Meskipun sudah dua minggu berlalu, nama ‘Kak Long 7E’ masih menjadi perbualan ramai sehingga hari ini apabila ada sahaja tindakannya yang mengundang rasa kurang senang oleh masyarakat sekeliling.
TONTON RAKAMAN VIDEO DI BAWAH SEKALI
Terbaru, tular satu rakaman video memaparkan seorang individu mirip Kak Long atau nama sebenarnya Wan Noor Baizura melakukan aksi dianggap tidak senonoh secara siaran langsung di laman Facebook.
Video itu dimuat naik seorang pengguna Facebook, KJ Nilam memperlihatkan Kak Long tanpa segan silu beberapa kali menggoyangkan bahagian dadanya sambil bercakap dalam loghat Terengganu di dalam kereta.
Rakaman berdurasi 42 saat tersebut turut kelihatan seorang wanita dipercayai ibunya berada di tempat duduk belakang dan anaknya yang berada di sisi seolah-olah tidak menghiraukan aksi wanita berkenaan.
Rata-rata netizen meninggalkan komen pada salah satu di akaun terbabit yang bertanya sekiranya semua akaun Facebook Kak Long sudah ‘terbenam’ selain berharap orang ramai tidak lagi mengikuti sebarang sosial media wanita tersebut.
TONTON VIDEO DI BAWAH:
Hasil korang REPORT, FB dia dah kena BANNED 💪.
TAPI, korang maki dia mcmana sekali pun, xda kesan. Yg pasti hasil korang REPORT tu BERJAYA. Bagus. Teruskan.
Jangan ada lagi yg jemput masuk TV dh la. pic.twitter.com/en0mUzNuHS
— Dean of Deen : (@Mulut_Cabai) March 19, 2022
Selain memarahi pekerja 7 Elevan dan KFC, Kak Long juga terpalit kontroversi melakukan aksi badan dan memek seolah-olah mempersendakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) menerusi satu video tular baru-baru ini.
Sumber: Facebook KJ Nilam , Twitter @Mulut_Cabai