Connect with us

OH HIBURAN

Lama Berdiam Diri Isu Suara Terkucil, Akhirnya Nabila Razali Menceritakan Apa yg Terjadi

Published

on

GARA-GARA terkucil ketika membuat persembahan secara langsung menyanyikan lagu Peluang Kedua, penyanyi Nabila Razali menerima kecaman hebat daripada netizen.

Hampir seminggu menyepikan diri, penyanyi tersebut akhirnya tampil memuat naik video bagi menjelaskan insiden berkenaan.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Bella, perasaan terlalu gugup dan kurang latihan menjadi punca utama persembahannya malam itu tidak seperti dijangka.

“Apa yang berlaku minggu lepas Bella buat video ni bukan sebab nak tegakkan benang yang basah.

Tapi seperti korang tengok, persembahan saya sangat memalukan dan sangat kesal dengan apa yang berlaku.

“Selepas nilai balik video tu, Bella perasan lack of warm up, tak jaga makan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan lama tak perform.

“Jujur Bella cakap malam itu paling gementar buat Bella sebab tahu jangkaan orang tinggi dan semua orang nak dengar yang terbaik,” katanya.

 

Nabila terlalu gementar semasa membuat persembahan.

Nabila berkongsi luahan hatinya itu menerusi rakaman video di laman Youtube pada Rabu.

Sedutan rakaman nyanyian secara langsung yang terkucil itu ketika di program tersebut menjadi tular dan mengundang kritikan serta kecaman daripada netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen mempertikaikan kemampuan nyanyian pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi tersebut memandangkan kejadian itu bukan kali pertama berlaku.

Sementara itu, Nabila mengakui sebagai anak seni, dia juga adalah manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

“Kami anak seni sama macam anda, kita manusia biasa tak boleh lari dari buat kesilapan.

Cuma kesilapan kami ditonton oleh jutaan orang, Bella sedar tentang itu masa nak jadi anak seni dulu… jadi janganlah nak judge je.

 

Sebelum itu, Nabila buat permohonan maaf di Instagram.

“Syukur ramai mesej tanya keadaan, mereka sangat prihatin… ada yang muncul depan pintu rumah untuk tenangkan saya.

Saya hargai semua itu, baru saya sedar siapa kawan kita sebenar.

“Ini adalah realiti kalau di atas dipuji dan di bawah dikeji…

Cuma komen yang diterima di sosial media sangat kejam dan kasar, kalau nak komen, komenlah secara berhemah,” ujarnya.

Dalam pada itu, bekas peserta program Akademi Fantasia 2013 (AF2013) itu turut menerima sebarang komen yang ditinggalkan netizen dengan hati terbuka.

“Bella nak ucapkan terima kasih kepada semua yang bagi pendapat atas insiden ni positif atau negatif serta menerima dengan hati terbuka dan menjadikan iktibar masa datang.

“Saya tak salahkan sesiapa kecuali diri sendiri dan ada ruang untuk perbaiki diri,” katanya.

Netizen masih Tak Berhenti Mengecam

PENYANYI Nabila Razali berasa sedih melihat segelintir netizen yang menggunakan perkataan-perkataan kasar untuk mengutuk nyanyiannya menerusi lagu terbaharu Vroom Vroom.

Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 27, berkata dia boleh sahaja menerima sebarang kritikan negatif yang boleh membantu memperbaiki kelemahannya namun bukan dengan perkataan kesat.

“Kadang-kadang saya sedih juga tengok netizen yang komen dengan perkataan-perkataan kesat dan kasar ini. Bila buka IG mereka, muka baik dan ada keluarga.

“Tapi menggunakan bahasa kesat untuk kecam orang.

Saya tak kisah dengan kritikan dan boleh terima komen negatif. Kalau tak boleh terima, lebih baik saya tak jadi penyanyi kan.

Antara komen negatif daripada netizen yang menggunakan perkataan kasar.

“Ni kata suara saya macam bodoh. Tapi suara bodoh tu macam mana?

