Semasa

Jiran Mengadu Pada Tuan Rumah, Keluarga Adam Autism Terpaksa Keluar Rumah Sewa

Adam’s Autism Family menjadi bukti perjalanan menjaga anak-anak istimewa bukanlah sesuatu yang mudah. Selain ibu bapa, mereka memberikan kesedaran bahawa adik beradik lain juga memainkan peranan penting dalam penjagaan harian. Ikatan kasih sayang yang dipamerkan terkadang sungguh menyentuh sanubari masyarakat.

Akan tetapi, semalam Encik Iman Wak Tuck Meng berkongsikan rasa terkilan kerana dia dan keluarga dimaklumkan terpaksa keluar berpindah dari rumah sewa pada hujung bulan ini. Semuanya gara-gara tuan rumah mereka yang enggan renew penyewaan dipercayai mempunyai kaitan dengan aduan daripada jiran terdekat tentang Adam.

 

Ibarat tiada rasa empati, bapa Adam juga menyifatkan remaja berkenaan bukanlah jenis membuat bising pada setiap hari. Memahami tekanan dihadapi jiran sekeliling, rupanya mereka sekeluarga sudah bercadang berpindah tinggal di rumah baru dalam masa beberapa tahun sahaja lagi. Namun tidak disangka dugaan baru datang melanda.

Pun begitu, keluarga ini sangat bersyukur dan berterima kasih kerana begitu ramai orang masih memberikan sokongan positif kepada mereka dalam mendepani ujian. Bahkan sejak berita itu dikongsikan, banyak DM yang diterima menandakan masyarakat masih prihatin.

Sumber: Instagram Adams Autism Family

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *