Semasa

Berpelukan ketika AJL36, sekumpulan individu dikompaun kerana langgar SOP

Anugerah Juara Lagu  yang ke-36 sudahpun melabuhkan tirai. Kemenangan lagu Pelukan Angkasa dendangan Sekumpulan  Orang Gila (SOG) dan Shila Amzah sememangnya dipersetujui ramai.

Pertandingan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia (WTC) tempoh hari berjalan dengan meriah dan masing-masing dilihat tetap menjaga prosedur operasi standard (SOP) dengan memakai pelitup muka serta menjaga penjarakkan sosial.

Walau bagaimanapun, menerusi Harian Metro pihak polis telah mengesan tindakan sekumpulan individu  yang berpelukan bagi meraikan kemenangan mereka.

Gambar berpelukan tersebar

Hal ini dinyatakan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Superintendan Naazron Abdul Yusof  apabila pihak polis mengesan tindakan melanggar SOP dengan berpelukan menerusi gambar yang dikongsi sebuah portal berita.

Jadi, dalam kenyataan Naazron Abdul Yusof itu lagi, beliau menasihati orang ramai untuk terus patuh kepada SOP yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang wabak Covid-19.

ANTARA KOMEN NETIZEN:

Untuk rekod, Anugerah Juara Lagu yang ke-36 ini telah berlangsung dalam suasana mengikut SOP yang ketat dengan para penonton yang hadir diwajibkan memakai pelitup muka serta menjaga penjarakan sosial.

Para peserta dan krew juga telah menjalankan ujian kendiri Covid-19 bagi memastikan semua yang berada di dalam pertandingan tersebut bebas dari wabak maut itu.

Sumber: Harian Metro (Ekhwan Haque Fazlul Haque), kredit gambar Harian Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *