Semasa

Dasar mak mulut ibl!s, Bertaubatlah mak. Terkebil kebil mak mertua tgk aku naik hntu

Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum, Cukup aku kenalkan nama aku Leona, Aku sudah berkahwin hampir 8 tahun dan ada dua orang anak. Selama hampir 8 tahun juga sehingga ke hari ini aku mengalami d3pression gara-gara sikap mak mertua yang suka membandingkan keluarga aku dengan anak-anak dia yang lain. Suami aku anak no. 2 dari tiga beradik, Ya, aku akui suami aku paling susah antara adik beradik dia yang lain.

”Mak tak nak lah tudung yang kau beli kat pasar malam ni, Adik dengan along belikan mak tudung kat butik”.

”Kau pakai beg duit jenama apa tu? adik dengan kau pakai jenama mahal-mahal tau”.

”Ler, kau belikan hadiah anak-anak adik dengan along ini aje? Belilah hadiah yang mahal-mahal, Adik dengan along kalau belikan anak korang hadiah mesti yang best-best”.

Korang baca korang stress tak ? Ini baru sikit aku tulis.. Yaa, tiada kata-kata yang baik setiap kali kami berjumpa dengan mak.

Suami? Dia suruh aku bersabar dan terus bersabar seperti mana dia bersabar dengan mak dia dari kecil hinggalah sekarang.

Tahun ke 7 kami berkahwin, Aku mula hilaang sabar sebab dia cakap anak aku tak normal dan macam budak terencat.

Di situ jugak aku maaki puas-puas pada mak mertua aku buat kali pertama dan terakhir aku hamun dia, aku kata ”Dasar mak mulut iblis… Bertaubatlah mak”.

Begitulah aku tengking dia. Terkebil-kebil dia tengok aku naik hantu. Suami tak berpihak pada sesiapa, Suami tak juga marah aku sebab maaki mak dia dan tak juga marah mak dia sebab buat aku saakit mntal.

Tiga bulan aku tak datang, tak jenguk mak mertua.

Mak? sikit pun dia tak kisah aku marah, sikit pun tak rasa serba salah.

Tiga bulan tu juga berat aku turun dari 60kg ke 40kg. Aku lebih suka berkurung dalam bilik. Aku tiada mood nak buat aktiviti harian dengan baik. Aku rasa PENAT.

Setiap kali aku basuh pinggan, basuh beras, aku dengar suara mak aku kat telinga aku ni, aku dengar suara dia yang suka membandingkan keluarga aku dengan orang lain.

Setiap kali mandi, aku dengar suara mak buruk-burukkan aku kat adik beradik dia di kampung. Aku tengah drive, aku dengar suara mak aku mengata-ngata aku.

Kadangkala, aku baling semua barang sebab nak hilaangkan suara-suara tu kat telinga aku.

Kadangkala aku menjerit sorang-sorang tapi suara tu tak hilaang. Aku cuba muhasabah diri aku kenapa aku jadi macam ni.

Yaa, sebab ada dendaam kat hati aku. Aku tak dapat maafkan mak mertua. Lebih rasa tertekan mak seperti tiada belas kasihan dan serba salah langsung.

Malah aku yang dikatakan menantu kurang ajar sebab cakap mak mertua mulut iblis, Adik beradik belah suami semua pulaukan aku dan semua update status kat media social cakap aku kurang ajar, tak ciium bau syurga. Allahuakbar…

Raya 2021 tahun ini aku mohon maaf kat mak mertua, aku mengalah tapi aku belum memaafkan, cukup sekadar nak jaga silaturahim, Allah… semuanya demi suami aku.

Aku kesian kadang serba salah dia nak jumpa mak dia disebabkan aku.

Aku kata pada suami, ”Jangan risau, aku tak paksa kau pilih aku, syurga kau kat mak kau tapi tolong jangan kata syurga aku pun pada mak kau”.

Suara-suara itu masih belum hilaang sehingga ke hari ini, Hari demi hari sabar dan sifat aku yang masih belum memaafkan telah menjadi dendaam.

