Connect with us

OH VIRAL

“Sudah Setahun Sy Tak Bekerja” Keadaan Salih Yaakob Skrg Buat Ramai Tertanya-Tanya

Published

on

Terdahulu, Salih Yaacob di saluran radio Sinar FM tidak akan kedengaran lagi apabila personaliti terkenal tanah air menamatkan tugasnya.

Keputusan meninggalkan konti radio dibuat Salih selepas kontraknya sebagai penyampai berakhir.

Berikutan itu, Salih enggan memikirkan apa-apa rancangan lain, sebaliknya, mahu memberi tumpuan pada diri sendiri selain fokus pada keluarga.

Katanya, pengalaman dan kesempatan yang diberikan oleh Sinar FM selama 13 tahun disifatkannya sudah cukup memberi kepuasan kepadanya.

“Hari terakhir saya berkhidmat sebagai penyampai Sinar FM yang akan juga menjadi penamat karier saya di konti radio.

“Alhamdulillah… saya rasa puas dengan apa yang telah saya lakukan selama tempoh itu.

Sudah banyak kegembiraan dan keceriaan yang saya kongsi di radio,” kata Salih kepada Astro AWANI berkongsi kisah pengakhiran kerjayanya sebagai personaliti radio.

Menurut Salih atau lebih mesra dengan panggilan Abang SY, pada usianya yang bakal mencecah 59 tahun pada November ini, beliau mahu memberi tumpuan pada kehidupan peribadinya.

Salih berkata, segala perancangan kerjaya dan kehidupannya sudah diatur dengan baik oleh Allah dan sebagai manusia, beliau harus melihat sentiasa positif menghadapinya.

“Allah dah bagi saya 38 tahun masa (aktif) dalam industri hiburan.

Macam-macam kerja saya dah buat menyanyi, berlakon dan menjadi penyampai radio.

“Segala-galanya sudah diatur elok oleh Allah. Rezeki yang Allah salurkan Alhamdulillah semuanya untuk saya dan keluarga.

Tiada apa yang perlu saya runsingkan lagi,” ujar lelaki yang tidak pernah lokek senyuman itu lagi.

Dalam masa sama, Salih berkata, beliau gembira dapat menamatkan kerjaya sebagai penyampai radio dengan Sinar FM dengan cara yang baik.

Katanya, ada baiknya juga mengundur diri pada saat ini memandangkan perkembangan radio sejak kebelakangan ini memerlukan sumbangan dan kreativiti generasi mudah.

“Era radio sudah berubah. Saya tidak mampu untuk menjadi seperti generasi muda, sudah tidak sesuai buat saya,” kata Salih penuh jujur.

“Setakat ini, saya tiada sebarang perancangan apa-apa lagi, mungkin beri tumpuan pada kerja-kerja pengacaraan secara bebas,” ujarnya.

Salih dan Adi merupakan pasangan penyampai radio Sinar FM yang sentiasa menceriakan pendengar mereka pada setiap petang.

“Sudah Setahun Sy Tak Bekerja” Keadaan Salih Yaakob Skrg Buat Ramai Tertanya-Tanya

Itu luahan selebriti popular, Salih Yaacob, 60, yan bersyukur kerana diberi rezeki yang cukup buatnya dan keluarga.

Ini ketika negara masih melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei ini.

” Alhamdulillah, rezeki untuk saya dan keluarga masih lagi Allah kurniakan.”

Salih ketika dihubungi berkata, hingga kini dia bersama tiga isterinya dan anak-anak masih cukup bekalan makanan dan kewangan untuk menyara kehidupan.

Sudah setahun tidak bekerja

” Walaupun sudah setahun saya tidak bekerja, rezeki diperoleh itu mencukupi.

” Syukur pada Allah kerana saya juga tak perlu minta bantuan untuk keluarga.

” Paling bermakna, Allah kurniakan juga kesihatan yang baik pada saya, isteri-isteri, anak-anak dan cucu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Salih, dia juga tenang menjalani kehidupannya sekarang apabila sepenuh masa banyak diluang bersama keluarga tersayang.

” Alhamdulillah, tiga isteri saya tinggal berdekatan.

Jadi, tiada masalah untuk saya ke rumah mereka dan hidangan makanan pun saling membantu.

” Kemuafakatan sesama kami semua, cukup buat saya gembira menjalani kehidupan yang tinggal saki-baki ini.

” Syukur, selama ini Allah sudah memberi terlu banyak kepada saya,” katanya

Salih mahu terus perbaiki diri dan beramal

Berkongsi pandangannya terhadap penul4ran pandemik COV1lD-19 di Malaysia dan seluruh dunia, Salih berkata, dia melihat positif yang mana Allah kini memberi peringatan kepada manusia.

” Sekarang, saya lebih selesa muhasabah diri.

” Apa yang berlaku ketika ini, saya melihat pada sudut pandang positif yang mana ia kasih sayang Allah dan saya yakin ada hikmah di sebaliknya.

” Saya hanya mahu terus bersyukur dan reda dengan perjalanan kehidupan sekarang

Termasuk mahu terus perbaiki diri dan beramal, apatah lagi ketika ini Ramadan,” katanya.

Bagaimana kerjaya Salih bermula

Kerjaya Salih bermula setelah uji bakat Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia pada tahun 1980.

Di Pentarama Jabatan Penerangan Malaysia, Salih bertugas sebagai penari dan penyanyi.

Setelah tiga tahun bersama Pentarama, Salih meneruskan kerjayanya bersama Orkestra Tentera Darat (OTD) sehingga tahun 1986.

Semasa dengan OTD, penerbit Baharuddin Kadir sering memerhatinya dan daripada situlah beliau ditawarkan untuk muncul dalam program Mekar Sejambak.

Menyertai Sinar FM pada 2006, beliau menjadi penyampai untuk rancangan Sinar Pagi bersama Raja Azura dan Khairil Rashid sehingga 2015.

Beliau kemudiannya berpindah ke segmen Santai Sinar Bersama Feeya Iskandar aka CikPiah pada 2016.

Salih berkata, dia juga menganggap sudah bersara dari kerjaya seni apabila meninggalkan konti radio Sinar FM tahun lalu selepas 13 tahun berkhidmat berikutan faktor usia dan kesihatan diri.

Sudah meninggalkan karier lakonan sekitar 20 tahun lalu, Salih pernah jadi perhatian dalam filem era 1980-an seperti Jejaka Perasan Keluarga 99, Azam dan Mr Os.

Salih pernah memiliki empat isteri, tetapi sudah berc3rai seorang daripadanya pada 2015 selepas 23 tahun hidup bersama.

Kini, Salih bahagia meneruskan kehidupan bersama tiga isteri iaitu Norlizah Mamat, 55, (isteri pertama) Norfara Wahida Sulaiman, 41, (ketiga) dan Samihah Sheikh Ali (Emi), 34, (keempat) yang masih setia bersama dalam susah dan senang.

Salih berat hati izin anak jadi selebriti

Empat dekad bergelar anak seni dan melalui jatuh bangun dalam bidang seni, Salih Yaacob berat hati untuk membenarkan anak-anak mengikut jejak langkahnya.

“Jika boleh, biarlah mereka menceburi bidang lain dan bukannya pilih jadi anak seni.

Saya tak berapa menggalakkan masuk bidang ini kerana bukan mudah bergelar artis.

Jika setakat ada bakat menyanyi, pada saya, itu tidak memadai.

“Sekurang-kurangnya, kena ada bakat lain supaya boleh buat kerja lain dan tidak terhad dengan satu bakat sahaja.

Contohnya, selain menyanyi, saya boleh berlakon, mengacara dan berlawak jenaka.

“Justeru, saya boleh manfaatkan semua bakat yang ada pada diri untuk mencari rezeki.

Namun, Alhamdulillah, setakat ini, belum ada anak yang berminat untuk terjun dalam bidang seni,” kata BH Online.

Sebelum ini, Salih pernah memiliki empat isteri, tetapi bercerai dengan isteri kedua pada 2015 selepas 23 tahun hidup bersama.

Kini, Salih bahagia meneruskan kehidupan bersama tiga isteri, Norlizah Mamat, 55, (isteri pertama) Norfara Wahida Sulaiman, 41, (ketiga) dan Samihah Sheikh Ali (Emi), 34, (keempat).

Menerusi empat perkahwinannya, pelakon filem Jejaka Perasan itu dikurniakan 13 cahaya mata.

Bakat lawak Salih luar biasa. Bukan sahaja mampu menghiburkan penonton di kaca TV mahupun layar perak, malah dikongsi bersama pendengar radio.

Bukan setakat berlawak, malah Salih dikenali sebagai artis serba boleh apabila turut bergelar penyanyi dan pelakon.

Bagaimanapun, sekian lama meninggalkan dunia lakonan dan nyanyian, Salih lebih menonjol di konti radio apabila mengendalikan segmen Pagi Di Sinar di stesen radio Sinar FM bersama gandingan mantapnya, Raja Azura dan Khairil Rashid.

Lebih sedekad menghiburkan pendengar dengan celotehnya, Salih mengucapkan selamat tinggal kepada tugasnya sebagai penyampai radio apabila kontraknya tidak disambung, tahun lalu.

Menjejaki artis serba boleh yang dicungkil bakat menerusi badan kebudayaan Jabatan Penerangan Malaysia, Pentarama, Salih berkata, dia lebih tenang dan bahagia dengan kehidupannya hari ini.

Dalam usia mencecah 59 tahun, katanya, kemasyhuran bukan lagi menjadi fokus utama.

“Aidilfitri ini genap setahun saya meninggalkan kerjaya konti radio. Saya mencari rezeki dengan menjadi pengacara untuk majlis korporat.

