Semasa

Enggan rujuk semula, lelaki tembak mat! bekas kekasih

Berang permintaan untuk kembali bersama tidak dilayan, seorang lelaki tergamak menembak mati bekas teman wanitanya di luar asrama pelajar perempuan di sebuah universiti, lapor Daily Mail.

Saspek, Pukkapong Chittarom, 24, sebelum itu dilaporkan sedang mencari mangsa, Natchareeya Thaprajit, 21, di kawasan kediamannya di Bangkok, Thailand, pagi semalam.

LIHAT KOMEN NETIZEN DI BAWAH SEKALI

Natchareeya dan rakannya yang baru keluar dan dalam perjalanan ke kelas kemudian berhenti selepas ternampak bekas teman lelakinya itu.

Mereka berdua bertikam lidah seketika dan mangsa enggan mempedulikan lelaki itu dan mahu meneruskan perjalananan.

Tindakan mangsa menyebabkan saspek berang lalu mengeluarkan pistol, membuatkan mangsa berhenti seketika sebelum ditembak di bahagian dada yang mengakibatkannya maut serta merta di tempat kejadian.

Enggan rujuk semula, lelaki tembak mat! bekas kekasih

 

Menurut rakan mangsa, Natchareeya berkata, pasangan itu telah putus hubungan dan Natchareeya enggan berhubung dengan lelaki itu lagi.

“Mereka sudah mengenali masing-masing lebih kurang empat atau lima tahun, tetapi baru-baru ini mereka bertengkar. Natchareeya mengambil keputusan untuk berpisah dengannya.

“Kami keluar dari asrama pagi ini dan Natchareeya sangat marah apabila ternampak bekas teman lelakinya itu. Dia tidak mahu bercakap dengannya dan hanya mahu pergi ke kelas,” katanya yang masih terkejut dan trauma dengan kejadian itu.

“Saya terkejut, saya nampak dia (Natchareeya) ditembak di depan mata saya. Apabila saya nampak dia (saspek) memegang pistol, saya terus lari. Saya tak tahu nak cakap apa, saya tak tahu bagaimana dia tergamak melakukan perkara ini,” katanya.

“Paramedik membawa saspek ke hospital berdekatan untuk dirawat dan dikawal rapi oleh pihak polis.

ANTARA KOMEN NETIZEN:

“Polis akan menyiasat kes ini dan berhubung dengan keluarga mangsa,” katanya.

Sumber: The Nota

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *