Semasa

Cinta Sampai Hujung Nyawa, Sempat Akad Nikah Di Hospital Sebelum Pengantin Wanita Meninggal Dunia

Hari raya aidilfitri bakal menjelma. Ramai diantara kita sedang bergembira dan sibuk membeli belah serta menyediakan barangan untuk menyambut hari aidilfitri.

TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Namun ada pula keluarga yang sedang bersedih atas kehilangan orang tersayang. Yang paling menyedihkan seorang suami baru saja kehilangan seorang isteri dikala hari perayaan bakal menjelma.

Perkongsian video seorang lelaki dari Indonesia dikenali sebagai Baskoro di laman TikTok, mengundang sebak orang ramai selepas isteri tersayang dijemput Sang Pencipta. Video pendek yang dikongsi mendapat hampir 14 juta tontonan dan rata-rata netizen turut mendoakan supaya pemuda ini terus cekal.

Sampai jumpa di keabadian, akan ku ceritakan perjalananku setelah tanpa kamu di bumi.

Bukan itu sahaja, kapsyen-kapsyen video yang digunakan oleh lelaki ini juga turut mencuri perhatian dan rata-rata warganet turut sempat menitipkan salam takziah kepada lelaki ini.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: Baskoro

Leave a Reply

Your email address will not be published.