Bagaikan mimpi ngeri buat mana-mana pemilik rumah jika mendapat penyewa yang tidak bertanggungjawab dan pengotor.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Apa yang lebih menyakitkan hati apabila penyewa tersebut tidak pernah peduli untuk menjaga kebersihan rumah sewa tersebut.
“Dia bayar elok bilik. Jadi saya tak datang ganggu.
Ni datang pun budak-budak bilik lain mengadu dah 6 bulan bahagian bilik atas busuk jadi terpaksa spotcheck.”
Lebih mengejutkan lagi apabila penyewa yang lain mengatakan bahawa mereka tidak pernah melihat individu berkenaan masuk ke dalam bilik air untuk mandi mahupun pergi ke dapur untuk memasak.
Namun, mereka hanya bertemu apabila lelaki berkenaan keluar untuk membasuh kereta sahaja.
“Dia sewa bilik. Rumah kemas elok. Budak-budak lain yang sewa bilik jarang nampak dia.
Mandi pun tak pernah nampak masak pun tak. Jumpa masa cuci kereta saja.
Penampilan dia elok. Naik kereta mewah. Kerja elok.”
TONTON VIDEO DI BAWAH:
Bapak ahh kotor betul pic.twitter.com/I3XfKFinVT
— Kucing Meow (@ViralMalaysia7) January 22, 2022
Sumber: OhBulan