Semasa

Ibu cerita detik cemas, dah tutup mata sedia hadap ajal – “Anak letak dalam box”

Umpama nyawa di hujung tanduk, itu dapat digambarkan dengan situasi seorang wanita yang berdepan detik cemas apabila terperangkap di dalam rumahnya akibat banjir di Taman Karak Indah, Karak, Pahang pada Sabtu lalu.

TONTON VIDEO DI BAWAH SEKALI

“Tolong, tolong ya Allah. Air makin tinggi. Ya Allah, tolong selamatkan anak saya je, yang lain saya tak fikir. Minta ampun bang, ampunkan mama. Takde orang selamatkan mama bang,” itu antara bait-bait ‘wasiat’ ditinggalkan Suriyati”

Tambahnya, dia sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan selepas hampir empat jam menjunjung kotak plastik berkenaan selain hilang kata-kata apabila melihat bayinya yang kesejukan dan kelaparan.

“Dik (anak), adik tutup mata. Mama pun tutup mata. Mama rasa ni adalah takdir kita berdua, dah memang takde orang selamatkan kita. Abah takde, orang lain pun takde. Anak peluk saya erat, tutup mata,” ujarnya.

Bagaimanapun tanpa diduga, takdir masih menyebelahi wanita tersebut apabila dua anggota bomba tiba untuk menyelamatkan dua beranak terbabit seolah-olah diberi peluang kedua untuk bernafas.

ANTARA KOMEN NETIZEN:

TONTON VIDEO DI BAWAH:

Sumber: TV3

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.