Nak kata hidup mewah, tak adalah. Tetapi, Alhamdulillah, rezeki tak pernah putus.

“Pada usia sekarang, saya lebih selesa dengan kehidupan seperti ini. Lebih tenang apabila dapat meluangkan masa bersama keluarga.

Anak dan menantu pun tinggal berdekatan, jadi tiada masalah jika rindu bermain dengan cucu.

“Untuk saya kembali ke dunia lakonan ataupun nyanyian, rasanya tak mungkin, begitu juga bidang penyiaran radio.

Selama 13 tahun bergelar penyampai radio, rasanya itu sudah memadai,” katanya kepada BH Online.

Pelakon filem Jejaka Perasan dan Konstabel Mamat itu tidak malu mengakui, zamannya sudah pun berlalu.

“Zaman kegemilangan sudah pun berakhir. Jadi, saya perlu memberi laluan kepada orang baharu untuk terus aktif dalam bidang seni,” katanya.

Ditanya apakah yang ingin dilakukannya jika bidang seni bukan pilihan, Salih mengimpikan menceburi bidang hartanah.

“Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan, saya nampak bidang hartanah mampu memberi pulangan jika kena dengan gayanya.

Harga rumah semakin jatuh dan ramai akan ambil kesempatan membelinya pada saat ini.

“Insya-Allah, saya mahu mendalami ilmu hartanah selepas Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berakhir. Nak bertemu pelanggan pun senang,” ujarnya.

Mendasari hati pelawak kelahiran Sungai besar, Selangor itu, Salih berkata, dia enggan kembali ke dunia seni bukan kerana merajuk.

Sebaliknya, jurang generasi hari ini membuatkannya berasakan bidang seni tidak lagi sesuai dengannya.

“Secara jujurnya, pelakon hari ini bukan seperti zaman dahulu.

Segelintir mereka memasuki bidang seni kerana mahu memburu populariti dan kerana itulah, fokus mereka tersasar.

“Saya faham perkembangan teknologi membuatkan matlamat lebih ke arah mahu popular.

Begitu juga dunia penyiaran radio, situasinya sudah jauh berbeza. Lagipun, ramai rakan seangkatan saya sudah tidak bekerja.

“Daripada saya rasa tak gembira, lebih baik saya undur diri. Biarlah bidang seni kekal menjadi sejarah dalam hidup saya,” luahnya.

Menimba pengalaman orang bawah sebelum namanya meniti kemuncak populariti, penyanyi, Gali Lubang Tutup Lubang dan Romantika Di Tampoi itu berkata, dia bersyukur kemasyhuran tidak pernah mengajarnya menjadi seperti kacang lupakan kulit.

Kata Salih, sehingga kini, dia masih berhubung dengan pelakon senior untuk bertanyakan khabar.

“Hubungan dengan pelakon atau penyanyi lama masih rapat. Jika ada masa, saya akan menghubungi mereka bertanya khabar.

Antara yang masih kekal berhubung adalah AR Badul dan sebelum ini, Allahyarham Datuk A Rahman Hassan.

“Sejak dulu lagi, kami diajar menghormati artis lebih senior dan sifat itulah yang membuatkan hubungan kami baik hingga hari ini.

Bagaimanapun, artis sekarang saya lihat, lebih banyak buat hal sendiri.

“Walaupun bukan semua tetapi segelintir mereka tak pandai hormat artis lama,” dedahnya yang pernah mengendalikan program Usik-Usik Salih Yaacob.

Sumber : hm / lamanhiburan

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OH VIRAL

Mengejutkan! Sharifah Husna Kacukan Melayu, Pakistan, Afghanistan, Arab, British, Portugis, Belanda & Negara Ini

Published

on

By

Namanya kini semakin melonjak naik selepas membintangi drama Ryan Aralyn

Pelakon Sharifah Husna mahu membuktikan dia berada dalam dunia lakonan bukan hanya bersandarkan pada paras rupa.

Nama sebenarnya, Sharifah Husna Syed Faizal. Menggunakan nama komersial, Sharifah Husna. Berusia 27 tahun.

Berasal dari Subang Jaya, Selangor. Bergiat dalam dunia seni sebagai pelakon.

Mula menempa nama selepas diangkat sebagai juara program penca­rian bakat Gadis Panca MyBeauty 2018 musim kedua, menewaskan sembilan peserta di peringkat akhir.

Kemenangan itu melayakkannya menerima wang tunai RM10,000 bersama kontrak lakonan tajaan A. Aida Production, selain trofi serta pakej percutian ke Balkan.

6Antara drama dibintanginya seperti Suri Katriana, Aku Yang Kau Tinggalkan, Kasih Tak Terungkap, Raisha 2 dan Seribu Rindu.

Termasuk telefilem Tragedi Balik Kampung, Soulmate Kedua, Imaan dan banyak lagi.

