Semasa

Keluar kenyataan bersifat rasis, penganjur larang guna gelaran finalis Miss Mysia

Sejak semalam, tular di media sosial berkenaan seorang Finalis Miss Malaysia yang dikenali sebagai Abby Lee dikatakan mengeluarkan kenyataan bersifat rasis terhadap Malaysia dan penduduk Asia.

Dia juga didakwa mengakui berasa ralat apabila tidak dilahirkan di negara-negara maju seperti China dan Jepun berbanding di Malaysia.

Walau bagaimanapun, Abby telah membuat permohonan maaf kerana tiada niat mahu mengguris hati mana-mana pihak dan menafikan beberapa kenyataan yang dipercayai dari mulutnya sendiri.

Susulan daripada itu, wanita tersebut telah menjadi sasaran netizen yang bengang dengan kenyataan ‘kekwatnya’ sehingga penganjur Miss International Malaysia (MIM) digesa untuk mengambil tindakan terhadap finalis berkenaan.

Tak dibenarkan guna gelaran MIM

Jadi, disebabkan menerima desakan daripada netizen Malaysia, pihak MIM telah mengeluarkan kenyataan rasmi di Instagram dengan memaklumkan yang gelaran sebagai finalis untuk Miss International Malaysia tidak boleh dipakai sama sekali oleh Abby.

Terdahulu, perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Hui Yue telah mendapat perhatian ramai susulan mendedahkan beberapa kenyataan yang dibuat Abby Lee berhubung isu rasis terhadap negara Malaysia.

Finalis Miss International Malaysia itu teruk dihentam netizen di media sosial terutamanya di Instagramnya sehingga dia mengambil langkah menutup ruangan komen di media sosial tersebut.

Sumber: Instagram missinternationalmalaysia, Facebook Hui Yue

Leave a Reply

Your email address will not be published.