‘Kejayaan’ 6 tahanan Palestin yang berjaya melarikan dii dari penjara Israel merupakan satu tamparan hebat buat rejim zionis.
Mana tidaknya, tahap kawalan keselamatan pihak penjara Gilboa yang di bawah kepimpinan Naftali Bennet itu dipercayai menjadi punca enam tahanan Palestin meloloskan diri dari penjara di utara Israel tersebut.
Menerusi laporan dari BBC, enam tahanan itu telah menggali terowong di bawah singki di dalam bilik penjara hanya menggunakan sudu karat tanpa disedari pengawai penjara.
Susulan daripada berita tersebut, rata-rata penduduk Palestin telah meraikan hal itu dengan meninggalkan pelbagai kata-kata ‘ejekan’ kepada pihak Israel diatas kelemahan sistem kawalan keselamatan mereka.
The Real story of Prison Break ??
Sep, 6th 2021#نفق_الحريه #سجن_الجلبوع #الجلبوع #فلسطين pic.twitter.com/8OU2RcVx3J— Ibrahim – UX UI Designer (@ibrahimsafady) September 6, 2021
'The freedom tunnel': Israel prison break celebrated by Palestinianshttps://t.co/3BKoz5K7n5 pic.twitter.com/XthakoGsfi
— Middle East Eye (@MiddleEastEye) September 6, 2021
Susulan daripada insiden memalukan berkenaan, Israel bertindak memindahkan tahanan-tahanan di penjara Gilboa ke penjara lain kerana takut lebih banyak lubang yang telah berjaya dibina.
Difahamkan, lima daripada tahanan itu merupakan anggota Jihad Islam manakala seorang lagi merupakan bekas komander kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan Fatah.
Pihak penjara juga mengesahkan salah seorang tahanan yang berjaya lari itu adalah bekas komander Briged al-Aqsa, Zakaria Zubeidi.
Setakat ini, pihak Israel sedang melakukan operasi besar-besaran digerakkan di Tebing Barat untuk mengesan enam individu berkenaan.
Sumber: BBC News, Twitter @MiddleEastEyes, @ibarahimsafady
http://gjgjgjgdgs.com