Kebelakangan ini, nama pemuda Ahmad Iqbal Zulkefli sering menjadi perbualan ramai di media sosial berhubung hasrat mahu berkahwin dengan usahawan sensasi Datuk Seri Vida (DSV).
Malah, pemuda berusia 27 tahun itu juga menerima kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya daripada usahawan tersebut baru-baru ini.
Terbaharu, adik iparnya yang dikenali sebagai Anes Ayuni turut sengaja melakukan ‘prank’ sebelum menghadiahkan sebiji kek yang tertulis ‘Selamat Pengantin Baru’.
“Saya fikir @ayunieso_ mual sebab dia sedang mengandung anak kembar. Saya bukan risau Ayunie muntah tapi lebih risau kalau dia buang kucing itu keluar. Sebab itu saya tak lepas. Tiba-tiba…
“Macam mana saya boleh terleka dengan plan mereka semua. Mereka masuk rumah, ada yang mahu tumpang mandi, mahu masak, minta saya tengokkan pasir kucing.
“Adakah saya perlu balas semula? Ada idea kita bagi ekstrem kali ni tolong sarankan saya,”
tulis bekas pembantu peribadi DSV itu di laman Instagram.
Menjengah ke ruangan komen, ramai tidak menyangka Ayuni adalah adik ipar kepada Iqbal kerana gadis itu sebelum ini pernah tular gara-gara mengidam bagi membeli sebuah kereta mewah jenis Lamborghini bernilai RM3 juta.
Malah, ada juga individu tidak sabar untuk melihat hubungan pemuda berkenaan bersama DSV berakhir di jinjang pelamin pada Disember akan datang.
VIDEO DI BAWAH SEKALI:
Sumber: Instagram Ahmad Iqbal Zulkefli