Connect with us

OH TRENDING

Isu Mintak RM10k, ini reaksi Pengacara Anim Ezati

Published

on

Pengacara Anim Ezati Rizki, 28, tampil memberi penjelasan selepas menerima kecaman berkenaan isu YouTuber masakan popular, Sugu Pavithra yang menetapkan bayaran sehingga mencecah RM10,000 bagi program masakan selama satu jam.

Jelas Anim, dia ada menghubungi Pavithra untuk menawarkan projek itu tetapi untuk syarikat miliknya.

“Guys, dua benda korang kena tahu sebelum nak serang saya. Saya bukan dari stesen televisyen seperti yang didakwa.

“Saya telefon wakil dari syarikat saya. Untuk content YouTube. Untuk client saya. Saya tak pernah paksa dia untuk terima kerja ni.

“Ceritanya, saya telefon Pavithra dua kali sahaja. 1 kali Mr Sugu angkat, dia cakap Pavithra tak ada.

Yang kali kedua, Pavithra ada.

“Kemudian saya sampaikan hasrat nak ambil dia sebagai my talent. Dia cakap rate dia RM10,000.

Untuk satu jam. Saya cakap tu dah overbudget pada client saya. Kemudian kami tamatkan perbualan,” tulisnya.

Pendedahan itu dibuat menerusi media sosial miliknya sebentar tadi.

Tambah Anim, dia sedar entri tersebut telah mengundang kemarahan dalam kalangan warganet.

Namun begitu, Anim atau nama sebenarnya Anim Ezati Rizki Mohd Khalid menyatakan dia juga berhak untuk bersuara tentang kadar bayaran yang ditetapkan.

“Jadi saya buat status di Instagram. Itu yang mendatangkan kemarahan orang ramai sebab saya sebut nama dia. Saya minta maaf pasal itu.

“Tapi apa salahnya kalau rate dia RM10,000?

Orang tak mampu macam saya, carilah talent lain. Kan? Itu hak dia. Dan saya rasa hak saya juga untuk up kan status itu.

“Jadi, saya hubungi dia (Pavithra) pagi ini, minta maaf dan tanya kenapa dia buat kenyataan sebegitu (cakap saya paksa dan sebagainya).

“Pavithra pun minta maaf kepada saya, sebab kenyataan tu salah. Suami dia, Mr Sugu yang bagi kenyataan tu. Jadi dia akan betulkan semula dakwaan.

“Dan stesen televisyen yang nak shoot dia dengan saya adalah dua entiti yang berbeza.

Dia keliru tentang itu. Itu sahaja. Sekian jangan marah-marah lagi,” tulisnya lagi.

Hasil pemerhatian Gempak, laman Twitter Anim sudah dibanjiri dengan komen-komen yang tidak berpuas hati dengan tindakannya yang dikatakan tidak profesional.

Bagaimanapun, ini Penjelasan Sugu Pavithra Berkenaan Isu Bayaran RM10,000 Sejam Bagi Program Masakan

YouTuber masakan popular, Sugu Pavithra menafikan dakwaan pihaknya menetapkan bayaran yang tinggi sehingga mencecah RM10,000 bagi program masakan selama satu jam seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Sebaliknya, menurut M. Sugu, 29, dia dan isterinya, S. Pavithra, 28, sebolehnya tidak mahu terlibat dengan sebarang program rancangan masakan di televisyen.

“Sekarang ini kami tidak henti-henti menerima permintaan daripada orang untuk menemu bual dan tawaran untuk buat program masakan.

Sebenarnya, kami tidak mempunyai pihak pengurusan untuk uruskan. Semuanya diuruskan sendiri.

“Jadi, jadual kami memang padat. Kami tidak mempunyai masa yang banyak selain perlu menguruskan keluarga.

Jadi, apabila pihak berkenaan seperti mendesak mahu kami lakukan, saya terus cakap harga sebegitu.

“Walhal, sebolehnya, kami tidak mahu terlibat dengan program di televisyen,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Menurut Sugu lagi, dia dan isteri hanya merancang untuk memberikan fokus kepada penghasilan video masakan di saluran YouTube mereka, Sugu Pavithra sahaja selepas ini.