Kalau kata suara saya sengau, boleh la saya perbetulkan jadi lebih baik,” katanya kepada mStar Online.

Nabila diminta mengulas mengenai tweet netizen di laman Twitter yang mempersoalkan bagaimana dia boleh menjadi penyanyi sedangkan mempunyai suara macam bodoh.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Permata Hati ini tidak cepat melatah dan hanya membalas semula komen tersebut dengan baik.

Dalam pada itu, pelakon drama Sunsilk #SISCUBA ini bersyukur single keempatnya itu sudah mencecah lebih 1.4 juta tontonan dan kini trending nombor tiga di YouTube.

Muzik video lagu Vroom Vroom yang dimuat naik pada 23 Januari lalu kini trending nombor tiga di Youtube.

Nabila turut berterima kasih kepada semua yang menyokong biarpun dikecam dan masih ada segelintir yang tidak dapat menerima lagu tersebut.

“Alhamdulillah, saya bersyukur sangat lagu itu sudah menjadi trending nombor tiga di Youtube selepas seminggu dilancarkan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong.

Walaupun ada lagi segelintir yang tidak dapat terima lagu itu.

“Tapi saya tahu, Insya-Allah lama-kelamaan mungkin mereka akan terima.

Mungkin disebabkan ia bergenre berbeza, jadi ambil masa untuk diterima baik.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OH HIBURAN

Bapa Azharina Azhar Pernah Minta Pusat Beli Belah Tutup 1 Jam Khas Utk Dia Shopping

Published

on

By

Sebut sahaja nama Azharina Azhar pasti ramai mengenali penyanyi tersebut yang mempunyai suara yang lunak dan luar biasa.

Malah, penyanyi ini terus berdiri hebat selepas memenangi Gegar Vaganza musim ke-3.

Penyanyi, Azharina Azhar menganggap dirinya masih dalam proses pembelajaran untuk berhijab, bermula dengan mengenakan selendang sejak dua minggu lalu.

Azharina, 34, bagaimanapun berharap perubahan itu akan berpanjangan kerana dia masih berusaha memperbaiki kekurangan diri.

“Secara jujur, saya agak kurang selesa bercakap mengenai perkara ini kerana masih berusaha untuk muhasabah dan mengenali diri.

“Apa yang saya boleh katakan, pada usia yang semakin meningkat, saya perlu lakukan perubahan dalam hidup.

“Saya bermula dengan memakai selendang sejak dua minggu lalu dan cuba bertudung penuh selepas keluar hospital akibat Rotavirus, baru-baru ini,” katanya.

Azharina berkata, dia membuat keputusan itu tanpa dipengaruhi sesiapa, sebaliknya keinginan untuk berubah tercetus apabila diuji sakit yang menyebabkannya hampir lumpuh.

“Saya tidak pernah menganggap diri sebagai Muslimah yang sempurna apabila mula berubah.

Banyak lagi kekurangan dalam diri membuatkan saya takut untuk memaklumkan sudah berhijab penuh.

“Bimbang nanti ada yang mempertikai apabila melihat saya hanya berselendang.

Doakan saja yang baik-baik supaya saya istiqamah melakukan perubahan,” katanya.

Penyanyi lagu Elegi Sepi itu juga berkata, sakit yang dialaminya sebelum ini umpama teguran daripada Allah supaya dia kembali melihat diri.

“Saya tidak pernah jatuh sakit seteruk ini hingga sukar untuk bercakap. Itu antara punca yang menggerakkan hati saya untuk berubah.

“Emak juga terkejut melihat saya bertudung, malah pada awalnya menyangka saya mahu menghadiri majlis tahlil. Doakan yang baik-baik kerana saya masih belajar,” katanya.

Mohon Tutup Aktiviti di Shopping Mall

Namun ramai yang tidak mengetahui mengenai latar belakang penyanyi ini.

Dibesarkan dalam keluarga yang agak berada, bagaimanapunAzharina berkata dia tidak gemar dengan aktiviti membeli belah sejak dari kecil lagi.

Namun, Azharina mengakui dia dimanjakan oleh ibu bapanya yang tidak pernah lokek berbelanja untuk anak-anak.

Malah, pernah menerima hadiah beg sekolah jenama mewah Prada daripada ibunya.

Berkongsikan pengalaman ketika berada di bangku sekolah, Azharina berkata bapanya pernah mengarahkan sebuah pusat beli-belah di Sarawak untuk menghentikan operasi kepada pengunjung selama satu jam untuk memberi laluan kepadanya membeli-belah.

“Sewaktu sekolah rendah, ibu berikan saya beg Prada sebagai beg sekolah. Beg itu merupakan beg bundle yang dibawa dari luar negara.

Kami adik beradik sangat bertuag kerana dimanjakan kedua orang tua.

“Saya sewaktu di sekolah menegah pula, bapa meminta sebuah pusat beli belah di Miri, Sarawak untuk menutup operasi selama satu jam untuk saya dan adik shopping.

“Kami diberi kebebasan untuk mengambil apa sahaja barangan di dalamnya.

Itulah memori indah yang diciptakan bapa untuk kami,” kongsinya.

Dalam pada itu, Azharina juga berkata dia jarang membeli-belah di dalam negara dan lebih suka berbelanja di luar negara jika waktu mengizinkan.

Ujarnya, dia bukan seorang yang suka shopping dan sukar untuk melihatnya di tempat sedemikian.

“Selalunya saya akan membeli belah tiga hingga lima tahun sekali dan akan terbang ke luar negara dan itu ‘merbahaya’.

“Saya tidaka akan pergi membeli jika hanya mahu sehelai seluar.

Untuk jeans dan baju misalnya, saya tidak pernah mencuba dan akan terus membeli selepas melihat saiz,” katanya.

Malah, dirumahnya turut disediakan sebuah bilik untuk menyimpan barangan hasil belian.

Mementingkan kualiti sesuatu barangan, Azharina berkata sedari kecil ibu bapanya selalu berpesan jika membeli sesuatu lihat pada kualitinya agar tahan lama

 

Rata² Netizen Memberi Reaksi yang Bercampur baur

“Aku pernah masuk kedai 2 ringgit.. keluar kedai abis 20 ringgit”

“Ye ke ..kalau betul, dia ni mmg jenis humble orangnya …sebb rajin senyum masa jumpa kat baazar raya tahun2 lepas..biasanya org yg membesar dengan sudu emas ni sedikit sombong”

“Kalau nak tengok hati kita hitam/putih time ni la.. orang share happiness kita rasa sakit ati atau sebaliknya”

“Waktu aku kecil dulu pun bapaku pernah bawak membeli belah di satu shopping mall.. Tanpa disuruh, shopping mall tu dah tutup kerana dah jam 10pm ..kami pun xjadi shopping..”

Continue Reading

OH HIBURAN

Apabila Artis Malaysia Cuba Pertahankan Pelarian Rohingya, Terus Kena Kecam Dengan Netizen

Published

on

By

Sejak semalam, viral satu sepanduk yang secara terang mengusi1r golongan Rohingya daripada memasuki satu kampung di Masai, Johor.

Tindakan berkenaan yang dianggap keterlalvan itu kemudian mencetuskan kemrahan dalam kalangan warga maya.

Malah, beberapa golongan artis turut melahirkan kec3wa mereka dengan kewujudan sepanduk tersebut.

Antara yang lantang bersuara termasuklah bekas ratu cantik Malaysia, Deborah Henry.

Menerusi satu posting di Instagram, Deborah meluahkan rasa kec3wanya apabila sikap negatif berkenaan wujud di Malaysia.

“Ini adalah refleksi individu yang tidak mampu mencari penyelesaian.

“Ini bukan soal menuding jari tetapi masalah masyarakat yang lebih besar,” katanya.

Posting berkenaan kemudian turut menarik perhatian rakan artis lain untuk memberikan pandangan masing-masing.

Antaranya termasuklah Diana Danielle, Lisa Surihani, Daphne Iking dan Chef Wan.

Anda boleh lihat antara pandangan mereka di bawah.

Sementara itu menerusi laporan Free Malaysian Today (FMT) Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim telah mengarahkan ketua kampung tersebut menurunkan sepanduk berkenaan.

“Tanggungjawab seorang Muslim kepada seseorang manusia lain ialah memberi perlindungan ke atas manusia lain yang mengalami penindasan seperti rakyat Rohingya yang diti1ndas oleh kerajaan Myanmar,” katanya.

Rata-rata netizan tidak bersetuju  dengan pendapat artis Malaysia

Perangai NGO Malaysia yang Bantah Keputusan Kerajaan

Beberapa NGO menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan keputusan untuk tidak lagi menerima pelarian R0hingya ke negara ini.

NGO hak migran Tenaganita berkata sangat penting bagi Malaysia untuk membincangkan perkara tersebut dengan Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) bagi mendapatkan penyelesaian sementara.

Pengarah eksekutifnya, Glorene A Das juga merayu supaya kerajaan tidak menghantar orang R0hingya pulang ke Myanmar atau ke kem pelarian di Bangladesh.

Ini kerana pelarian tersebut akan sekali lagi terperangkap dalam modus operandi yang melibatkan pemerdagangan manusia.

” Ya sekarang memang ada pihak yang menggesa untuk hantar mereka (R0hingya) pulang, tetapi dalam keadaan pandemik kini ia bakal menyukarkan proses tersebut.

” Jadi penting buat kerajaan untuk bekerjasama dengan UNHCR bagi mendapatkan penyelesaian sementara,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Harus bantu orang R0hingya dari memusnahkan mereka

Selain itu, Glorene turut mempersoalkan mengapa kerajaan Malaysia tidak mengadakan perbincangan bersama Myanmar dan mendakwa Asean telah ‘menutup mata’ atas tindakan zaIiim negara itu.

” Mengapa kerajaan Malaysia tidak bercakap dengan kerajaan Myanmar tentang tanggungjawab mereka terhadap orang R0hingya dan di mana Asean?

” Asean seperti tutup mata tentang isu kekej4man Myanmar terhadap R0hingya.

” Pada masa yang mencabar kini, kita harus tetap bersatu padu dan bantu orang R0hingya dari memusnahkan mereka melalui tindakan kita,” katanya lagi.

Tak semua R0hingya terlibat jnayah, kata IKRAM

Walaupun berita mutakhir melaporkan tindakan keras terhadap pendatang asing dan pelarian tanpa dokumen, ratusan orang R0hingya masih terus mempertaruhkan nyawa mereka untuk sampai ke perairan Malaysia.

Mengulas hal ini, Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) Badlishah Sham Baharin memberitahu Malaysiakini kerajaan tidak wajar untuk menolak pelarian R0hingya.

Jelasnya, pelarian berkenaan kemungkinan dapat membantu dalam menaikkan ekonomi negara daripada segi sumbangan mereka dalam pekerjaan sektor buruh.

” Kalau kita lihat misalnya, mereka (pelarian R0hingya) jika kita masukkan dalam ekonomi negara, ada kemungkinan ekonomi melonjak dengan sumbangan dan kepakaran mereka,” katanya.

Tambah Badlishah (gambar, atas) lagi, beliau tidak menafikan terdapat pelarian yang melakukan kegiatan jenayah, namun tidak wajar untuk menghukum kesemua pelarian.

” Kita tak nafikan ada di antara mereka terlibat dalam kegiatan jnayah tetapi itu pun tak semua.

” Jadi tak wajar untuk kita hukum semua, tak semua yang buat benda macam itu dan yang tidak terlibat ini mungkin mereka ada peluang untuk bantu kerajaan,” katanya lagi.

Continue Reading

OH HIBURAN

Siapa Sangka Selepas 8 Tahvn Bersama, Akhirnya Yusri Dedah Hubungannya Bersama Lisa

Published

on

By

Pelakon Lisa Surihani mendedahkan suaminya, Yusry Abdul Halim telah menanam sebatang pokok ketika mendapat tahu dia hamilkan anak pertama mereka, Yahaira Leanne.

Kini selepas anaknya itu berusia lima tahun, Lisa menunjukkan pokok tersebut telah membesar dengan subur.

“Bila bapa awak tahu saya hamilkan awak, Yong (panggilan untuk Yahaira). Dia telah menanam pokok dan namakannya dengan The Yahaira Tree.

“Ia membesar dengan indah. Masya-Allah dan Alhamdulilah…,” katanya.

Lisa berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian itu Lisa memuat naik foto yang menunjukkan pokok tersebut di halaman rumahnya.

Rata-rata kagum melihat pokok tersebut membesar dengan subur dan cantik.

Malah ada yang mencadangkan supaya mereka membuat rumah kecil di atas pokok itu.

Lisa da Yusry mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2012 di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.

Pasangan ini turut mempunyai seorang lagi anak Yusof Leonne berusia tiga tahun.

Selepas 8 Tahun Bersama, Akhirnya Yusri Dedah Hubungannya Bersama Lisa Semakin Akrab

Lapan tahun melayari bahtera perkahwinan, Yusry Abd Halim dan isteri, aktres Lisa Surihani bersyukur dikurniakan sepasang cahaya mata, Yahaira Leanne,5 tahun dan Yusof Leonne, 3 tahun.

Sekali gus, menjadikan Yusry gembira dengan kehidupannya kini yang bergelar suami dan bapa kepada dua orang anak.

“Siapa sangka. Kami berjumpa hampir 9 tahun yang lepas dan sudah mendirikan rumahtangga selama 8 tahun.

Ini merupakan hubungan paling lama yang pernah saya lalui, but feels like the shortest. Its true when they say time flies when we…are truly happy.

“Thank you for being my everything syg @lisasurihani Selamat Hari Kita 8,” tulisnya.

Terdahulu, pasangan itu yang berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua orang permata hati setakat ini.

Yusry terdahulu pernah berkahwin dengan Erra Fazira pada 2003, namun rumah tangga mereka hanya bertahan tiga tahun tanpa dikurniakan cahaya mata.

Terdahulu, yusri dan lisa juga meraikan ulang tahun ke tujuh pada tahun lepas

“SAYANG, kita sudah hidup bersama selama tujuh tahun. Sudah pasti dalam mana-mana perkahwinan ada masa susah dan senang.

Saya sangat cintakan awak. Selamat Hari Kita 7,” kata pelakon dan pengarah terkenal Yusry Abd Halim sempena meraikan ulang tahun perkahwinannya yang ketujuh bersama pelakon popular Lisa Surihani.

Yusry, 45, menerusi Instagram berkata, dia bersyukur kerana mereka dapat melalui segala cabaran dan ikatan rumah tangga mereka semakin kukuh setiap hari.

“Terima kasih kerana berada di sisi saya dan anak-anak kita,” tulisnya.

Lisa, 32, juga memuat naik beberapa gambarnya dan Yusry mengimbau kenangan dalam perhubungan mereka dulu di akaun Instagram miliknya.

“Saya sangat berterima kasih kerana kita dapat mempelajari untuk mengukuhkan cinta dan nilai positif dalam perhubungan.

Ia perjalanan cinta yang sangat menarik buat dua individu yang berbeza seperti kita.

“23 February 2019 : 7 tahun lalu dan seterusnya. Selamat Hari Kita, Yang.” tulisnya.

Perkongsian Yusry dan Lisa itu turut mendapat perhatian daripada rakan artis dan peminat yang turut mendoakan perkahwinan pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

Yusry dan Lisa berkahwin pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Yahaira Leanne dan Yusof Leonne.