Terkini beliau merupakan antara pelakon yang membintangi drama Seadanya Aku arahan Feroz Kader, diterajui Azlee Khairi dan Zara Zya, selain Elvina Mohamad, Redza Rosli, Dayana Roza dan ramai lagi.

Berdarah Kacukan

Gadis kacukan Melayu, Pakistan, Afghanistan, Arab, British, Portugis, Belanda dan Indonesia ini juga berkata dia enggan dilabel pelakon stereotaip yang sekadar ‘menjual’ wajah semata-mata

Dia mahu membuktikan pelakon mempunyai rupa juga berbakat.

“Saya tidak mahu orang ramai melabelkan saya sebagai pelakon cantik tetapi tidak pandai berlakon…

Saya mahu hapuskan stereotaip itu.

“Saya mahu membuktikan pelakon yang mempunyai rupa juga boleh menjadi artis versatil,” katanya kepada BH Online.

Membawakan watak Dowena menerusi drama Ryan Aralyn, pelakon berusia 27 tahun itu tidak menyangka mendapat reaksi positif daripada penonton

Dan meluahkan rasa syukur ramai mula menyedari kehadirannya dalam industri.

“Saya tidak sangka menerima banyak maklum balas positif daripada watak wanita psiko itu.

Alhamdulillah, saya gembira apabila ramai yang mula nampak kehadiran dan kemampuan saya.

“Ini membuatkan saya lebih bersemangat untuk mencuba sesuatu yang berbeza dan mencabar pada masa hadapan,” katanya.

Fakta Menarik

  • Berfizikal tinggi lampai.
  • Pelajar dalam bidang perubatan di Universiti Royal College Surgeons Ireland, Serdang, Selangor.
  • Bakal bergelar doktor. Bidang kedoktoran cukup sebati di kalangan keluarganya kerana rata-rata saudara perempuannya juga menceburi bidang terbabit.
  • Agak kurang fasih berbahasa Malaysia.
  • Laman sosial Instagramnya yang menggunakan nama @_sharifahhusna_ sehingga kini sudah mengumpul lebih 46,000 pengikut.
Continue Reading

OH VIRAL

Syamsul Sanggup Bayar 10K Jika Ada Yg Sudi Heret Mamat Ni Berjumpa Dgn Dia

Published

on

By

Kehidupan sebagai selebriti tidaklah mudah seperti disangka.

Ada masanya, nama akan diagung-agungkan sekali gus membuatkan ada yang menyimpan rasa iri hati.

Pelakon, pengarah dan penyanyi, Syamsul Yusof, dia juga tidak terlepas daripada berdepan situasi diuji dengan sifat hasad dengki manusia terhadapnya.

Mencipta nama menerusi karya-karya pecah panggung serta lagu-lagu yang memanjat carta radio tempatan

Syamsul tidak menafikan setiap rezeki yang diberi Allah kepadanya itu diturunkan dengan ujian untuk menguatkan dirinya sebagai hamba.

Dalam perkembangan terkini, Syamsul telah memuat naik satu posting menawarkan 10k kepada sesiap yang dapat membawa lelaki ini berjumpa dengan beliau

“Abg perlu perkhidmatan GRAB CAR.

Sape2 boleh fetch mamat ni bawa jumpa saya minum kopi tak? Nak berkenalan.

Mamat ni dia kat KL je so dekat. Walau dekat, grab car saya bayar 10k cash.

Apa2 sila email sy di pengarahkerdil@gmail.com atau DM saja kat iG ni. #semboyanCalling”

Antara Komen Dan Kata Kata Semangat Dari Rakan Seperjuangan Dan Follower Syamsul Di Laman IG Nya.

Sampai JAI pun masuk komen


.

Tidak dapat di pastikan mengapa Syamsul mencari lelaki tersbeut

Tetapi rata-rata peminat mengaitkan dengan permasalahan dan vgutan yang Syamsul hadapi sebelum ini

“Setiap benda ada ‘harga’ yang perlu dibayar.

Allah berikan kejayaan kepada saya untuk hasil kerja yang membanggakan.

Dalam pada kejayaan yang saya terima, ada juga beberapa perkara yang saya sendiri perlu perbaiki dalam kehidupan saya,” katanya.

Menurutnya, apa yang menjadi keutamaannya kini adalah keluarga terutama anak-anaknya.

“Keselamatan keluarga menjadi keutamaan. Alhamdulillah, anak-anak membesar dengan sihat.

Tapi, besar nikmat, besar juga ujiannya untuk saya,” katanya.

Situasi rumah tangganya bergolak dan mula menjadi bualan ramai lebih-lebih lagi apabila isterinya, Puteri Sarah Liyana dilihat hadir ke pejabat agama pada pertengahan bulan lalu.

Tidak cukup dengan itu, dalam bulan sama dia juga diduga dengan fitnah yang disebarkan seorang YouTuber di laman penstriman video itu.

“Saman terhadap YouTuber itu masih lagi saya akan teruskan.

