Semasa

Belum 40 Hari Pantang, Ibu Kerdil & Bayi Hampir Terbalik Dalam Bot Ketika Banjir

Susulan hujan yang berterusan selama seminggu, negeri Kelantan dan juga Terengganu mula dilanda banjir. Malah sejak dua hari lepas, cukup ramai penduduk di kawasan Hulu Terengganu terkandas di rumah masing-masing kerana paras air naik terlalu laju dalam masa yang singkat. Lebih buruk lagi, beberapa sekolah yang dijadikan Pusat Penempatan Sementara (PPS) juga turut dinaiki air.

TERKEDU BILA TENGOK BAYI YG BARU USIA 36 HARI DIBAWA MEREDAH BANJIR OLEH NENEKNYA..

Belum pun cukup 40 hari berpantang, ibu kerdil yang bernama Syakila Norazma Amira antara yang turut terlibat dalam kejadian bah tersebut. Gara-gara rumahnya di Hulu Terengganu turut dinaiki air, wanita tersebut dan keluarganya berusaha mengharungi meredah banjir untuk ke tempat yang lebih selamat.

NAK PERGI TEMPAT TINGGI, TAPI BOT HAMPIR TERBALIK, NASIB BAIK SEMPAT BERPAUT PADA DAHAN POKOK..

Menerusi satu perkongsian di Facebook, bot dinaiki Yaya dan bayinya yang baru berusia 36 hari juga dilaporkan hampir terlingkup ketika dalam perjalanan tersebut. Nasib mereka semua baik apabila sempat berpaut pada dahan pokok sebelum diselamatkan oleh si suami dengan menaiki sebuah bot lain.

KAMI HAMPIR TERMASUK DALAM AIR BANJIR..

Jelas Yaya, kejadian tersebut terjadi dalam sekelip mata sahaja. Malah habis segala harta benda termasuk rumah dan kereta ditenggelami air. Malah kini bekalan elektrik juga khabarnya terputus serta talian perkhidmatan telefon juga sukar untuk disambung. Wanita itu juga mengakui masih dalam trauma serta teringat-ingat akan insiden yang dilalui semalam.

Kredit: Facebook Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah & Instagram Buyaa 

Leave a Reply

Your email address will not be published.