Connect with us

OH LELAKI

Kakak murung jadi ‘hamba’ kepada 3 adik lelaki malas bekerja, tidur sepanjang hari

Published

on

LAZIMNYA golongan lelakilah yang bertanggungjawab untuk keluar bekerja mencari nafkah bagi menyara keluarga.

Namun, berlainan pula dengan situasi yang dihadapi oleh seorang wanita yang terpaksa menggalas peranan sebagai ‘ketua keluarga’.

Wanita tersebut berkongsi luahan hatinya menerusi mesej yang dihantar kepada seorang guru yang tidak asing lagi di laman Facebook, Mohd Fadli Salleh untuk meminta pandangan gara-gara tidak tahan dengan apa yang dilaluinya kini.

Menerusi mesej yang dikongsi semula oleh Mohd Fadli, wanita tersebut berkata dia tertekan kerana tiga adik lelakinya langsung tidak mempunyai rasa tanggungjawab untuk bekerja dan hanya bergantung harap kepada dirinya.

“Saya wanita awal 30-an, belum bernikah dan masih menetap dengan abah setelah arwah mak tiada.

Tinggal bersama-sama kami ialah tiga orang adik lelaki yang masih bujang.

Posting Cikgu Mohd Fadli yang mengupas mengenai tanggungjawab mendidik anak lelaki.

“Adik-adik tidak mempunyai kerja tetap, tapi apa yang melelahkan saya ialah saya yang perlu menanggung makan minum ahli keluarga dan belanja rumah.

Abah masih lagi membayar bil-bil dan menampung apa adanya.

“Tapi sayalah yang memasak, mengemas, sediakan keperluan abah, berbelanja. Saya sahaja yang ada kerja tetap.

Selama ini saya ikhlaskan saja tapi lama kelamaan waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pendapatan pun terjejas cukup membuatkan saya kemurungan mengenang sikap adik-adik,” tulis wanita tersebut.

Bukan sahaja tiada rasa tanggungjawab untuk mencari kerja, malah apa yang membuatkan wanita ini kecewa apabila adik-adik lelakinya terlalu berkira apabila diminta membantu bapa mereka ketika tiba waktu temu janji di hospital.

Tangkap layar sebahagian mesej luahan wanita tersebut kepada Cikgu Mohd Fadli.

“Apa-apa pun semua harap saya. Sampaikan hingga sekarang saya tak sanggup nak nikah kalau saya biarkan abah tinggal dengan adik-adik.

“Mereka pemalas, tidur sepanjang hari, suka dalam keadaan bersepah dan busuk.

Keadaan ini sangatlah stres bagi seorang perempuan apatah lagi waktu PKP ni saya hanya di rumah,” luahnya.

Wanita ini berkata sudah beberapa kali dia meminta bapanya menasihati ketiga-tiga adik lelakinya itu namun hasilnya tetap mengecewakan.

“Saya tak nafikan mungkin faktor salah didik membuatkan mereka jadi kurang bertanggungjawab.

Sebab ayah dah terbiasa membiarkan mak melakukan kerja-kerja rumah dan suami dilayan ibarat raja,” tulisnya lagi.

Apa yang dilalui oleh wanita tersebut mungkin nampak remeh di mata sesetengah orang, namun sebenarnya situasi tersebut boleh dielakkan sekiranya ibu bapa menyemai nilai-nilai murni ini sedari kecil lagi.

Anak lelaki seharusnya dididik untuk turut membantu melakukan kerja rumah yang asas.

Menerusi perkongsian pendapatnya terhadap permasalahan yang dilalui wanita berkenaan, Mohd Fadli berkata sudah tiba masanya adat yang menjadikan lelaki sebagai ‘raja’ di rumah diubah.

“Masih ada adat dan budaya ini diamalkan di banyak tempat. Asal kerja rumah adalah tugas perempuan.