Tapi, disebabkan banyak perkara berlaku antaranya krisis pandemik dan sebagainya, jadi semuanya akan diteruskan selepas ini.

Mengenai YouTuber itu, dia sudah padam akaun saluran YouTube itu.

Tapi, dia nak lari ke mana sebab saya akan terus cari,” katanya.

Penghujung September lalu menyaksikan Syamsul berdepan situasi menegangkan apabila YouTuber tidak bertanggungjawab itu menggunakan tajuk yang tidak sesuai serta menimbulkan fitnah terhadap dia dan keluarga.

Terbaru, Syamsul baru saja membuat laporan polis pada 13 Oktober lalu selepas menerima ugutan daripada individu tidak dikenali di Instagram

Seperti yang dilaporkan Harian Metro sebelum ini.

Tidak mahu merungsingkan keluarga, Syamsul meminta individu yang tidak menyimpan rasa tidak puas hati kepadanya untuk bersemuka dengannya.

“Saya tak mahu peningkan kepala keluarga saya. Saya sudah berusia 36 tahun dan bukan budak-budak lagi.

Kepada individu yang ada masalah dengan saya, jumpa saya secara bersemuka,” katanya.

Yang pasti, Syamsul memohon agar peminat-peminatnya akan terus mendoakan kesejahteraannya sekeluarga.

Puteri Sarah Bawa Diri

Tindakan pelakon, Puteri Sarah memuat naik gambar beserta keterangan pergi bercuti dan bekerja pada 13 Oktober lalu mengundang pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet.

Ada beranggapan isteri kepada pengarah, Syamsul Yusof itu seolah-olah mahu membawa diri

Dan melupakan seketika pemasalahan rumah tangga yang wujud antara mereka.

Apatah lagi, pada hari sama pengarah filem Munafik itu membuat laporan polis ekoran mendapat mesej berbaur ugutan di Instagram.

Puteri Sarah, 35, berkata, perancangan untuk pergi bercuti bersama anak-anak sudah dibuat lama.

“Perancangan asal memang nak pergi bercuti di pulau selepas habis penggambaran.

Tapi, macam tak sempat. Kebetulan, saya terbabit dalam penggambaran yang dibuat di luar Kuala Lumpur.

“Saya pun cuba bertanya kepada pihak produksi jika saya boleh bawa bersama anak-anak.

Alhamdulillah, mereka okay. Kiranya, sambil bekerja dapat juga saya bercuti dengan anak-anak,” katanya.

Ditanya mengenai ugutan yang diterima suaminya dan laporan polis dibuat, Puteri Sarah enggan mengulas lanjut.

“Saya dimaklumkan dia nak buat laporan polis, tapi tidak mengetahui lebih lanjut kandungan mesej berbaur ugutan itu. Jadi, tidak ada apa yang saya boleh perkatakan.

“Lagi pula, perkara ini sudah menjadi kes polis. Biarlah pihak berwajib jalankan tugas mereka.

Kalau betul seperti didakwa, saya berharap perkara ini akan dapat diselesaikan,” katanya.

Mengenai kenyataan dibuat Syamsul yang menyifatkan obses pada kerja antara salah satu punca berlakunya kemelut rumah tangga mereka, Puteri Sarah enggan menafikan perkara itu.

“Mungkin betul. Sebab semua tahu dia seorang yang kuat bekerja,” katanya ringkas.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

Continue Reading

OH VIRAL

‘Sy Pesakit C0VlD, Bukan Penjenayah’ Lelaki Sedih Bila Anak dan Istri Diperlakukan Sebegini oleh Penduduk Setempat

Published

on

By

Kuala Lumpur: “Sepanjang saya berada di wad, perkara paling menyedihkan

Ini apabila anak dan isteri di rumah diperlakukan oleh masyarakat seolah-olah penjenayah.

“Sedangkan hanya saya seorang saja positif Covid-19 dan mereka negatif serta tidak dimasukkan di hospital,” luah bekas pesakit Covid-19, Shakirin Al-Ikram Abd Hamid.

Shakirin, 26, antara pesakit daripada kes Kluster Utama yang dijangkiti Covid-19 hasil ujian calitan dilakukan pada 11 Oktober lalu.

Bapa kepada dua anak berumur 10 bulan dan dua tahun itu menerima keputusan itu pada 13 Oktober sebelum dibawa ambulans pada malam hari sama

Ini untuk dimasukkan ke wad Hospital Kusta, Sungai Buloh.

Dia yang menetap di Bandar Sri Damansara, Petaling Jaya kemudiannya dikuarantin di wad selama lima hari sebelum dibenarkan pulang, Sabtu lalu.

Berkongsi pengalamannya, Shakirin yang bekerja sebagai pembantu jualan premis pakaian di pusat beli-belah di Bandar Utama berkata

Dia tidak mengalami gejala teruk atau demam, cuma simptom ringan seperti sakit sendi dan rasa hendak pitam beberapa hari sebelum disahkan positif Covid-19.

Katanya, dia sangkakan apa yang dialaminya sekadar simptom demam biasa, tetapi rupanya tanda dijangkiti Covid-19.

“Saya dapat tahu keputusan apabila dihubungi doktor dua hari selepas menjalani ujian calitan dan rasa macam tidak percaya

Dan perkara pertama dibuat adalah menghantar anak ke rumah pengasuh kerana isteri bekerja ketika itu.

“Kira-kira 9 malam, ambulans datang ke rumah dan membawa saya ke hospital manakala isteri, Shasha Ridzuan, 26,

Dan dua anak kami yang turut menjalani ujian calitan didapati negatif Covid-19.

Dipulaukan Penduduk Setempat

“Namun, masalah berlaku apabila anak dan isteri saya menerima layanan dingin daripada segelintir penduduk setempat

Hanya kerana saya dijangkiti Covid-19 manakala alamat rumah kami turut disebarkan individu tidak bertanggungjawab,” katanya.

Selain itu, Shakirin berkata, dia dituduh membuang gelang tangan kuarantin sedangkan perkara itu tidak benar.

Menurutnya, selain mereka empat beranak, keluarganya termasuk emak serta ayahnya yang tinggal di blok sebelah dan keluarga pengasuh turut terkena tempiasnya.

“Paling menyedihkan apabila isteri mahu membeli bekalan susu dan lampin pakai buang yang habis

Tetapi tidak dibenarkan kerana orang sekeliling takut dia menjadi punca.

“Saya cuba menggunakan khidmat penghantar, tetapi mereka menolak kerana tidak berani ambil risiko.

“Apa yang berlaku menambah tekanan ketika saya di wad kerana setiap masa memikirkan anak dan isteri di rumah

Memandangkan saya ketua keluarga tetapi tidak dapat membantu ketika mereka ditinggalkan.

“Lebih membimbangkan apabila paras darah tinggi emak naik kerana tertekan selepas mendengar orang sekeliling bercakap mengenai kami sekeluarga,” katanya.

Shakirin berkata, selepas memuat naik hantaran mengenai luahannya di Facebook (FB), baru ada yang tampil menghulurkan bantuan.

Katanya, hantaran dimuat naik itu bukan untuk meraih simpati sesiapa, tetapi cara untuk menjelaskan perkara sebenar.

“Alhamdulillah, ramai memberi kata semangat dan tidak kurang tampil menghulurkan sumbangan.

“Salah seorangnya adalah pengurus restoran ,Shahrul Nizam Kamal yang menghantar makanan untuk keluarga saya sepanjang saya berada di wad,” katanya.

Di sebalik ujian dilalui, Shakirin bersyukur kerana sudah pulih daripada Covid-19 dan tidak ditahan di wad lebih lama.

Katanya, dia gembira apabila kembali ke pangkuan keluarga selepas beberapa hari terpisah dan buat masa ini masih menjalani kuarantin di rumah.

“Saya reda dengan ujian ini, tetapi mohon masyarakat tidak memandang negatif pesakit atau mereka yang pernah dijangkiti Covid-19.

“Ini kerana kami tidak minta diuji sebegini dan penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa saja,” katanya.

Terdahulu, hantaran kisahnya telah menjadi tular di media sosial

Assalamualaikum warga net . Saya Kirrin Di sah Kan positif Covid-19 .

Apa saya nak maklum ni cemuhan kecaman daripada warga net ni. Tanpa selidik , Tanpa siasat pasal kes saya tup tup viral Di seluruh laman social.

Terkilan dengan penyebar berita Yang tak sahih , Ada Yang mengata Kan saya buang gelang ketika keluar Dari rumah. Ada Yang Kata polis datang rumah angkut saya.

Semua Tu nonsense. Merepek . Benda takda pape pun. Yes mmg saya keluar ahad Tu pergi kenduri kawan saya Dan keluar makan Di kedai achip .

Tapi bila check suhu badan negative , saya takda simpton simpton sakit apa pun masa Tu.

Kalau saya tahu saya positif , saya tak bodoh nak keluar Dari rumah untuk sebar Kan benda virus ni. Saya Masih waras .

Apabila saya Di sah Kan saya positif covid , saya suruh kenalan rapat saya Yang contact rapat terus buat swab test alhamdulillah dorang takda pape pun NEGATIVE.

Tapi saya kecewa sikap sikap segelintir warga laman sosial menviral Kan saya mengata Kan saya Dan satu family saya positive ?

Padahal saya sorang je Yang positif. Setiap kecaman cemuhan warga net membuat family saya terjejas.

Anak sulung saya berumur 2 Tahun 4 Bulan kehabisan Susu Dan pampers , anak kedua saya 10 Bulan kehabisan nestum Dan pampers .

Di sebab Kan korang viral benda tak sahih ni family saya terjejas tidak boleh Beli barang keperluan harian. Kamu nak family saya mati kelaparan ke ?

Hari Hari nak order grab food dgn ada tax lgi . Awak ingat saya mampu nak bayar semua benda Tu dengan keadaan saya Masih Di hospital .

Mana korang punya sikap prihatin sesama manusia wahai warga Malaysia , saya Tanpa dapat bantuan keperluan

Hari Hari untuk family saya , mak ayah saya Di sebab Kan anda mengeluar Kan statement “Satu Family* kena covid padahal saya sorang je kena.

Masha Allah , saya kat sini menangis teringat Kan anak anak Bini saya makan apa , minum apa Mandi ke tak.

Saya fikir mak ayah saya Yang Ada sakit kronik sampai terjejas tak boleh keluar rumah sebab takut Di jangkiti.

Masha Allah berat lagi Mata memandang berat lagi bahu memikul. Di sebab Kan mulut mulut macam ni lah membuat orang lain menderita.

Saya luah Kan ni bukan Cari popularity , tapi saya sakit Hati berapa zalim nya korang mencerita benda Yang tak sahih.

Malu saya sebagai orang Islam Yang buat berita tidak sahih ni. Sampai family saya menderita macam ni sekali .

Korang tak kena lagi dkt family korang. Kalau kena Baru korang tahu sakit dia perit dia lagi lagi Ada anak kecik Yang belum tutur percakapan.

Masha Allah. Semoga Di berikan hukuman setimpal Di padang masyar Yang mencerita Kan tidak sahih terhadap family saya .

My family I’m still loving you and I miss you guys Shasha Redzuan Stay Safe

Continue Reading
OH VIRAL23 mins ago

Mengejutkan! Sharifah Husna Kacukan Melayu, Pakistan, Afghanistan, Arab, British, Portugis, Belanda & Negara Ini

OH VIRAL8 hours ago

Syamsul Sanggup Bayar 10K Jika Ada Yg Sudi Heret Mamat Ni Berjumpa Dgn Dia

OH VIRAL1 day ago

‘Sy Pesakit C0VlD, Bukan Penjenayah’ Lelaki Sedih Bila Anak dan Istri Diperlakukan Sebegini oleh Penduduk Setempat

OH VIRAL2 days ago

Video: “Sangat Mengerikan” Syatilla Melvin Terpaksa Jalani Pembedhan Gara Swab Test

OH VIRAL2 days ago

Video: Rakaman CCTV Tunjuk Detik2 Seorang Wanita Campak Dua Anak Buat Ramai Sebak

OH VIRAL2 days ago

Netizen Dedahkan 20 Bukti Hubungan Sebenar Neelofa dan PU Riz yg Sgt Mengejutkan

OH VIRAL2 days ago

Slps Buat Laporan PoIis, Ini Status Shca Elinnea yg Mengejutkan Kpd Individu ini Susulan Dakwaan Terbabit Skandal Pelacvran

OH VIRAL2 days ago

Dakwaan Terlibat Skandal Pelacvran, Sekali Sykt Pengurusan Cek Aliran Tunai Akaun Peribadi Scha

OH VIRAL3 days ago

Mengejutkan bila Liza Abdullah Dedahkan Tentang SkndaI Artis Jual Diri kpd VVIP Sudah Lama BerIaku

OH VIRAL3 days ago

Suami peIok, merayu memohon maaf, tapi sy tetap mintak utk dicerraikan, tIak 3 lg bagus

OH VIRAL4 days ago

Dr Noorhisham Ramalkan Hujung Oktober Jangkitan C0VlD 19 BakaI Meningkat ke Angka 1,300 Sehari

OH VIRAL5 days ago

“Sudah Setahun Sy Tak Bekerja” Keadaan Salih Yaakob Skrg Buat Ramai Tertanya-Tanya

OH VIRAL6 days ago

“Sampaah Punya Servis, Punya Banyak X70 Takkan Tak Ada Parts” Pengguna Proton X70 Mengamuk

OH VIRAL6 days ago

“Tolonglah Faham, Kami Sangat Penat, Ada Yang Muntah Tidak Bermaya“- Frontliners Menangis, Sabah Bagai Di Landa Garuda

OH VIRAL1 week ago

Akhirnya Wajah Datuk Seri itu Didedahkan, dan Ini Cara dia Melarikan Diri

OH VIRAL2 weeks ago

“Dia Hilang Ingatan..” Pemandu Myvi Dakwa Dia Tak Dapat Bagi Kerjasama Sebab Tak Ingat Apa2

OH VIRAL2 weeks ago

Pertama Kali Buat Sidang Media Macam Ni, Netizen Perasan Ada Sesuatu Yg Tak Kena Dgn Noor Hisham

OH VIRAL1 week ago

Video: Takde Adab, Ibu Ini Rakam BF Anak Perempuan Dia Selamba Buka Peti Ais mcm Rumah Sendiri

