari sebelum dibenarkan pulang, Sabtu lalu.

Berkongsi pengalamannya, Shakirin yang bekerja sebagai pembantu jualan premis pakaian di pusat beli-belah di Bandar Utama berkata

Dia tidak mengalami gejala teruk atau demam, cuma simptom ringan seperti sakit sendi dan rasa hendak pitam beberapa hari sebelum disahkan positif Covid-19.

Katanya, dia sangkakan apa yang dialaminya sekadar simptom demam biasa, tetapi rupanya tanda dijangkiti Covid-19.

“Saya dapat tahu keputusan apabila dihubungi doktor dua hari selepas menjalani ujian calitan dan rasa macam tidak percaya

Dan perkara pertama dibuat adalah menghantar anak ke rumah pengasuh kerana isteri bekerja ketika itu.

“Kira-kira 9 malam, ambulans datang ke rumah dan membawa saya ke hospital manakala isteri, Shasha Ridzuan, 26,

Dan dua anak kami yang turut menjalani ujian calitan didapati negatif Covid-19.

Dipulaukan Penduduk Setempat

“Namun, masalah berlaku apabila anak dan isteri saya menerima layanan dingin daripada segelintir penduduk setempat

Hanya kerana saya dijangkiti Covid-19 manakala alamat rumah kami turut disebarkan individu tidak bertanggungjawab,” katanya.

Selain itu, Shakirin berkata, dia dituduh membuang gelang tangan kuarantin sedangkan perkara itu tidak benar.

Menurutnya, selain mereka empat beranak, keluarganya termasuk emak serta ayahnya yang tinggal di blok sebelah dan keluarga pengasuh turut terkena tempiasnya.

“Paling menyedihkan apabila isteri mahu membeli bekalan susu dan lampin pakai buang yang habis

Tetapi tidak dibenarkan kerana orang sekeliling takut dia menjadi punca.

“Saya cuba menggunakan khidmat penghantar, tetapi mereka menolak kerana tidak berani ambil risiko.

“Apa yang berlaku menambah tekanan ketika saya di wad kerana setiap masa memikirkan anak dan isteri di rumah

Memandangkan saya ketua keluarga tetapi tidak dapat membantu ketika mereka ditinggalkan.

“Lebih membimbangkan apabila paras darah tinggi emak naik kerana tertekan selepas mendengar orang sekeliling bercakap mengenai kami sekeluarga,” katanya.

Shakirin berkata, selepas memuat naik hantaran mengenai luahannya di Facebook (FB), baru ada yang tampil menghulurkan bantuan.

Katanya, hantaran dimuat naik itu bukan untuk meraih simpati sesiapa, tetapi cara untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Alhamdulillah, ramai memberi kata semangat dan tidak kurang tampil menghulurkan sumbangan.

“Salah seorangnya adalah pengurus restoran ,Shahrul Nizam Kamal yang menghantar makanan untuk keluarga saya sepanjang saya berada di wad,” katanya.

Di sebalik ujian dilalui, Shakirin bersyukur kerana sudah pulih daripada Covid-19 dan tidak ditahan di wad lebih lama.

Katanya, dia gembira apabila kembali ke pangkuan keluarga selepas beberapa hari terpisah dan buat masa ini masih menjalani kuarantin di rumah.

“Saya reda dengan ujian ini, tetapi mohon masyarakat tidak memandang negatif pesakit atau mereka yang pernah dijangkiti Covid-19.

“Ini kerana kami tidak minta diuji sebegini dan penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa saja,” katanya.

Terdahulu, hantaran kisahnya telah menjadi tular di media sosial

Assalamualaikum warga net . Saya Kirrin Di sah Kan positif Covid-19 .

Apa saya nak maklum ni cemuhan kecaman daripada warga net ni. Tanpa selidik , Tanpa siasat pasal kes saya tup tup viral Di seluruh laman social.

Terkilan dengan penyebar berita Yang tak sahih , Ada Yang mengata Kan saya buang gelang ketika keluar Dari rumah. Ada Yang Kata polis datang rumah angkut saya.

Semua Tu nonsense. Merepek . Benda takda pape pun. Yes mmg saya keluar ahad Tu pergi kenduri kawan saya Dan keluar makan Di kedai achip .

Tapi bila check suhu badan negative , saya takda simpton simpton sakit apa pun masa Tu.

Kalau saya tahu saya positif , saya tak bodoh nak keluar Dari rumah untuk sebar Kan benda virus ni. Saya Masih waras .

Apabila saya Di sah Kan saya positif covid , saya suruh kenalan rapat saya Yang contact rapat terus buat swab test alhamdulillah dorang takda pape pun NEGATIVE.

Tapi saya kecewa sikap sikap segelintir warga laman sosial menviral Kan saya mengata Kan saya Dan satu family saya positive ?

Padahal saya sorang je Yang positif. Setiap kecaman cemuhan warga net membuat family saya terjejas.