“Basuh baju, jemur baju, angkat jemuran, mop lantai, lipat baju, masuk dapur, sapu lantai, dan segala macam kerja rumah, kita suruh anak perempuan buat.

“Sedang anak lelaki rileks bermain game, tonton tv, bermain gitar dan berehat-rehat saja. Dan perkara itu tidak ditegur ibu bapa. Ini silap kita.

“Ramai wanita mengeluh dapat suami pemalas yang hanya goyang kaki di rumah, tanpa membantu sedikit pun kerja di rumah,” tulis Mohd Fadli.

Cikgu Mohd Fadli tidak asing lagi bagi pelayar Facebook kerana sering terlibat dalam aktiviti kebajikan selain memberikan pandangan mengenai sesuatu isu.

Ujarnya lagi, jika ibu bapa masih menatang anak lelaki dan tidak melentur mereka dari kecil, kebarangkalian untuk anak-anak ini akan menjadi raja di rumah suatu masa nanti itu sangat tinggi.

“Kitaran itu takkan berhenti selagi kita tidak mulakan perubahan ini. Ayuh kawan-kawan semua.

Kita didik anak-anak lelaki kita buat kerja rumah sama.

“Buang tanggapan kerja rumah adalah kerja orang perempuan.

Ia adalah tugas bersama baik lelaki baik perempuan,” ujarnya lagi.

Sehingga kini, posting tersebut meraih sehingga 2,900 perkongsian selain dibanjiri dengan ratusan komen netizen

LELAKI BUKAN RAJA DAN WANITA BUKAN HAMBA.Ada beberapa adat dan budaya kita perlu diubah semula. Adat yang menjadikan…

Posted by Mohd Fadli Salleh on Thursday, May 28, 2020

Ada beberapa adat dan budaya kita perlu diubah semula. Adat yang menjadikan lelaki sebagai RAJA di rumah.

Dari kecil, asuhan kita sebagai ibubapa inilah paling penting. Jangan didik anak lelaki kita menjadi RAJA dan anak perempuan umpama HAMBA.

Masih ada adat dan budaya ini diamalkan dibanyak tempat. Asal kerja rumah adalah tugas perempuan.

Basuh baju, jemur baju, angkat jemuran, mop lantai, lipat baju, masuk dapur, sapu lantai, dan segala macam kerja rumah, kita suruh anak perempuan buat. Sedang anak lelaki rileks bermain game, tonton tv, bermain gitar dan berehat-rehat saja.

Bahkan anak lelaki yang sedang rileks tonton tv sambil goyang kaki boleh arahkan kakak atau adik perempuan yang sedang sibuk mengemas rumah buatkan air Milo ais pula.

Dan perkara itu tidak ditegur ibubapa. Ini silap kita.

Adat ini, budaya ini perlu diubah dan ditukar. Ramai wanita mengeluh dapat suami pemalas yang hanya goyang kaki di rumah, tanpa membantu sedikit pun kerja di rumah.

Sedangkan bila mereka punyai anak-anak, mereka didik anak lelaki mereka menjadi RAJA dan anak perempuan umpama HAMBA. Anak lelaki dibiar duduk saja, anak perempuanlah yang dikerah masuk dapur, mop lantai, basuh baju dan sebagainya.

Satu kesilapan besar disitu bila kita yang galakkan budaya ini terus menerus sebati dan bila besar nanti, anak lelaki kita menjadi seperti suami sendiri yang pemalas dan bersikap dengan sikap yang kita sendiri tidak suka.

Pm dari seorang kawan maya ini benar-benar membuat aku tersentak. Biasanya lelaki akan keluar bekerja dan kerja rumah diurus oleh wanita. Itu yang biasa.

Kes ni lagi luar biasa. Dah la tak kerja, tak cari pendapatan, kat rumah pula pemalas. Nak hantar ayah ke hospital pun asyik mengelak. Dan yang menyedihkan, ayah pula bekap perangai malas anak-anak lelaki itu.

