Semasa

Ibu bersalin tanpa sengaja, bayi maut terjatuh dalam mangkuk tandas

Tindakan seorang ibu hamil yang mahu membuang air besar bertukar tragedi apabila bayi dalam kandungan berusia tujuh bulan dilahirkan tanpa sengaja di dalam mangkuk tandas di rumahnya di Sekinchan, petang tadi.

Menerusi laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.

Ibu bersalin tanpa sengaja, bayi maut terjatuh dalam mangkuk tandas

Difahamkan, lebih mengundang pilu apabila bayi tersebut dipercayai terjatuh ke dalam mangkuk tandas dan meninggal dunia.

Ibu bersalin tanpa sengaja, bayi maut terjatuh dalam mangkuk tandas

Menurut Norazam, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sekinchan mengambil masa kira-kira 10 minit untuk memecahkan mangkuk tandas bagi mengeluarkan bayi berkenaan.

“Bayi terbabit telah disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ibu bayi berkenaan telah dihantar ke Hospital Tanjong Karang menggunakan ambulans,” katanya.

 

 

 

 

 

 

 

Ibu bersalin tanpa sengaja, bayi maut terjatuh dalam mangkuk tandas

Sumber: Sinar Harian (Mohd Izzatul Izuan Tahir)

Leave a Reply

Your email address will not be published.