Anak sulung saya berumur 2 Tahun 4 Bulan kehabisan Susu Dan pampers , anak kedua saya 10 Bulan kehabisan nestum Dan pampers .

Di sebab Kan korang viral benda tak sahih ni family saya terjejas tidak boleh Beli barang keperluan harian. Kamu nak family saya mati kelaparan ke ?

Hari Hari nak order grab food dgn ada tax lgi . Awak ingat saya mampu nak bayar semua benda Tu dengan keadaan saya Masih Di hospital .

Mana korang punya sikap prihatin sesama manusia wahai warga Malaysia , saya Tanpa dapat bantuan keperluan

Hari Hari untuk family saya , mak ayah saya Di sebab Kan anda mengeluar Kan statement “Satu Family* kena covid padahal saya sorang je kena.

Masha Allah , saya kat sini menangis teringat Kan anak anak Bini saya makan apa , minum apa Mandi ke tak.

Saya fikir mak ayah saya Yang Ada sakit kronik sampai terjejas tak boleh keluar rumah sebab takut Di jangkiti.

Masha Allah berat lagi Mata memandang berat lagi bahu memikul. Di sebab Kan mulut mulut macam ni lah membuat orang lain menderita.

Saya luah Kan ni bukan Cari popularity , tapi saya sakit Hati berapa zalim nya korang mencerita benda Yang tak sahih.

Malu saya sebagai orang Islam Yang buat berita tidak sahih ni. Sampai family saya menderita macam ni sekali .

Korang tak kena lagi dkt family korang. Kalau kena Baru korang tahu sakit dia perit dia lagi lagi Ada anak kecik Yang belum tutur percakapan.

Masha Allah. Semoga Di berikan hukuman setimpal Di padang masyar Yang mencerita Kan tidak sahih terhadap family saya .

My family I’m still loving you and I miss you guys Shasha Redzuan Stay Safe

Continue Reading
OH VIRAL3 hours ago

Mengejutkan! Sharifah Husna Kacukan Melayu, Pakistan, Afghanistan, Arab, British, Portugis, Belanda & Negara Ini

OH VIRAL10 hours ago

Syamsul Sanggup Bayar 10K Jika Ada Yg Sudi Heret Mamat Ni Berjumpa Dgn Dia

OH VIRAL1 day ago

‘Sy Pesakit C0VlD, Bukan Penjenayah’ Lelaki Sedih Bila Anak dan Istri Diperlakukan Sebegini oleh Penduduk Setempat

OH VIRAL2 days ago

Video: “Sangat Mengerikan” Syatilla Melvin Terpaksa Jalani Pembedhan Gara Swab Test

OH VIRAL2 days ago

Video: Rakaman CCTV Tunjuk Detik2 Seorang Wanita Campak Dua Anak Buat Ramai Sebak

OH VIRAL2 days ago

Netizen Dedahkan 20 Bukti Hubungan Sebenar Neelofa dan PU Riz yg Sgt Mengejutkan

OH VIRAL2 days ago

Slps Buat Laporan PoIis, Ini Status Shca Elinnea yg Mengejutkan Kpd Individu ini Susulan Dakwaan Terbabit Skandal Pelacvran

OH VIRAL2 days ago

Dakwaan Terlibat Skandal Pelacvran, Sekali Sykt Pengurusan Cek Aliran Tunai Akaun Peribadi Scha

OH VIRAL3 days ago

Mengejutkan bila Liza Abdullah Dedahkan Tentang SkndaI Artis Jual Diri kpd VVIP Sudah Lama BerIaku

OH VIRAL4 days ago

Suami peIok, merayu memohon maaf, tapi sy tetap mintak utk dicerraikan, tIak 3 lg bagus

OH VIRAL4 days ago

Dr Noorhisham Ramalkan Hujung Oktober Jangkitan C0VlD 19 BakaI Meningkat ke Angka 1,300 Sehari

OH VIRAL5 days ago

“Sudah Setahun Sy Tak Bekerja” Keadaan Salih Yaakob Skrg Buat Ramai Tertanya-Tanya

OH VIRAL6 days ago

“Sampaah Punya Servis, Punya Banyak X70 Takkan Tak Ada Parts” Pengguna Proton X70 Mengamuk

OH VIRAL6 days ago

“Tolonglah Faham, Kami Sangat Penat, Ada Yang Muntah Tidak Bermaya“- Frontliners Menangis, Sabah Bagai Di Landa Garuda

OH VIRAL1 week ago

Akhirnya Wajah Datuk Seri itu Didedahkan, dan Ini Cara dia Melarikan Diri

OH VIRAL2 weeks ago

“Dia Hilang Ingatan..” Pemandu Myvi Dakwa Dia Tak Dapat Bagi Kerjasama Sebab Tak Ingat Apa2

OH VIRAL2 weeks ago

Pertama Kali Buat Sidang Media Macam Ni, Netizen Perasan Ada Sesuatu Yg Tak Kena Dgn Noor Hisham

OH VIRAL1 week ago

Video: Takde Adab, Ibu Ini Rakam BF Anak Perempuan Dia Selamba Buka Peti Ais mcm Rumah Sendiri

OH VIRAL2 days ago

Dakwaan Terlibat Skandal Pelacvran, Sekali Sykt Pengurusan Cek Aliran Tunai Akaun Peribadi Scha

OH VIRAL2 weeks ago

Video: Siti Sarah Dedah Rahsia Yang Selalu Shuib Sepahtu Buat

OH VIRAL3 weeks ago

Sakinah Kngsi Video Mantap Dgn Mat Saleh, Sekali Kakak dia Shahira komen

OH VIRAL1 week ago

“Aku Tahu Mana Kau Tinggal dan Mana Anak Sekolah” Syamsul Yusof Naik Angin Dan Taknak Berlembut Lagi dah Selepas Terima Masej Macam tu Dari Netizen

OH VIRAL4 weeks ago

Ini Kenyataan Terbaru Agong Yang Boleh Buat Semua Terkedu

OH VIRAL1 day ago

‘Sy Pesakit C0VlD, Bukan Penjenayah’ Lelaki Sedih Bila Anak dan Istri Diperlakukan Sebegini oleh Penduduk Setempat

OH VIRAL2 weeks ago

Tak Tahan Kena Kecam, Akhirnya Shuib Keluarkan Kenyataan yang Mengejutkan

OH VIRAL1 week ago

“Asal Macau Scam Je Kami Ditduh,Banduan laripun Kami Ditduh” Berang Asyik Kena Kecam, Datin Alya Luah Perkara Sebenar

OH VIRAL4 weeks ago

Menteri Keewangan Umum Tarikh Permohonan BPN 2.0, Ni kaedah cara nk mohon

OH VIRAL2 weeks ago

Kena Kutuk Sebab English Berterabur Semasa Ditemuramah, Sehingga ‘Dia’ ni Tampil Pertahankan Pawi

OH VIRAL3 weeks ago

BlNl Org Lain Semua Pandai Bergaya, BlNl Aku Pakai Kain Batik je kat Rumah, Sampai Naik Bosan Aku

OH VIRAL2 weeks ago

BPN 2.0: Pastikan Anda Semak Tarikh ini, Jika Tidak Masuk Terus Buat Rayuan

OH VIRAL2 weeks ago

“Dia Hilang Ingatan..” Pemandu Myvi Dakwa Dia Tak Dapat Bagi Kerjasama Sebab Tak Ingat Apa2

OH VIRAL2 weeks ago

Pertama Kali Buat Sidang Media Macam Ni, Netizen Perasan Ada Sesuatu Yg Tak Kena Dgn Noor Hisham

OH VIRAL1 week ago

Video: Takde Adab, Ibu Ini Rakam BF Anak Perempuan Dia Selamba Buka Peti Ais mcm Rumah Sendiri

OH VIRAL2 days ago

Dakwaan Terlibat Skandal Pelacvran, Sekali Sykt Pengurusan Cek Aliran Tunai Akaun Peribadi Scha

OH VIRAL2 weeks ago

Video: Siti Sarah Dedah Rahsia Yang Selalu Shuib Sepahtu Buat

OH VIRAL3 weeks ago

Sakinah Kngsi Video Mantap Dgn Mat Saleh, Sekali Kakak dia Shahira komen

OH VIRAL1 week ago

“Aku Tahu Mana Kau Tinggal dan Mana Anak Sekolah” Syamsul Yusof Naik Angin Dan Taknak Berlembut Lagi dah Selepas Terima Masej Macam tu Dari Netizen

OH VIRAL4 weeks ago

Ini Kenyataan Terbaru Agong Yang Boleh Buat Semua Terkedu

OH VIRAL1 day ago

‘Sy Pesakit C0VlD, Bukan Penjenayah’ Lelaki Sedih Bila Anak dan Istri Diperlakukan Sebegini oleh Penduduk Setempat

OH VIRAL2 weeks ago

Tak Tahan Kena Kecam, Akhirnya Shuib Keluarkan Kenyataan yang Mengejutkan

OH VIRAL1 week ago

“Asal Macau Scam Je Kami Ditduh,Banduan laripun Kami Ditduh” Berang Asyik Kena Kecam, Datin Alya Luah Perkara Sebenar

OH VIRAL4 weeks ago

Menteri Keewangan Umum Tarikh Permohonan BPN 2.0, Ni kaedah cara nk mohon

OH VIRAL2 weeks ago

Kena Kutuk Sebab English Berterabur Semasa Ditemuramah, Sehingga ‘Dia’ ni Tampil Pertahankan Pawi

OH VIRAL3 weeks ago

BlNl Org Lain Semua Pandai Bergaya, BlNl Aku Pakai Kain Batik je kat Rumah, Sampai Naik Bosan Aku

OH VIRAL2 weeks ago

BPN 2.0: Pastikan Anda Semak Tarikh ini, Jika Tidak Masuk Terus Buat Rayuan

Artikel HOT

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.