Continue Reading
OH TRENDING7 hours ago

LELAKl Perangai Cam HAR4M – Farah Lee Memgamvk

OH TRENDING8 hours ago

Sebab nak Tengok Cerita ini, si Bapa Sanggup nk TlK4M Anak 8Thn Berebut Remote

OH TRENDING12 hours ago

Kluster Sivagangga dah Sampai Shah Alam, Puncanya Sangat Mengejutkan

OH TRENDING13 hours ago

Sekeluarga Disahkan Positif, Termasuk Bayi 3 Tahun, Daerah ini Pula Kembali Bergolak

OH TRENDING14 hours ago

“Terima Kasih Isteriku,” Fasha Sanda Selamat Melahirkan Baby, Alahai Comelnya Muka

OH TRENDING16 hours ago

Ellie Desak Kerajaan Kenakan Lesen utk Pemilik Saluran Utube

OH TRENDING18 hours ago

Anjurkan Nikah Ekspres Farouk & Ali, Bangla Buat Hal Lagi

OH TRENDING2 days ago

“Mask itu Saya Rendam dgn Air Dettol, dan bagi Anak Pakai Semula” Cikgu Sebak Mendengar Luahan Ibu yang Tidak Berkemampuan

OH TRENDING3 days ago

Tidak Mahu Terpalit Sama, Bekas Imam yang Juga Jiran M4NGSA Mula Ceritakan Sesuatu

OH TRENDING3 days ago

Aku Nampak Pekerja Asing Kusyuk Tengok Dompet, Ingatkan Kira Duit, Bila Tanya, Terus Berderai Air Mataku

OH TRENDING3 days ago

Pasang Jalur Gemilang Terbalik, Adakah Tindakan yg Dikenakan ke Atas Sekolah ini Berbaloi

OH TRENDING4 days ago

Tahukah Anda Ini Asal Usul Nama kluster Sivagangga, Bukan Kluster Salleh yg Ramai tak Tahu

OH TRENDING5 days ago

Individu Solat Subuh di Lorong Kecemasan Sebab Jalan Jem, Sekali Mufti Kata Haram Dilakukan Atas Sebab Tertentu

OH TRENDING6 days ago

Video: Takut Kena Saman, Pakcik Uzur Sanggup Cari ‘Mask’ Terpakai Dicelah Longgokan Sampah

OH TRENDING6 days ago

Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif

OH TRENDING2 weeks ago

Tiada Lagi YouTube Pavithra. Ini 5 Fakta Kes Pen4ngkapan Suaminya Sugu Yg Ramai Tak Tahu

OH TRENDING3 days ago

Tidak Mahu Terpalit Sama, Bekas Imam yang Juga Jiran M4NGSA Mula Ceritakan Sesuatu

OH TRENDING3 weeks ago

Video: Indentiti Individu Menghina Mural Sudah Dikenal Pasti, Sabit Kesalahan Bakal Dipenjarakan

OH TRENDING4 weeks ago

Sempat dengar T4NGlSAN kecil anak, pelajar kolej campak B4Yl dit4han P0LlS

OH TRENDING2 weeks ago

Pavithra Penat, Mahu Berehat Dari Sebarang Program dan Video Baru Dihentikan Untuk Selesaikan Masalah

OH TRENDING2 weeks ago

Mural Diconteng: Kenyataan Terbaru Pihak PoIis Sangat Mengejutkan Dan Kemungkinan Ini Bakal Berlaku Dlm Masa Terdekat

OH WANITA4 weeks ago

Tak Mahu Terpalit Sama, Akhirnya Erra Fazira Buka Mulut Ceritakan Semuanya

OH TRENDING3 weeks ago

Kes Dalam Rawatan Kembali Meningkat Ke 3 Angka, Adakah PKP2.0 Akan Disytiharkan Atau Tidak, Ini Jawapan Mengejvt Dari Dr Noor Hisham

OH TRENDING2 weeks ago

Video: Lagi seorang ‘kluster kayangan’ kant0i tidak jalani kuarantin. Lokasi dia didedahkan

OH TRENDING3 weeks ago

‘Masa Rumah Macam Jamban, Taknak lak Ko Jenguk’ Dikecam Netizen Sebab Ziarah To’Ki Masa Dapat Rumah Baru, Hidayah Bersuara Dan Sound Balik

OH TRENDING3 weeks ago

“Ibubapa tolonglah, pngasuh bukan org gaji”. Atas alasan dibayar, makbapa ambil kesempatan.

OH TRENDING2 weeks ago

Ikon Anak Bandaraya Ipoh Hanya Untuk S. Pavithra Sahaja, Bukan Sugu Pavithra

OH TRENDING4 weeks ago

‘Ku sangka anak, isteri ditelan tsunami’ 19 Tahun Tak Berjumpa, Air Mata Lelaki ini Tumpah jua

OH TRENDING2 weeks ago

Bagi Arahan Pakai Mask, Sekali Pekerja Restoran Ini Ditampar

OH TRENDING3 days ago

Aku Nampak Pekerja Asing Kusyuk Tengok Dompet, Ingatkan Kira Duit, Bila Tanya, Terus Berderai Air Mataku

OH TRENDING2 weeks ago

Tiada Lagi YouTube Pavithra. Ini 5 Fakta Kes Pen4ngkapan Suaminya Sugu Yg Ramai Tak Tahu

OH TRENDING3 days ago

Tidak Mahu Terpalit Sama, Bekas Imam yang Juga Jiran M4NGSA Mula Ceritakan Sesuatu

OH TRENDING3 weeks ago

Video: Indentiti Individu Menghina Mural Sudah Dikenal Pasti, Sabit Kesalahan Bakal Dipenjarakan

OH TRENDING4 weeks ago

Sempat dengar T4NGlSAN kecil anak, pelajar kolej campak B4Yl dit4han P0LlS

OH TRENDING2 weeks ago

Pavithra Penat, Mahu Berehat Dari Sebarang Program dan Video Baru Dihentikan Untuk Selesaikan Masalah

OH TRENDING2 weeks ago

Mural Diconteng: Kenyataan Terbaru Pihak PoIis Sangat Mengejutkan Dan Kemungkinan Ini Bakal Berlaku Dlm Masa Terdekat

OH WANITA4 weeks ago

Tak Mahu Terpalit Sama, Akhirnya Erra Fazira Buka Mulut Ceritakan Semuanya

OH TRENDING3 weeks ago

Kes Dalam Rawatan Kembali Meningkat Ke 3 Angka, Adakah PKP2.0 Akan Disytiharkan Atau Tidak, Ini Jawapan Mengejvt Dari Dr Noor Hisham

OH TRENDING2 weeks ago

Video: Lagi seorang ‘kluster kayangan’ kant0i tidak jalani kuarantin. Lokasi dia didedahkan

OH TRENDING3 weeks ago

‘Masa Rumah Macam Jamban, Taknak lak Ko Jenguk’ Dikecam Netizen Sebab Ziarah To’Ki Masa Dapat Rumah Baru, Hidayah Bersuara Dan Sound Balik

OH TRENDING3 weeks ago

“Ibubapa tolonglah, pngasuh bukan org gaji”. Atas alasan dibayar, makbapa ambil kesempatan.

OH TRENDING2 weeks ago

Ikon Anak Bandaraya Ipoh Hanya Untuk S. Pavithra Sahaja, Bukan Sugu Pavithra

OH TRENDING4 weeks ago

‘Ku sangka anak, isteri ditelan tsunami’ 19 Tahun Tak Berjumpa, Air Mata Lelaki ini Tumpah jua

OH TRENDING2 weeks ago

Bagi Arahan Pakai Mask, Sekali Pekerja Restoran Ini Ditampar

OH TRENDING3 days ago

Aku Nampak Pekerja Asing Kusyuk Tengok Dompet, Ingatkan Kira Duit, Bila Tanya, Terus Berderai Air Mataku

Artikel HOT