Semasa

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Rentetan tularnya satu klip video kontroversi seolah-olah memperlekeh pelajar dari keluarga berstatus B40, seorang pensyarah kontrak kini sedang disiasat oleh pihak universiti awam di Perak. Hasil maklumat terkini mendapati sesi kuliah online tersebut sebenarnya berlangsung pada semester lalu, namun ramai pihak tertanya-tanya apakah motif ia hanya dimuat naik di laman Twitter semalam.

Meskipun pihak empunya badan belum tampil menjelaskan situasi sebenar, namun kemarahan netizen tanpa disangka-sangka sudah semakin reda. Walaupun kenyataan pensyarah tersebut dikecam masyarakat seluruh negara, tetapi ramai mula hormat kepadanya semula lepas mengetahui kisah sebalik video berkenaan.

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Menerusi satu posting dimuat naik oleh Dato Rusly Abdollah, beliau dedahkan bahawa pelajar yang ditegur tidak memiliki laptop itu sudah pun bergraduasi. Sebaliknya, klip video kontroversi itu dipercayai ditularkan oleh salah seorang rakan sekelasnya yang screen record sesi kuliah online tersebut. Namun begitu, tak dinafikan bahawa rata-rata netizen ‘sentap’ isu ayat berkait tentang golongan B40 dalam kenyataannya.

Selain itu, Syahirah Omar pula berkongsi screenshot beberapa pengguna laman sosial yang mengetahui kisah antara pelajar dan pensyarah tersebut. Siapa sangka selepas insiden kena sound itu, lecturer berkenaan rupanya bantu dapatkan bantuan zakat serta komputer riba bagi memudahkan urusan kuliahnya.

Isu Pelajar Dihina Dah Settle, Rupanya Pensyarah Sendiri Bantu Dapatkan Laptop?

Kredit : TikTok uitm_channel, FB Syahirah Omar & Dato Rusly Abdollah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *