Semasa

Jurang bahasa bukan penghalang, sidang media kes Tangmo terus dibanjiri tentera bawang Malaysia

Akhir bulan Februari, kematian tragis pelakon terkenal Thailand, Tangmo Nida dilaporkan terjatuh dari bot laju di Sungai Chao Phraya telah mendapat perhatian meluas terutamanya dalam kalangan netizen Malaysia sehingga ke hari ini.

Berita mengenai kematian Tangmo atau nama sebenarnya Nida Patcharawirapong dikatakan kes pembunuhan terancang dan bukanlah kemalangan biasa.

TONTON VIDEO DI BAWAH SEKALI

Kisah tragis ini mendapat liputan masyarakat antarabangsa, termasuklah dari Malaysia. Di TikTok, kelihatan ramai tentera bawang Malaysia berkumpul membuat teori konspirasi masing-masing mengenai tragedi kematian Tangmo.

Malaysia hadir

Biarpun insiden tersebut berlaku pada bulan lepas, netizen Malaysia dilihat tidak pernah terlepas daripada mengikuti perkembangan kes pembunuhan tersebut sehingga ke hari ini.

Tak faham bahasa Thai pun takpelah

Meskipun terdapat jurang bahasa , netizen Malaysia tidak pernah mengenal erti putus asa demi menuntut keadilan untuk mendiang Tangmo.

Sebelum ini, tentera bawang Malaysia pernah dikecam oleh netizen pro Israel di Twitter mengenai isu koyak dan ‘koyak to you too’ sehinggakan pihak di sana menutup akaun Facebook mereka.

TONTON VIDEO PENUH DI BAWAH:

 

Hebatlah bawang Malaysia! Teruskan menegak keadilan!

Sumber: TikTok Zie , Quenn0wl36

Leave a Reply

Your email address will not be published.