Para pengguna dinasihatkan agar tidak perlu kelam-kabut beli barang keperluan walaupun diarahkan duduk di rumah untuk tempoh masa lama. Hakikatnya, situasi panik mendedahkan pengguna kepada manipulasi dalam pasaran.
Baru-baru ini, tular sebuah video yang menampilkan sejumlah pengunjung pasaraya berlari meluru serta berebut satu jenama tin susu dipercayai berlaku di Tangerang, Jakarta. Selain pembelian panik berikutan pelaksanaan PPKM Darurat bermula 3 Julai, susu tersebut juga kononnya didakwa sangat berkhasiat untuk menjaga kesihatan agar terhindar daripada virus Covid-19.
Menerusi video berdurasi 30 saat tersebut, insiden perebutan ini malah banyak tin susu jatuh berselerak serta troli terbalik apabila para pengunjung berusaha mengambil stok masing-masing. Terdahulu, pakar kesihatan antarabangsa akui rutin pemakanan sihat dan banyak nutrisi boleh meningkatkan kemampuan tubuh untuk melawan infeksi. Walau bagaimanapun, belum pernah terbukti adanya sebarang jenis makanan atau suplemen yang berupaya lindung manusia daripada Covid-19.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen nyata terkilan dengan sikap pengunjung yang disifatkan tamak dan gelojoh tersebut. Selain berseloroh bahawa klip video itu seperti babak filem zombie, mereka turut khuatir jika Covid-19 boleh cepat merebak jika setiap pengunjung tak jaga SOP.
Sumber: TikTok dewidisini1