Nak ubah benda ini, kena dari kecil lagi. Melentur buluh kena dari rebungnya lagi. Jika dah besar panjang, bulu ketiak dah sejengkal, payah dah nak nasihat. Payah dah nak didik. Payah sangat dah nak ubah.

Yang jadi mangsa, anak perempuan yang bergaji secuit cuma itu. Diperah wang gaji, diperah tenaga oleh adik-adik lelaki yang dah besar panjang yang cuma mahu goyang kaki sahaja.

Jika kita sekarang merupakan ibubapa, tolong didik anak-anak lelaki kita agar tidak menjadi raja. Suruh anak lelaki masuk dapur sama.

Jika pun tidak memasak, suruh basuh pinggan mangkuk dan mop lantai. Suruh mereka basuh baju, sidai baju, angkat kain dari jemuran, vacum lantai, kemas rumah dan apa-apa kerja yang sebelum ini kononnya kerja anak perempuan.

Jangan kita lahirkan raja yang akan menyusahkan isteri dan anak-anak dia pula kelak.

Kitalah yang mencorak bagaimana sikap anak-anak kita suatu hari nanti.

Jika hari ini kita memanja-manjakan mereka, membelai sahaja tanpa menyuruh apa-apa, kebarangkalian mereka akan menjadi raja di rumah suatu masa nanti itu sangat tinggi.

Dan kitaran itu takkan berhenti selagi kita tidak mulakan perubahan ini.

Ayuh kawan-kawan semua. Kita didik anak-anak lelaki kita buat kerja rumah sama. Buang tanggapan kerja rumah adalah kerja orang perempuan.

Ia adalah tugas bersama baik lelaki baik perempuan.

Begitulah.

#MFS
– Jangan melahirkan tuan –
.

Continue Reading
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

OH LELAKI

Kenali Dr Noor Hisham Manusia paling popular di Malaysia

Published

on

By

BELIAU bukanlah penyanyi terkenal, beliau juga bukanlah bintang ternama, namun tiada siapa dapat menafikan beliau ialah antara manusia yang paling popular di Malaysia ketika ini.

Sejak lebih empat minggu lalu, wajah figura ini hampir saban hari menghiasi kaca televisyen, muka depan dada akhbar, malah meniti di bibir rakyat Malaysia.

Kemunculannya amat dinanti ramai, malah akaun media sosialnya diserbu ratusan ribu pengikut. Setakat semalam laman Facebooknya sahaja sudah memiliki lebih 375,122 orang pengikut.

Bagaimanapun, ternyata bukan populariti yang dicari oleh pemilik wajah yang tenang ini. Di atas bahunya kini terpikul beban, ibarat batu besar yang sangat berat.

Melawan musuh halimuman bernama Covid-19, beliau bagaikan ‘panglima’ di medan perang yang kini mengepalai ribuan doktor, jururawat dan kakitangan kesihatan Malaysia.

Hari ini, ramai yang mula membuka mata dan memuji kecekalan beliau, siang malam bersama barisan hadapannya.

Walaupun dihambat penat, namun wajahnya tetap serius dan tenang. Setiap butir bicaranya tersusun, tanpa tinggi suara dan tanpa putus asa.

Ketika diberi kata-kata sanjungan sebagai wira negara, dalam kerendahan hati Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengakui, “Ini bukan tentang saya, tetapi apa yang kita boleh lakukan bersama-sama untuk memerangi Covid-19.”

Mungkin ramai yang tidak menyedari ketika ketiadaan menteri dan timbalan menteri sewaktu peralihan kuasa kerajaan baru-baru ini, Dr Noor Hisham tetap cekal menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya.

“Pada saya, tak penting (gelaran wira negara) tetapi apa yang penting adalah perkhidmatan kita,” katanya pada sidang media harian perkembangan Covid-19 pada 29 Mac lalu.

