Semasa

Isteri Pinangkan Madu Untuk Suami- “Buat Apa Nak Sedih? Seronok Tau Ada Kawan”

Bila ada saja kisah berpoligami tular di media sosial, majoritinya pasti akan mula mempersoalkan tentang perasaan isteri pertama. Walaupun kadangkala ia berlaku tanpa kerelaan orang rumah, ternyata banyak pasangan yang berkongsi suami atas persetujuan isteri sendiri.

TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH SEKALI

Sebuah video dimuat naik oleh sifugsa7 tular di TikTok selepas dia berkongsikan hari perkahwinan keduanya. Menurut lelaki tersebut, pasangan baru ini dipinang sendiri oleh isteri pertamanya. Kedua-dua wanita kesayangannya itu dilihat memakai busana berwarna putih serta kasut yang sedondon sewaktu majlis tersebut berlangsung.

Sejak dikongsikan 2 hari lalu, video berdurasi 14 saat ini telah meraih hampir 180 ribu jumlah tontonan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengagumi isteri pertama pemilik video ini kerana menerima kehadiran madu dengan seikhlas hatinya.

TONTON VIDEO DI BAWAH :

 

Kredit: TikTok sifugsa7

Leave a Reply

Your email address will not be published.