Semasa

Dikecam biar anak hisap r0kok daun, Kak KM jelaskan – “Lebih risau kalau sorok2”

Baru-baru ini, usahawan sensasi Kak KM sekali lagi mengundang perhatian ramai apabila berkongsi video memaparkan gelagat ahli keluarga termasuk anak-anaknya menghisap rokok daun di laman Instagram.

Dikecam biar anak hisap r0kok daun, Kak KM jelaskan – “Lebih risau kalau sorok2”

Bukan itu sahaja, beberapa tangkapan skrin InstaStory miliknya turut tular di laman Twitter @MALAYSIAVIRALL memperlihatkan aksi sama sehingga dia dilabel sebagai ibu yang gagal membesarkan anak dengan cara baik.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Tidak berdiam diri, Kak KM atau nama penuhnya Liana Rosli tampil menjelaskan berhubung perkara tersebut dengan mengatakan dirinya masih waras dalam memberikan sesuatu kepada anak-anak.

“Saya bukannya bodoh nak beri anak hisap rokok ada tembakau.

“Dalam video tersebut anak saya hanya hisap rokok daun tanpa tembakau dan tiada barang yang boleh memudaratkan kesihatan,” katanya menerusi temu bual bersama mStar Online.

Bagaimanapun, Kak KM berkata dia mempunyai cara sendiri dalam membenarkan anak-anaknya berbuat demikian yang dianggap sebagai satu pengajaran berbanding mengambilnya secara sorok-sorok.

 

TONTON VIDEO DI BAWAH:

 

Sumber: mStar Online (Farol Hadi) , Twitter @MALAYSIAVIRALL , Instagram Liana Rosli

Leave a Reply

Your email address will not be published.