Berusia 57 tahun, Dr Noor Hisham sebenarnya seorang pakar bedah terlatih. Anak kelahiran Sepang, Selangor itu berkelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perubatan pada Ogos 1988 yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembedahan Global, Persatuan Pembedahan Antarabangsa.

Menyingkap kembali kisah hidupnya, laman web bekas pelajar Sekolah Menengah Methodist Kuala Lumpur (MBSKL) pernah membicarakan mengenai Dr Noor Hisham melalui sebuah entri pada tahun 2019.

Melalui perkongsian itu, Dr Noor Hisham digambarkan sebagai seorang yang sentiasa merendah diri sejak di bangku sekolah dan seorang yang aktif dalam sukan olahraga.

Zaman kecil

Kehidupan zaman kanak-kanak Dr Noor Hisham bukanlah semewah yang disangka dan mungkin kekuatannya hari ini terasuh sejak beliau kecil lagi.

Laman web bekas pelajar MBSKL itu memaklumkan bahawa beliau dibesarkan di sebuah flat kecil di Kuala Lumpur iaitu Flat Loke Yew oleh seorang ibu tunggal.

Malah, ibunya hanya bekerja sebagai seorang tukang cuci dan terpaksa berhempas pulas membesarkannya bersama seorang lagi kakaknya.

“Mereka tinggal di Flat Loke Yew dan dia terpaksa berjalan kaki ke sekolah. Ibunya juga memberi kebenaran kepada guru untuk merotannya jika perlu,” singkap perkongsian itu.

Ternyata gaya tenang Dr Noor Hisham bukan sahaja disenangi rakyat Malaysia, bahkan kumpulan wartawan yang bertemu mata dengannya dalam sidang media setiap hari.

Wartawan Sinar Harian Putrajaya, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan menggambarkan Dr Noor Hisham sebagai seorang pemimpin yang lembut tutur bicaranya.

Tuan Buqhairah turut mengakui Dr Noor Hisham tidak pernah sekali pun menunjukkan rasa bosan menjawab soalan yang diajukan para wartawan walaupun soalan itu mungkin mengulangi pertanyaan pada hari sebelumnya.

Keperibadian seperti itulah yang digemari pengamal media di Putrajaya dalam memastikan mereka mendapatkan maklumat yang tepat untuk disajikan kepada pembaca.

“Pada saya beliau sangat lembut dalam bicaranya. Jawapan beliau menggunakan bahasa yang mudah membuatkan wartawan dan orang ramai yang menyaksikan sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia secara langsung faham.

“Setiap soalan yang wartawan ajukan, dijawabnya dengan penuh teliti. Sebolehnya beliau menjawab semua soalan kami. Beliau seorang yang free and easy,” kongsi Tuan Buqhairah yang hampir setiap hari membuat liputan sidang media Dr Noor Hisham.

Sebelum bergelar Ketua Pengarah Kesihatan, beliau juga sebenarnya menjawat tugas penting dalam KKM antaranya Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am Hospital Putrajaya.

Beliau juga menjadi Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Putrajaya pada 2007, Pegawai Perubatan Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya (2004) dan Pakar Bedah Umum (1994).

Biarpun diberi gelaran wira, namun beliau sedikit pun tidak melupakan tenaga kerja bawahnya yang bertungkus lumus berjuang dan berkorban.

Setiap hari Dr Noor Hisham tidak pernah ketinggalan merakamkan penghargaan kepada semua kakitangannya.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada semua doktor yang bekerja siang dan malam, menggalas tugas yang amat berat dan terus berkhidmat untuk negara.

“Sedarilah kita adalah benteng pertahanan terakhir untuk negara. Sesungguhnya kegagalan bukanlah satu pilihan,” katanya.

