USAHAWAN sensasi Kak KM meluahkan rasa rimas dengan tindakan segelintir selebriti yang berkongsi gambar bayi selepas bersalin namun enggan mendedahkan wajah anak mereka.
Menurut Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli, bayi yang baru dilahirkan itu adalah satu anugerah Allah dan berkongsi wajah anak merupakan satu cara untuk menzahirkan rasa gembira dan syukur.
âRimas betul tutup-tutup muka anakâ tulisnya pada posting berita mengenai pelakon Mira Filzah.
Apa yang penting adalah niat kita untuk berkongsi berita gembira. Jangan nak fikir perkara yang buruk sahaja KAK KM USAHAWAN
Baginya, ibu bapa sepatutnya tidak perlu bimbang untuk berkongsi wajah anak kerana orang ramai juga boleh mendoakan kesejahteraan buat bayi yang baru lahir itu.
“Saya dah lihat ramai yang tidak mahu kongsi gambar anak sebab takut kena santau atau perbuatan jahat orang lain. Kenapa perlu ada perasaan sebegitu jika kita tidak buat salah?
Kak KM bersama suami dan anak-anak.
“Apa yang penting adalah niat kita untuk berkongsi berita gembira. Jangan nak fikir perkara yang buruk sahaja,” jelasnya.
KOMEN NETIZEN:
Sebagai ibu kepada empat orang cahaya mata, Kak KM tidak ada masalah untuk memuat naik gambar anak-anaknya termasuk ketika mereka melakukan akviti harian.
Kak KM dan suaminya Razman Ramli dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nabila Razman, 19, Fariz Razman, 15, Rania Razman, 12 dan Cinta Carissa, lima bulan.