Semasa

Gaduh warga emas dan P0lis bantuan, anak tampil perjelas keadaan sebenar

GARA-GARA tidak tahan bapanya diejek, seorang wanita lantas tampil memperjelaskan di sebalik insiden pertengkaran sesama jiran yang tersebar di media sosial baru-baru ini.

Menurut pengguna Facebook, Sabrina SehJa, rumahnya sudah beberapa kali diganggu oleh sekumpulan kanak-kanak yang bermain di taman permainan berhampiran lokasi kediaman mereka.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Namun katanya, masalah mula timbul apabila ibu bapa kepada kumpulan berkenaan sering kali menafikan anak-anak mereka melakukan pelbagai kelakuan tidak elok kepada jiran tetangga.

“Kes ini bermula sejak 2020 dan berlanjutan sehingga sekarang.

“Ibu bapa mereka mengatakan bahawa mereka masih budak-budak dan sering terlepas.

“Mereka bermain bola di taman permainan berhampiran rumah kami dan bola itu terkena bumbung mengakibatkan ia pecah.

“Pada ketika itu, ayah saya kebetulan berada di hadapan rumah dan terdengar bunyi hentakan lalu melihat bola yang dimain oleh mereka mengenai atap bumbung rumah kami.

“Mereka ke rumah wanita warga Indonesia memakai baju putih selendang coklat cerah (isteri polis bantuan) tersebut seperti kelaziman kerana rumah berkenaan merupakan tempat melepak mereka sejak mula keluarga mereka menyewa di situ.

“Ayah cuba untuk bertanya tentang pelaku kepada mereka dan pada ketika itulah, munculnya wanita warga Indonesia tersebut memarahi ayah kerana dikatakan selalu mencari kesalahan anak lelakinya walhal ayah tidak pun menuduh anaknya.

“Ayah hanya sekadar mahukan kepastian siapa pelakunya.

“Tidak lama kemudian selepas ditelefon oleh isterinya, si suami (polis bantuan) datang dalam keadaan laju cuba untuk melanggar ayah saya tanpa usul periksa. Dia menyatakan ayah saya suka cari gaduh walhal semenjak mereka berpindah ke sini, anaknya punca segala-galanya terjadi,” katanya.

KOMEN NETIZEN:

Ujarnya, budaya menormalisasi serta membela anak tanpa usul periksa semakin menjadi sejak kebelakangan kerana mendapat ‘sokongan’ daripada ibu bapa.

“Jiran sekeliling juga tidak berani untuk masuk campur kerana mereka khuatir akan keselamatan dan gangguan oleh kumpulan terbabit seperti yang berlaku pada keluarga kami sehingga ini.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

“Kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula, adakah kenderaan bertulis PDRM dibawa balik ke rumah untuk kegunaan peribadi, mendatangkan kekacauan serta ketenteraman orang awam bertindak seperti pelaku dalam video tersebut? Mohon penjelasan,” menurutnya lagi. — Majoriti

Leave a Reply

Your email address will not be published.