Continue Reading
OH TRENDING34 mins ago

Aku Nampak Pekerja Asing Kusyuk Tengok Dompet, Ingatkan Kira Duit, Bila Tanya, Terus Berderai Air Mataku

OH TRENDING2 hours ago

Pasang Jalur Gemilang Terbalik, Adakah Tindakan yg Dikenakan ke Atas Sekolah ini Berbaloi

OH TRENDING1 day ago

Tahukah Anda Ini Asal Usul Nama kluster Sivagangga, Bukan Kluster Salleh yg Ramai tak Tahu

OH TRENDING2 days ago

Individu Solat Subuh di Lorong Kecemasan Sebab Jalan Jem, Sekali Mufti Kata Haram Dilakukan Atas Sebab Tertentu

OH TRENDING2 days ago

Video: Takut Kena Saman, Pakcik Uzur Sanggup Cari ‘Mask’ Terpakai Dicelah Longgokan Sampah

OH TRENDING3 days ago

Kluster cov-19 Bukit Tiram berada di 2 Negeri, 10 Positif

OH TRENDING4 days ago

Video: LELAKl Warga Asing Pakistan yg PvkuI Pengawal Keselamatan Nepal Dibvru

OH TRENDING5 days ago

Mulai Esok Rakyat Boleh Tebus E-Dompet Bernilai 50 Ringgt , Ini Cara Mendapatkanya

OH TRENDING6 days ago

Jaga Jaga Yang Berhimpun Semalam, Selepas Dikesan, Polis Akan Ambil Tindakan

OH TRENDING7 days ago

Padah Tanggal Tag Pink, Tipu Sejarah Lerjalanan Lelaki Pulang dari Jepun Dikenakan Tindakan

OH TRENDING1 week ago

Najib DiSAHkan Bersalah, Dipenjara 12 tahun, Denda RM210 juta

OH TRENDING1 week ago

Setelah Dikecam, Akhirnya Gang Bros Panggil Semula Pasangan itu, dan Terangkan Perkara Sebenar

OH TRENDING1 week ago

Daerah ini Kembali Diistiharkan ZOM MERAH, Tiada Lagi Pergerakkan Seperti Biasa

OH TRENDING1 week ago

Kerana Angkara Sikap Ikut Suka Hati, Kami Akan (Mungkin) Kembalikan PKP

OH TRENDING1 week ago

Video: Sugu Pavithra Buang Semua VlDE0 di Saluran UTube

OH TRENDING2 weeks ago

Tiada Lagi YouTube Pavithra. Ini 5 Fakta Kes Pen4ngkapan Suaminya Sugu Yg Ramai Tak Tahu

OH TRENDING2 weeks ago

Video: Indentiti Individu Menghina Mural Sudah Dikenal Pasti, Sabit Kesalahan Bakal Dipenjarakan

OH TRENDING4 weeks ago

Sempat dengar T4NGlSAN kecil anak, pelajar kolej campak B4Yl dit4han P0LlS

OH TRENDING2 weeks ago

Pavithra Penat, Mahu Berehat Dari Sebarang Program dan Video Baru Dihentikan Untuk Selesaikan Masalah

OH TRENDING2 weeks ago

Mural Diconteng: Kenyataan Terbaru Pihak PoIis Sangat Mengejutkan Dan Kemungkinan Ini Bakal Berlaku Dlm Masa Terdekat

OH WANITA3 weeks ago

Tak Mahu Terpalit Sama, Akhirnya Erra Fazira Buka Mulut Ceritakan Semuanya

OH TRENDING2 weeks ago

Kes Dalam Rawatan Kembali Meningkat Ke 3 Angka, Adakah PKP2.0 Akan Disytiharkan Atau Tidak, Ini Jawapan Mengejvt Dari Dr Noor Hisham

OH TRENDING2 weeks ago

Video: Lagi seorang ‘kluster kayangan’ kant0i tidak jalani kuarantin. Lokasi dia didedahkan

OH TRENDING2 weeks ago

‘Masa Rumah Macam Jamban, Taknak lak Ko Jenguk’ Dikecam Netizen Sebab Ziarah To’Ki Masa Dapat Rumah Baru, Hidayah Bersuara Dan Sound Balik

OH TRENDING3 weeks ago

“Ibubapa tolonglah, pngasuh bukan org gaji”. Atas alasan dibayar, makbapa ambil kesempatan.

