Seorang lelaki di Thailand menjadi perbualan hangat netizen apabila dia dilaporkan mempunyai lapan orang isteri dan kesemua mereka tinggal di rumah yang sama dengan bahagia. Fuh, lain macam!
Suami seorang yang bertimbang rasa
TONTON VIDEO DI BAWAH SEKALI
Lelaki dikenali sebagai Ong Dam Sorot yang bekerja sebagai pelukis tatu itu mendedahkan bahawa dia tinggal bersama lapan orang isterinya dan menjadi keluarga yang sangat besar serta bahagia.
Apabila ditanya mengenai bagaimana dia berjaya memikat wanita-wanita berkenaan, Sorot mengatakan bahawa pada awalnya isteri pertama membenarkan dia untuk berkahwin lain, namun dia perlu membawa bakal isteri tersebut untuk berjumpa dengannya terlebih dahulu.
Kini, Sorot sudah memiliki seorang cahaya mata lelaki hasil perkahwinannya bersama isteri pertama dan dipercayai dua isterinya yang lain sedang hamil.
ANTARA KOMEN NETIZEN:
TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH:
Sumber: Oh Bulan