Semasa

Iqbal Zulkefli dah jumpa pengganti? – “Dia jaga solat, tak pandang harta..”

Usahawan kontroversi dan penyanyi baharu, Iqbal Zulkefli mengakui kini dalam proses mengenali seorang penyanyi yang sedang meningkat naik di Indonesia bernama Indah Nevertari.

TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH SEKALI

Menerusi laporan mStar Online, usahawan berusia 27 tahun itu berkata, dia selesa berkawan dengan juara program realiti Rising Star Indonesia musim pertama itu dan mula rapat sejak dua minggu lalu.

Penyanyi lagu Hujan itu berkata, dia tidak mahu bertindak tergesa-gesa sebaliknya percaya jodoh akan sampai apabila tiba masanya nanti.

Selain itu, Iqbal yang juga bekas pemandu peribadi jutawan kosmetik Datuk Seri Vida juga mengakui sikap Indah membuatkan dirinya terbuka hati untuk mengenali dengan lebih lanjut.

TONTON VIDEO DI BAWAH:


Sumber: mStar Online (Qarami Hashim) , Instagram Iqbal Zulkefli & Indah Nevertar

Leave a Reply

Your email address will not be published.