OH TRENDING4 weeks ago

Tidak Mahu Terpalit Sama, Akhirnya Seorang Pegawai Kesihatan Mula Buka Mulut Apa yg Berlaku Sebenarnya

OH TRENDING2 weeks ago

Ikon Anak Bandaraya Ipoh Hanya Untuk S. Pavithra Sahaja, Bukan Sugu Pavithra

OH TRENDING3 weeks ago

‘Ku sangka anak, isteri ditelan tsunami’ 19 Tahun Tak Berjumpa, Air Mata Lelaki ini Tumpah jua

OH TRENDING2 weeks ago

Bagi Arahan Pakai Mask, Sekali Pekerja Restoran Ini Ditampar

OH TRENDING2 weeks ago

Video: Doc Pakar Mengucap Tengok Ceknon TeIan Jamu Dengan Air Berkarbonat

OH TRENDING2 weeks ago

Tiada Lagi YouTube Pavithra. Ini 5 Fakta Kes Pen4ngkapan Suaminya Sugu Yg Ramai Tak Tahu

OH TRENDING2 weeks ago

Video: Indentiti Individu Menghina Mural Sudah Dikenal Pasti, Sabit Kesalahan Bakal Dipenjarakan

OH TRENDING4 weeks ago

Sempat dengar T4NGlSAN kecil anak, pelajar kolej campak B4Yl dit4han P0LlS

OH TRENDING2 weeks ago

Pavithra Penat, Mahu Berehat Dari Sebarang Program dan Video Baru Dihentikan Untuk Selesaikan Masalah

OH TRENDING2 weeks ago

Mural Diconteng: Kenyataan Terbaru Pihak PoIis Sangat Mengejutkan Dan Kemungkinan Ini Bakal Berlaku Dlm Masa Terdekat

OH WANITA3 weeks ago

Tak Mahu Terpalit Sama, Akhirnya Erra Fazira Buka Mulut Ceritakan Semuanya

OH TRENDING2 weeks ago

Kes Dalam Rawatan Kembali Meningkat Ke 3 Angka, Adakah PKP2.0 Akan Disytiharkan Atau Tidak, Ini Jawapan Mengejvt Dari Dr Noor Hisham

OH TRENDING2 weeks ago

Video: Lagi seorang ‘kluster kayangan’ kant0i tidak jalani kuarantin. Lokasi dia didedahkan

OH TRENDING2 weeks ago

‘Masa Rumah Macam Jamban, Taknak lak Ko Jenguk’ Dikecam Netizen Sebab Ziarah To’Ki Masa Dapat Rumah Baru, Hidayah Bersuara Dan Sound Balik

OH TRENDING3 weeks ago

“Ibubapa tolonglah, pngasuh bukan org gaji”. Atas alasan dibayar, makbapa ambil kesempatan.

OH TRENDING4 weeks ago

Tidak Mahu Terpalit Sama, Akhirnya Seorang Pegawai Kesihatan Mula Buka Mulut Apa yg Berlaku Sebenarnya

OH TRENDING2 weeks ago

Ikon Anak Bandaraya Ipoh Hanya Untuk S. Pavithra Sahaja, Bukan Sugu Pavithra

OH TRENDING3 weeks ago

‘Ku sangka anak, isteri ditelan tsunami’ 19 Tahun Tak Berjumpa, Air Mata Lelaki ini Tumpah jua

OH TRENDING2 weeks ago

Bagi Arahan Pakai Mask, Sekali Pekerja Restoran Ini Ditampar

OH TRENDING2 weeks ago

Video: Doc Pakar Mengucap Tengok Ceknon TeIan Jamu Dengan Air Berkarbonat

Artikel HOT