OH VIRAL2 days ago

Dakwaan Terlibat Skandal Pelacvran, Sekali Sykt Pengurusan Cek Aliran Tunai Akaun Peribadi Scha

OH VIRAL2 weeks ago

Video: Siti Sarah Dedah Rahsia Yang Selalu Shuib Sepahtu Buat

OH VIRAL3 weeks ago

Sakinah Kngsi Video Mantap Dgn Mat Saleh, Sekali Kakak dia Shahira komen

OH VIRAL1 week ago

“Aku Tahu Mana Kau Tinggal dan Mana Anak Sekolah” Syamsul Yusof Naik Angin Dan Taknak Berlembut Lagi dah Selepas Terima Masej Macam tu Dari Netizen

OH VIRAL4 weeks ago

Ini Kenyataan Terbaru Agong Yang Boleh Buat Semua Terkedu

OH VIRAL1 day ago

‘Sy Pesakit C0VlD, Bukan Penjenayah’ Lelaki Sedih Bila Anak dan Istri Diperlakukan Sebegini oleh Penduduk Setempat

OH VIRAL2 weeks ago

Tak Tahan Kena Kecam, Akhirnya Shuib Keluarkan Kenyataan yang Mengejutkan

OH VIRAL1 week ago

“Asal Macau Scam Je Kami Ditduh,Banduan laripun Kami Ditduh” Berang Asyik Kena Kecam, Datin Alya Luah Perkara Sebenar

OH VIRAL4 weeks ago

Menteri Keewangan Umum Tarikh Permohonan BPN 2.0, Ni kaedah cara nk mohon

OH VIRAL2 weeks ago

Kena Kutuk Sebab English Berterabur Semasa Ditemuramah, Sehingga ‘Dia’ ni Tampil Pertahankan Pawi

OH VIRAL3 weeks ago

BlNl Org Lain Semua Pandai Bergaya, BlNl Aku Pakai Kain Batik je kat Rumah, Sampai Naik Bosan Aku

OH VIRAL2 weeks ago

BPN 2.0: Pastikan Anda Semak Tarikh ini, Jika Tidak Masuk Terus Buat Rayuan

OH VIRAL2 weeks ago

“Dia Hilang Ingatan..” Pemandu Myvi Dakwa Dia Tak Dapat Bagi Kerjasama Sebab Tak Ingat Apa2

OH VIRAL2 weeks ago

Pertama Kali Buat Sidang Media Macam Ni, Netizen Perasan Ada Sesuatu Yg Tak Kena Dgn Noor Hisham

OH VIRAL1 week ago

Video: Takde Adab, Ibu Ini Rakam BF Anak Perempuan Dia Selamba Buka Peti Ais mcm Rumah Sendiri

OH VIRAL2 days ago

Dakwaan Terlibat Skandal Pelacvran, Sekali Sykt Pengurusan Cek Aliran Tunai Akaun Peribadi Scha

OH VIRAL2 weeks ago

Video: Siti Sarah Dedah Rahsia Yang Selalu Shuib Sepahtu Buat

OH VIRAL3 weeks ago

Sakinah Kngsi Video Mantap Dgn Mat Saleh, Sekali Kakak dia Shahira komen

OH VIRAL1 week ago

“Aku Tahu Mana Kau Tinggal dan Mana Anak Sekolah” Syamsul Yusof Naik Angin Dan Taknak Berlembut Lagi dah Selepas Terima Masej Macam tu Dari Netizen

OH VIRAL4 weeks ago

Ini Kenyataan Terbaru Agong Yang Boleh Buat Semua Terkedu

OH VIRAL1 day ago

‘Sy Pesakit C0VlD, Bukan Penjenayah’ Lelaki Sedih Bila Anak dan Istri Diperlakukan Sebegini oleh Penduduk Setempat

OH VIRAL2 weeks ago

Tak Tahan Kena Kecam, Akhirnya Shuib Keluarkan Kenyataan yang Mengejutkan

OH VIRAL1 week ago

“Asal Macau Scam Je Kami Ditduh,Banduan laripun Kami Ditduh” Berang Asyik Kena Kecam, Datin Alya Luah Perkara Sebenar

OH VIRAL4 weeks ago

Menteri Keewangan Umum Tarikh Permohonan BPN 2.0, Ni kaedah cara nk mohon

OH VIRAL2 weeks ago

Kena Kutuk Sebab English Berterabur Semasa Ditemuramah, Sehingga ‘Dia’ ni Tampil Pertahankan Pawi

OH VIRAL3 weeks ago

BlNl Org Lain Semua Pandai Bergaya, BlNl Aku Pakai Kain Batik je kat Rumah, Sampai Naik Bosan Aku

OH VIRAL2 weeks ago

BPN 2.0: Pastikan Anda Semak Tarikh ini, Jika Tidak Masuk Terus Buat Rayuan

Artikel HOT

Copyright © 2017 Zox News Theme. Theme by MVP Themes, powered by WordPress.