Connect with us

KESIHATAN

COVID-19: Kurangkan masa dekati haiwan peliharaan

Published

on

Cuci tangan selepas sentuh haiwan peliharaan

PUTRAJAYA: Orang ramai dinasihat membasuh tangan selepas menyentuh haiwan peliharaan kerana dibimbangi haiwan terbabit dijangkiti COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata adalah penting untuk menjaga kebersihan termasuk ketika mengendalikan haiwan terbabit.

“Basuh tangan anda sebelum dan selepas mengendalikannya. Kementerian Kesihatan (KKM) akan bekerjasama dengan Jabatan Veterinar (DVS) untuk nasihat lanjut mengenai perkara ini,” katanya dalam ciapan di Twitter mengenai haiwan yang dijangkiti COVID-19 yang dilaporkan di sebuah zoo di New York.

Terdahulu, menerusi sidang media Dr Noor Hisham berkata sekiranya haiwan terbabit dijangkiti COVID-19, virus berkenaan boleh menjangkiti pemiliknya.

Selain itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat tujuh jenis coronavirus yang boleh menjangkiti haiwan dan manusia antaranya, Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS), Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) dan yang terbaharu ialah COVID-19.

Sebelum ini, media melaporkan seekor harimau malaya di Zoo Bronx, New York disahkan positif COVID-19 selepas mengalami batuk dan kurang selera makan.

Harimau yang dinamakan sebagai Nadia itu berkemungkinan menjadi kes haiwan pertama yang jatuh sakit susulan dijangkiti coronavirus daripada manusia.

Selain itu, beberapa anjing peliharaan di Hong Kong serta seekor kucing di Belgium dilaporkan dijangkiti COVID-19 daripada pemilik mereka, namun tidak mengalami simptom yang signifikan.

Terdahulu, Seekor harimau Malaya di Zoo Bronx, di sini disahkan positif COVID-19, dipercayai tersebar melalui penjaga zoo berkenaan yang tidak menunjukkan sebarang gejala virus itu, lapor institusi terbabit, semalam.

Harimau diberi nama Nadia, 4, antara haiwan liar di zoo berkenaan mengalami batuk kering dan mungkin kes haiwan pertama dilaporkan sakit akibat dijangkiti COVID-19 daripada manusia.

Selain Nadia, seekor lagi harimau Malaya dinamakan Azul, dua ekor harimau Amur dan tiga singa Afrika turut dibimbangi dijangkiti COVID-19.

Sebelum ini, beberapa anjing peliharaan di Hong Kong dan seekor kucing di Belgium dilaporkan dijangkiti COVID-19 daripada pemiliknya, namun tidak mengalami simptom yang signifikan.

Ketua Veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, berkata pihaknya menguji haiwan ini dan masih melakukan penyelidikan mengenai COVID-19 untuk lebih memahami wabak ini.

“Walaupun haiwan liar ini didapati kurang selera makan, tetapi kami sentiasa memantau dan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk mendapatkan laporan semasa daripada penjaganya.

“Setakat ini masih belum diketahui bagaimana wabak ini boleh menjangkiti harimau memandangkan setiap spesis akan memberikan tindak balas berbeza terhadap virus ini,” katanya dalam satu kenyataan kepada AFP.

Zoo Bronx antara empat daripada zoo yang ditutup di New York sejak 16 Mac lalu apabila angka kematian melonjak kepada 4,000 orang di bandar raya itu.

Kes Nadia unik walaupun tiada simptom, tetapi didapati sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif.

“Ini kes jangkitan manusia ke haiwan yang pertama kami ketahui,” kata Paul.

Beliau berkata, pihak zoo akan kongsikan kajian mereka bersama zoo dan institusi lain dan berharap mendapat pemahaman yang lebih jelas.

Nadia menjalani ujian X-ray, ultrabunyi dan ujian darah untuk memahami penyakitnya sebelum menjalani ujian COVID-19 apabila melihat kepada situasi parah di bandar New York yang menjadi pusat penularan wabak itu di Amerika Syarikat.

Kajian setakat ini, bagaimanapun masih tiada bukti menunjukkan COVID-19 boleh berjangkit dari haiwan ke manusia. – AFP / BeritaHarian

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KESIHATAN

Selepas Covid, Wabak ini Kembali Menghantui Rakyat Malaysia, Perak Rekod 1351 Kes

Published

on

By

IPOH, 7 Mei — Sebanyak 1,351 kes demam denggi direkodkan di Perak sejak Januari tahun ini hingga Sabtu lepas iaitu peningkatan 11.3 peratus berbanding 1,214 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Ding Lay Ming berkata daerah Kinta merekodkan kes tertinggi iaitu 776 diikuti Batang Padang (126 kes) dan Larut Matang, Selama (96).

“Daerah Kinta menunjukkan peningkatan tertinggi kes demam dinggi iaitu peningkatan 135 peratus berbanding sehingga minggu yang sama pada tahun 2019,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, dalam tempoh 1 Jan-2 Mei lepas terdapat 29 lokaliti wabak dilaporkan membabitkan enam lokaliti titik panas iaitu wabak yang berlarutan melebihi 30 hari.

Dua wabak tidak terkawal iaitu wabak berlarutan melebihi 14 hari dan 21 lokaliti wabak terkawal iaitu wabak dalam tempoh 14 hari dari tarikh pengisytiharan wabak.

Lima daripada enam lokaliti titik panas denggi adalah dari daerah Kinta iaitu Kampung Chepor Tambahan (19 kes), Kampung Tersusun Batu 10 (25 kes), Taman Klebang Jaya (11 kes), Kampung Datuk Ahmad Said Tambahan 2 (30 kes) dan RPT Chepor (19 kes).

“Manakala satu lagi lokaliti titik panas denggi adalah di daerah Batang Padang iaitu Taman Bukit Hijau dengan 17 kes,” katanya sambil menambah terdapat satu kes kematian disebabkan oleh demam denggi dilaporkan di Perak iaitu di daerah Larut Matang, Selama pada awal Januari lepas.

Dr Ding berkata, punca utama kejadian demam denggi adalah kerana indeks pembiakan Aedes yang tinggi di lokaliti-lokaliti terbabit antaranya di lot kosong terbiar.

Rumah atau premis kosong yang tidak berpenghuni terutamanya sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada 18 Mac lepas.

“Begitu juga di dalam longkang-longkang yang tidak diselengara dengan baik, tapak-tapak pembinaan, tong tadahan air yang tidak bertutup di dalam dan luar rumah yang menjadi punca pembiakan nyamuk Aedes,” katanya sambil menambah 4,484 bekas positif pembiakan nyamuk Aedes ditemui di negeri ini sejak Januari hingga 2 Mei lepas.

Katanya, pihak Jabatan Kesihatan dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) telah melaksanakan pelbagai usaha bagi membendung kejadian demam denggi antaranya menjalankan pemeriksaan dan penghapusan tempat pembiakan (PTP) di premis-premis persendirian, perniagaan dan tanah lapang.

“Tindakan penguatkuasaan telah dilaksanakan di mana 743 kompaun dan 115 notis pembersihan di bawah Seksyen 8 (1) Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 telah dikeluarkan terhadap pemilik premis yang membiak Aedes,” katanya.

DALAM tempoh tiga minggu pertama tahun ini, seramai 13 orang telah meninggal dunia akibat kes demam denggi.

Lebih menakutkan, empat daripada 13 kematian itu berlaku dalam tempoh seminggu iaitu pada minggu ketiga tahun 2020, antara 12 hingga 18 Januari lalu.

Selangor mencatatkan kematian dan kes tertinggi dengan lima kematian dan 5,734 kes sejak 29 Disember tahun lalu sehingga 18 Januari.

Negeri-negeri lain, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Melaka masing-masing dua kematian manakala Pulau Pinang, Perak, Johor dan Sabah mencatatkan satu kematian.

Walaupun jumlah kematian menurun berbanding tempoh yang sama tahun lalu, tetapi jumlah kes denggi meningkat 3.8 peratus.

Pencegahan awal adalah langkah terbaik untuk mengelak anda atau orang disayangi menjadi korban denggi seterusnya dan pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes di persekitaran anda.

Demam denggi adalah sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang telah dijangkiti.

Terdapat empat jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi iaitu DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN 4.

Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.

Tanda dan gejala:

Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ke tiga hingga ke 14 selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya di antara empat hingga tujuh hari.

Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, sakit pada bahagian belakang mata, otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.

Demam boleh mencapai suhu 40 ke 41 darjah Celsius dan selalunya akan berlarutan selama dua hingga tujuh hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.

Demam denggi itu juga dikenali sebagai “breakbone fever”. Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ke tiga dan ke empat selepas bermulanya demam, Muntah dan kurang selera makan.

Rawatan:

Segera berjumpa dengan doktor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.

Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.

Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun.

Continue Reading

ISU SEMASA

COVID-19: 2 warga emas sembuh selepas terapi plasma darah

Published

on

By

Dua warga emas yang juga pesakit COVID-19 sembuh daripada penyakit itu selepas dirawat menggunakan plasma individu yang sudah sembuh.

Saintis juga mendapati potensi kelebihan plasma iaitu cecair darah dari individu yang sembuh, mampu menjana antibodi yang menjadi daya pertahanan tubuh badan.

Sejak virus itu dikesan di China pada Disember lalu, ia sudah membunuh hampir 75,000 orang dan syarikat farmaseutikal berlumba-lumba untuk menghasilkan vaksin serta kaedah rawatan bagi penyakit itu.

Penyelidik dan doktor muda di Severance Hospital, Chou Jun Yong, berkata terapi plasma mungkin boleh menjadi rawatan alternatif kepada pesakit yang berada dalam keadaan kritikal dan tidak memberi maklum balas kepada ubat anti viral.

Bagaimanapun, beliau berkata ujian klinikal besar-besaran perlu dilaksanakan untuk memastikan tahap keberkesanannya.

Salah seorang daripada dua pesakit itu yang berusia 71 tahun, hanya bertambah sihat selepas dirawat dengan plasma daripada seorang pesakit berusia 20an, bersama dengan rawatan steroid.

Seorang lagi pesakit wanita berusia 67 tahun pula mengidap pneumonia yang teruk dan tidak memberikan maklum balas terhadap ubat malaria, HIV atau rawatan oksigen, tetapi sembuh selepas menerima terapi plasma dan steroid.

Penemuan itu telah pun diterbitkan dalam Jurnal Perubatan.

Sementara itu, seorang pegawai Ibu Pejabat Pusat Kawalan Penyakit, berkata terapi plasma adalah ‘penting’ apabila tiada vaksin atau rawatan lain, malah menggesa pakar memeriksa dua pesakit itu dengan segera.

Kajian berskala kecil mengenai plasma sudah menunjukkan keberkesanan dalam merawat penyakit berjangkit, antaranya termasuk Ebola dan Sindrom Penafasan Akut Teruk (SARS).

Negara sebelum ini bermula dengan kejutan wabak yang terburuk tetapi kini berjaya mengekang penularan itu melalui program ‘kesan, uji dan rawat’.

Sementara itu, Seorang wanita Itali berusia 104 tahun yang selamat dan pulih dari wabak koronavirus (Covid-19) menjadi orang tertua di dunia bertahan melawan COVID-19.

Ada Zanusso pada awalnya telah jatuh sakit di rumah jagaannya di Biella di utara Itali pada 17 Mac, lapan hari selepas kerajaan mengenakan kawalan pergerakan di negara tersebut, lapor The Sun.

Dia disahkan positif wabak COVID-19 selepas mengalami muntah, demam dan kesukaran bernafas pada bulan lalu.

Anaknya Giampiero memberitahu The Sun, mengesyaki ibunya dijangkiti wabak COVID-19 setelah melihat ramai penghuni rumah penjagaan dijangkiti wabak itu.

“Mereka juga sedih ada beberapa kematian di sana dan saya juga bimbang keadaan ibu,” katanya.

Doktor yang merawat Ada, Carla Furno Marchese, berkata, keadaannya bertambah baik dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Kerajaan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengeluarkan garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) baru Khamis ini bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata, SOP itu akan digunakan selepas tarikh PKP fasa ke-2 tamat pada 14 April ini.

Peraturan baru itu, katanya, berkemungkinan akan dipecahkan mengikut zon positif Covid-19 bagi memberi kelonggaran kepada rakyat untuk bergerak bagi memastikan wabak itu tidak menular.

“Saya tengok ada berita menunjukkan orang potong rambut pakai alat pemotong rumput dan sebagainya kerana kedai gunting tidak buka.

Jadi seperti saya pernah sebut, pihak MKN pada Khamis ini akan membentangkan SOP baru berdasarkan zon-zon tertentu.

“Selain zon merah misalnya, zon hijau adalah kawasan yang 0 positif Covid-19, kita sedang meneliti apakah SOP yang akan diperkenalkan.

Mungkin ada sedikit kelonggaraan, saya kata mungkin, saya tak kata telah diputuskan.

“Contoh kalau kawasan itu 0 postif Covid-19 mungkin ada sedikit kelongaran mereka akan diberi.

Continue Reading

KESIHATAN

Remaja munt4h hijau, hampir kehilangan nyaw4 akibat vape

Published

on

By

Hanya kerana gemar menghisap asap vape, seorang remaja lelaki hampir kehilangan nyawa.

Ewan Fisher, 19, terpaksa dikejarkan ke hospital setelah mengalami muntah hijau dan sesak nafas selepas empat bulan menghisap vape.

Dia memerlukan mesin sokongan hayat dan diletakkan dalam rawatan intensif apabila organnya gagal berfungsi selain memerlukan paru-paru buatan untuk mengepam oksigen melalui badannya.

Namun Remaja dari Nottingham itu dipercayai mengalami tindak balas imun berlebihan terhadap bahan kimia yang terdapat dalam vape.

Dia telah diagnos hipersensitiviti pneumonitis (HP) sepenuhnya di mana kantung udara dan saluran udara dalam paru-paru menjadi radang.

Keadaan ini dicetuskan oleh tindak balas alergi terhadap bahan kimia yang terdapat dalam vape.

Remaja itu mendedahkan telah berhenti menghisap rokok setengah bungkus setiap hari pada usia 16 tahun bagi memberi tumpuan kepada latihan tinju dan beralih kepada vape.

‘Saya jangkakan dengan beralih kepada vape, ianya lebih sihat dan menyertai tinju membuatkan saya lebih selesa,” katanya.

Bagaimanapun mesin sokongan hidup telah menyelamatkannya dan berada di hospital selama sebulan dan tidak pulih sepenuhnya sehingga satu tahun lebih.

Dia yang kini belajar di kolej memberi amaran kepada orang ramai agar tidak beralih dari rokok kepada vape.

“Kepada orang yang sudah merokok, jumpalah doktor untuk mendapatkan bantuan. Janganlah beralih kepada vape.

“Kepada remaja yang memikirkan vape itu sesuatu yang baik, itu tidak benar,” katanya. -Agensi

Continue Reading
OH TRENDING10 hours ago

Nurse Ambil Darah Mak, Viral Video Lelaki Berkain Pelikat Ini Meng4muk Di Klinik Kesihatan

OH TRENDING18 hours ago

Video: Tinju penvnggang M0T0R lain Sampai Jatvh Anak lSTERl, Budak MuayThai bawa ‘nurse’ Tvnjuk Lagak di simpang jalan

OH TRENDING1 day ago

Fesbux sekat video puji kecekapan Malaysia tangani C0VlD

OH TRENDING2 days ago

Dah Ambil Duit, Tapi Kerja Tak Buat – Nelydia Senrose Berdepan Tuntutan S4man ‘RM160,000 Langgar Kontrak Duta

OH TRENDING2 days ago

Tidak Mahu Terpalit Sama, Akhirnya Seorang Pegawai Kesihatan Mula Buka Mulut Apa yg Berlaku Sebenarnya

OH TRENDING3 days ago

Saya Cabar Al Jazeera – Ismail Sabri Beri Am4ran Keras Kerana Mengeluarkan Berita Tidak Sahih

OH TRENDING4 days ago

Taktik Penjual Tamak! Bila Kereta Mewah Berhenti, Peniaga Pakat Tukar Tanda Harga ‘Yahvdi

OH TRENDING4 days ago

Lepas Satu Masalah, Dugaan Lain Pulak Melanda, To’ki Kehilangan Cahaya Mata

OH TRENDING5 days ago

Pemilik Rest0ran Nasi Kandar Dikatakan Kurang Ajar, Rupanya Ramai yg Dah Kena

OH TRENDING5 days ago

Majikan Boleh Lingk0p Jika Gaji Minimum Bulanan Staff Dinaikkan RM2,700 – Persekutuan Majikan Malaysia

OH WANITA6 days ago

Baru je H4MlL, SUAMl pula suruh gvgurkan, lSTERl terkedu

OH TRENDING6 days ago

MKN sedang bincang benarkan kemasukan warga China

OH TRENDING6 days ago

Shuib Terima Tawaran Untuk Gelaran Datuk Dari Sebuah Negeri ni

OH WANITA7 days ago

Tertuduh Menerima Padah Akibat Membuang B4Yl dalam lvbang kvmbahan

OH TRENDING7 days ago

Kerajaan Memberikan Lagi Diskaun Bil Elektrik ke Satu Tarikh, dan Ini Jumlahnya

OH TRENDING3 weeks ago

Video Jiran dedah satu persatu siapa abang suspek dan Apa yg Dilakukannya

OH TRENDING3 weeks ago

Video Jiran dedah satu persatu siapa abang suspek

OH TRENDING3 weeks ago

Mak Terus Mnangis Terduduk, Satu Kampung Semua Kenal Dia. Abang Ceritakan Segalanya Pasal Suspek

OH TRENDING2 weeks ago

Video Gadis ni Bukan Saje Kena Pau RM5K, Tapi Siap Kena Raba Sekali

OH TRENDING18 hours ago

Video: Tinju penvnggang M0T0R lain Sampai Jatvh Anak lSTERl, Budak MuayThai bawa ‘nurse’ Tvnjuk Lagak di simpang jalan

OH TRENDING3 weeks ago

Isu Mintak RM10k, ini reaksi Pengacara Anim Ezati

OH TRENDING4 weeks ago

Industri Lain Boleh Tapi Kenapa Kami Dianaktirikan? Mila Jirin Mula Bersuara, Siap Tag Nama PM

OH TRENDING3 weeks ago

Didakwa Minta Bayaran RM10,000 Sejam Bagi Program Masakan, Ini Penjelasan Sugu Pavithra…

OH HIBURAN4 weeks ago

Siapa Sangka Selepas 8 Tahvn Bersama, Akhirnya Yusri Dedah Hubungannya Bersama Lisa

OH TRENDING3 weeks ago

Puluhan ros hiasi lantai, instafamous siap gubah lagu rai ‘birthday’ isteri

OH TRENDING2 weeks ago

“Pakai Tudung Tapi Bergambar Macam Kucing Meng4wan” – Fynn Jamal Cetus Kemar4han Netizen Gara-Gara 1su Rog0l!

OH TRENDING3 weeks ago

Video Dulu Keruh Sekarang Kebiruan, Ramai Yang Teruja Mandi Manda Sehinggalah Kejadian Ini Buat Semua Kecut Perut

OH TRENDING1 week ago

To’ki Akhirnya Dibantu Ebit Lew, Tiada yang Lebih Indah Melihat Kasih dan Sayang Mereka Berdua

OH TRENDING1 week ago

RasuluIIah Tak Pakai Helmet Kenapa Saya Harus Memakainya. Jawapan PoIis Ini Buat Pakcik Itu Terdiam

OH TRENDING3 weeks ago

Video: Api dipadamkan, Bomba Terkejut Jumpa Pondok Atas Bukit. Bila Diperiksa, Kantoi Ada Benda Lain Pula

OH TRENDING3 weeks ago

Video Jiran dedah satu persatu siapa abang suspek dan Apa yg Dilakukannya

OH TRENDING3 weeks ago

Video Jiran dedah satu persatu siapa abang suspek

OH TRENDING3 weeks ago

Mak Terus Mnangis Terduduk, Satu Kampung Semua Kenal Dia. Abang Ceritakan Segalanya Pasal Suspek

OH TRENDING2 weeks ago

Video Gadis ni Bukan Saje Kena Pau RM5K, Tapi Siap Kena Raba Sekali

OH TRENDING18 hours ago

Video: Tinju penvnggang M0T0R lain Sampai Jatvh Anak lSTERl, Budak MuayThai bawa ‘nurse’ Tvnjuk Lagak di simpang jalan

OH TRENDING3 weeks ago

Isu Mintak RM10k, ini reaksi Pengacara Anim Ezati

OH TRENDING4 weeks ago

Industri Lain Boleh Tapi Kenapa Kami Dianaktirikan? Mila Jirin Mula Bersuara, Siap Tag Nama PM

OH TRENDING3 weeks ago

Didakwa Minta Bayaran RM10,000 Sejam Bagi Program Masakan, Ini Penjelasan Sugu Pavithra…

OH HIBURAN4 weeks ago

Siapa Sangka Selepas 8 Tahvn Bersama, Akhirnya Yusri Dedah Hubungannya Bersama Lisa

OH TRENDING3 weeks ago

Puluhan ros hiasi lantai, instafamous siap gubah lagu rai ‘birthday’ isteri

OH TRENDING2 weeks ago

“Pakai Tudung Tapi Bergambar Macam Kucing Meng4wan” – Fynn Jamal Cetus Kemar4han Netizen Gara-Gara 1su Rog0l!

OH TRENDING3 weeks ago

Video Dulu Keruh Sekarang Kebiruan, Ramai Yang Teruja Mandi Manda Sehinggalah Kejadian Ini Buat Semua Kecut Perut

OH TRENDING1 week ago

To’ki Akhirnya Dibantu Ebit Lew, Tiada yang Lebih Indah Melihat Kasih dan Sayang Mereka Berdua

OH TRENDING1 week ago

RasuluIIah Tak Pakai Helmet Kenapa Saya Harus Memakainya. Jawapan PoIis Ini Buat Pakcik Itu Terdiam

OH TRENDING3 weeks ago

Video: Api dipadamkan, Bomba Terkejut Jumpa Pondok Atas Bukit. Bila Diperiksa, Kantoi Ada Benda Lain Pula

Artikel HOT