Dendaam buat hati aku menjadi kotor. Macam mana tak dendaam dah 8 tahun mak mertua masih belum berubah, Aku baik macam mana sekali pun tetap tak ada kata-kata yang baik untuk keluarga kami. Ada sahaja yang tak kena.

Kenapa aku kata hati aku telah jadi kotor, sebab sekarang bila tidur aku ‘terpisah’ dengan dunia realiti, aku akan ‘berangan’ aku bnuh mak mertua aku, aku akan berangan aku jadi kaya supaya mak tak hina kami lagi.

Aku berangan yang mak mertua maati nanti hidup aku jadi aman dan damai. Yaa kadangkala aku tak cukup tidur sebab aku nak fantasi aku jadi realiti. Aku akan rasa marah bila aku bangun dah pagi sebab aku tak boleh nak ‘berkhayal’ lagi.

Jangan kata aku tak berdoa, puas sudah. Jangan kata suami tak mainkan peranan nasihatkan mak dia. Apa harus aku buat agar mak mertua berubah? Atau aku yang kena berubah terima sahaja buruk mak?

Tapi yang saakitnya aku.. Tengoklah aku sekarang demi nak jaga silaturahim suami dan mak dia, aku rasa aku SAAKIT.

Ini antara reaksi netizen untuk perkongsian daripada wanita malang ni.

Senora. Sis, saya bersimpati. Saya faham, berat mana memandang, berat lagi bahu yang memikul. Ni cadangan2 saya ye.
1. Dapatkan khidmat nasihat doktor. Boleh pergi ke Klinik Kesihatan berdekatan. Minta surat untuk refer ke pakar.

2. Mulai sekarang, tak perlu dah pergi rumah mertua. Ya, tak perlu. Biar suami je yang pergi menjenguk ibunya tu. Awak duduk di rumah. Kalau suami nak bawak anak, biarkan. Awak me time je sorang2 dekat rumah

3. Kalau ada dalam whatsapp group family mertua, leave group je. Block segala media sosial diorang. Tak payah stalk langsung. Biarlah diorang nak up status apa pun. Diorang nak pulau?lantaklah. Tak jejas pun.
4. Sayangi diri sendiri sis. Buat something yang sis suka buat.

Hanan.Mertua macam ni biasa panjang umurnya. esok lusa dia terlantar saakit kita jugak yang kena jaga. Takdenya anak2 yang disanjung tu nak jaga dia.

Macam ni la sis, Doa orang teraniaya tu makbul. Sis buat je solat tahajjud banyak2 doa kat Allah cakap yg sis teraniaya. Balasannya biar Allah je la yg balas

Fazidah. Fikirlah tt, awak buat mcm tu, tak makan, tak gembira, tak enjoy hidup sedangkan mak mertua yg ” jahat” tu tak rasa apa2 dia di sokong anak2 dia.

Tanya diri sendiri berbaloi ke? Kalau dendaam berbaloi ka balas dendaam mcm tu? Pada saya awak patut, dan terlebih layak hidup lebih baik dari org2 tu.

Kenapa tak hidup lebih baik? Ketawa, nikmaati hidup bersama keluarga. Lupakan mak mertua tu, biarkan dia dengan me ntaliti dia tu….

anggap rumah tt sebagai tempat paling selamat Dan terbaik, ubah me ntaliti, kesian mertua awak dia tak dapat nikmaati simple things in life….jangan buat kesalahan yg sama.

Kalau barang murah pun kalau sihat kita masih boleh nikmaati, kalau kena gaya, tak minum susu Mahal pun anak2 jadi anak2 yg soleh jangan risau, awak takkan masuk neraka kalau syukuri nikmat Allah,

saya yg gaji banyak ni pun tak beli makan beras basmathi hari2, tak pakai barang mahal2 sebab kita tahu, banyak lagi kebaikan yg kita boleh buat dengan duit yg ada, bukan untuk kita saja tapi untuk org lain sama.

Tinggalkan org2 malang yang tak tahu hidup sepenuhnya tu. Semoga dirahmaati Allah sentiasa.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *