Semasa

Dari luar sampai dalam ‘mall’, lelaki berlakon cacat demi dapat parking OKU

Tindakan seorang lelaki berkongsi video berhubung cara bagi mendapatkan tempat meletak kereta yang penuh di sebuah pusat beli belah di Kuala Lumpur mengundang kecaman warganet di media sosial.

RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI

Namun begitu, dia mengikut cadangan rakannya dimana salah seorang daripada mereka telah berlakon menjadi orang kurang upaya (OKU) sekali gus berjaya meletakkan kenderaan di petak khas

“Aku ada kat Mid Valley ni, tapi nak parking susah. Pastu Ajim cakap kalau nak parking, kena buat satu cara. Betul-betul dapat parking.

“Tapi cara dia pelik sikit la, kau tengok ni. Betul-betul dia jadi cacat. Ni kalau kantoi dengan pengawal keselamatan, memang mati. Tapi kau tengok kereta hitam aku tu, dapat parking! Terima kasih Ajim,” katanya.

Video berdurasi 38 saat tersebut memaparkan rakannya itu terpaksa berlakon menjadi OKU di tempat ‘parking’ sebelum memasuki ke dalam pusat beli belah berkenaan.

Meninjau ke ruangan komen, posting diulang kicau sebanyak 243 kali itu menerima pelbagai reaksi netizen menyifatkan tindakan lelaki berkenaan mengambil kesempatan ke atas golongan OKU

Dah la parking OKU, berlakon cacat pula!

Dari luar sampai dalam ‘mall’, lelaki berlakon cacat demi dapat parking OKU

Ada lagi makhluk macam ni

Dari luar sampai dalam ‘mall’, lelaki berlakon cacat demi dapat parking OKU

Kemudahan untuk orang OKU dah la terhad

Dari luar sampai dalam ‘mall’, lelaki berlakon cacat demi dapat parking OKU

Sebab orang macam ni la aku malas nak keluar

Dari luar sampai dalam ‘mall’, lelaki berlakon cacat demi dapat parking OKU

Berdasarkan satu lagi video dikongsi oleh salah seorang daripada mereka, difahamkan rakannya itu bukanlah golongan OKU meskipun ramai yang mengatakan aksi tersebut dilihat seperti ‘real

“Dia suka buat hal kat tempat awam”

Dari luar sampai dalam ‘mall’, lelaki berlakon cacat demi dapat parking OKU

TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH:

“Ajim memang perform”

Dari luar sampai dalam ‘mall’, lelaki berlakon cacat demi dapat parking OKU

Sumber: TikTok

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.