Semasa

‘Fizi Kahwin Dengan Orang Salah Ke?’ – Kesal Isu Penceraian Jadi Topik Di Radio, Shakilla Khoriri Harap Tak Berulang Lagi

Tindakan penyampai radio, Suria FM iaitu Suraya Borhan menjadikan kisah rumah tangga sebagai topik bualan telah membuatkan pelakon Shakilla Khoriri tersinggung perasaan.

Selama ini buat pekak telinga..

Menerusi Instagram (IG) miliknya, Shakilla, 32, kesal apabila isu penceraiannya dengan penyampai radio Fizi Ali dijadikan bahan.

Katanya, selama ini dia membiarkan orang sekeliling meletakkan kesalahan atas dirinya namun itu tidak bermaksud akan selamanya tutup mulut.

Kisah saya dah berakhir…

'Fizi Kahwin Dengan Orang Salah Ke?' – Kesal Isu Penceraian Jadi Topik Di Radio, Shakilla Khoriri Harap Tak Berulang Lagi

Pemilik nama Nurul Shakilla Mohd Khoriri juga menyerahkan kepada pihak stesen radio tersebut untuk berbincang dan menyelesaikan isu yang telah timbul.

Mungkin dari penyampaian tuan badan atau dari gerak rasa sendiri. Kisah saya dah berakhir. Dan saya secara peribadi tidak menyalahkan pasangan saya. Tapi jangan cuba buat saya untuk sentuh apa yang tak sepatutnya dan akan membuka aib sesiapa. Cukup.

Saya tak boleh nak komen panjang pasal isu ini. Mungkin Suria Malaysia boleh buat perbincangan kecil dengan penyampai berkenaan. Atau mungkin boleh terangkan maksud penyampai terbabit.

Harap tak jadi lagi perkara macam ni..

'Fizi Kahwin Dengan Orang Salah Ke?' – Kesal Isu Penceraian Jadi Topik Di Radio, Shakilla Khoriri Harap Tak Berulang Lagi

Saya harap ini yang terakhir sebab saya takkan teragak-agak untuk ambil tindakan dari percakapan yang tiada tapisan dan berunsur fitnah atau memalukan.

Terdahulu, Shakilla berkahwin dengan Fizi pada 18 Februari 2018. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ameena Sofia kini berusia dua tahun.

Sumber: Instagram @shakillakhoriri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *