Connect with us

OH TRENDING

“Ibubapa tolonglah, pngasuh bukan org gaji”. Atas alasan dibayar, makbapa ambil kesempatan.

Published

on

Foto sekadar hiasan.Permintaan Seorang Pengasuh.

Saya perkenalkan diri sebagai N. Saya mula bekerja sebagai pengasuh ketika umur saya awal 20-an.

Lepas habis belajar, susah nak dapat kerja yang bagus so ada kerja kosong masa tu try saja apply. Diterima dan terus mula bekerja di sebuah taska.

Saya dah berjumpa dengan ramai budak dan ibu bapa. Mereka ada pelbagai ragam dan kadang kadang boleh buat kita panas hati juga.

Atas alasan mereka bayar perkhidmatan kita so mereka rasa mereka bebas nak perlakukan kita sesuka hati mereka.

Kami pengasuh tak minta banyak sebab kami tahu kerja kami bagaimana. Tapi ibu bapa tolong ada empati.

Saya tahu tak semua parent tu teruk sebab saya juga dah jumpa ramai parent yang baik dan langsung tak berkira.

Bila anda plan nak hantar anak untuk dijaga oleh pengasuh atau taska, tolong ambil manfaat apa yang saya tulis ini.

1. Jika sesudah cuti bersalin anda akan bekerja, latih baby minum susu dengan menggunakan botol seawal yang boleh.

Bukan besok nak hantar ke taska, hari ni baru ajar anak. Tak boleh. Kerana nanti anak anda akan meraung macam kena dera sebab dia tak biasa dengan puting tiruan.

Tolong ya. Ini penting. Baby akan meragam sepanjang masa sebab lapar dan tak pandai menyusu dengan flow puting tiruan. Pilihlah puting yang sesuai untuk bayi anda.

2. Untuk bayi lagi, jangan biasakan baby anda tidur dengan keadaan sekian sekian.

Sebagai contoh, “anak saya kalau nak tidur kena dodoi sambil dukung ke sana ke mari.” Atau, “anak saya suka tidur berkepit dengan saya, baru dia tidur lama.”

Hello, tolong ye. Tak boleh. Di taska tiada pengasuh yang boleh buat macam tu.

Kami ada banyak lagi tugas lain dan bukan nak jaga anak awak seorang. Pengasuh persendirian pun tak sanggup nak jaga baby yang high demand. Trust me.

Jangan amalkan suka dukung dan pangku anak setiap masa sebab bila dihantar kepada pengasuh, anak anda akan nak dilayan sebegitu.

Kena biasakan juga mereka di tilam sahaja supaya mereka biasa dan takkan melalak jika ditinggalkan sekejap.

3. Anak yang berumur 1 tahun ke atas, tolonglah mandikan sebelum hantar kepada jagaan pengasuh setiap pagi. Sekurang kurangnya kau mak-mak tolonglah salin diaper anak kau.

Dah la hantar anak tak mandi, bau hancing sebab diaper penuh. Nak bawa keluar dari kereta pun kau tak sanggup nak dukung rapat dengan badan kau tapi teganya kau hantar anak kau kepada pengasuh dalam keadaan macam tu.

Sesekali mungkin boleh diterima, kalau setiap hari tolong ubah sikap ini. Jangan jadi mak yang malas.

4. Ambil anak tepat pada waktunya jika tidak mahu dicas overtime. Masalah ni kalau di taska mungkin bukan masalah besar sebab pihak taska memang akan cas dalam yuran.

Tapi bila melibatkan pengasuh persendirian kebanyakan parent kedekut betul nak bayar ot kepada pengasuh.

Dan pengasuh pula tak sampai hati nak cas lebih. Anak kau dah seharian tinggal dengan pengasuh, ambillah di waktu yang tepat.

Disebabkan saya sekarang cuba mengasuh secara persendirian, saya kerap hadap masalah ini.

Siap call dulu kita untuk cakap ambil anak lewat sebab nak balik rumah dulu untuk masak makan malam atau kemas rumah.

Hello, pengasuh bukannya orang gaji anda ya. Cukup masa mereka bekerja, sila ambil anak anda. Kalau nak tunggu sampai anda siap masak untuk makan malam, agaknya sampai pukul berapa anak anda di rumah pengasuh?

5. Jangan minta pengasuh jaga anak di hujung minggu. Ini kerap terjadi kepada mana mana pengasuh.

Alasan nak keluar beli barang dengan suami taknak bawa anak. Macam mana pengasuh nak tolak kalau dah ada depan rumah.

Pengasuh pun nak berehat di hujung minggu. Nak habiskan masa dengan keluarga.

Bagi mereka rest dari jaga anak anda. Mereka pun ada urusan mereka di hari cuti.

Melainkan ada hal kecemasan dan ini melibatkan budi bicara pengasuh. Kalau mereka menolak, ibu bapa tidak boleh memaksa.

Saya pernah diminta menjaga seorang anak ini kerana ibunya mahu pergi ke salon untuk rebonding rambut. Dan ada juga sengaja meninggalkan salah seorang anak sebab nak bawa yang seorang lagi berjalan.

Kenapa ya? Kenapa pilih pilih anak macam tu? Sepanjang minggu dah mereka bersama pengasuh, hujung minggu spendlah masa berkualiti bersama sama.

6. Untuk ibu yang kerja shift, carilah pengasuh yang mampu ikut jadual shift anda.

Jangan pandai awal awal sebelum hantar berjanji akan ikut waktu pejabat tapi bila dah hantar tiba tiba ikut shift anda.

Kebanyakan pengasuh tidak mahu menjaga anak yang ibunya bekerja shift lebih lebih lagi melibatkan waktu malam.

Jadi, carilah pengasuh yang sesuai supaya tidak ada masalah di kemudian hari.

7. Suami anda kena supportive. Kalau anda ada hal urgent, mintalah suami ambil anak di taska atau di rumah pengasuh.

Ramai yang saya jumpa, bapa bapa tak involve bab hantar dan ambil anak. Semuanya serah bulat bulat pada si ibu.

Sebagai bapa, tugas menjaga anak bukan terletak di tangan seorang ibu semata mata. Isteri ada hal, andalah yang datang ambil anak. Bukannya anda berehat di rumah.

8. Jangan berkira dengan pengasuh. Jika anda tak berkira dengan pengasuh, mereka juga tak akan berkira dengan anda.

Tapi kalau anda pun terlalu cerewet itu ini dengan hal yg remeh temeh, pengasuh pun jadi tak seronok nak jaga anak anda.

9. Jika dalam persetujuan anda dan pengasuh untuk jaga seorang anak, maka hantarlah seorang. Jangan pula tiba tiba tumpangkan si kakaklah, tumpangkan si abanglah. Jangan.

Kalau nak hantar dua orang, deal untuk dua orang. Bayarlah untuk dua orang.

Pengasuh mencari rezeki dengan mengasuh anak anda bukannya volunteer jaga anak anda percuma.

10. Jika pengasuh bermasalah seawal minggu pertama mereka menjaga anak anda, cepat cepatlah tukar kepada pengasuh yang lain.

Jangan ada sikap bersangka baik tak kena tempat. Pastikan anak anda serasi dengan pengasuh.

Kunjungi mereka sebelum membuat keputusan untuk meninggalkan anak anda dalam jagaan mereka.

Lihat persekitaran dan suasana dalam rumah mereka supaya tidak timbul isu di lain hari. Ini paling penting untuk anda sebagai ibu bapa.

Setakat ni sahajalah untuk panduan kita bersama. Semoga kita masing masing akan mendapat manfaat.

Maaf andai ada kesilapan dalam menulis, sila buat teguran supaya saya juga dapat ambil pelajaran.

Pastikan anda memilih pengasuh yang berdaftar. Pengasuh persendirian juga perlu berdaftar. Ini penting.

Sekian terima kasih.

Reaksi warganet

Nur Fazliyatun –
I ada anak. Dan i bukan pengasuh pon. Cukuplah mengasuh anak anak sendiri je. Kalau anak orang memang tak lah sebab sejenis yang ‘kureng’ sikit dengan budak.

Please ya ibubapa, Apa yang confessor cakap semua betul. Jangan ambil kesempatan. Pengasuh tu satu pekerjaan bukan sukarela.

Hana Nur –
Pengasuh ni kerja yang sangat berat, tanggungjawab sangat berat. Tapi upah standard terlalu murah bagi aku. So memang sesuai la syarat syarat yang dinyatakan tersebut. Murah gile harga pengasuh kat malaysia ni.

Syukurla kalau dapat pengasuh yang tak mendera tu. Penat weh ngasuh budak. Kalau tak caye cuba jaga anak orang sehari je. Tak sempat ko nak jaga rumahtangga sendiri sebab sibuk jaga anak orang.

So syarat syarat dalam list ni memang tak terlalu berat. Lagi satu jadi pengasuh janganla lembut hati sangat nak tolong jagakan anak orang time weekend. Upah kena lebihla kalau weekend kena kerja.

Mlm Shahrieza Hanim –
Semua point betol. Tapi satu jee. Balik kerje amik anak 6pm berak anak tak basuh. Sedangkan orang taska tu dok pegang pegang anak. Takkan tak bau kot???

Sekali dua as parent boleh terima. Tapi kalau setiap hari gitu. Hmm letih. Semua requirement yang pihak taska/pengasuh beritahu mandi kan sebelum hantar dan lainlain we as a parent semua follow. Tak ada bantah. Sebab kite faham.

Tapi takkan bende bende budak tu berak tanak basuh nak biar kan parents basuh lepas balik keeje ke??? *pengalaman hantar anak ke taska*

Farah Anne –
Ingatlah pengasuh pun manusia juga, jangan ingat kita je nak ‘me time’ pengasuh dah jaga anak korang Isnin sampai Jumaat janganlah tiba tiba hantar anak hari weekend.

Kita sendiri pun penat nak hadap kerenah anak anak sendiri yang hari hari membesar macam macam benda nak explore. Penyayang macam mana pun pengasuh anak kita tu jangan lah diambil kesempatan dia pun ada keluarga juga.

Adra Dila –
Ni saya setuju. Saya hantar anak kat jiran memang deal macam tt ni buat. Anak saya hantar dari lepas habis pantang memang selalu mandikan dulu. Kalau tak sempat mesti tukar pampers dia. Kalau saya cuti hari biasa tak hantar pun. Hujung minggu memang tak kacau langsung.

Walau banyak hari tak hantar memang bayar full. Makanan, baby equipment memang saya hantar terus semua walaupun sabun basuh pinggan. Sebab kita sayang anakk kitaaaa hiuhiu

Mirza Umairah –
Alhamdulillah setakat ni pernah hantar ke 4 orang pengasuh. Yang sekarang ni memang ngam terus dengan anak dan maknya skali. Orang felda, memang tak berkira langsung.

Pernah masak @ belikan makanan terus untuk anak tapi pengasuh cakap tak perlu sebab dia memang masak untuk anak. Pernah juga bayar lebih sebab ada masa memang kerja menimbun terpaksa kerap balik lambat @ hantar hujung minggu, dimarahkan kita ni sebab bayar lebih.

Sangat cekap jaga anak saya sebab kalau kat rumah anak saya memang reti tido dengan saya je. Saya memang sediakan buai kat rumah pengasuh dan anak memang senang tido dengan pengasuh.

Kalau belikan snek biskut biskut untuk anak pun dia tak bagi katanya dah banyak kat rumah dia. Sudahnya, hubungan kami memang rapat betul. Kalau gi amik anak komfirm borak dulu dalam setengah jam.

Tak pernah lagi saya bayar separuh walaupun sebulan pernah hantar anak seminggu je. Anak saya pun nampak sayang kat pengasuh dia asal nak balik je dipeluk peluk diciumcium pengasuh tu.

Intan Abadi –
Saya pun pernah hantar anak anak ke pengasuh. Yang duduk rumah orang memang tak mandi pagi. Tapi pampers dah tukar. Sebab kalau tak hantar ke orang pun, bangun pagi mesti terus salin.

Bila dah besar sikit (toddler) ada yang ke taska. Yang ni memang saya mandikan pagi pagi. Anak happy, pengasuh pun happy (sebab at least kurang satu budak kena mandikan kot… hehe).

Hari cuti memangla tak hantar. Masa kat tempat kerja pun tak sabar oi nak balik jumpa anak, inikan pulak hari cuti nak gi hantar… huhu.

Hani Iera –
Betoi sangat apa yang dikata. Ada kawan jadi pengasuh, dapat parent yang “terlalu rajin”.

Macam mana budak tu balik, macam tu laa esok pagi pergi rumah pengasuh. Pakaian yang sama, diapers yang sama tak bertukar walaupun ada air kencing.

Selalu jadi balik keja terus balik rumah rehat tidur dulu. Dah lewat baru ambik anak anak dari pengasuh. Dia ingat dia sorang jaa yang letih keja kat ofis. Pengasuh lagi berganda letihnya jaga anak2nya yang bernyawa tuu.

Bayaran lebih masa kedekut nak bagi. Pakaian anak anak semua pengasuh cuci bukan setakat jaga anak2nya jaa. Jenis tak reti bersyukur.

Ada jugak parent yang sanggup tinggal anak kat pengasuh bila nak balik bermalam di kampung alasan kematian saudara. Susah katanya bawak anak. Pelik sungguh perangai…

Orang lain ada anak, kita pun nak anak. Tapi malaih. Tak cukup sorang tambah lagi anak. Tapi malaih tu tak berubah… Spesis apakah !?

Sumber – N (Bukan nama sebenar) via IIUMC.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OH TRENDING

Remaja Munt4h Hijau, Hampir Diragut Nyaw4 Akibat V4PE

Published

on

By

Beberapa tahun kebelakangan ini, tabiat penggunaan rokok elektronik (e-rokok) atau lebih dikenali vape semakin meruncing.

Ini berikutan ramai menganggapnya mampu mengalihkan ketagihan pada rokok konvensional.

Penggunaannya juga semakin meluas dalam kalangan remaja di bangku sekolah serta mereka yang tidak merokok.

Ini kerana vape telah dilihat trend atau gaya hidup serta tidak memudaratkan.

Lagi memburukkan keadaan peranti itu dicipta dalam pelbagai bentuk, saiz, cecair itu di salahguna.

Perasanya dimasukkan sebatian kimia sekali gus menjadikan ramai ketagih serta berubah kepada dwi-pengguna, rokok dan vape serentak.

Timbalan Dekan (Jaringan dan Penjanaan), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata penggunaan vape itu umpama keseronokan terlarang dalam kalangan remaja yang seharusnya ditangani segera.

Katanya, vape tidak sekadar mempunyai bahan kimia berbahaya tetapi memancing populasi bukan perokok untuk mencubanya.

Ini kerana didakwa tidak bahaya selain mengalihkan ketagihan pada rokok konvensional.

Tabiat merokok antara penyebab kematian utama dalam kalangan rakyat Malaysia.

Statistik menunjukkan sekurang-kurangnya 10,000 perokok meninggal dunia dalam setahun, punca menghidap kanser, kerosakan paru-paru dan lain-lain.

“Sebenarnya e-rokok diperkenalkan sebagai alat menghentikan tabiat rokok bagaimanapun ia berubah menjadi popular dari segi gaya hidup dan mencerminkan jiwa remaja selain menarik minat wanita dan kanak-kanak mencubanya.

“Di negara membangun penggunaan vape banyak kelemahannya tidak seperti negara maju yang ada membenarkannya tetapi mereka mempunyai peraturan dan penguatkuasaan ketat,” katanya.

Itu antara perkara yang disampaikannya dalam Syarahan Perdana Profesor mengenai Rokok Elektronik.

Dr Sharifa Ezat berkata, apabila ada negara mengharamkannya, wujud lambakan bahan dan vape haram yang dibawa masuk ke dalam pasaran.

Sekali gus menjadikannya sukar untuk dikawal, lalu memberi kesan negatif terhadap masyarakat serta mewujudkan ramai pengguna dwi-pengguna, merokok dan menghisap vape.

“Produk formulasi haram ini juga antara penyebab kematian di mana di Amerika sudah 47 orang di Amerika pada 2019, akibat EVALI (kerosakan paru-paru akibat vape), di mana bercampur cecair e-jus dengan minyak ganja dan Vitamin E acetate.

Hanya kerana gemar menghisap asap vape, seorang remaja lelaki hampir kehilangan nyawa.

Ewan Fisher, 19, terpaksa dikejarkan ke hospital setelah mengalami muntah hijau dan sesak nafas selepas empat bulan menghisap vape.

Dia memerlukan mesin sokongan hayat dan diletakkan dalam rawatan intensif apabila organnya gagal berfungsi selain memerlukan paru-paru buatan untuk mengepam oksigen melalui badannya.

Namun Remaja dari Nottingham itu dipercayai mengalami tindak balas imun berlebihan terhadap bahan kimia yang terdapat dalam vape.

Dia telah diagnos hipersensitiviti pneumonitis (HP) sepenuhnya di mana kantung udara dan saluran udara dalam paru-paru menjadi radang.

Keadaan ini dicetuskan oleh tindak balas alergi terhadap bahan kimia yang terdapat dalam vape.

Remaja itu mendedahkan telah berhenti menghisap rokok setengah bungkus setiap hari pada usia 16 tahun bagi memberi tumpuan kepada latihan tinju dan beralih kepada vape.

‘Saya jangkakan dengan beralih kepada vape, ianya lebih sihat dan menyertai tinju membuatkan saya lebih selesa,” katanya.

Bagaimanapun mesin sokongan hidup telah menyelamatkannya dan berada di hospital selama sebulan dan tidak pulih sepenuhnya sehingga satu tahun lebih.

Dia yang kini belajar di kolej memberi amaran kepada orang ramai agar tidak beralih dari rokok kepada vape.

“Kepada orang yang sudah merokok, jumpalah doktor untuk mendapatkan bantuan. Janganlah beralih kepada vape.

“Kepada remaja yang memikirkan vape itu sesuatu yang baik, itu tidak benar,” katanya.

INFO: E-rokok, vape

• Mulai Januari lalu KKM melaksanakan larangan menghisap rokok dan vape di semua tempat makan di seluruh negara.

• Disember 2019: KMM masih mengkaji sama ada penggunaan e-rokok dilarang ataupun dibenarkan dengan kawalan pada masa akan datang.

• 3kementerian kawal selia penggunaan e-rokok, iaitu KKM, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bertanggungjawab mengawal selia penggunaan dan penjualan e-rokok dan vape di negara ini.

Continue Reading

OH TRENDING

Bilik Tido ada 2 je, Lps abg Kawen Mak Abah tido luar, Malam tu ada bunyi buat kakak xleh tido

Published

on

By

Terima kasih kerana sudi membaca. Kisah yang saya nak share ni, mungkin biasa², tapi konflik ni selalu menganggu kehidupan para wanita sekalian.

Jadi, jom mulakan penggembaraan ke dalam dunia saya. Saya anak ketiga daripada empat orang adik beradik.

Saya ada Kakak, ada Abang, ada Adik. Lengkaplah kiranya hidup saya ni. Sepatutnya saya bersyukur, yes saya bersyukur sangat.

Cuma kat sini saya nak ceritakan kisah akak saya. Yang saya rasa, kisah dia sangat tragis.

Kakak sulung saya tahun ni berusia 33 tahun, belum berumah tangga.

Dulu Kakak saya sangat periang, dia rajin bawa kami jalan² sebab dia takde kawan sangat untuk travel.

Oh ya, Kakak saya misi, so nak cuti dengan kawan sama² tu susah. So, saya dengan family lah yang untung.

Jalan penyelesaiannya adalah bayar jugaklah. Kami keluarkan saving untuk bayar.

Then Kakak saya paling banyak contribute walau dia maki berbakul.

Tapi sebab tak sanggup tengok Mak Ayah menangis, dia buat juga.

Dia cuba ikhtiar cari abang saya, call tempat kerja kat sana tanya semua.

Dipendekkan cerita, dapat kesan abang saya.

Kakak saya menangis teruk kot, saya tak pernah tengok dia menangis sebab dia hati kental, jiwa sado.

Dapat tahu abang saya tidur pun tepi kaki lima jer kat sana. Dia usahakan bank in duit suruh abang saya balik rumah. Sampai rumah, takde siapa persoalankan.

Mak pun diam jer. Terima je la. Redha. Menanggung hutang jer lah lepas ni.

Sebab tanya dia kenapa pinjam banyak sangat pun tak nak jawab.

Lepas abang saya kahwin, bertambah satu oktaf kemurungan Kakak saya.

Mak Ayah saya kena la tidur ruang tamu sebab kat rumah ni ada dua bilik jer.

Bilik pertama saya dengan Kakak saya. Bilik kedua dia laki bini.

Bil rumah semua Kakak saya bayar, dia laki bini hulur duit kat mak je la.

Yang mak taknak cerita berapa jumlahnya. Segala macam nak repair kat rumah ni Kakak saya hulur duit, memang dia bayar.

Mak saya boleh tahan dia demand, tengok Kakak saya dapat gaji lebih sikit dia minat langsir, sofa baru, kabinet la. Hurmm sabo la yeopp.

Kakak ipar saya ni baik jer, cuma dia terlampau nak mengambil hati mak mertua, sampai nampak silap banyak kat Kakak saya.

Kadang² Kakak saya baru balik kerja malam, of course nak tidur. Dia dah ketung ketang kat dapur buat sarapan.

Saya tak reti comfort orang. Kesian dia. Saya rasa macam nak bawa Kakak saya jumpa psychiatric jer sebab dia dah murung tahap melampau.

Dia senyum tapi kosong. Dia tengok maharajalawak, tapi dia diam jer. Takde reaction weii. Apa jadi dengan deria dia?

Saya ajak dia pergi cameron, cakap nanti saya belanja. Dia kata simpanlah duit kau nanti untuk kau honeymoon.

Selalu dia cakap, rumah orang tua² boleh booking awal? Saya nak booking dulu la untuk saya.

Saya pernah suggest, Kak, jomlah kita pergi kerja kat kl.

Boleh enjoy. Release stress. Kau boleh ada ‘me time’ Dia jawab ‘Tak boleh, appoitment mak, appoitment nenek nanti siapa nak bawa pergi hospital.

Ubat diorg sape nak tengokkan.’ Saya doakan dia jumpa lelaki yang sempurna untuk dia.

Kakak saya baik sangat. Cuma dia terlampau menghambakan dia untuk keluarga.

Dia memang garang sikit dengan lelaki. Sebab dia sangat overprotective. Doakan juga emosi dia sembuh dan emosi dia kembali stabil.

P/s: Saya tukar sikit² dalam cerita ni. Sebab nanti dia baca. Saya tahu dia baca. Sebab dia selalu layan kat sini.

Saya sayang kau Kak, saya hold dulu nak kawin, sebab saya nak kita kawin sama².

Saya nak misi saya bagi kau senyum bahagia dulu tercapai. Untuk pakwe saya, kau tunggu dulu.

Continue Reading

OH TRENDING

Tau tak, Ruhainies Dapat Beg Tangan Puluhan Ribu Dari Pakwe Dia

Published

on

By

AHLI perniagaan yang juga kekasih hati pelakon Ruhainies yang dikenali sebagai Mr. E menghadiahkan beg tangan mewah edisi terhad.

Ini sempena ulang tahun kelahiran yang ke-28 pelakon itu semalam.

Mr. E berkata, dia sudah menghadiahkan lebih enam beg tangan kepada pelakon itu dan setiap satu dianggarkan bernilai puluhan ribu.

“Sebenarnya, Ruhainies amat menyukai beg tangan.

Beg tangan terbaharu yang saya hadiahkan sempena ulang tahun kelahirannya adalah beg yang keenam buatnya.

Sebelum ini pun, saya ada hadiahkannya beberapa aksesori lain seperti jam tangan.

“Macam beg tangan, harganya tidak perlulah saya kongsikan.

Cuma ya, saya boleh kata dalam puluhan ribu. Hadiah istimewa untuk yang tersayang, mengapa tidak?

“Lagipun saya memang suka berikan hadiah edisi terhad yang tidak mudah didapati di mana-mana untuk Ruhainies.

Bagi saya, dia seorang yang cukup istimewa di mata dan ia bukti cinta sejati saya terhadapnya”

Dia berkata ketika ditemui pada majlis sambutan hari jadi Ruhainies yang diadakan di Hotel W, di sini, semalam.

Selain kelibat Mr.E, majlis terbabit turut dihadiri rakan terdekat dan peminat tercinta pelakon itu.

Menurut Mr E, dia mengakui sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai suami kepada aktres itu.

“Saya sudah bersedia menjadi suaminya sampai bila-bila. Hal ini juga sudah kami bincangkan secara serius.

“Insya Allah jika tiada aral melintang, kami akan mendirikan rumah tangga selepas kakaknya berkahwin, sebagaimana permintaan ibu bapa Ruhainies.

“Kalau bukan tahun ini, kami mungkin akan mendirikan rumah tangga tahun hadapan.

Apa pun, kami akan kongsikan berita gembira itu kepada semua nanti. Doakan yang terbaik,” katanya.

“Saya Sudah Bersedia Menjadi Suaminya”

“Saya mengharapkan yang terbaik untuk dia.” Itu harapan kekasih kepada pelakon Ruhainies yang hanya mahu dikenali sebagai Mr.E bersempena dengan ulang tahun kelahiran bintang itu yang ke-28.

Mendoakan kesejahteraan serta dilingkari kebahagiaan di dalam hidup, usahawan tersebut juga mendoakan Ruhainies berjaya dalam kerjaya seninya.

“Ini kali ketiga kami meraikan sambutan hari jadi bersama. Alhamdulillah, setakat ini hubungan kami baik-baik sahaja.

“Semoga dipermudahkan untuk ke fasa seterusnya, insyaAllah,” katanya kepada MH pada majlis sambutan hari jadi Ruhainies yang diadakan di Hotel W, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Bertemakan hijau dan putih, turut sama meraikan hari istimewa Ruhainies termasuk rakan terdekat serta peminat artis berkenaan.

Ditanya apakah pemberian yang diberikannya buat Ruhainies, Mr.E memberitahu dia ada mamberikan sebuah hadiah beg tangan mewah edisi terhad.

“Sebenarnya, saya memang tahu akan kegemarannya. Ruhainies sukakan beg tangan dan ini merupakan hadiah beg yang keenam buatnya.

“Sebelum ini pun, saya ada hadiahkannya beberapa aksesori lain seperti jam tangan.

“Harganya tidak perlulah saya kongsikan…

Cuma ya, harga beg tersebut dalam puluhan ribu. Hadiah istimewa untuk yang tersayang, mendapa tidak?

“Lagi pun saya memang suka berikan hadiah berupa edisi terhad yang tidak mudah didapati di mana-mana untuk Ruhainies.

“Dia seorang yang cukup istimewa di mata dan ia bukti cinta sejati saya terhadapnya,” jelasnya lagi.

Mengakui sudah bersedia untuk bergelar suami kepada pelakon Jejak Karmila itu, Mr.E sudah merancang untuk mendirikan rumah tangga bersama Ruhanies, selepas kakaknya Risteena selamat mendirikan rumah tangga.

“Saya sudah bersedia menjadi suaminya sampai bila-bila. Hal tersebut juga sudah kami berbincang secara serius.

“InsyaAllah jika tiada aral melintang, kami akan mendirikan rumah tangga selepas kakaknya berkahwin, sebagaimana permintaan ibu bapa Ruhainies.

“Kalau bukan tahun ini, kami mungkin akan mendirikan rumah tangga tahun hadapan.

Apapun, kami akan kongsikan berita gembira itu kepada semua nanti. Doa-doakan ya,” akhirinya.

“Bukan nak kata berlagak… Ikutlah kemampuan diri… Aku alhamdulillah boleh bersama isteri yg ikut apa yg aku beri…

Dan memahami apa yg aku mampu n tidak mampu…

Dan alhamdulillah juga hubungan kami sudah ada rezeki dpd Allah 5 org anak sehingga hubungan dikekalkan hingga 13 tahun bersama tanpa ada masalah yg memudaratkan.

Kami guna apa yg ada tanpa perlu menunjuk2 jikalau ada kemampuan barang yg mahal…”

Continue Reading
OH TRENDING1 hour ago

Remaja Munt4h Hijau, Hampir Diragut Nyaw4 Akibat V4PE

OH TRENDING3 hours ago

Bilik Tido ada 2 je, Lps abg Kawen Mak Abah tido luar, Malam tu ada bunyi buat kakak xleh tido

OH TRENDING4 hours ago

Tau tak, Ruhainies Dapat Beg Tangan Puluhan Ribu Dari Pakwe Dia

OH TRENDING6 hours ago

Dpn Mata aku Nampak Mak mcm Memeluk Sesuatu, Bila aku Senyap2 Masuk Mak cepat2 Buat Baring

OH TRENDING8 hours ago

“Saya nak timang je” – Ibu nyaris hilang anak selepas nenek suap sedikit air masak, apa dilihat dalam imej x-ray amat mengejutkan

OH TRENDING9 hours ago

Video: Digelar Bod0h dn B0ngox Sebab Pakai Macam ni, Akhirnya Eina Azman Tampil Beri Jawapan Padu

OH TRENDING1 day ago

LELAKl Perangai Cam HAR4M – Farah Lee Memgamvk

OH TRENDING1 day ago

Sebab nak Tengok Cerita ini, si Bapa Sanggup nk TlK4M Anak 8Thn Berebut Remote

OH TRENDING1 day ago

Kluster Sivagangga dah Sampai Shah Alam, Puncanya Sangat Mengejutkan

OH TRENDING1 day ago

Sekeluarga Disahkan Positif, Termasuk Bayi 3 Tahun, Daerah ini Pula Kembali Bergolak

OH TRENDING1 day ago

“Terima Kasih Isteriku,” Fasha Sanda Selamat Melahirkan Baby, Alahai Comelnya Muka

OH TRENDING1 day ago

Ellie Desak Kerajaan Kenakan Lesen utk Pemilik Saluran Utube

OH TRENDING2 days ago

Anjurkan Nikah Ekspres Farouk & Ali, Bangla Buat Hal Lagi

OH TRENDING2 days ago

“Mask itu Saya Rendam dgn Air Dettol, dan bagi Anak Pakai Semula” Cikgu Sebak Mendengar Luahan Ibu yang Tidak Berkemampuan

OH TRENDING4 days ago

Tidak Mahu Terpalit Sama, Bekas Imam yang Juga Jiran M4NGSA Mula Ceritakan Sesuatu

OH TRENDING2 weeks ago

Tiada Lagi YouTube Pavithra. Ini 5 Fakta Kes Pen4ngkapan Suaminya Sugu Yg Ramai Tak Tahu

OH TRENDING4 days ago

Tidak Mahu Terpalit Sama, Bekas Imam yang Juga Jiran M4NGSA Mula Ceritakan Sesuatu

OH TRENDING3 weeks ago

Video: Indentiti Individu Menghina Mural Sudah Dikenal Pasti, Sabit Kesalahan Bakal Dipenjarakan

OH TRENDING4 weeks ago

Sempat dengar T4NGlSAN kecil anak, pelajar kolej campak B4Yl dit4han P0LlS

OH TRENDING2 weeks ago

Pavithra Penat, Mahu Berehat Dari Sebarang Program dan Video Baru Dihentikan Untuk Selesaikan Masalah

