Semasa

Budak terlanggar anak ayam, merayu pihak hospital selamatkannya dengan wang simpanan 50 sen

Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun merayu agar kakitangan hospital menyelamatkan anak ayam yang dilanggarnya dengan basikal secara tidak sengaja, viral di media sosial, lapor Daily Mail.

Derek C Lalchhanhima, dari Sairang, Mizoram, India, dirakam memegang bangkai anak ayam di tangan dan wang kertas 10 rupee (RM0.56).

LIHAT KOMEN NETIZEN DI BAWAH SEKALI

Rakan kepada keluarga itu, Sanga Says, memuat naik gambar Derek di Facebook selepas bapa Derek, Dhiraj Chhetri, seorang pegawai polis menunjukkan dan menceritakan kepadanya mengenai perkara itu.

Tetapi Derek mahu membawa bangkai anak ayam itu ke hospital sekali lagi dan kali ini dengan 100 rupee di tangannya.

“Ibu bapa dia terpaksa menjelaskan kepada dia bahawa anak ayam itu sudah mati dan tiada apa yang dapat dilakukan oleh pihak hospital,” kata Sanga.
ANTARA KOMEN NETIZEN:

Sumber: The Nota

Leave a Reply

Your email address will not be published.