Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok sehingga mendapat kecaman ramai.
Dah macam paparazi
Mana tidaknya, peminat fanatik penyanyi nombor satu negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza dilihat seolah-olah seperti ‘paparazi’ apabila merakam gerak-geri selebriti itu ketika sedang berada di mesin ATM untuk mengeluarkan duit.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Walaupun pengguna TikTok itu menyatakan yang kakaknya memang meminati penyanyi tersebut dan sangat teringin menemuinya, tindakan sebegitu sedikit sebanyak menggangu privasi Dato’ Seri Siti Nurhaliza memandangkan beliau sedang mengeluarkan duit di mesin ATM.
TokTi comfirm tak selesa
Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menyelar tindakan kurang beradab individu yang merakam selebriti berkenaan secara dekat.
Mereka juga merasakan tindakan tersebut sangat keterlaluan kerana boleh saja dia menunggu sebentar untuk membolehkan TokTi menyelesaikan urusannya sebelum mengambil gambar bersama.
TONTON VIDEO DI BAWAH:
Invading privacy of someone especially with a small kid while withdrawing money from the ATM is not cool.
Please report this TikTok account👇🏻https://t.co/6uZVtZ92Li pic.twitter.com/hjcA3IgIh9
— Don’t read my pinned tweet (@heize80) April 10, 2022
Sumber: TikTok, Twitter @aliffkim04, @heize80