Semasa

Gara-Gara Iri & Hasad Dengki, Sebak Lihat Ibu Sarat Hamil Meraung Dirawat Ustaz

Hanya kerana perasaan iri hati serta hasad dengki setelah melihat kesenangan serta kebahagiaan yang dikecapi orang lain, ada sesetengah individu sanggup menghantar ilmu guna-guna untuk kepuasan diri. Malah segala macam cara yang akan digunakan supaya dapat mendatangkan kemudaratan.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

YA ALLAH ANAKKU, BANYAK YG KAU DAH LALUI SEPANJANG 9 BULAN BERADA DALAM PERUT IBU

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul, itulah perumpamaan yang dapat digambarkan setelah melihat sendiri kejadian menimpa seorang wanita bernama Nelyssa ini. Disaat diri sedang sarat hamil, dia diuji hebat apabila terkena buatan orang sehingga meraung-raung saat dirawat oleh seorang ustaz.

KAMI NI TAK HEBAT DAN TAK KAYA MANA PUN..CARI REZEKI NAK BESARKAN ANAK2

Terdahulu, si suami yang bernama Afiq Zulkifly sempat menceritakan kedai yang diusahakan mereka sebelum ini pernah dihantar ilmu sihir. Malah pernah pekerja mereka terjumpa satu bungkusan tuala wanita berisi duit syiling serta ranting bersama nota berbunyi “Neli tutup” di belakang kedai. Malah isterinya juga kerap kali mimpi seram dan merasakan bisa di badan dan kaki.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen cukup sebak saat melihat Nelyssa menjerit menahan perit ketika terima rawatan. Malah masing-masing tidak menyangka ada individu tidak bertanggungjawab sanggup menghantar perbuatan syirik tersebut kepada ibu mengandung itu.

TONTON VIDEO DI BAWAH:

VIDEO 1:

VIDEO 2:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AfiqZulkifly (@azrlafiq)


Kredit: Instagram azrlafiq & nellysa 

Leave a Reply

Your email address will not be published.