OH TRENDING1 day ago

Kluster Sivagangga dah Sampai Shah Alam, Puncanya Sangat Mengejutkan

OH TRENDING2 weeks ago

Mural Diconteng: Kenyataan Terbaru Pihak PoIis Sangat Mengejutkan Dan Kemungkinan Ini Bakal Berlaku Dlm Masa Terdekat

OH WANITA4 weeks ago

Tak Mahu Terpalit Sama, Akhirnya Erra Fazira Buka Mulut Ceritakan Semuanya

OH TRENDING3 weeks ago

Kes Dalam Rawatan Kembali Meningkat Ke 3 Angka, Adakah PKP2.0 Akan Disytiharkan Atau Tidak, Ini Jawapan Mengejvt Dari Dr Noor Hisham

OH TRENDING3 weeks ago

Video: Lagi seorang ‘kluster kayangan’ kant0i tidak jalani kuarantin. Lokasi dia didedahkan

OH TRENDING1 day ago

Sebab nak Tengok Cerita ini, si Bapa Sanggup nk TlK4M Anak 8Thn Berebut Remote

OH TRENDING3 weeks ago

‘Masa Rumah Macam Jamban, Taknak lak Ko Jenguk’ Dikecam Netizen Sebab Ziarah To’Ki Masa Dapat Rumah Baru, Hidayah Bersuara Dan Sound Balik

OH TRENDING3 weeks ago

“Ibubapa tolonglah, pngasuh bukan org gaji”. Atas alasan dibayar, makbapa ambil kesempatan.

OH TRENDING2 weeks ago

Ikon Anak Bandaraya Ipoh Hanya Untuk S. Pavithra Sahaja, Bukan Sugu Pavithra

OH TRENDING4 weeks ago

‘Ku sangka anak, isteri ditelan tsunami’ 19 Tahun Tak Berjumpa, Air Mata Lelaki ini Tumpah jua

OH TRENDING2 weeks ago

Tiada Lagi YouTube Pavithra. Ini 5 Fakta Kes Pen4ngkapan Suaminya Sugu Yg Ramai Tak Tahu

OH TRENDING4 days ago

Tidak Mahu Terpalit Sama, Bekas Imam yang Juga Jiran M4NGSA Mula Ceritakan Sesuatu

OH TRENDING3 weeks ago

Video: Indentiti Individu Menghina Mural Sudah Dikenal Pasti, Sabit Kesalahan Bakal Dipenjarakan

OH TRENDING4 weeks ago

Sempat dengar T4NGlSAN kecil anak, pelajar kolej campak B4Yl dit4han P0LlS

OH TRENDING2 weeks ago

Pavithra Penat, Mahu Berehat Dari Sebarang Program dan Video Baru Dihentikan Untuk Selesaikan Masalah

OH TRENDING1 day ago

Kluster Sivagangga dah Sampai Shah Alam, Puncanya Sangat Mengejutkan

OH TRENDING2 weeks ago

Mural Diconteng: Kenyataan Terbaru Pihak PoIis Sangat Mengejutkan Dan Kemungkinan Ini Bakal Berlaku Dlm Masa Terdekat

OH WANITA4 weeks ago

Tak Mahu Terpalit Sama, Akhirnya Erra Fazira Buka Mulut Ceritakan Semuanya

OH TRENDING3 weeks ago

Kes Dalam Rawatan Kembali Meningkat Ke 3 Angka, Adakah PKP2.0 Akan Disytiharkan Atau Tidak, Ini Jawapan Mengejvt Dari Dr Noor Hisham

OH TRENDING3 weeks ago

Video: Lagi seorang ‘kluster kayangan’ kant0i tidak jalani kuarantin. Lokasi dia didedahkan

OH TRENDING1 day ago

Sebab nak Tengok Cerita ini, si Bapa Sanggup nk TlK4M Anak 8Thn Berebut Remote

OH TRENDING3 weeks ago

‘Masa Rumah Macam Jamban, Taknak lak Ko Jenguk’ Dikecam Netizen Sebab Ziarah To’Ki Masa Dapat Rumah Baru, Hidayah Bersuara Dan Sound Balik

OH TRENDING3 weeks ago

“Ibubapa tolonglah, pngasuh bukan org gaji”. Atas alasan dibayar, makbapa ambil kesempatan.

OH TRENDING2 weeks ago

Ikon Anak Bandaraya Ipoh Hanya Untuk S. Pavithra Sahaja, Bukan Sugu Pavithra

OH TRENDING4 weeks ago

‘Ku sangka anak, isteri ditelan tsunami’ 19 Tahun Tak Berjumpa, Air Mata Lelaki ini Tumpah jua

Artikel HOT