“Tak mahu keluar di televisyen. Kalau boleh biarlah kami fokus dengan video masakan untuk dimuat naik di YouTube sahaja, cukuplah.

“Kami pun perlu hasilkan video setiap hari untuk channel kami, memang tak cukup masa,” jelasnya.

Terdahulu, seorang pengendali program di sebuah stesen televisyen mendakwa terkejut apabila diminta bayaran sehingga RM10,000 untuk sebuah program masakan.

Perkara itu diluahkannya menerusi satu entri di Instagram Story miliknya yang menyifatkan bayaran itu setanding dengan bayaran cef selebriti, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan.

Sebelum ini, kisah pasangan suami isteri keturunan India ini menerima perhatian rakyat Malaysia selepas video masakannya yang ringkas di YouTube menjadi viral.

Bahkan, Sugu Pavithra juga turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sehingga kini Sugu Pavithra mempunyai lebih 600,000 subscribers di YouTube.

Bahkan, pasangan itu juga dilaporkan sudah berpindah ke rumah yang lebih selesa selepas suaminya membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai buruh ladang bagi memberikan fokus kepada penghasilan video.

Komen warganet.

Ridzuan Rydz. Baguslah awak demand sugu.Biar stesen TV terkesima sikit.

Jangan sekadar nak naikkan rating TV je .Biarkan mereka kecam awak KUALI AWAK TETAP BERSIH DAN BERKILAT!

Anieamer Musa. bpe harga die nk bg tu hak die…ko xpelu nk up ape2 pn…lg2 bkn ko yg BAYAR…..

ko better diam..tu sume pnc….mcm mne ko leh xpk sblm nk up bnde2 cmni??bnde simple kot…klu niat ko nk malukn die…

ko mmg silap besar…jgn pandang rendah kt org…xkesah la die bajet cm chef wan ke….cm ape ke…tu hak die…die leh tntukn bpe je nilai die….

pls jge perasaan org yee…awak tu dgr kate belajar tggi.

Azreen Wardah. Dia saja letak harga tinggi2 sebab dia taknak terlibat mana2 rancangan tv..

ko nak up status gitu asal??? Kau sendiri minta dikecam..tolong jangan jadi punca pendapatan youtube sugu terjejas naaa..

situ je dia cari makan..kalau org salah faham macam nii org akan serang sugu pulak.

Ema Adam Epi. Kalau x mampu bayar x perlu nak up status berapa byran die mintak…

siap sindir mcm chef wan bagai. Harga die.. hak die.. x nak bayar dok diam.

Sbnrnye nk org kecam sugu pvtra kn.. sekali die balik dikecam.

Hafieza Fieza. Sugu Pavithra..teruskan usaha anda berdua sampai berjaya jgn patah semangat..saya tetap sokong anda berdua.

Ajoiabam Dhia. Silap ko juga…ko up status macam tu…..macam taraf level chef wan….

dia letak hrga macam tu sebb tak trlibat dengan mana² stesen tv…jangan di sebab kan status ko….hilanh pendapatan mereka di youtbe.

Nylynn Honey. Mmgla hak ko dik nk up status camtu Tapi ko hadapla pulak apa yg nitezen up kt status ko tu.No sentap2 k.

Anna Idrus. teruk betul… x mencerminkan perangai manusia. Dedahkan butiran pulak.

Harga yg diletakkan, itu hak dia. Klu dia letak 1 juta pun, apa masalahnya?
#teamsugupavithra

Sumber: astrogempak.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OH TRENDING

MKN sedang bincang benarkan kemasukan warga China

Published

on

By

KUALA LUMPUR: Selepas lebih tiga bulan Malaysia menutup pintu sempadan negara bagi menghalang kemasukan warga asing.

Larangan itu mula dilonggarkan secara berperingkat dalam pasca-COVID-19 yang kini memasuki fasa pemulihan.

Memasuki hari ke-11 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kerajaan mula membuka pintu masuk negara.

Ini dengan membenarkan kemasukan kumpulan ekspatriat tanpa perlu memohon kebenaran Jabatan Imigresen Malaysia.

Kebenaran diberikan kepada ekspatriat yang dalam Kategori Ep1, Pas Lawatan Profesional dan Pas Residen Kepada Golongan Berbakat yang membabitkan pengurusan tertinggi.

Selain itu, dalam pertimbangan untuk memberi kelonggaran kepada warga Singapura dan Brunei yang ingin memasuki negara ini.

Ianya sepertimana yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, semalam.

Langkah itu sebagai timbal balas kepada Singapura dan Brunei yang turut memberi kelonggaran kepada rakyat Malaysia untuk masuk ke negara mereka, tanpa sebarang sekatan.

Walaupun kelonggaran diberikan namun setiap daripada mereka mestilah menjalani ujian saringan COVID-19 di negara asal sebelum berlepas ke Malaysia atau menjalani saringan sejurus tiba di pintu masuk negara.

Langkah ini penting untuk memastikan tidak ada jangkitan COVID-19 import yang masuk ke negara ini bagi memastikan perjuangan membendung penularan wabak ini akan menemui kejayaan sepenuhnya.

Jaga Jarak, dan Jaga SOP Semasa PRK

Selain itu, hari ini juga adalah hari pencalonan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri kawasan Chini, yang mencatat sejarah – kebiasaan baharu perjalanan pilihan raya di negara ini.

Antaranya yang diperkenalkan ialah penyokong parti tidak dibenarkan mengiringi calon dan hanya boleh berada 1.5 kilometer dari dewan itu bagi menjaga jarakan sosial.

Kelonggaran lain kepada calon dan parti ialah berkempen secara berceramah dengan kapasiti tidak melebihi 250 orang pada satu-satu masa dan tempat serta terhad di premis tertutup sahaja.

Selain hanya tiga orang dibenarkan berkempen dari rumah ke rumah dan digalakkan menggunakan platform dalam talian dan media sosial.

Semoga semua yang terbabit tidak kira calon, pengundi dan penyokong patuh kepada saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) supaya tidak timbul kluster PRK DUN Chini pula kelak!

MKN sedang bincang benarkan kemasukan warga China

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang berbincang untuk membenarkan pekerja warga asing dari China masuk ke negara ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ini kerana China masih lagi sebuah negara berisiko tinggi.

“Buat masa ini kita masih menutup pintu sempadan negara kepada warga asing termasuk pekerja dan pelancong kecuali bagi ekspatriat kategori EP1.

Iaitu pengurusan tertinggi seperti pengarah urusan syarikat.

“China adalah sebuah negara yang besar, jadi kita sedang berbincang dalam MKN supaya kita boleh kategorikan kawasan di negara berkenaan.

Ini kerana mungkin ada kawasan yang sudah dianggap hijau, merah dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), hari ini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga berkata, rakyat asing kategori EP1 tidak perlu memohon kebenaran daripada Jabatan Imigresen Malaysia sebelum memasuk negara ini.

Wajib Mematuhi beberapa syarat saringan.

Katanya, ini termasuk keperluan menjalani saringan COVID-19 di negara asal, sebelum berlepas ke Malaysia atau membuat ujian calitan tekak di pintu masuk negara.

“Kementerian Kesihatan sedang memperhalusi senarai negara zon hijau yang mereka tidak perlu menjalani proses kuarantin wajib selama 14 hari.

Namun, (mereka) perlu memuat turun dan menggunakan aplikasi MySejahtera untuk proses pemantauan.

“Bagi yang berada di negara bukan zon hijau, mereka perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari.

“Kementerian Kesihatan akan maklumkan dari semasa ke semasa mengenai negara zon hijau.

Tetapi setakat ini kita difahamkan bahawa Singapura, Brunei, New Zealand dan Australia ialah sebahagian daripadanya,” katanya pada sidang selepas Mesyuarat Khas Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, di Putrajaya, hari ini.

