Seorang YouTuber yang berdepan tuduhan membunuh wanita yang juga kekasihnya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Balik Pulau, hari ini.
Menurut laporan Harian Metro, tertuduh Abdul Jamal Ahmad mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan namun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada lelaki berusia 23 itu.
Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Nur Diyanah Harris di sebuah lokasi di Teluk Kumbar antara 9 pagi hingga 5 petang, 3 April lalu.
Sementara itu, mahkamah telah menetapkan 13 Julai ini sebagai tarikh sebutan semula sementara menunggu laporan bedah siasat.
Sekitar dua minggu lalu, tular beberapa posting di media sosial berhubung kematian seorang wanita yang didakwa dipukul oleh teman lelakinya sehingga parah sebelum disahkan meninggal dunia.
Sumber: Harian Metro (Zuhainy Zulkiffli)