Bagi ekspatriat kategori EP2 dan EP3 yang merangkumi anggota pengurusan gred lebih rendah, Ismail Sabri berkata imigresen sedang membuat pertimbangan bagi proses kemasukan semula golongan terbabit ke Malaysia.

Katanya, kerajaan bagaimanapun bersetuju untuk membenarkan kemasukan pakar teknikal asing.

Ini bagi mengendalikan kerja membaiki mesin, kapal dan lain-lain yang tidak dapat dilaksanakan pekerja tempatan.

“Mereka perlu memohon pas lawatan profesional melalui Bahagian Perkhidmatan Ekspatriat (ESD) secara dalam talian terlebih dahulu.

Selain dikehendaki menjalani saringan COVID-19 di negara asal atau di pintu masuk Malaysia.

“Bagi mereka yang berasal dari negara zon hijau, prosedur operasi standard (SOP) sama dikenakan, iaitu tidak perlu menjalani kuarantin wajib di rumah selama 14 hari.

“Kuarantin hanya diwajibkan kepada pakar teknikal asing yang datang dari negara bukan zon hijau,” katanya.

Continue Reading

OH TRENDING

Shuib Terima Tawaran Untuk Gelaran Datuk Dari Sebuah Negeri ni

Published

on

By

Setelah bergelar ahli perniagaan, pelawak Shuib Sepahtu berkata dia kini sedang mempertimbangkan tawaran untuk dikurniakan gelaran Datuk dari sebuah negeri.

Bagaimanapun, Shuib berkata dia masih perlu memikirkan beberapa faktor sebelum bersetuju menerima gelaran itu.

“Cuma perlu cakap ya saja, dah dapat Datuk!

Sejujurnya memang ada tawaran dari sebuah negeri dan kami akan adakan perjumpaan untuk berbincang mengenai perkara ini.

“Tapi saya masih fikir-fikir lagi.. saya ada bertanya juga pendapat orang lain termasuklah pihak pengurusan dan rakan-rakan terdekat dahulu,” katanya kepada mStar Online.

Ujarnya, dia sendiri masih bertanya-tanya adakah perlu dia menerima gelaran tersebut kerana ada yang mengatakan tidak sesuai.

Ini memandangkan dia masih bekerja sebagai penyampai radio dan sebagainya.

“Ada yang kata macam tak sesuai sebab saya masih bekerja sebagai penyampai radio dan sebangainya.

Saya sendiri tertanya sesuai ke nak dapat gelaran itu walaupun mereka kata kriteria itu dah cukup.

Tak tahulah kita tengok dulu macam mana,” katanya.

Dalam pada itu, Shuib berkata sebagai ahli perniagaan gelaran tersebut pastinya akan memberinya beberapa kelebihan dalam beberapa hal lebih-lebih lagi dia banyak berurusan dengan usahawan berpengaruh.

“Dari sudut bisnes, saya perlu mempertimbangkan tentang perkara ini.

Saya selalu hadiri mesyuarat dan berbincang mengenai perniagaan dengan usahawan bergelar Datuk Seri dan Datuk ada kala buatkan saya rasa janggal.

“Apabila ada gelaran mungkin rasa dia lain sikit. Itulah tak tahu nak cakap lagi.

Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum saya yakin untuk menerimanya,” katanya.

View this post on Instagram

Jutaan terima kasih di ucapkan pd semua yg datang,sanggup berbaris panjang utk merasai #BubbleBee,,,kami sgt menghargai!!! Tahniah pd owner @sharnaazahmad !!! We make it happen bro 😊 Terima kasih pd JV partner yg sudi dtg support @hafiz.hov @babyanamoi @sheikhparadon @yazid_arshad @amanarshad @muhammad.imran.zulkafli .. Terima kasih pd rakan artis yg dtg @shukriyahaya @fizzfairuzofficial ,Terima kasih pd rakan media yg dtg,terima kasih pd tetamu VIP dan terima kasih pd team @bubblebeemalaysia_hq yg bertungkus lumus utk grand Launching harini…Terakhir terima kasih pd isteri tercinta yg dr dulu percaya pd i utk ape saje yg daddy usahakan,,Terima kasih sayang @sitisarahraissuddin 😊😊😊… LOVE U ALL 😊😊😊 #BubbleBeeSetapak #BubbleBee #Setapak #DanauKota

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

Suami kepada penyanyi Siti Sarah Raisuddin ini turut berkata, gelaran Datuk bagi dirinya yang kini bergelar ahli perniagaan pastinya akan memberinya beberapa kelebihan dalam segenap hal.

Dia yang kini banyak berurusan dengan tokoh korporat dan usahawan berpengaruh merasakan terdapat keperluan untuknya memilik gelaran ini.

View this post on Instagram

⛳️ #mgcc

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu) on

“Kalau dari sudut bisnes rasa macam saya perlu mempertimbangkan tentang perkara ini.

Secara peribadi saya rasa perlu. Apabila ada gelaran mungkin rasa lain sikit, itulah tak tahu nak cakap apa lagi.

Ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum saya yakin untuk menerrimanya”

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Continue Reading

OH TRENDING

Kerajaan Memberikan Lagi Diskaun Bil Elektrik ke Satu Tarikh, dan Ini Jumlahnya

Published

on

By

Sebelum ini, PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan kepada semua pengguna elektrik dalam kategori domestik di Semenanjung.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, seramai 7.66 juta pengguna dapat manfaat Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan itu.

Beliau berkata, seramai 4 juta pengguna domestik dengan penggunaan 300KWJ ke bawah nikmati elektrik secara percuma bagi April, Mei dan Jun 2020.

“Tenaga Nasional Berhad setuju menghentikan aktiviti pemotongan elektrik sehingga 30 September 2020,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Beliau berkata, keseluruhan kos Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan berjumlah RM942 juta.

Menurutnya, kewujudan TNB selaku pembekal tunggal sumber tenaga di negara ini adalah langkah terbaik dan memudahkan kerajaan membuat kawal selia, berbanding membenarkan pelbagai pembekal.

“Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan akan disalur melalui bil elektrik bulan Julai 2020.

Diskaun Bil Elektrik Dilanjutkan Lagi

PEMBERIAN diskaun bil elektrik yang sebelum ini diumum bagi tempoh April hingga September 2020.

Kini dilanjutkan lagi sehingga 31 Disember 2020 bagi semua pengguna domestik di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, sehubungan itu, 7.66 juta pengguna domestik di semenanjung akan terus menikmati diskaun bil elektrik.

Kadarnya di antara dua hingga 50 peratus dari 1 Oktober 2020 sehingga 31 Disember 2020, dan sebagai lanjutan kepada diskaun elektrik yang diumumkan 27 Mac lalu di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN).

“Pelanjutan ini turut terpakai bagi pengguna elektrik dengan penggunaan di antara 601 hingga 900kWj yang mula mendapat diskaun 10 peratus di bawah Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) yang diumumkan kerajaan pada 20 Jun,” menurutnya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, pengguna domestik di Sabah dan Sarawak pula akan terus menerima diskaun bil elektrik sebanyak dua peratus sehingga 31 Disember 2020.

Ini akan memanfaatkan kira-kira 520,000 orang di Sabah dan 580,000 orang di Sarawak.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan diskaun bil elektrik bermula April 2020 hingga September 2020 membabitkan semua pengguna di seluruh negara.

Namun dalam usaha membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan penularan pandemik Covid-19.

Selasa lalu, Suruhanjaya Tenaga memaklumkan bahawa pengguna bukan domestik akan menikmati penurunan surcaj sebanyak 2 sen/kWj bagi tempoh 1 Julai hingga 31 Disember 2020 manakala pengguna elektrik domestik kekal membayar kadar tarif sedia ada.

Sementara itu, Shamsul Anuar berkata, pelanjutan diskaun selama tiga bulan bagi pengguna di Semenanjung akan dibiayai menggunakan dana Kumpulan Wang Industri Elektrik (KWIE) dengan anggaran sebanyak RM392 juta.

Beliau berkata, diskaun bagi Sabah dan Sarawak pula akan dibiayai oleh Kementerian Kewangan dengan anggaran peruntukan sebanyak RM6 juta.

“Ini menjadikan kos keseluruhan pemberian diskaun bil elektrik dari April hingga Disember 2020 adalah berjumlah RM2.62 bilion,” katanya.

Bil Elektrik Tidak Akan Dipotong

Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersetuju untuk menghentikan aktiviti pemotongan elektrik sehingga 30 September ini.

“Pengguna tidak perlu bimbang kerana bekalan elektrik tidak akan dipotong sekiranya mereka menghadapi kesukaran memenuhi komitmen kewangan mereka.

“Tatacara pengiraan TNB adalah teratur dan diluluskan ST.

“Kerajaan berharap penjimatan melalui Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan ini akan dapat membantu meringankan beban rakyat dari segi perbelanjaan isi rumah,” katanya.

Continue Reading
OH TRENDING3 hours ago

MKN sedang bincang benarkan kemasukan warga China

OH TRENDING4 hours ago

Shuib Terima Tawaran Untuk Gelaran Datuk Dari Sebuah Negeri ni

OH WANITA22 hours ago

Tertuduh Menerima Padah Akibat Membuang B4Yl dalam lvbang kvmbahan

OH TRENDING23 hours ago

Kerajaan Memberikan Lagi Diskaun Bil Elektrik ke Satu Tarikh, dan Ini Jumlahnya

OH TRENDING2 days ago

To’ki Akhirnya Dibantu Ebit Lew, Tiada yang Lebih Indah Melihat Kasih dan Sayang Mereka Berdua

OH TRENDING2 days ago

Disebabkan Perkara ini, Boy Iman Diisytihar muflis oleh Mahkamah

OH TRENDING3 days ago

Psangan Pengantin ini Adakan Majlis Kahwin ‘Drive Thru’, Ini yg Mereka Lakukan

OH TRENDING4 days ago

RasuluIIah Tak Pakai Helmet Kenapa Saya Harus Memakainya. Jawapan PoIis Ini Buat Pakcik Itu Terdiam

OH TRENDING4 days ago

Umur Dah 25 tahun, tapi gadis ni masih menyusu botol

OH TRENDING5 days ago

BAYl perempvan Ditemui Masih Hidup Dihurung Penuh Semut dan Badannya masih Dipenuhi D4RAH

OH TRENDING5 days ago

Tak Direstui, Pasangan Cinta Nekad Terjvn Bun8h Diri Bersama, Tapi Lain Lak yg Terjadi

OH TRENDING6 days ago

“Pakai Tudung Tapi Bergambar Macam Kucing Meng4wan” – Fynn Jamal Cetus Kemar4han Netizen Gara-Gara 1su Rog0l!

OH TRENDING6 days ago

Video Gadis ni Bukan Saje Kena Pau RM5K, Tapi Siap Kena Raba Sekali

OH TRENDING7 days ago

KKM Kesan Ada Pesaklt C0VID-19 Yang Pulih Hidupnya Tidak Kembali Normal

OH TRENDING1 week ago

Susulan Kes PukoI Anak Angkat, Mhkamah Akhirnya Buat Keputusan Ini Terhadap AIiff Syukri

OH TRENDING2 weeks ago

Video Jiran dedah satu persatu siapa abang suspek dan Apa yg Dilakukannya

OH TRENDING2 weeks ago

Video Jiran dedah satu persatu siapa abang suspek

OH TRENDING2 weeks ago

Mak Terus Mnangis Terduduk, Satu Kampung Semua Kenal Dia. Abang Ceritakan Segalanya Pasal Suspek

OH TRENDING6 days ago

Video Gadis ni Bukan Saje Kena Pau RM5K, Tapi Siap Kena Raba Sekali

OH TRENDING4 weeks ago

Sekolah Rendah Mungkin Akan Ditutup Hingga Tahun Depan, Puncanya Mengejutkan

OH TRENDING2 weeks ago

Isu Mintak RM10k, ini reaksi Pengacara Anim Ezati

OH TRENDING3 weeks ago

Industri Lain Boleh Tapi Kenapa Kami Dianaktirikan? Mila Jirin Mula Bersuara, Siap Tag Nama PM

OH TRENDING2 weeks ago

Didakwa Minta Bayaran RM10,000 Sejam Bagi Program Masakan, Ini Penjelasan Sugu Pavithra…

OH TRENDING4 weeks ago

Ehh Ko beranak kan bidadari ke apa ni Azza Elite

OH HIBURAN4 weeks ago

Mia Ahmad Sebak… Anak Bakal Berk0ngsi Kasih “Awak Akan Sentiasa Jadi Nombor Satu”

OH HIBURAN3 weeks ago

Siapa Sangka Selepas 8 Tahvn Bersama, Akhirnya Yusri Dedah Hubungannya Bersama Lisa

OH TRENDING2 weeks ago

Puluhan ros hiasi lantai, instafamous siap gubah lagu rai ‘birthday’ isteri

OH HIBURAN4 weeks ago

Selepas Tiga Bulan Menemani BCL, Akhirnya Ibu Ashraf Terpaksa Ambil Tindakan Ini

OH TRENDING2 weeks ago

Video Dulu Keruh Sekarang Kebiruan, Ramai Yang Teruja Mandi Manda Sehinggalah Kejadian Ini Buat Semua Kecut Perut

OH TRENDING6 days ago

“Pakai Tudung Tapi Bergambar Macam Kucing Meng4wan” – Fynn Jamal Cetus Kemar4han Netizen Gara-Gara 1su Rog0l!

OH TRENDING2 weeks ago

Video Jiran dedah satu persatu siapa abang suspek dan Apa yg Dilakukannya

OH TRENDING2 weeks ago

Video Jiran dedah satu persatu siapa abang suspek

OH TRENDING2 weeks ago

Mak Terus Mnangis Terduduk, Satu Kampung Semua Kenal Dia. Abang Ceritakan Segalanya Pasal Suspek

OH TRENDING6 days ago

Video Gadis ni Bukan Saje Kena Pau RM5K, Tapi Siap Kena Raba Sekali

OH TRENDING4 weeks ago

Sekolah Rendah Mungkin Akan Ditutup Hingga Tahun Depan, Puncanya Mengejutkan

OH TRENDING2 weeks ago

Isu Mintak RM10k, ini reaksi Pengacara Anim Ezati

OH TRENDING3 weeks ago

Industri Lain Boleh Tapi Kenapa Kami Dianaktirikan? Mila Jirin Mula Bersuara, Siap Tag Nama PM

OH TRENDING2 weeks ago

Didakwa Minta Bayaran RM10,000 Sejam Bagi Program Masakan, Ini Penjelasan Sugu Pavithra…

OH TRENDING4 weeks ago

Ehh Ko beranak kan bidadari ke apa ni Azza Elite

OH HIBURAN4 weeks ago

Mia Ahmad Sebak… Anak Bakal Berk0ngsi Kasih “Awak Akan Sentiasa Jadi Nombor Satu”

OH HIBURAN3 weeks ago

Siapa Sangka Selepas 8 Tahvn Bersama, Akhirnya Yusri Dedah Hubungannya Bersama Lisa

OH TRENDING2 weeks ago

Puluhan ros hiasi lantai, instafamous siap gubah lagu rai ‘birthday’ isteri

OH HIBURAN4 weeks ago

Selepas Tiga Bulan Menemani BCL, Akhirnya Ibu Ashraf Terpaksa Ambil Tindakan Ini

OH TRENDING2 weeks ago

Video Dulu Keruh Sekarang Kebiruan, Ramai Yang Teruja Mandi Manda Sehinggalah Kejadian Ini Buat Semua Kecut Perut

OH TRENDING6 days ago

“Pakai Tudung Tapi Bergambar Macam Kucing Meng4wan” – Fynn Jamal Cetus Kemar4han Netizen Gara-Gara 1su Rog0l!

Artikel HOT